Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...

Search the Community

Showing results for tags 'kesihatan'.



More search options

  • Search By Tags

    Type tags separated by commas.
  • Search By Author

Content Type


Forums

  • PORTAL USAHAWAN MALAYSIA
    • Terma Dan Syarat
    • Servis Online & Offline
    • Jualan Online & Offline
    • Promosi Online & Offline
    • Jawatan Kosong
  • PENGIKLANAN PORTAL USAHAWAN
    • Kenderaan
    • Pekerjaan & Servis
    • Sukan/Hobi
    • Hartanah
    • Pakej Melancong
    • Perkakasan Rumah & Peribadi
    • Elektronik
    • B2B
    • Lain-Lain
  • HIBURAN
    • Gosip Tempatan
    • Gosip Antarabangsa
    • Gosip Personaliti Media Sosial
    • Filem & Drama
    • Lagu & Lirik
  • LAWAK SANTAI
    • Lawak & Jenaka
    • Teka-teki & Trivia
    • Sembang Santai
    • Kisah Seram / Misteri
  • WANITA & LELAKI
    • Dunia Wanita
    • Hijabista Stail
    • Tutorial Shawl/Bawal
    • Dunia Lelaki
    • Fesyen & Tips Penjagaan Diri
    • Tips dan Petua Lama
  • EXPLO RASA
    • Pelancongan
    • Resepi Masakan
    • Makan Di Mana ?
  • SUKAN
    • Sembang Bola
    • Sukan & Permainan
    • Sukan Bermotor
  • DUNIA IT
    • Komputer & Teknikal
    • Internet Servis & Networking
    • Hosting & Domain
    • Permainan Digital
    • Gadjet & Telefon Bimbit
  • HOBI
    • Pencinta Haiwan
    • Kaki Pancing
    • Komik, Anime, Kartun
    • Penulisan Novel Dan Cerpen
  • INFO
    • Isu Semasa
    • Kongsi Tular/ Viral
    • Soal Jawab Agama
    • Info Kesihatan

Blogs

There are no results to display.

Categories

  • Lagu & Irama
  • Filem & Drama
  • Tips & Teknik
  • Viral & Semasa
  • Politik & Perniagaan
  • Lain-Lain

Categories

  • Vehicle
  • Job & Services
  • Leisure/Sports/Hobbies
  • Properties
  • Travel
  • Home & Personal Items
  • Electronics
  • Business to Business
  • Everything Else

Find results in...

Find results that contain...


Date Created

  • Start

    End


Last Updated

  • Start

    End


Filter by number of...

Joined

  • Start

    End


Group


Found 2 results

  1. Ms Rose

    Kaedah Merancang Keluarga

    Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dijadikan alternatif atau pilihan untuk merancang keluarga. Mungkin ramai yang masih samar-samar tentang kaedah merancang keluarga. Di sini saya betikan beberapa kaedah merancang keluarga yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan budget anda, Pil Perancang Terdapat beberapa jenis pil perancang Sesetengah pil boleh mengurangkan susu badan. Oleh itu, seeloknya sebelum mengambil pil perancang, cuba tanya yang pakar dulu. Bagi yang menyusu badan sepenuhnya dan ingin merancang gunakan pil, seeloknya ambil 6 minggu selepas bersalin supaya susu badan boleh diberi kepada anak. Bagi yang menyusu fm pula, dah boleh mulakan 3 minggu selepas bersalin. Setiap hari ibu-ibu tak boleh tinggalkan pil perancang ni. Pil perlu diambil selama 21 hari dan berehat daripada ambil selama 7 hari. Pengalaman menggunakan kaedah pil perancang , dalam tempoh berehat 7 hari tu, period akan datang dan akan mula ambil balik pil perancang pada hari ke-7 period tu. Kalau ibu jenis pelupa, setkan alarm atau cari aplikasi yang boleh ingatkan kita untuk ambil pil perancang ni. Menggunakan kaedah pil perancang ni kena konsisten dengan masa. Contohnya, hari ini ibu ambil pukul 8 malam, jadi keesokkan harinya perlu ambil pada pukul 8 malam juga. Kalau terlupa ambil dan ingat balik yang ibu belum lagi ambil pil perancang, cepat-cepatlah telan dan jangan tunggu. Ini kerana jika ibu skip ambil pil , kemungkinan ibu untuk mengandung adalah tinggi. Jadi bagi yang merancang guna kaedah pil hati-hati dengan masa ya. Meràncang menggunakan kaedah IUCD IUCD ni adalah alat perancang kecil yang dimasukkan dalam rahim. Tempoh pakai adalah selama 3 tahun. Kalau ibu pakai dihospital kerajaan, langsung tak kena bayaran tapi kalau dihospital swasta, ibu kena beli dulu alat tu dalam RM30 ++ camgitu dan kos pasang dalam RM50. Rate harga ni ikut kawasan dan tempat juga. Nak pasang IUCD ni, perlu dipasang ketika dalam haid sebab masa tu rahim tengah kembang dan senang dipasang. Sebelum tu, doktor akan scan dulu kedudukan rahim ibu-ibu barulah dimasukkan IUCD ni. Kalau yang tanya sakit tak. Tak lah sakit sangat , kalau yang pernah buat Pap Smears, macam tulah rasanya. Cuma ngilu sikit sebab doktor godek-godek alat tu kat dalam rahim. Lepas dah siap pasang, doktor akan scan balik samada kedudukan alat tu betul atau tak. Ibu pun boleh cek sendiri kedudukan alat tu dengan merasa tali. Tali ni mudah ditemui ketika sedang haid dengan kedudukan mencangkung. Cukup 3 tahun dah boleh buang. Perhatian jangan pakai IUCD lebih dari sepatutnya , ia mungkin memudaratkan kesihatan . Implan Implanon ni adalah kaedah perancang yang dipasang dibawah kulit dibahagian pertengahan lengan dan dikeluarkan selepas 3 tahun. Implanon mungkin agak mahal sikit berbanding perancang lain. Rate harga yang paling murah boleh ditemui sekitar RM350. Jadi, kena pandai-pandailah survey harga perancang ni. Jangan risau bagi yang menyusu badan sebab ianya tidak akan jejaskan pengeluaran susu badan. Lepas je pakai, ianya akan terus berfungsi dan begitu juga lepas dibuang. Suntikan Depo Suntikan perancang sangat berkesan bagi mencegah kehamilan. Ianya disuntik selepas 5 hari haid dan mampu bertahan selama 3 bulan. Selepas 3 bulan, ibu perlu ambil suntikan balik. Di klinik atau hospital kerajaan, suntikan hormon ni tidak dikenakan apa-apa bayaran tapi jika dilakukan di swasta, sekitar RM30 sekali suntikan. Kaedah suntikan sangat sesuai bagi ibu menyusu sebab ianya tidak akan sebabkan susu badan kering dan kurang. Bagi ibu yang inginkan cahaya mata, ibu boleh hamil balik selepas 3-4 bulan selepas suntikan terakhir. Ada juga yang ambil masa selama 1-2 tahun. Bagi yang cakap kitaran haid tak teratur selepas suntikan, selalunya ia kembali teratur 4-6 bulan selepas berhenti suntikan. Tapi 50% ibu yang amalkan suntikan punyai kitaran haid yang teratur. Tetapi jika ikut pengalaman saya suntikan ini menyebabkan haid tidak teratur ,alahan gatal dan ruam. Kondom Kondom adalah sejenis sarung getah yang dipakai oleh pasangan sebelum bersama. Kondom akan jadi selamat apabila cara pakai tu selamat dan ianya tidak bocor. Di klinik kerajaan, tidak akan dikenakan bayaran untuk mengambilnya. Biasanya nurse akan bagi kondom untuk kegunaan beberapa minggu atau bulan. Pastikan ibu mempunyai buku rekod pengambilan perancang Kaedah Pemandulan Wanita (BTL) Kaedah ni perlu dilakukan dengan membuat pembedahan kecil dan ikat kedua-dua saluran falopio. Ianya adalah kaedah pencegahan kehamilan yang kekal dan biasanya disarankan oleh doktor apabila si ibu mempunyai risiko tinggi jika hamil lagi seperti bersalin Caesarean sebanyak 3 kali dan risiko kepada nyawa ibu dan anak. Biasanya ibu yang melakukan BTL ni tiada masalah haid, jadi jika haid terlewat ibu disarankan untuk berjumpa doktor kerana dikhuatiri mengandung luar rahim. Tambahan lagi, sebelum lakukan BTL ni, ibu akan dimasukkan kedalam wad sehari lebih awal atau pagi hari pembedahan. Sebelum pembedahan, ibu perlu sain beberapa borang sebagai prosedur dihospital dan akan diberi suntikan separa sedar atau tidak akan sedar mengikut tahap ibu-ibu tu sendiri. Bagi ibu yang ingin hamil kembali selepas ikat, ibu boleh sambung balik saluran peranakan tu tapi ianya boleh berfungsi hanya kurang 50% sahaja. Ibu juga boleh lakukan prosedur IVF iaitu kehamilan tabung uji. Peratus kehamilan adalah 30% dan makan perbelanjaan yang besar. Kaedah Pemandulan Lelaki (VASETOMY) Kaedah ni melibatkan pembedah kecil bagi lelaki dengan mengikat saluran sperma. Jadi sperma tidak akan dikeluarkan dan diserap kembali didalam tubuh. Orang lelaki tak perlu risau kerana proses air mani adalah sama seperti biasa cuma tidak terkandung sperma didalamnya. Seminggu selepas pembedahan, dah boleh bersama dengan pasangan tapi perlu gunakan kondom kerana dikhuatiri air mani masih mengandungi sperma. Tapi doktor akan beri tempoh masa untuk cek balik samada masih ada sperma atau tidak dalam air mani tu. Kalau takde, dah boleh bersama tanpa kondom. Kaedah pemandulan ni juga adalah kekal.
  2. Kos Pembedahan Jantung Bayi Down Syndrome (VSD) Kos Pembedahan Jantung Bayi Down Syndrome (VSD) sememangnya menjadi satu tanda tanya buat ibu bapa yang anak mereka bakal menjalani pembedahan. Jadi, saya sendiri akan berkongsi kisah di dalam menjalani proses pembedahan anak kami yang mengalami masalah jantung berlubang. Bismillahirahmanirrahim. Anda bersama saya, Mohd Rizal dan isteri saya Nor Azlina. Kami akan kupaskan kisah menjaga anak syurga kami yang sudahpun menjangkau usia 4 bulan 21 hari bernama Muhammad Danish Aisy. Aisy, anak yang dilahirkan pada minggu ke 36. Dilahirkan menggunakan kaedah induce (secara paksa), kerana terdapat komplikasi di mana isteri saya mengalami masalah kekurangan air ketuban yang agak serius dan doktor menasihatkan kami supaya force baby dilahirkan walaupun belum sampai tarikh sebenar kelahiran. Tanggal 21hb.Mei 2018, Aisy dilahirkan secara paksa. Memang satu proses yang sangat menyakitkan dengan kaedah induce (seperti yang dimaklumkan oleh isteri saya), tetapi untuk menyelamatkan bayi, kami terpaksa terima keadaan tersebut dan isteri juga berjaya melahirkan Aisy. Down Syndrome Setelah dilahirkan, Aisy terus di bawa ke unit Neonatal Intensive Care Unit atau NICU di Hospital Taiping. Di sinilah baru saya dimaklumkan sepenuhnya mengenai anak, mengapa beliau di bawa ke unit NICU oleh doktor yang bertugas. Doktor mengesahkan bahawa Aisy disyaki seorang anak dari jenis Down Syndrome melalui beberapa faktor yang dikesan oleh pihak hospital. Segalanya diterangkan oleh doktor satu demi satu secara berhemah dan meminta kita bersabar dengan situasi tersebut. Allah maha kaya lagi maha penyayang. Kita tidak mampu lakukan apa-apa sebaliknya bersyukur dengan takdirNya. Saya terima Aisy seadanya dan itulah anak rezeki buat kami. Anak kelahiran yang ke-6 ini sememangnya menguji tahap kesabaran di dalam jiwa. Masalah Jantung Bayi Down Syndrome Lebih mengejutkan saya, bukan sekadar Aisy seorang anak Down Syndrome, malah yang lebih menakutkan saya ialah apabila doktor memaklumkan bahawa Aisy juga mengalami masalah Jantung berlubang bersaiz 0.4mm. Apa yang boleh saya katakan saat itu hanyalah 1 perkataan "ALLAHUAKBAR"... Doktor juga ada memaklumkan kepada saya bahawa, terdapat juga kes di mana, jantung bayi yang berlubang ada juga yang boleh pulih sendiri ketika usia mereka meningkat, malangnya dalam kes Aisy, jantungnya mengalami masalah lubang yang semakin membesar apabila usia beliau mencecah 35hari. Dari 0.4mm telah membesar kepada 0.7mm. Kami dimaklumkan perlu ke Hospital Serdang di Selangor untuk bertemu pakar jantung di sana dan perbincangan lanjut. Aisy di bawa ke sana menggunakan ambulan dari pihak Hospital Taiping dilengkapi dengan oksigen dan sebagainya. Setelah proses menemui pakar jantung selesai, Aisy di bawa pulang semula ke Hospital Taiping dan perlu menempuh satu tempoh yang agak lama untuk menambah berat badan sebelum menjalani proses pembedahan jantung. Doktor memaklumkan kepada kami, berat badan yang minimum yang terbaik untuk jalani pembedahan jantung adalah melebihi 3KG dan ke atas. Ketika ini Aisy hanya seberat 2.6KG. Hari Pembedahan Jantung Tiba masa Aisy mendapat panggilan untuk menjalani pembedahan. Perasaan kami sebagai ibu dan bapa teramat risau. Risau dengan ribuan perkara kerana jantung adalah organ utama dalam kehidupan kita seharian. Inikan anak kecil yang perlu mengharungi peritnya pembedahan ini. Allahuakbar. Setibanya Aisy di Hospital Serdang pada 01hb,Oktober 2018, beliau terus ditempatkan di dalam CICU, di mana tempat sepatutnya di PCICU tetapi penuh. Sebelah petang, kami dipanggil oleh pihak hospital untuk dimaklumkan beberapa perkara. Pakar bius memaklumkan setiap proses dan kesan dari bius ke atas Aisy. Apabila selesai dimaklumkan, kami menandatangi surat. Pakar bedah memaklumkan setiap proses dan kesan pembedahan ke atas Aisy. Apabila selesai dimaklumkan, kami diminta untuk menandatangani surat pengesahan. Keesokkan hari kami dimaklumkan bahawa tiba masa untuk Aisy menjalani prosedur pembedahan pada sebelah petang. Bermula dari jam 2:00 petang dan berakhir pada jam 8:50 malam, sepanjang tempoh itu kami hanya mampu berserah kepada Allah dan terus berdoa. Alhamdulillah segalanya telah selamat dan operasi pembedahan dari pakar bedah utama, Dato Dr. Hamdan dan pembantu-pembantunya telah berjaya. Syukur ke hadrat illahi. Aisy dimasukkan ke dalam CICU semula dan masih tidak sedarkan diri. Kos Pembedahan Jantung Bayi Down Syndrome Setelah beberapa hari kami di Hospital Serdang, tiba masanya untuk Aisy di bawa pulang ke Hospital Taiping. Kami diminta untuk menjelaskan segala kos sebelum discaj. Kos keseluruhan pembedahan jantung sememangnya agak terkejut jika dilihat kerana ianya mencecah puluhan ribu ringgit. Akan tetapi kita bertuah dilahirkan sebagai warganegara Malaysia dan mempunyai kerajaan yang memahami masalah rakyat. Kos Pembedahan dan sebagianya berjumlah : RM22,481 Jumlah perlu di bayar RM500 sahaja. Alhamdulillah sekali lagi rasa penuh kesyukuran. Diharap dengan perkongsian ini, dapat mengurangkan sedikit sebanyak tekanan atau emosi para ibubapa yang masih keliru dan takut akan kos pembedahan si anak kecil, terutama di dalam kes pembedahan jantung (Major Operation). Kami akan kongsikan lain-lain artikel di portal ini untuk anak Down Syndrome. Anda juga boleh ikuti kisah mengenai Aisy - Abang Chik di facebook.
×