Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...

Sharp Shooter

Members
  • Content count

    40
  • Joined

  • Last visited

  • Points

    0 [ Donate ]

Community Reputation

0 Neutral
  1. Sharp Shooter

    Membulu Kerlieng Aceh

    Penulis dengan ikan kerlieng, gelaran kelah di Aceh, Indonesia yang berjaya dipancing setelah menghrungi berbagai cabaran. Perkenalkan nama saya habibi/bibie saya asli berdarah Aceh hujung Sumatera lndonesia. Memancing adalah hobi saya sejak kecil. Saya lebih suka berpetualang ke daerah pergunungan. Bahkan sekali-kali main di lautan. Tetapi saya lebih sering main di air tawar terutamanya di sungai daerah pedalaman hutan belantara kerana suasana di sana lebih tenang dan pemandangan pun sangat indah. Target utama saya adalah ikan kelah yang dipanggil ikan kerlieng di daerah saya. Begitulah rupanya gewang bulu ayam buatan sendiri yang menjadi gewang killer kepada spesies kelah yang jarang-jarang membaham gewang. Kerlieng yang dinaikkan dari bahagian sungai yang agak lapang. TEKS & FOTOGRAFI: BIBIE FISHERHOLIC Pada saat musim kemarau tiba, saya paling suka memancing spesies arus deras ini. Untuk mendapatkan tarikan spesies ini rata-rata para pemancing menggunakan umpan buah sawit, ubi, jambu pinggir sungai, kecoa(lipas), ulat kayu, cacing dan berbagai umpan lainnya. Tetapi bagi saya untuk mendapatkan species ini saya lebih suka guna teknik casting. Keindahan sungai pedalaman menjadi tarikan utama kepada pemancing biarpun perjalanan ke sana amat menyiksakan. Umpan casting yang saya pakai saya buat sendiri. Saya pakai umpan bulu ayam. Umpan bulu ayam sudah lama terkenal di daerah saya. Sejak dulu-dulu lagi penduduk di sini sudah pandai menggunakan umpan bulu ayam untuk memancing ikan. Gewang handmade ini saya buat dengan 7 helai bulu ayam dipotong dengan kepanjangan 5cm kemudian saya sediakan pemberat atau timah 15-25gram. Timah 15gr sesuai digunakan di perairan yang agak tenang dan timah 25gr pula sesuai untuk air agak deras. Bulu ayam kemudian dipasang di atas timah menggunakan pepelakt cap kambing. Pelekat ditaburkan di sekeliling timah kemudian saya tempelkan bulu ayam di sekeliling timah dan biarkan ia kering buat seketika. Selepas itu tabur lapisan pelekat kedua. Kemudian ambil tissu dibakar buat ambil debu tissu bakar untuk ditabur di sekeliling timah yang sudah ditempel bulu ayam supaya cepat kering. Tunggu sekejap biar kering barulah dipasang mata kail. Gewang unik yang dibuat daripada bulu ayam, timah dan pelekat. Cuba teka apakah tarikannya kepada ikan-ikan sungai? Mata yang saya pakai ialah Daichi DH54 No.06. Dua bilah mata kail digabungkan dengan tali PE 5. Panjang tali PE kira-kira ukuran bergantungan di hujung bulu ayam. Cara pasang gewang bulu ayam tinggal masukkan perambut ke lubang timah kemudian diikat di tengah-tengah tali PE yang sudah diikat mata. Pastikan mata bergantungan di hujung bulu. Cara persembahan gewang bulu ayam lebih kurang sama dengan gewang biasa. Lempar ke lokasi berpotensi dan biarkan tenggelam seketika sebelum mengarau dengan perlahan-lahan sambil sentak joran. Tehnik ini sering berjaya mendapatkan ikan kerling. Dan saya juga pernah mendapatkan ikan sebarau dengan gewang ajaib ini. Luar biasa kan? Ikan kerlieng/kelah mulai dari size kecil sehingga size besar masing-masing terperdaya dengan umpan tiruan yang tidak menyerupai sebarang makanan semulajadinya di sungai, pelik kan? Ada juga orang yang mengatakan gewang ini menyerupai udang. Apa pula pendapat anda? Kerlieng Aceh tidak begitu merah warnanya mungkin disebabkan keadaan sekelling dan warna air sungainya. Badan yang gemuk menandakan makanan mencukupi. Sebarau juga menaruh minat kepada umpan bulu ayam termasuk spesimen bagak. Apa yang lebih menarik ialah, adakah ikan kelah di Malaysia juga berminat dengan umpan bulu ayam seperti ini? Banyak spesies ikan telah berjaya dinaikkan dengan bulu ayam. Selamat mencuba dan salam dari Aceh! Banyak spesies ikan telah berjaya dinaikkan dengan bulu ayam. Bulu ayam ini juga sesuai untuk membuat gewang kerlieng. Corak dan warna bulu ini paling laku. Serigala sungai bersaiz mega sering ditemui oleh pemancing yang bertuah. Ikan di persisiran pantai juga kecundang dengan bulu ayam, pelik kan? Lihat selanjutnya
  2. Sharp Shooter

    Kembara Toman Enam Tahun

    Terdapat segelintir pemancing Malaysia sanggup menghabiskan wang dan masa menjelajah ke merata dunia untuk mendapatkan lesen ikan terhandal bertaraf antarabangsa. Di sebaliknya negara kita juga merupakan destinasi kepada ramai pemancing luar negara yang menggilakan spesies-spesies asing. Artikel yang ditulis oleh Ryuchi Uchimura, seorang warga Jepun yang bertugas dalam bidang carigali petrolium memaparkan kisah petualang beliau memburu toman selama enam tahun di bumi Malaysia. Hasil lukisan toman penulis yang berunsurkan seni batik Malaysia dan lukisan tradisional Jepun. Cantik kan? TEKS & FOTOGRAFI: RYUCHI UCHIMURA Sejak dihantar oleh syarikat untuk bertugas di Malaysia, selama enam tahun saya berada di sini belum pernah saya melupakan impian untuk memancing toman. Memburu ikan sasaran bertaraf dunia merupakan matlamat penting dalam kehidupan saya. Di Malaysia, tembaring dan tomanlah spesies yang diidami pemancing kembara Jepun. Lesen tembaring telah berjaya saYa perolehi setelah beberapa kali mencuba di Pulau Borneo. Namun bagi spesies toman pula tetap tidak membuahkan sebarang hasil setelah mencuba bersama rakan saya Ibrahim Awang di beberapa lokasi di Malaysia Timur seperti Miri, Labuan sehinggalah Sabah. KEAJAIBAN BERIS Ilham lukisan berpunca dari toman 20 paun ini yang ditumbangkan oleh penulis di Empangan Beris, Kedah. Pada 19hb Mac 2017 setelah gagalnya misi mencabar toman di Labuan , saya telah berhubung dengan Din Labatta selaku pemandu pancing di Empangan Beris, Kedah atas saranaan seorang sahabat untuk meneruskan perjuangan saya di empangan yang terkenal dengan toman bersaiz mega ini. Tanpa disangka-sangka, ketika hampir kecewa hati saya dengan toman Malaysia, trip ke Beris akhirnya telah membuahkan hasih diluar dugaan. Tabahkan hati dan toman gergasi akhirnya akan kecundang jua. Setelah mengalami kegagalan demi kegagalan, tuhan seakan kasihan terhadap kegigihan saya yang telah mengalami berbagai rintangan untuk mencapai cita-cita saya. Namun tanpa pemandu yang arif terhadap keadaan empangan dan sikap toman di sana, matlamat saya tidak mungkin tercapai. Saya juga telah mempelajari banyak pengetahuan seperti perhubungan paras air dengan keaktifan ikan dan juga cara pemilihan gewang bergantung kepada situasi yang berlainan. Pada suatu tengahari ketika saya terasa panas dan letih, seekor toman berskala 12 paun telah membaham gewang saya dan berjaya dinaikkan. Alangkah seronoknya hati saya apabila ikan berjaya ditarik ke dalam sauh! Namun pada hari kedua, saya yang terasa puas hati secara tidak disangka-sangka telah memperolehi seekor toman gergasi berskala 20 paun. Sehinga lutut menggigil dibuatnya! Din Labatta, pemandu pancing yang telah merealisasikan impian toman penulis setelah 6 tahun cuba menjeratnya. Toman memang sejenis ikan yang sangat cantik. Setelah impian memancingnya tercapai, saya yang suka melukis telah memutuskan untuk menghasilkan sebuah lukisan buat ikan idaman yang dicintai pemancing sedunia ini. Untuk menambahkan unsur tempatan, saya telah menghabiskan masa selama seminggu untuk membuat lukisan dengan gaya batik Malaysia yang unik. CENDERAMATA ISTIMEWA Ikan pertama penulis di Beris, toman berskala 12 paun. Saya telah mempelajari teknik lukisan batik dari Malek Adnan yang mengusahakan sebuah kedai cenderamata bersebelahan Perpustakaan Negara. Beliau juga menganjurkan kursus seni batik di kedainya. Karyanya bukan setakat selendung atau pakaian tetapi lukisan yang dibuat ke atas kain sutera yang nipis dengan teknik luarbiasa. Setelah mempelajari selama enam bulan, saya mulai memahami rahsianya. Lukisan yang mempesonakan terhasil apabila berus meluncur atau berhenti di atas kain sutera. Tanpa disangka-sangka ungkapan sebuah objek dengan warna yang pekat akan menghasilkan kesan yang menakjubkan. Apabila mempelajari teknik asas lukisan batik, saya juga menggaulkan konsep lukisan Jepun untuk menghasilkan gaya peribadi. Saya juga menukarkan bahan lukisan dari bunga ke haiwan khasnya ikan idaman pemancing. Kontrak kerja selama enam tahun telah habis tempohnya, tidak lama lagi saya akan pulang ke Jepun. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan rasa terhutang budi kepada Ibrahim Awang. Tanpa bantuan beliau tidak mungkin saya dapat berkenalan dengan pemancing tempatan yang membantu merealisasikan impian toman saya. Terima kasih sabahat Malaysiaku. Sehingga berjumpa lagi! Halimi Hanip dengan binatang Beris yang mencecah 11.3kg. Lihat selanjutnya
  3. Sharp Shooter

    Gadis Ganas Langkawi

    Jangan diperdaya wajah bandang yang kelihatan lemah-lembut, kelajuan pecutannya mampu memeranjat pemancing veteran. Penemuan sulung kali saya dengan bandang biarpun telah berlaku sangat lama dahulu namun masih segar dalam ingatan. Pada suatu malam saya sedang main bottom di perairan Pulau Langkawi. Ketika saya terasa mengantuk tiba-tiba joran ditarik dengan rakusnya dan terus membengkok ke bawah bot fiber. Sebelum saya sempat bertindak balas kelihatan seekor ikan berbadan kurus panjang dan berwarna putih melonjat dari permukaan laut yang agak jauh dari bot. Kelajuannya mampu menandingi kelisa mega di empangan Kedah yang pernah saya alami. Itulah dia ikan bandang yang tersohor dengan pecutan selaju kilatnya! TEKS: PAK WONG FOTOGRAFI:BEQ LANGKAWI、NICK OOI (TACKLEBOX ADVENTURES) Itulah pengalaman pertama saya bersama bandang mega. Ikan yang berwarna perak ini walaupun dipanggil Lady Fish lantaran bentuk badannya yang langsir, namun sikapnya agak gelojoh dan rakus. Bukan sahaja pecutannya laju dan padu, malah daya saingannya juga mengagumkan. Biarpun spesimen bersaiz 1 kg sudah mampu memberikan tentangan hebat terhadap peralatan UL. GADIS GELOJOH Tanpa disangka-sangka Pulau Langkawi kini telah muncul sebagai lapangan menduga bandang mega tersohor dan bertaraf antarabangsa. Pada umunya bandang bukanlah ikan sasaran popular di negara kita. Isinya pula dipenuhi tulang halus sehingga kurang sesuai dijadikan lauk justeru masih mengekalkan bilangan dan saiz yang memuaskan. Kesohoran bandang sebagai ikan sasaran tanahair berpunca dari ianya adalah sejenis ikan yang didam-idamkan oleh pemancing layang sehingga menjadi lesen yang wajib diperolehi oleh semua pemancing layang antarabangsa. Bandang yang bernama saintifik Bodianus rufus merupakan sejenis ikan yang unik di mana ianya adalah spesies tunggal dalam genus Elops. Ianya juga terkenal dengan gelaran Spanish Hogfish dan Tenpounder di kalangan pemancing antarabangsa. Ia tergolong dalam spesies ikan yang mendiami perairan tropika dan sub tropika dan boleh dijumpai di perairan yang beriklim sederhana di sesetengah tempat. Ikan bandang yang manjadikan ikan kecil dan udang sebagai diet utama ini mendiami perairan persisiran pantai. Mereka bertelur di kawasan lautan dan telurnya akan dihanyut ke kawasan muara untuk menetas dan membesar. Saiz terbesarnya mencapai 1 meter panjang dengan keberatan sehingga 10kg. Tahniah kepada Daniel Tan kerana telah berjaya mendapat lesen bandang melalui teknik pancing layang. TEKNIK PANCING LAYANG Bandang merupakan ikan yang gemar mencari makanan berdekatan permukaan. Mereka biasanya akan berhijrah ke perairan Langkawi dari bulan April hingga Julai. Menurut Beq Langkawi, pemandu pancing bandang terkenal di Pulau Langkawi, pemancing harus menyediakan joran Wt 6 hingga 9 untuk menangani bandang. Joran yang terlalu kecil akan menghabiskan lebih masa untuk menumbangkan bandang dan mungkin akan menyebabkan kematian ikan yang wajib ditangkap lepas ini. Joran yang terlalu kuat pun kurang sesuai kerana memerlukan banyak tenaga untuk melayang umpan fly sehingga tidak larat untuk bertahan lama. Perambut sebaiknya 25 hingga 35 paun namun harus ditambah sekerat bite tippet yang pendek supaya tidak mudah putus apabila bergeser dengan gigi bandang yang halus bagaikan kertas pasir. Manakala fly pattern terbaik adalah Rabbit minnow yang menyerupai anak ikan dengkis. Fly ini perlu dibuat sendiri atau boleh tempah dengan kedai pancing layang Tacklebox Adventures di Subang Jaya, Selangor. Ianya agak mudah dibuat dengan bahan Polarfibre dan Super UV flash, diikat di atas mata Gamakatsu SL12S size #2 atau # 1/0. Setiap tahun apabila musim bandang menjelang, Langkawi akan diasak penggemar fly fishing. C N R adalah wajib. Lagipun bandang bukannya ikan yang sedap. Di sebelah Pantai Barat Semenanjung memang banyak terdapat anak-anak ikan dengkis dari saiz sekecil 2 cm hingga 8cm. Apabila saya bertandang memancing tenggiri di perairan Kedah sentiasa kelihatan tenggiri, talang dan ikan kayu membelasah gerombolan anak-anak ikan ini. Anak ikan dengkis sememangnya diet utama kepada banyak spesies ikan di sana termasuk tenggiri. TEKNIK CASTING Pemanicng yang kurang pandai dengan teknik pancing layang boleh juga menduga bandang dengan peralatan casting. BC boleh digunakan namun harus mempunyai tali yang mencukupi, sekurang-kurangnya 150 meter agar tidak habis ditarik bandang dalam satu pecutan. Bandang mega mampu menarik keluar tali layang sepanjang 100 meter dalam masa 3 saat sahaja. Berwaspadalah! Dari segi pilihan gewang pula, gewang jenis permukaan samada pensil atau popperlah kegemarannya. Bandang bersaiz seperti ini mampu melarikan tali fly sepanjang 100 meter dalam masa 3 saat sahaja! Rashidi terasa puas berjaya menewaskannya. Jika kena dengan musimnya, bandang sebesar 4 hingga 7 kg masih agak mudah dinaikkan di perairan Pulau Langkawi. Seperti layaran Rompin, keunggulan bandang Langkawi juga pernah diliputi majalah pancing layang luar negara. Mengapa pula kita sebagai orang tempatan kurang berminat untuk mendapatkan lesen yang boleh dibanggakan ini? Bagi yang berminat bolehlah berhubung dengan Beq Langkawi melalui Facebook beliau. Umpan fly Rabbit minnow mirip anak ikan dengkis merupakan sejenis fly yang agak mudah untuk diikat. Popper atau pensil masing-masing sesuai untuk menjerat bandang bersenjatakan peralatan mengilat. BC anda harus dimuatkan tali sekurang-kurangnya 150 meter untuk bertembung dengan si bandang. Memancing bandang di perairan Langkawi yang indah amat menyeronokkan pemancing asing mahupun tempatan. Anak dengkis merupakan diet utama kepada banyak spesies ikan di perairan Kedah. Lihat selanjutnya
  4. Sharp Shooter

    Trip Tekong Otak Masuk Ayaq

    Air Masin: Trip Tekong Otak Masuk Ayaq Itulah tajuk yang paling sesuai untuk trip jigging di unjam perairan Penang yang berlangsung pada 18 November 2018 yang lalu. Semua ahli trip, iaitu saya, Faiz, Fauzan, Alim dan Lee serta tekong umpama ingin menghadiri mesyuarat kabinet di tengah lautan. Mana tidaknya, dengan lengkap berpakaian sut dan bertali leher menjadikan trip kali ini amat menarik dan mencabar fizikal serta mental semua pemancing! Teks & Fotografi: Azmil SPW “Siapa kata hobi memancing ituhanya untuk orang miskin sahaja?” Itulah sebab yang mencetuskan trip “Menteri Memancing” kali ini! Menyediakan alat pancing sebelum keluar laut macam biasa. Namun dengan pakaian yang cukup “smart”! Cadangan untuk berpakaian formal ini adalah hasil daripada cetusan idea dan inspirasi oleh tekong muda Nibong Tebal yang terkenal dalam kalangan pemancing, iaitu Khairul Anuar atau lebih dikenali dengan nama panggilan Erul. Pada mulanya, ada ahli trip yang keberatan untuk menerima cadangan tersebut, namun setelah berbincang kami semua sebulat suara untuk merealisasikan cadangan tekong yang sememangnya akan dianggap ‘gila’ oleh masyarakat. Padahari trip, kami singgah bersarapan di kedai biasa berhampiran dengan jeti diNibong Tebal. Ada yang sudah lengkap berpakaian segak dengan sut serta talileher dan masih ada ahli trip yang berpakaian biasa kerana bimbang kena‘kencing’ dengan kawan-kawan. Haha.. Semasa bersarapan, kami sudah menjaditumpuan kerana para pelanggan dan pemilik kedai sedia maklum dengan kehadirankami pada setiap hari Ahad adalah untuk memancing. Namun, pada hari itumasing-masing berpakaian segak sehingga membuatkan mereka tertanya-tanya samaada kami ingin pergi memancing atau bermesyuarat. Awal-awal pagi lagi dah kenaperli dengan orang ramai di kedai makan! Haha.. Khairul Anuar A.K.A “tekong otak masuk ayaq” siap dengan sut putih yang kelihatan macam pengantin baru. Perjalanan ‘Bermesyuarat’ Bermula Semasa di jeti, kami sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai yang lalu-lalang di situ. Mungkin mereka tertanya-tanya, “kami ni nak pi memancing atau bermesyuarat?” Haha. Setelah selesai memunggah barang-barang ke dalam bot, kami bertolak ke unjam di sebelah Barat perairan Penang. Ketika permulaan perjalanan, saudara Faiz sempat memuat naik video ‘Live’ di Facebook miliknya. Daripada ‘Live’ itulah munculnya dialog-dialog lucu yang diucapkan oleh semua ahli trip termasuk tekong Khairul Nua selaku Menteri Tekong yang berjenaka mengandaikan kami sebagai Menteri Boron, Menteri Laut, Menteri Landuk, Menteri Apollo dan Menteri Segala Menteri. Memang meriah bot dibuatnya! Kami tak sangka pula ramai yang kongsi atau ‘Share’ video ‘Live”. Itulah titik permulaan yang menjadikan trip istimewa kali ini tular dan mendapat beribu ‘share’ di media sosial. Darijeti, perjalanan ke spot memancing mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit.Kebetulan pula cuaca pada pagi itu agak berangin, ombak pun agak kuatmenyebabkan kami terpaksa menyimpan dahulu sut dan blazer kerana bimbang basahpula nanti. Lucu bila melihat aksi rakan-rakan mengelak daripada terkenatempias lebih-lebih lagi Menteri Tekong yang berpakaian sut serba putih. Haha.. Pertama kali naik bot pakai sut, rasa lain macam! Si penulis tetap pakai tali leher biarpun hari tengah panas. “Panaih Lit-lit” Memancing dengan pakaian sebegini adalah sesuatu yang amat mencabar fizikal dan mental kami semua. Mana tidaknya, cuaca panas pada hari itu ditambah dengan sut dan tali leher amat menguji kesabaran kami. Berpeluh satu badan sementara menunggu ikan menjamah jig. Ada yang berkata “dah serik pakai macam ni, inilah trip pertama dan terakhir kita pakai macam ni,” Haha.. Hairannya ikan pada trip ini agak pasif sehingga kurang sambutan terhadap jig kami. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk beralih kepada teknik ‘bottom drift’ menggunakan isi ikan ala Apollo oleh Menteri Apollo! Haha.. Pilihan kami ternyata tepat kerana sebaik sahaja menggunakan umpan isi ikan, kami semua mula mendapat sambutan penghuni-penghuni dasar di unjam berkenaan. Antara spesis yang berjaya didaratkan melalui teknik ini ialah landuk, kerapu manis, kunyit dan kerisi. Cuacasemakin cantik pada sebelah petang. Kami mencadangkan kepada Menteri Tekong untukberalih kepada spot unjam yang lain untuk bermain jig. Dah nama pun MenteriTekong, memang pandai dia cari spot. Kami tiba di spot unjam yang baharu,sebaik sahaja kami menurunkan jig kami mula mendapat sambutan daripada penghuniunjam berkenaan. Di spot tersebut, kami berjaya menaikkan beberapa ekor ikantongkol dan tiga ekor haruan tasik yang bersaiz sederhana. Posting ikan dengan sut. Kesjarang-jarang berlaku! Bergaya dijeti dahulu buat kenang-kenangan. Rezeki Kami Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah peribahasa yang sangat sesuai dengan situasi kami apabila trip yang istimewa ini menjadi tular di media sosial khususnya di Facebook. Kebanyakan netizen menganggap trip kami ini adalah sesuatu yang menghiburkan. Pelbagai komen dan ‘caption’ yang kelakar mula digunakan dalam posting berkenaan trip memancing “menteri-menteri”. Orang ramai yang terserempak dengan kami pun turut mula menggelar kami sebagai menteri memancing. Haha.. Tidak kurang juga ada netizen yang mengecam dan menganggap tindakan kami ini adalah sesuatu yang sia-sia dan untuk mencari publisiti murahan. Kami menerima segala kritikan dan komen-komen negatif dengan hati yang terbuka. Dalam hidup ini memang akan ada pihak yang tidak bersetuju dengan apa jua tindakan kita, itulah lumrah kehidupan. Semua orang mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dan pendapat masing-masing. “Hobi Kami Mahal” Untukmakluman semua pembaca, idea ini sebenarnya tercetus apabila “Menteri Tekong”,Khairul Anuar terbaca satu posting di Facebook yang telah tular. Dalam postingberkenaan, ada seorang individu yang memandang rendah dan mengatakan bahawahobi memancing ialah hobi yang sesuai untuk orang-orang miskin sahaja. Postingtersebut telah memberikan idea kepada “Menteri Tekong” untuk menyedarkan orangramai bahawa hobi memancing ini adalah hobi yang menarik, istimewa dan diminatipelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja golongan biasa bahkan golongan profesional. Bergaya di jeti dahulu buat kenang-kenangan. Di samping itu, idea untuk berpakaian sut dan tali leher ini adalah sekadar satu cara untuk kami menghiburkan diri masing-masing dalam hobi memancing. Kami tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dan diharapkan melalui trip ini kami berjaya menghiburkan hati masyarakat serta menaikkan imej hobi memancing dalam kalangan masyarakat. Kamijuga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyokongdan memberikan respon yang positif kepada trip kali ini khasnya ‘page’ SiakapKeli, Kaki Pancing Malaysia, Penang Kini dan mana-mana ‘page’ yang berkongsipost Trip Menteri-menteri dalam posting mereka. Jutaan terima kasih jugadiucapkan kepada Pak Wong selaku idola kami semua yang sudi menerbitkan artikeluntuk Trip Menteri-menteri. Sekian, terima kasih. Semoga arena memancing terusmaju di negara kita! Ok tak post saya? Tekong Khairul Nua 019-4465528 (Call) 017-3666061 (Whatsapp) Lihat selanjutnya
  5. Sharp Shooter

    5 Kesalahfahaman Jigging Ringan

    Teknik jigging ringan merupakan teknik memancing yang bercabang dari teknik jigging berat yang bermaharajarela buat satu ketika dulu diMalaysia dan Asia Tenggara. Seperti teknik memancing yang lain, teknik jigging juga harus diubahsuai setiap masa mengikut perubahan padang pancing, spesiesikan dan keadaan pancingan. Di sini saya ingin mengemukakan 4 kesalahfahaman yang biasa berlaku semasa mempraktikkan teknik ini. Semoga anda dapat membetulkan kesalahan jika ada bagi meningkatkan kadar tangkapan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa jigperlahan lebih berkesan berbanding jig ringan apabila menjerat jenahak di laut cetek. Mulut demudok bulat amat tebal, mata didapati agak sukar menembus mulutnya jika kekuatan joran dan diameter mata tidak sepadan. Tali yang terlalu halus tidak digalakkan kerana akan mengambil masa yang lebih panjang untuk menumbangkan ikan yang degil dan tidak kondusif untuk tujuan C & R. Teks & Fotografi: Pak Wong Kesalahfahaman 1: Mata kasar adalah wajib Inilah kesalahfahaman yang paling biasa berlaku dalam pancingan jigging ringan. Memandangkan ikan sasaran di lubuk jigging ringan tempatan biasanya bersaiz dibawah 4kg, joran berkekuatan PE2 telah menjadi pilihan ramai. Namun ramai di atara pemancing mungkin tidak menyedari bahawa aksi joran jigging biasanya lebih lembut dan melentur dengan lebih banyak berbanding joran casting. Tujuannya adalah untuk menghenjut jig dengan lebih berkesan. Jika aksinya terlalu kaku, lentingan jig akan menjadi terlalu cepat sehingga tidak dapat melengkapkan irama jigging yang lancar. Namun joran dengan aksi seperti ini lebih lambat menyampaikan daya sentapan ketika membalas, agak sukar untuk menembus mulut ikan jika kita menggunakan mata yang kasar. Justeru harus diingati bahawa janganlah membeli mata yang terlalu kasar untuk pancingan jigging ringan. Asalkan saiz dan ketebalannya sederhana dan tidak akan memeluk jig sewaktu jigging sudah memadai. Jikalau kes sentap tidak tembus atau sentiasa rabut dalam proses menaikkan ikan, kemungkinan besar ianya berpunca dari mata yang terlalu kasar. Kesalahfahaman 2: Lebih baik hanyut dari menurunkan sauh Tak semestinya! Kaedah menghanyutkan bot lebih cocok buat ikan yang bertaburan di sekitar sebuah lubuk yang agak luas. Jika ikan hanya berkumpul di sebuah spot yang kecil maka bot pancing akan cepat melepasinya ketika menghanyut dan terpaksa berpatah balik ke titik permulaan untuk memulakan hanyutan seterusnya. Kaedah ini amat membuang masa daripada menurunkan sauh. Kapten yang berpengalaman akan dapat melabuhkan bot tepat di sebelah hulu spot dan membiarkan arus mambawa jig ke lokasi gerembolan ikan berada. Jika ingin mencuba kawasan yang berlainan, bolehlah bertukar kepada jig yang lebih ringan supaya dapat dibawa arus ke perairan yang lebih jauh. Ataupun melempar jig ke kedua-dua belah bot. Kesalahfahaman 3: Makin halus tali makin menjadi Salah! Selain jika anda yakin hanya terdapat ikan yangbersaiz kecil sahaja di lubuk ini dan anda tidak berniat untuk C & R. Jikatidak, gunakanlah tali yang berkekuatan sekurang-kurannya 20lb. Prisippemasangan tali utama dengan perambut ialah kasar di atas dan halus di bawah.Tali utama yang lebih kasar tidak akan putus ditarik ketika jig tersangkut.Yang putus biasanya ikatan di antara perambut dan cili. Jimat masa dan wangkerana tidak perlu mengikat semula perambut baru. Tali yang lebih kasar jugamembolehkan anda menumbangkan ikan yang lebih besar dengan lebih cepat supayatidak menghalang orang lain melakukan pancingan masing-masing. Ia juga bermanfaatkepada ikan yang ingin dilepaskan. Anda tetap akan dapat menaikkan ikan idaman tanpa menambah bulu atau sotong plastik ke atas jig melalui teknik persembahkan yang betul. Kesalahfahaman 4: Bulu memang berkesan Keberkesanan bulu dan tinsel sememangnya subjekkontroversi. Bagi sesetengah spesies ikan khasnya spesies yang mencari makananberdekatan dasar, bulu atau tinsel memang dapat membuka selera mereka. Namunini tidak bermaksud mereka tidak dapat dipancing tanpa tambahan bulu ke atas jig.Berpaling kepada tenggiri pula, bulu atau tinsel memang tidak memberikansebarang manfaat samada dari segi teori ataupun praktikal. Pada hakikatnyatenggiri lebih tertarik dengan pantauan cahaya dan kelajuan jig bergerak.Kelajuan adalah syarat muktamad apabila jigging tenggiri. Penambahan bulu atautinsel pastinya akan memperlahankan kelajuan jig ketika tenggelam ataudihenjut. Gerong belang yang gemar mencari makanan berdekatan dasar amat sesuai untuk jig perlahan. Gambar ini pasti akan menambah kepercayaan pemancing terhadap jig perlahan di laut cetek! Selain perlu mengambil berat terhadap kesalahfahaman yang dikemukakan di atas, pemancing haruslah berusaha dengan lebih tekun lagi jika ingin meraih keputusan cemerlang dalam arena jigging ringan. Jigger-jigger harus ingat bahawa tiada kaedah henjutan jig yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi kaedah henjutan yang biasa telah pun dikenali ikan yang semakin pintar. Serlahkan imaginasi anda dan henjutlah jig dengan pelbagai gaya supaya jig kelihatan seperti seekor ikan kecil yang hidup. Asalkan aksi itu belum pernah dilihat ikan pemangsa maka tinggilah peluang untuk menjeratnya. Kesalahfahaman 5: Jig perlahan tidak sesuai untuk laut cetek Ramai pemancing yang pernah mencuba teknik jiggingperlahan mendapati teknik ini kurang sesuai untuk perairan cetek. Namunmengikut pantauan saya, keberkesanan jig perlahan mungkin mengatasi jig ringanterutamanya apabila mensasarkan ikan demersal seperti gerong belang, jenahak,kerapu dan sebagainya. Jenahak besar ini ditumbangkan dengan jig perlahan 90 gram. Sekali lagi membuktikan kepentingan saiz jig di laut cetek. Namun kita tidak harus menggunakan keberatan jig yang biasa digunakan di Selat Melaka seperti 150 hingga 200 gram. Punca kegagalan pemancing menaikkan ikan di laut cetek dengan jig jenis perlahan mungkin bersangkut dengan saiz jig yang terlalu besar. Ikan-ikan laut cetek didapati lebih cenderung terhadap jig yang bersaiz kecil. Hakikatnya jig perlahan seberat 60 dan 80 gram merupakan keberatan yang paling laku di sini. Apabila memainkan jig perlahan di laut cetek, pergerakan jig tidak semestinya perlahan, khasnya apabila ingin menjerat spesies yang lebih agresif seperti GT, demudok bulat, demudok dan tenggiri. Gunakan persembahan laju untuk menarik perhatian mereka terlebih dahulu, kemudian perlahankan henjutan seperti biasa. Anda akan terkejut apabila ikan-ikan ini mambaham jig anda sehingga ke lapisan air laut yang agak tinggi! Selamat mencuba! Lihat selanjutnya
  6. Sharp Shooter

    Raksasa Mulu

    Percaya atau tidak, mengilat waktu malam boleh dapat tapah monster 56 kg! Wallagonia leerii, juga dikenali sebagai ikan lele wallago berjalur, ikan lele helikopter atau Tapah adalah spesies catfish yang berasal dari Asia Tenggara. Habitatnya melingkungi saliran sungai di Thailand, Semenanjung Tanah Melayu sehingga ke Kepulauan Sumatra dan Borneo di Indonesia. Ia boleh membesar sehingga 2 meter (6 kaki 7 inci)panjang dan seberat 95 kg. Memandangkan ikan ini telah menjadi hidangan popular di seluruh Malaysia, mampukah kita mendaratkan spesimen tapah yang bertaraf “River Monsters” pada dinihari? Ya, melalui teknik casting! Teks & Fotografi: Mart Det Apabila menerima berita mengatakan di Mulu, Sarawakterdapat habitat tapah yang belum diganggu dunia moden, kami sebagai caster sejati segera mengaturkan sebuahtrip sulung ke sana untuk menduganya. Di situ terdapat perkhidmatan pemandupancing yang disediakan oleh orang tempatan. Senanglah bagi orang luar yangingin memancing di kawasan terpencil ini. Salah satu spot berpotensi yang mempunyai struktur berbatu. Casting siang hari juga boleh dapat tapah. Ikhwan dan tapah 22.5kg membuktikannya. Castingsiang hari juga boleh dapat tapah. Ikhwan dan tapah 22.5kg membuktikannya. Kami telah memilih teknik mengilat dengan gewang replika ikan untuk menjerat ikan idaman ini. Mengikut info dari tekong, orang tempatan yang berbangsa Iban dan Dayak pernah menaikkan tapah melalui umpan hidup dengan habuan terbesarnya hampir 85kg, memang sinonim dengan gelaran ikan air tawar terbesar di negara kita! Namun sebagai caster sejati kami tetap ingin mencuba dengan bersenjatakan gewang sahaja. Sebuah trip sepanjang 4 hari 3 malam dengan menjadikantapah sebagai sasaran utama telah berlangsung pada awal tahun 2018 di sebatangsungai yang bernama Long Panai. Sungai ini berada di tanah rendah dan parasairnya dipengaruhi pasang surut air laut seperti sungai-sungai lain yangmengandungi ikan tapah. Perjalanan menggunakan bot memakan masa 4 jam sebelumsampai ke homestay kami di LongPanai. Mulu Airport, hanya boleh diakses dengan MasWings dari Kuching, Miri atau Kota Kinabalu. Sekolah rendah di Long Panai. Hari pertama: Casting waktu malam Kami kurang bernasib baik kerana cuaca kurang memuaskan pada hari pertama. Hujan yang berpanjangan menyusahkan pancingan dan perjalanan bot namun kami tetap rajin mengilat di sepanjang sungai. Pada hakikatnya kualiti air sungai ini memang kurang jernih sepanjang tahun. Namun ini tidak menjadi masalah untuk kita melempar gewang lantaran ikan tapah berkeupayaan melihat atau mengesan gewang kita dalam air yang agak keruh. Kerajinan kami akhirnya membuahkan hasil dengan seekor tapah kecil yang dinaikkan oleh Ikhwan. Tapah boleh dijerat menjelang waktu malam kerana ianyamemang sejenis ikan nocturnal yanggemar mencari makanan menjelang waktu malam. Seperti siakap dan ikan belida,spesies ini mampu melihat atau mengesan kewujudan mangsanya dalam keadaan gelapatau air yang keruh. Justeru pancingan kami berlanjutan sehingga lewat malamsecara casting membabi buta di tebing-tebing sungai yang mengandungi rumpair.Lampu suluh boleh dipakai semasa mengilat dalam kegelapan. Ia tidak akanmenakutkan tapah. Namun tapah dipercayai amat sensitif dengan bunyi bisingjusteru pergerakan dan perbualan di atas bot haruslah lembut. 49.73 lb = 23+ kg. Berat sebenar 22.5 kg apabila ditimbang di kampung. Hari kedua: Spesimen 22.5kg Cuaca hari ini kembali baik dengan sinaran matahari yangmenaikkan semangat kami. Dalam perjalanan ke lubuk tapah, didapati paras sungaitelah naik dengan ketaranya akibat hujan lebat semalam. Kenaikan paras airmerupakan tanda yang baik. Banyak serangga yang hidup di kawasan rumput akanterkandas di atas air sungai akibat banjir kilat dan telah menarik ikan-ikanuntuk mencari makanan di sepanjang tebing. Tapah pula akan mengambil kesempatanuntuk membaham ikan-ikan tersebut. Halimi berjaya menaikkan spesimen 5.9 kg pada waktu malam. Jari Halimi melecur selepas kira-kira 17 minit pertarungan dengan gergasi misteri pada waktu malam. Kami telah menggunakan gewang crankbait yang mampu menyelam 2 hingga 4 meter untuk misi ini dan menumpukan lontaran kepada perairan yang kelihatan berumput. Sekali lagi Ikhwan telah menjadi pemancing pertama yang mendapat strike namun kali ini dengan spesimen seberat 22.5kg. Tahniah kepada Ikhwan kerana berjaya menumbangkan tapah yang boleh dibanggakan! Pancingan kurang menjadi selepas itu dan kami punbercadang untuk terus berusaha sehingga malam. Namun pemandu pancing kami pulamenyarankan kami untuk pulang ke homestay, berehat sambil menjamu seleraterlebih dahulu sebelum meneruskan pancingan malam. Tapah sulung dari Ikhwan seberat 3 kg yang menyambargewang ketika hujan. Amin akhirnya berjaya juga mandapat lesen tapah. Persiapan petang untuk mengilat sehingga ke lewat malam. Pancingan diteruskan pada waktu 8 malam. Apabila matahari terbenam, keadaan sungai akan menjadi lebih mencabar lantaran sang bedal juga akan keluar mencari makanan. Namun kami menaruh keyakinan terhadap pemandu yang arif dengan sungai ini dan cuba mengelakkan kawasan yang biasa dikunjungi buaya. Ketabahan dan kesabaran yang tinggi diperlukan apabila mengilat di sungai ini yang tidak mempunyai sasaran yang jelas. Lontaran demi lontaran dibuat ke tepian rumpair yang mungkin terdapat tapah bersembunyi di bawahnya. Apabila kami merasa letih dan hampir ingin berhenti memancing, gewang Mohd Amin telah menerima strike yang menakjubkan namun tidak terkena pancing. Sehingga jam tangan menunjukkan tepat 2 am, barulah kami berhenti melontar gewang dan pulang ke homestay dengan harapan untuk mendapatkan monster pada keesokan harinya. Hari ketiga: Tumbangnya River Monster! Pada pukul 8 pagi kami telah berada di atas sungai dan mula membuat lontaran pertama seawal 9 pagi. Hari ini kami mencuba di lubuk yang berlainan pula. Menurut tekong lubuk ini berpotensi untuk menaikkan tapah berskala monster. Saat River Monster berjaya dinaikkan oleh si penulis. Sekali lagi Mohd Amin yang lucut semalam telahmemperolehi strike pertama. Letupankedengaran berdekatan tebing sungai namun sekali lagi missed! Memang kurang bernasib baik dan terasa kasihan pulaterhadap member kita ini. Tekongberpindah tempat namun tapah Long Panai hilang entah ke mana. Pada waktutengahari kami pun pulang ke homestay untuk makan tengahari sambil berehat danmeneruskan perjuangan kami pada waktu malam pula. Tak sangka gergasi sungai sudi makan gewang yang hanya sebesar kacang dalam mulutnya! Pantun di Long Panai menunjukkan tapah adalah ikon disungai ini. Tepat pada pukul 7 malam kami pun berangkat ke lubuk berpotensi dalam kegelapan. Dengan panduan lampu suluh dan pengalaman yang luas, tekong dapat mengelakkan halangan di sepanjang sungai dan sampai ke lubuk yang diingini. Tanpa pimpinan mereka, tidak mungkin orang luar dapat menduga tapah di sungai ini secara DIY pada waktu malam! Kami memerhatikan paras air di tepi sungai sambil membaling gewang. Apabila paras air naik, bermakna peluang untuk mendapatkan strike adalah lebih tinggi. Kelihatan pada masa itu paras air telah naik dan saya pun bertukar ke gewang selaman 3 meter. Tiba-tiba terasa gewang tersebut seakan sangkut. Tanpa berfikir saya pun membalas dengan sekuat-kuatnya secara otomatik. Tidak disangka-sangka seekor tapah terkena pancing dan bermulalah pertarungan yang mendebarkan. Dengan tali utama sekasar 40 paun dan perambut 50 paun, akhirnya si tapah ditumbangkan setelah 10 minit bertahan. Ikan tersebut telah dibawa pulang ke homestay untukditimbang dan mengambil gambar pada keesokan harinya. Semua ikan yang berjayadipancing tidak akan dilepas kembali ke sungai dan harus diberi kepadapenduduk-penduduk kampung. Mungkin inilah syaratnya supaya orang luar dapatmemancing di sungai ini. Pemandangan indah di sepanjang perjalanan ke Long Panai. Pada malam itu ketekunan kami telah dibalas dengan keputusan cemerlang di mana Halimi Hanip dan Mohd Amin telah berjaya menaikkan tapah berskala 6 hingga 8 kg. Pada lewat malam Halimi diberkati satu lagi strike namun gagal menumbangkannya setelah 17 minit bertahan. Memang kecewa Halimi dibuatnya. Namun ini telah membuktikan bahawa ikan tapah sememangnya boleh dipancing melalui teknik mengilat dengan gewang replika ikan seperti ikan-ikan pemangsa yang lain di Malaysia. Manakala saya sendiri pula berjaya mendaratkan gergasi seberat 56kg melalui teknik yang terbukti berkesan ini. Diharap melalui pendedahan artikel ini akan mencetuskan inspirasi para pembaca sekalian untuk mencuba mengilat River Monster di tempat masing-masing. Semoga berjaya! Youtube MFA CHANNEL: https://youtu.be/GYA0-nnlZ9k FB link: https://www.facebook.com/mart.det Lihat selanjutnya
  7. Sharp Shooter

    Jejak Tiong Sarawak

    Salah satu spot toman mega yang hanya terletak dipinggir bandar Kuching sahaja. Bila cuaca cantik maka tibalah masa geng kami komlot bersama. Toman atau Channa micropeltes namanya cukup sinonim bagi penggemar sukan memancing terutamanya kaki mengilat atau casting. Di sarawak tidak kurang juga ceritanya mengenai spesies asing yang dipanggil IKAN TIONG ini. Toman di Sarawak terutamanya di Bandar Kuching sudah bukan rahsia lagi kerana sudah banyak caster menaikkannya. Ada yang sanggup datang jauh dari Miri, Bintulu, Sibu sehingga Singapura dan Brunei semata-mata untuk mencuba nasib memujuk spesies terhandal yang jarang terdapat di lain-lain tempat di Pulau Borneo ini. TEKS & FOTOGRAFI: JEBAT FIRDAUS ARHYIEEM Di Sarawak toman ada nama panggilan sendiri bagi penduduk kampung iaitu ikan Tiong(bukan burung tiong ya haha!). Saya sendiri pun kurang pasti kenapa gelaran itu diberikan kepada ikan toman. Sepanjang pengatahuan saya toman telah wujud di Sungai Sarawak sejak awal tahun 90an akibat terlepas dari kolam ternakan. Di Sarawak kebiasaan toman akan membawa anak pada awalbulan Julai sehingga penghujung bulan Oktober. Dalam jangka masa tersebut agakmudah untuk kita menjerat toman yang bersaiz kasar lantaran toman yang membawaanak lebih garang dari biasa. Bila tiada masa untuk turun dengan bot, bolehlah mencubaspot land based berdekatan bandar. Set yang kami gunakan untuk memujuk sang kepala ular kebiasaannya rod 10-20lb atau 8-17lb manakala tali pula kami biasa menggunakan 20lb sehingga 40lb. Tali 20lb didapati kurang yakin untuk menahan asakan sang ikan tiong terutamanya apabila memancing di kawasan yang berumpair. Gewang pula geng kami lebih kepada jenis permukaan. Ianya didapati lebih efektif berbanding gewang selaman dalam. Bagi saya aktiviti memujuk toman ini lebih menarik jikalau sambaran dari permukaan air. Tanyalah pada mereka yang gemar memujuk toman pasti juga lebih berminat dengan “top water game”. Di Bandar Kuching juga terdapat toman yang mendiamikawasan air masin. Satu fenomena yang agak ganjil untuk spesies air tawar ini.Toman yang mendiami kawasan air masin agak sukar untuk dipujuk. Boleh dikatakanbanyak juga caster di kuching masih gagal untuk memujuk toman air masin. Sayamungkin bernasib baik dapat memujuk toman air masin tetapi saiz bujangan. Dikawasan tembok ini terdapat pelbagai spesies ikan muara seperti selunsung(siakap),siakap merah atau lebih dikenali dengan jolokan MJ dan banyak lagi. Kewujudanikan tiong di sini tetap menjadi misteri. Lubuk toman yang berada di tengah-tengah kota ini menyerupai lubuk toman di Sungai Kedah. Kini beberapa buah daerah di Sarawak telah dikenalpasti dengan kewujudan toman terutamanya Miri, Sarikei dan Labuan. Termasuk juga jiran kepada negara kita iaitu Brunei. Toman sudah lama bermastautin di Brunei terutamanya di kawasan empangan dan telah menarik minat ramai caster tempatan dan luar negara untuk menjerat spesies ini. Batong, sebuah kampung di daerah Brunei dan Muara juga terkenal dengan tomannya sehingga saya sendiri pun pernah banyak kali bertandang jauh ke situ. Berbalik kita dengan Sungai Sarawak, apabila kami membuattrip untuk memujuk toman menggunakan boat, risiko yang kami kena hadapi adalahBUAYA. Sungai sarawak memang terkenal dengan buayanya. Jika air surut pastianda dapat lihat buaya yang santai di sepanjang tebingan sungai. Kebanjiranbuaya bukan perkara baru di bumi kenyalang. Namun bagi saya ini bukanpenghalang untuk saya turun menduga sang toman. Walau bagaimanapun kes manusiadiserang buaya di kawasan Sungai Sarawak sangat jarang berbanding sungai-sungailain di Sarawak. Yang penting kita jangan sombong! Toman Sarawak juga dipanggil “Ikan Tiong” oleh orang tempatan. Apabila gewang pensil gagal, janggut juga berkesanuntuk memujuk spesies asing ini. Pada musim penghujung tahun begini agak susah untukmelihat kelibat toman membawa anak bersiar-siar di sepanjang sungai. Maka kitaperlu memasuki lubuk di dalam cabang-cabang sungai untuk mencari toman. Di situpemancing boleh mencuba gewang dan teknik yang berlainan bergantung kepadastruktur lubuk termasuk gewang permukaan, gewang selaman dalam dan juga tekniktrolling. Seekor lagi Ikan Tiong yang dinaikkan di salah sebatang anak sungai melalui Buzzbait. “Toman laut” yang hidup bersama siakap dan siakapmerah boleh dipancing dari kawasan berbatu di tepi sungai. Sekian kisah toman Sarawak untuk kali ini. Seandai berpeluang saya akan kongsikan lagi cerita spesies lain yang mendiami Sungai Sarawak. Sehingga jumpa lagi! Lihat selanjutnya
  8. Sharp Shooter

    Tomman Hybrid

    Seperti namanya, kekili mendatar Tomman Hybrid mempunyai kegunaan yang luas. Ia boleh digunakan di laut cetek atau dalam mengikut saiz dan model. Biar air tawar atau air masin Tomman Hybrid tetap akan menguasai situasi dan menghasilkan keputusan yang memuaskan tanpa sebarang masalah. Kekili berwarna merah yang dibina dari grafit ini dilengkapi 4 +1 galas bebola dan mempunyai gear memandu yang berkuasa tinggi. Dari teknik pancing dasar sehinggalah mengilat atau jigging, pasti ada model Tomman Hybrid yang cocok untuk melaksana dan melengkapkan tugas. TCE TACKLES SDN BHD Tel:04-4844524 www.tcetackles.com.my Lihat selanjutnya
  9. Sharp Shooter

    Shinju Red Sea

    Menurut spesifikasi, Shinju Red Sea merupakan joran jigging jenis berat yang boleh digunakan di perairan sedalam 100 meter. Manalah tidak, joran yang diperbuat dari tulang grafit padu ini memang mempunyai kekuatan, sensitiviti dan daya membalas yang luarbiasa. Ia juga dilengkapi cincin oksida seramik dengan bingkai aluminium yang ringan, pemegang gabus dan alas kekili Bakau. Red Sea tersedia sebanyak 8 model termasuk spinning dan overhead dengan kekuatan PE2-4 atau PE3-5 yang mampu mengunjun jig seberat 80 hingga 200 gram bergantung kepada model. TCE TACKLES SDN BHD Tel:04-4844524 www.tcetackles.com.my Lihat selanjutnya
  10. Sharp Shooter

    Jualan Besar Besaran TCE Tackles 2018

    Acara tahunan Jualan Besar-Besaran kini kembali untuk tahun2018 dan sedang berlangsung di seluruh cawangan TCE Tackles di Malaysia danSingapura termasuklah dua cawangan yang baru dibuka di Johor iaitu di Mersingdan Kulai. Acara ini terbuka untuk semuadan boleh dikunjungi secara percuma sehingga 31 Disember 2018. Jualan Besar-Besaran ini menawarkan pelbagai jenis barangan kelengkapan pancing dan aktiviti luar dengan potongan harga eksklusif buat para pelanggan TCE Tackles. Acara gempak yang sentiasa menjadi buruan para pemancing tempatan ini menawarkan diskaun hebat sehingga 50% untuk barangan kelengkapan pancing dan aksesori terpilih yang terdapat di semua cawangan TCE Tackles. Seterusnya, kepada ahli kad TCE Tackles juga akan mendapat diskaun tambahan sebanyak 7%. Selain itu, turut berlangsung Karnival Cabutan Bertuah Bonanza kali ke-10 bagi pusingan akhir yang akan diadakan di cawangan TCE Tackles Lunas, Kedah pada 29 Desember 2018. Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti kehadiran anda di sana. Jangan berlengah lagi ayuh datang beramai-ramai ke cawanganTCE Tackles berdekatan anda untuk mendapatkan barangan kelengkapan pancingdengan harga yang terbaik di sepanjang program Jualan Besar-Besaran TCE Tackles2018 ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cawangan TCE Tackles yang berdekatan atau hubungi ibu pejabat TCE Tackles Sdn. Bhd di: PLOT 87-88& 96, Jalan Aman 2, Taman Industri Makmur, Sungai Seluang, 09600 Lunas, Kedah Tel. 04-4844524 / FB : TCE Tackles Sdn Bhd / www.tcetackles.com.my Lihat selanjutnya
  11. Sharp Shooter

    Senses Cup 2018 – Pelita Temengor

    Landasan waktu berlalu tanpa menanti sesiapa, tanpa sedar sudah menghampiri acara puncak tahunan bila Senses Cup kembali menjengah buat kali ke-4. Bukan seperti bayi yang perlu didondong lagi kematangan pengalaman dalam pengurusan event bertaraf Asia dengan jalinan tenaga pelbagai pihak berjaya mengendali pertandingan yang berlangsung selama 3 hari di Tasik Temengor. TEKS & FOTOGRAFI: HANUMEI IKE Kerjasama akrab pihak Senses Fishing Malaysia, Kelab Sukan Dan Rekreasi Pasir Mas Caster dan Sahabat Alam bagaikan membentuk satu pelita gergasi bagi menerangi Tasik Temengor setiap tahun sehingga mampu mengundang peserta dari Negara jiran tertangga seperti sebelumnya malah telah menarik juga peserta dari Negara India buat pertama kalinya. Penganjuran kali ini tepat pada waktunya bila hujan monsoon mula turun, sedikit sebanyak meningkatkan paras air tasik dan menenggelamkan rumput-rumput di kaki tebing. Persiapan dibuat awal sehari sebelum pertandingan dengan empat buah rumah bot bakal digunakan sebagai tempat penginapan dan kantin buat peserta, urusetia mahu pun puluhan kru-kru yang terlibat dalam event tahunan terbesar di Tasik Temengor ini. Termasuk juga puluhan bot-bot kecil yang bakal membawa peserta bertanding di tasik. Pada awal malam ketibaan peserta dari Singapura,Thailand dan India disambut dengan ucapan selamat datang dengan jamuan ringan sebelum ketibaan peserta dari Negara lain dan diakhiri pada awal pagi dengan ketibaan empat kumpulan peserta dari Indonesia sebagai melengkapi jalinan persahabatan serantau antara pemancing. TANGKAP DAN LEPAS Konsep tangkap dan lepas sebagai teras penganjuran disambut baik oleh rakan dari luar Negara untuk kelestarian ikan air tawar kita yang sedang mengharungi saat nazak pada waktu ini. Guide(boatman) dilantik menjadi marshall pertandingan dan ditugaskan untuk mencatat saiz tangkapan yang melepasi saiz ukuran cm yang ditetapkan beserta waktu tangkapan. Apa jua jenis umpan tiruan dibenarkan dalam pertandingan mengilat ini namun penggunaan produk senses sebagai penganjur pertandingan ini ada kelebihannya sendiri di mana perserta bakal dinobatkan Raja Senses dalam setiap kategori spesies yang berjaya didaratkan. Sebelum hari pertandingan peserta akan mencabut undi terlebih dahulu untuk menentukan bot dan juga guide yang akan membawa mereka. Pada hari pertama peserta terus berlepas dari jeti awam selepas sedikit taklimat pada jam 9.00 pagi dan rumah bot akan bertolak ke pulau askar dan pakir di sana selama tiga hari. Pada hari kedua peserta dilepaskan seawal jam 7.30 pagi dan perlu pulang selewat jam 7.30 malam, hampir 12 jam untuk peserta menerokai setiap lubuk sekitar temengor dengan dibekalkan makanan dan minuman tengahari sekiranya tidak pulang ke rumah bot waktu makan tengahari. Waktu pertandingan pada hari ketiga hanya separuh hari di mana peserta perlu pulang dan menyerahkan rekod tangkapan sebelum jam 1 tengahari. BALASUNGKAWA Di sebalik kemeriahan pertandingan ini berlangsung ada juga yang menangis kesedihan. Sehari sebelum pertandingan kami dikejutkan dengan berita kematian sahabat kami yang menguruskan Team Sahabat Alam allahyarham Nan Harith. Kami di sini merakamkan Salam Takziah buat keluarga dan juga Team Sahabat Alam. Berikut adalah senarai pemenang: Kategori The Best caster individu Chan Chee Keong Team FZ 191CM Ahmad Ghazilan Frogistan 146cm See Kiet Seng Team FZ 128cm Kategori Kumpulan Champion Team FZ 763CM Runner up Short Short Guy 710 cm 2nd Runner up Mustad Malaysia 439cm King Of Sebarau See Kiet Seng 62cm King Of Toman Nor kamaludin 95cm King Of Kerandang Derek Francis 59cm King Of Haruan Chang Kee Keong 52cm King Of Special Mohamad Khairi 38cm SENSES KATEGORI Senses Toman King Tan Cheng Hua 72cm Senses Sebarau King Cikgu Najib 53cm Fishing Guide Terbaik yeng Ba’e Mat Pi Lihat selanjutnya
  12. Sharp Shooter

    Mencubit Telinga Gajah

    Telinga gajah yang kelihatan lemah-lembut akan memberikan tentangan padu apabila terkena pancing. Justeru pemilihan perkakasan untuk menduga spesies ini harus dipandang serius. Setiap kali apabila memancing tenggiri di unjam atau tuas, pemancing akan sentiasa menjumpai sejenis ikan berwarna coklat tua dan kuning mendampingi bot, kelihatan seperti ingin bermesra dengan kita. Inilah ikan berwajah comel yang dipanggil telinga gajah. Jika anda berminat untuk memancing spesies ini apabila tenggiri sombong, bacalah artikel ini untuk mengorek rahsianya! Teks & Fotografi: Sean Sun Tedapat sebuah pemandangan unik di persisiran pantai Malaysia iaitu tukun tiruan yang dipanggil unjam atau tuas yang terutamanya dibina dengan batang buluh dan daun pokok kelapa. Tukun tiruan ini biarpun dihuni banyak spesies ikan, namun fungsi utamanya ialah menangkap ikan-ikan pelagik bersaiz kecil seperti selayang, kembong, cencaru dan selar. Justeru ikan tenggiri yang tinggal di unjam buat sementara waktu pula menjadi sasaran pemancing rekreasi dan ada juga bot pancing yang mendirikan unjam semata-mata untuk dipancing pelanggannya. Setiap kali apabila kita mendekati unjam, selain ikan dorado yang gemar mendiami unjam, kita juga akan dapat melihat sejenis ikan yang dipanggil telinga gajah berenang di sekeliling unjam. Ikan yang tidak malu dengan kehadiran bot ini sentiasa berenang ke permukaan seakan ingin bermesra dengan pemancing. Akuarium Batman Unjam yang penuh dengan bermacam hidupan laut menjadi pilihan utama telinga gajah mendirikan rumah tangga. Telinga gajah dipanggil Batfish dalam Bahasa English mungkin kerana warna dan bentuknya yang menyerupai kelawar. Di Indonesia pula ia juga dipanggil Batman! Ikan ini terdapat dalam banyak spesies yang berlainan namun Teira Batfish merupakan spesies yang paling biasa dijumpai di perairan tempatan. Ia juga dipanggil Platax Batfish, Longfin Spadefish atau Round Faces Batfish. Spesies ini mampu mencapai saiz sepanjang 28 inci dan merupakan spesies terbesar dalam familinya. Ikan yang bernama saintifik Ephippidae platax ini merupakan sejenis ikan yang bersifat omniverous. Mereka tidak akan menyerang ikan-ikan kecil seperti tenggiri justeru juga dianggap ikan akuarium yang disukai ramai. Spesies ini mempunyai perangai yang unik di mana mereka mampu hidup di dasar dan juga berdekatan permukaan laut, terutamanya struktur yang merangkumi dasar sehingga permukaan laut seperti unjam dan rumah api. Biarpun telinga gajah sejenis ikan yang agak biasa dijumpai, namun jarang terdapat pemancing yang berminat untuk memancingnya. Pada hakikatnya jika anda menyedari ikan ini mempunyai daya saingan yang luarbiasa, pasti anda akan berminat untuk mencabarnya! Namun telinga gajah bukannya ikan yang mudah terpedaya. Teknik pancingan dasar yang biasa digunakan untuk spesies lain agak sukar untuk mendaratkannya. Lebih-lebih lagi spesies ini gemar berenang ke merata tempat dan memerlukan kesabaran untuk menjeratnya. Pemiilihan umpan kurang penting. Yang penting cara persembahannya. Perkakasan Batman Terlebih dahulu marilah kita renungkan perkakasan yang sesuai untuk pancingan telinga gajah. Mata yang digunakan haruslah amat kecil memandangkan spesies ini mempunyai mulut kecil seperti ikan bawal. Namun gunakanlah mata yang lebih kasar untuk menahan daya junamannya yang padu. Jangan sesekali memandang rendah spesies ini dengan hanya menggunakan set ringan. Sekurang-kurangnya sediakanlah joran PE2 dengan kekili bersaiz 2000. Manakala tali utama pula 20 hingga 30 paun dengan perambut fluorocarbon berkekuatan setinggi 30 paun. Tiada pemberat diperlukan lantaran teknik yang digunakan ialah teknik menghanyutkan umpan dari permukaan laut. Seboleh-bolehnya pilihlah tarikh air kecil untuk menduga telinga gajah atau memancing sewaktu arus bertukar. Telinga gajah akan berenang ke permukaan untuk memakan plankton dan pada waktu inilah peluang untuk menumbangkannya akan menjadi lebih tinggi. Terdapat banyak pilihan umpan seperti hirisan udang, sotong, roti dan sebagainya. Rotilah yang menjadi pilihan kebanyakan pemancing lantaran mudah diperolehi. Umpan tidak menjadi masalah, masalahnya ialah bagaimana untuk memperdaya ikan yang amat pintar ini untuk menjamah umpam kita? Mata kecil yang kukuh dan roti berkualiti merupakan kelengkapan terpenting dalam pancingan telinga gajah. Mata harus disembunyi di dalam roti untuk menipu telinga gajah menelannya. Perangkap Batman Dipercayai ramai pemancing pernah menghadapi ikan yang amat sensitif dan pintar. Ikan-ikan ini akan menghilangkan diri apabila terjumpa joran atau tali, sebelum umpan sempat dihulurkan! Telinga gajahlah salah satu daripada ikan berstatus pintar ini. Justeru untuk memancing mereka, kita harus mengaktifkan selera mereka terlebih dahulu. Rotilah umpan yang paling sesuai untuk tujuan seperti ini! Caranya ialah membuang serpihan roti dengan banyaknya ke permukaan laut. Wangi harum dari roti akan menarik gerembolan telinga gajah mendekati bot. Apabila mereka sedang asyik menghayati makanan enak yang tidak dapat dicari di lautan, sangkutkan sedikit roti di atas mata dan sembunyikan mata dengan rapi sebelum menghulurkannya ke dalam laut. Dengan cara ini telinga gajah akan tertelan roti yang terdapat perangkap di dalamnya! Jangan terperdaya dengan rupa telinga gajah yang kelihatan lemah-lembut. Daya saingannya boleh tahan berbanding tenggiri! Spesies ini akan menjunam ke bawah apabila terkena pancing dan membengkokkan joran ke tahap maksimum. Tangan pemancing akan terasa letih biarpun menggunakan set 20 paun jika spesimen 3,4 kilogram yang terkena pancing! Ada pemancing menyatakan telinga gajah sebenarnya seafood yang enak seperti bawal hitam dan sesuai untuk masakan kari. Cubalah jika anda berkesempatan menaikkannya! Saiz mata harus sesuai dengan mulut telinga gajah yang kecil dan disembunyi di dalam roti. Air kecil merupakan waktu terbaik untuk menjerat telinga gajah. Lebih-lebih lagi apabila air laut berhenti mengalir menjelang pertukaran arus! Lihat selanjutnya
  13. Sharp Shooter

    Kembara Amal ‘Angler Charity’

    Cabaran kereta pacuan empat roda semasa memasuki laluan balak lama. Seramai 17 orang menyertai dan mengikuti trip rombongan pada kali ini. Dalam mengejar keseronokan arena sukan memancing ini, kita juga tidak lupa pada mereka yang jauh tinggal di pedalaman seperti Orang Asli. Trip amal ini telah dirancang oleh pihak BERUNTUNG RECREATION CLUB atas usahasama Al-Fateh Empire yang banyak membantu dari segi tajaan. Begitu juga para guru di SK Kalumpang yang telah mengumpul pakaian kanak-kanak remaja dan dewasa, serta beg terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk Orang Asli Tanah Adat. “Let’s Help Each Other to Jannah! Don’t pull others down as u go up. Instead, reach out a hand and help those who are down when you are up.” Prinsip ini yang dipegang oleh saya dan pasti banyak kali saya menganjurkan sesuatu untuk golongan mereka yang serba kekurangan ini. Teks & Fotografi : ROZAWARIE ZAKUAN Bermulanya Kembara Ikan idaman setiap pemancing masih banyak terdapat di sini. 3 hari 2 malam, sekian kalinya saya bersama rakan-rakan lain menganjurkan ekspedisi ke sebuah perkampungan Orang Asli di utara setelah mendapat kelulusan pihak berwajib. Perjalanan selama 5 jam ke daerah ditujui dan perlu melalui jalan offroad yang memakan masa selama 2 jam 45 minit berikutan keadaan jalan yang agak licin dan juga keadaan satu atau dua buah kenderaan yang menghadapi masalah enjin. Sebelum memulakan perjalanan, satu taklimat ringkas tentang tatacara berkonvoi di atas jalanraya telah disampaikan kepada semua pemandu. Sebanyak 4 buah kenderaan pacuan empat roda menyertai dengan membawa muatan baju baru dan terpakai serta beberapa bahan makanan asas untuk diberikan kepada penduduk di perkampungan Orang Asli yang akan kami lalui apabila menuju ke lapangan memancing. Kami amat gembira apabila melihat keceriaan yang terpancar pada wajah anak-anak kecil Orang Asli apabila kami memberi mereka makanan berupa gula-gula / jajan yang telah kami bungkus khas untuk mereka. Ahli-ahli bersama sumbangan kepada orang asli. Guide Asli Setelah barangan bantuan amal disampaikan oleh Pojie Soeharto kepada ketua mereka, perjalanan diteruskan ke lokasi memancing. Beberapa orang daripada mereka mengikuti kami sebagai jurupandu ke kawasan memancing dan pembantu dalam kumpulan nanti. Ini kerana mereka lebih arif tentang hutan di kawasan mereka. Sebenarnya kami juga sudah tahu selok-belok di kawasan tersebut, akan tetapi sebaiknya kita dapat menambah ilmu mengenai hutan dari mereka yang sememangnya hidup di hutan sejak lahir. Bagi seorang anak Asli di sini yang mengikuti kami, dia berkata jika ada kenderaan yang masuk ke kawasan sungai dengan kerja-kerja seperti mengebom dan menuba ikan, pasti akan berasa menyesal dan tidak kembali lagi ke sini kerana penduduk di situ akan mengganggu kenderaan mereka. “Ini sungai kami. tempat kami mencari makan. Jadi hormatlah hutan kami, seharusnya datang ke kampung kami memohon kebenaran Tok Batin dan jangan menyusahkan kami untuk mencari makan.” Katanya kadangkala, apabila turun menjala, “sambil berjalan sambil menangis” kerana hasil berkurangan akibat pemunggahan ikan secara berleluasa. Pastikanlah syurga ikan di sini terus terjaga. Hindarkan sifat tamak haloba. Terpaksa mendaki bukit selama 30 minit dari tempat parkir ke kampung Asli dengan bebanan hampir 10 kg! Menitisnya Peluh Jantan Lokasi yang pasti menjanjikan apa yang kami cari, spesies sungai pergunungan. apakah dapat kami rasai seperti apa yang selalu diperkatakan. Ikan kelah, kejor dan tengas sudah pasti beraja di sini. Sebelum aktiviti memancing dimulakan kem utama harus dibina dengan bantuan Orang Asli. Kami mencari buluh dan batang pokok untuk dijadikan asas khemah. Diingatkan untuk mengambil kayu di hutan, ambillah yang tumbuh secara merapat 2 – 3 pokok. Jangan diambil semua. Ini juga dapat memberikan ruang kepada pokok lain untuk terus tumbuh tinggi mencari cahaya matahari. Ada yang harus merayau jauh mencari batang pokok, telah diberi amaran supaya harus menjaga kawasan hutan agar kekal untuk seribu tahun lagi, agar generasi lain dapat menghirup dan menikmati keindahan di sini seperti kami. Justeru kami lebih menggunakan hammock untuk mengelakkan pemotongan pokok untuk dijadikan sebagai asas kem. Hanya perlu diikat sahaja tanpa penebangan sebarang pokok. Hati menjadi tenang apabila berada di sisi sungai yang indah. Perkakas dibawa turun. yang mana kenderaan pacuan empat roda kami diparkir di lereng bukit, manakala kami berada di bawah bukit berhampiran kawasan sungai. Jarak antara kami dengan kenderaan kira-kira 600 – 700 meter dengan ketinggian 65 darjah, tiada berlorong trek. Merecik peluh masing masing dengan bebanan backpack 7 – 10 kg setiap seorang! Pancingan Hari Pertama Tuan Azman Mikail, setelah siap segalanya telah memulakan pancingan di atas batu besar di bahagian tengah sungai, di situ dia telah mendapat 3 strike. Berumpankan sawit peram sememangnya menjadi taruhan utama untuk memujuk spesies sungai di sini. Asmeran juga berjaya mendapat tangkapan besar. Kehampaan sedikit terpacar pada wajah rakan lain, yang masih mencari strike idaman. Hanya mampu menarik ikan berskala kecil. Ada yang masih mempelajari teknik untuk menduga spesies sungai pergunungan. Namun Team kami amat bertuah kerana keadaan cuaca yang sangat baik sepanjang trip sehinggalah hari kami keluar dari hutan. Kerjasama Satu-satunya yang sangat penting dalam pasukan adalah bekerjasama. Penyediaan makan malam, minum petang, giliran dan saling bantu-membantu adalah wajib. Chef Pojie yang juga penganjur trip tidak pernah mengabaikan ahli trip dengan masakannya tepat pada waktu. Berselera sungguh Orang Asli menikmati makanan bersama, dengan menu masakan yang lain daripada kebiasaan mereka. Wanita Asli gembira memilih pakaian sumbangan. Selesai makan malam tanpa mensiakan waktu, saya melabuhkan umpan berdekatan khemah, sebiji sawit digunakan kerana ikan-ikan bersaiz besar diyakini merayau pada waktu malam. Seperti yang dijangkakan, joran Fenwick saya terbang melayang. Jika tidak kerana joran diikat dengan tali ke akar pokok, sudah pasti saya kerugian. Skala 1 kg dapat ditawan. Kepuasan sebelum melelapkan mata untuk berehat pada malam pertama. Sekali lagi kepenatan malam pertama di hutan berbalas. Syukur alhamdulillah rezeki dari-NYA. Carian Diteruskan Keesokan paginya kesemua ahli kembali bersemangat, bersiap lebih awal, bersarapan nasi lemak oleh Chef Pojie. Masing-masing menuju ke lubuk seperti yang dirancang. Sama ada ke hulur atau ke hilir menyusur sungai sambil melihat lubuk yang sangat cantik dan keindahan kedamaian. Sebelah petang barulah semua ahli berkumpul semula dengan hasil tangkapan mereka. Sememangnya meriah kerana masih lagi terpelihara syurga ikan untuk sesiapa sahaja menikmatinya. Hari kedua lebih mendatangkan rezeki kerana setiap ahli mampu berjalan lebih jauh menyusur sungai. Baung akar juga menjadi target pancingan untuk dijadikan lauk kerana tiada bertulang Y. Kembali agak lewat petang hujan rengai mulai turun sehingga ke malam dan mengakibatkan air menjadi sedikit keruh. Suasana malam yang sejuk, bermenukan ikan sungai masak tempoyak memang menggiurkan tatkala kepenatan dan kesejukan. Chef Pojie sedang beraksi. Kembali Pulang Dengan perjalanan keluar dari hutan di mana jalan tanah merah sudah basah dan lembik menyebabkan sedikit kesukaran di jalan berbukit. Tetapi semua itu dapat diatasi dengan mudah kerana kenderaan pacuan empat roda kami telah dilengkapi segala keperluan untuk menangani masalah yang bakal ditemui. Kesemua dari kami berpuas hati dengan hasil dan perjalanan trip yang indah, terutama semasa agihan hantaran barangan bantuan sama ada terpakai atau yang baru. Bagi mereka yang inginkan trip seperti ini, bolehlah terus menghubungi saya, Rozawarie : 013-3248986 untuk mengaturkan trip sebegini. Pastikan anda punyai kenderaan pacuan empat roda yang lengkap. Pesanan saya kepada mana-mana kumpulan pancing di Malaysia ini, jadikan team atau group yang kita naungi sebagai pemangkin pemula untuk sesuatu kerja amal. Tidak kira untuk apa jua golongan dan agama, asalkan kita dapat membantu mereka yang lebih memerlukan. Apalah sangat seketul gewang atau peralatan pancing mahal jika ingin dibandingkan dengan sedikit sumbangan. okok besar masih terpelihara di sepanjang sungai. Kenangan manis dengan raja sungai pergunungan. Tengas, kejor dan kelah antara ikan yang disasarkan dalam trip amal ini. TIPS KUMPULAN YANG BAIK SEMASA TRIP Kebersihan dijaga bersama semasa dan selepas tamat trip. Bakar atau tanam. Tetapi jangan bakar tin dan tong gas. Sentiasa tolong-menolong dalam apa jua keadaan. Jangan lepas tangan dan bersikap sambil lewa. Kan sama-sama penat. Perlu membuat perlantikan AJK atau agihkan tugas-tugas kerja seperti masak air, memotong ikan, memasak, goreng ikan, potong bawang, tukang kemas, tukang basuh dan sebagainya. Sentiasa peka dengan keadaan kumpulan serta keadaan di sekeliling. Peka mata telinga, hidung, dahan pokok reput, air besar mendadak dan lain-lain. Peka terhadap situasi rakan / ahli dalam kumpulan. Perkara ‘casting & bottom fishing’. Menghormati kawasan pancingan dasar (bottom fishing) di mana perlu diberikan jarak di antara 100 meter ke atas dan bawah di mana ahli casting boleh berjalan lebih jauh dan ahli pancing dasar mendapat kawasan dan kesunyian lubuk. Paling utama, siapkan basecamp dulu apabila sampai di destinasi. Setelah dipersetujui bersama untuk memulakan acara basah tali, baru ahli boleh mula memancing. Apa yang penting adalah kerjasama sesama ahli kupulan. Lihat selanjutnya
  14. Sharp Shooter

    Tenggiri Manus September

    Misi sukar dikecapi tanpa kevlar berdawai! Apa yang bakal saya kongsikan di sini bukanlah sebagai menggalakan pemancing melanggar akta dan hukum yang ditetapkan pihak kerajaan namun sebaliknya sebagai satu perkongsian ilmu yang boleh mendidik kita semua untuk menjadi pemancing yang lebih efisyen. Berdekad lamanya saya menyimpan rahsia yang pernah diberitahu arwah pakcik saya, seorang nelayan yang menetap puluhan tahun di Pulau Redang. Memang saya akui ilmu yang diturunkan arwah pakcik saya banyak membantu saya menewaskan pelbagai spesies idaman khasnya spesies Trevally. Teks & Fotografi: Hanumei Ike Rahsia September Kenapa Trevally? Kita sedia maklum bahawa pelbagai spesies Trevally seperti GT, ebek, jemuduk, gerong belang, cermin, sagai dan lain-lain akan berhijrah secara berkumpulan pada masa-masa tertentu. Saya pernah menjelaskan dalam artikel yang lalu bahawa selepas tengkujuh lubuk terbaik untuk memburu ebek adalah di sekitar perairan berhampiran pulau. Migrasi tersebut mungkin berlaku atas faktor makanan, perubahan cuaca atau mencari tempat berlindung. Saiz begini jarang berkelompok besar, paling banyak pun belasan ekor sahaja. Dalam musim tengkujuh laut bergelora menyebabkan air laut cetek menjadi keruh justeru mengganggu penglihatan ikan dalam pemburuan diet. Migrasi selalunya tertumpu pada struktur-struktur besar di dasar laut seperti kapal karam, terumbu di laut lepas mahupun karang-karang sekitar pulau. Pulau merupakan tempat paling sesuai lantaran airnya kekal jernih. Namun sebelum terjadinya migrasi Trevally menuju ke pulau, tenggiri terlebih dahulu yang menjadi pembuka tirai migrasi ini seawal September. Tenggiri September September merupakan bulan migrasi penghujung tahun tenggiri dan secara umumnya kita menganggap ianya bermusim. Seawal Mac dikatakan pembuka tirai dan Jun pada pertengahan musim. Kesalnya sehingga kini tiada pihak yang berminat untuk mengkaji migrasi ini menuju ke arah mana. Saiz tenggiri migrasi selalunya menentukan ianya dalam kelompok besar atau sebaliknya. Skala saiz dibawah 3 kg selalunya berada dalam kelompok yang besar. Saiz sebegini yang sering membuat pemancing berpesta tanpa berpindah lubuk lagi. Sebaliknya migrasi tenggiri dalam skala saiz 5 kg ke atas selalunya berada dalam kelompok kecil dan menurut pengalaman saya hanya belasan ekor sahaja yang mampu didaratkan di satu lubuk. Spesies pertengahan air ini tidak disangkal lagi kelajuan pecutannya menegangkan tali membelah permukaan air sehingga mampu menjana bunyi yang mengasyikkan. Bot baru Efan cukup selesa dan sanggup menduga belasan unjam untuk mendapatkan tenggiri. Teknik jigging laju bagi menjerat tenggiri adalah satu kemestian namun beberapa faktor perlu dipelajari terlebih dahulu. Set yang digunakan perlulah betul bagi mengimbangi tenaga yang bakal digunakan begitu juga untuk teknik mengilat SM (Sinking Minnow). Memang betul kalau rezeki yang tertulis tidak ke mana tetapi berapa peratusan tenggiri mampu dijerat tanpa Kevlar berdawai? Belitung hujung tahun saiznya bagak-bagak. Kejernihan air juga satu faktor yang perlu diambil kira. Air yang sedikit keruh dan berarus laju paling sesuai untuk memburu tenggiri. Bagi teknik jigging mahupun mengilat SM harus menggunakan perambut dan tali utama yang halus begitu juga terminal tackle. Ada kelebihannya menggunakan perkakasan yang halus dalam kedua-dua teknik ini. Tali yang halus dapat memotong halangan air dengan mudahnya. Beban kepada kekili juga tidak berat dan komunikasi aksi jig mahupun gewang lebih mudah dirasai. Tali utama 10 hingga 20lb berpadankan perambut 15 hingga 20lb kini telah menjadi popular di kalangan pemancing spesies bergigi tajam. Manakala perambut pula menjadi semakin panjang dari 4 hingga 6 depa seakan tidak kelihatan dalam air yang sedikit keruh. Asasnya setiap jig dan gewang SM yang digunakan bagi menjerat tenggiri perlu ada kilatan perak dan warna-warna lain hanya sebagai warna pendua bergantung kepada kualiti air. Saiz begini lebih agresif dan sentiasa berlaku double strike. Bentuk jig sebaiknya sedikit panjang dan berat yang sering digunakan antara 40 hingga 80g bergantung kepada kelajuan arus. Sejak kebelakangan ini penggiat jig mula bertukar arah set kekili dari kekili mendatar ke kekili menegak kerana kelebihan nisbahnya yang lebih laju. Kelajuan dipentingkan dalam teknik jigging tenggiri lantaran pergerakkan jig yang laju dapat mengurangkan risiko jig dari kerap terputus digigit tenggiri yang bergerak terlalu pantas. Manakala joran kekal berkekuatan PE3 kerana joran perlu keras sedikit untuk menyokong lantunan gewang 40g ke atas. Semenjak keluarnya kekili BC serbaguna seperti Shimano Tranz, Tailwalk Elan mahupun Abu Revo, dapat dilihat transformasi berlaku. Maklumlah kedua-dua teknik jigging dan mengilat mampu dilakukan dalam satu kekili. Way to go, Kapten Efan! Teknik di unjam Unjam dibuat sebagai rumah untuk ikan pelagik berkumpul dengan guni-guni pasir mahupun bongkah konkrit sebagai struktur tetap di dasar laut yang disambung tali kepada jalinan daun kelapa di pertengahan air. Ianya lalu dihubungkan kepada buluh dan tong-tong plastik di permukaan laut bagi menegakkan jalinan daun kelapa di pertengahan air. Unjam senang dikesan di laut lepas, sejauah 3 km ianya sudah kelihatan. Unjam adalah struktur tiruan dan ianya tidaklah sebesar terumbu mahupun kapal karam namun potensi sebagai lubuk tenggiri tetap terbaik. Ikan pelagik kecil hanya bermain berhampiran unjam selalunya tidak jauh dari jalinan daun kelapa manakala kebanyakan pemangsa seperti tenggiri yang ditewaskan hanya berlegar dalam radius 50 meter dari unjam. Bulan September memang ditunggu kami sebagai medan terakhir tahunan. Lebih menyeronokkan trip ini adalah trip pertama menaiki bot baru uncle Efan yang besar dan selesa. Bot panjangnya hampir 40 kaki dengan lebar hampir 10 kaki boleh dinaiki 10 pemancing dan hanya mengambil masa kurang satu jam ke Pulau Redang selepas meninggalkan Kuala Besut. Kerapu juga berhijrah dan tertumpu pada unjam berdekatan pulau. Teknik berhanyut selalunya lebih efektif dalam memburu tenggiri namun ianya tetap bergantung kepada pergerakan angin dan arus. Sekiranya arus mengizinkan dan cuaca tidak berangin, hanyutan bot boleh dilakukan pada kedua-dua sisi unjam. Sekiranya bot hanyut berhampiran unjam, balingan jig ataupun gewang SM perlu dilontar keluar dari arah unjam. Sebaliknya jika bot hanyut jauh dari unjam maka lontaran perlu dibuat ke arah unjam. Manis September Seperti yang saya kongsikan pada permulaan artikel ini, pada penghujung tahun apabila berlakunya migrasi besar-besaran, pulau dan unjam-unjam sekitar pulau akan turut menjadi transit migrasi kepada pelbagai sepsies trevally. Bagi spesies demersal pula kadang-kala turut bertandang ke unjam. Bongkah konkrit mahupun timbunan guni-guni pasir yang menjadi tapak ataupun sauh bagi unjam amat sesuai untuk habitat demersal. Adakalanya jig yang tenggelam ke dasar sering menjadi mangsa kerapu, jenahak, merah tanda mahupun merah. Trip ini kami banyak berlegar di sekitar unjam yang berhampiran pulau walaupun tidak bertemu bondongan tenggiri mahupun trevally, namun dengan tangkapan beberapa ekor ikan cermin cukup untuk menandakan permulaan migrasi hampir berlaku. Kita ketahui kebanyakan pulau dilindungi mahupun digezetkan sebagai Taman Laut dan ianya ditegah sama sekali untuk sebarang aktiviti menangkap ikan. Apa yang saya kongsikan di sini bukan untuk menggalakkan pemancing menceroboh tetapi masih ada ruang buat kita memintas migrasi ini sewaktu ianya dalam perjalanan menuju ke terumbu. Dalam memintas migrasi sebaiknya tuju ke unjam-unjam berhampiran pulau ataupun ke terumbu yang berhampiran pulau yang tidak digezetkan sebagai Taman Laut. Namun janganlah dijatuhkan sauh kerana ini mengundang kerosakan pada karang. Dalam waktu sukar untuk mendapatkan tenggiri sekurang-kurangnya 13 unjam telah diduga dari pagi sampai ke petang dan dalam trip ini beberapa unjam yang diduga sudah cukup untuk menewaskan tenggiri. Lebih efisyen dan syok jigging dengan light tackle. Rahsia telah dikongsikan untuk manfaat bersama. Sebelum monsun menjengah, jadikanlah September mahupun Oktober sebagai bulan yang ada kemanisan bakal tercoret dalam diari pancingan kita! Lihat selanjutnya
  15. Sharp Shooter

    Analisis Demudok

    Demudok besar kelihatan berwarna biru ungu dengan belang dan bintik hitam. Terdapat perkara peribadi yang belum sempat diselesaikan di antara saya dengan spesies yang dipanggil Demudok. Ia merupakan spesies laut cetek kegemaran saya berikuti ebek kapak, ebek bulat, gerong belang dan tenggiri. Spesies ini amat tahan lasak dan tiada nilai pasaran. Bukankah ia sesuai sangat untuk dilindungi sebagai sumber perikanan rekreasi!? Teks & Fotografi: Pak Wong Teringat lagi pada zaman dahulu apabila saya mula mengkaji teknik jigging ringan di Kuala Rompin, Kapten Steven Chong telah menceritakan spesies yang dipanggil demudok. Menurut beliau demudok merupakan satu-satunya spesies yang terhebat daya saingannya dan mencadangkan saya untuk menjeratnya dengan menggunakan jig. Pembaca yang mengikuti siri Ikan Terhandal Malaysia pasti pernah menonton sebuah video yang memfokuskan spesies demudok. Itulah pertarungan saya dengan demudok buat sulung kali. Namun spesimen yang dinaikkan kurang besar dan belum dapat merasai kekuatan demudok yang sebenarnya. Pengalaman Pulau Berhala Sehinggalah apabila berpeluang bertandang ke Pulau Berhala, barulah saya berpeluang bersemuka dengan demudok yang lebih besar. Pada masa itu terdapat gerembolan ikan-iken kecil berkumpul di tepi pulau sehingga menarik banyak ikan pemangsa ke kawasan itu. Saya yang sedang menjalankan kajian teknik casting dari atas bot tiba-tiba terasa gewang dilarikan oleh ikan yang agak besar sehinggakan set casting berkekuatan 25 paun pun terasa kelam-kabut untuk menahannya. Sejak peristiwa itu barulah saya mengenali kekuatan demudok yang sebenarnya! Selepas trip itu saya kerinduan tarikan demudok namun tidak berpeluang lagi untuk bersua dengan spesies yang diidami ini. Ini kerana demudok merupakan ikan yang bermusim dan hanya akan muncul menjelang musim monsun Timur-Laut dan waktunya amat sukar diramal. Lagi pun saya pula sibuk mendalami teknik pancingan yang lain sehingga melupakan teknik jigging ringan. Sehinggalah pertemuan Kepulauan Riau, Indonesia yang begitu subur ekologi lautannya, barulah saya berpeluang untuk menduga demudok mega. Pada pandangan saya menangani demudok bersaiz 8 kg di perairan sedalam 50 meter dengan set ringan, kepuasannya menjangkaui menangani aji-aji 20 kg dengan set berat di perairan sedalam 140 meter! Di sesetengah tempat demuduk boleh dipancing sepanjang tahun namun saiz bagak seperti ini agak jarang dijumpai. Yellowspotted Trevally Menurut Wikipedia, ikan demudok yang bernama saintifik Carangoides falvoguttatus nama Englishnya termasuk Yellowspotted Trevally, Yellowspotted Kingfish, Goldspotted Trevally dan Tarrum. Ia tergolong dalam keluarga Carangidae Jack seperti Giant Trevally. Spesies ini pada umumnya bertabur di kawasan tropika dan sub tropika perairan Indo Pasifik, dari South Africa di sebelah barat sehingga ke Jepun. Di bahagian utaranya pula berlanjutan ke Red Sea, India dan seluruh Asia Tenggara termasuk Kepulauan Indonesia. Kawasan pertaburannya juga berlanjutan ke selatan termasuk utara Australia, ke utara sehingga Taiwan dan Jepun, sehinggalah ke Palau, Tonga dan New Caledonia di sebelah timur. Mereka biasanya mendiami terumbu karang atau kawasan berbatu di perairan persisiran pantai namun juga ditemui di lautan yang jauh dari pantai dengan kedalaman sehingga 100 meter. Spesies ini tidak boleh bertahan dengan perairan yang rendah kandungan garamnya justeru mereka tidak memasuki kawasan muara. Demudok yang tergolong dalam spesies karnival gemar makan ikan kecil seperti ikan bilis, sotong dan krustasia, termasuk ketam bunga, udang lipan dan udang. Di Australia didapati demudok juga menjadikan sesetengah trevally bersaiz kecil sebagai makanannya. Ikan demudok kadang-kadang muncul dalam kumpulan besar. Ada juga masanya mereka merayau bersendirian. Demudok yang lebih kecil biasanya mencari makanan di tepian terumbu karang. Manakala spesimen kasar yang bersendirian pula meronda perairan yang ditumbuhi rumput laut untuk mencari mangsa. Spesies ini mampu mencapai kepanjangan 1.2 meter dengan saiz seberat 18 kg. Ianya dianggap salah satu spesies trevally terbesar selain GT! Demudok remaja terdapat bintik berwarna kuning keemasan di atas badannya. Teknik Jigging dan perkakasan Di Semenanjung Malaysia dan perairan Tanjungpinang di Indonesia, musim demudok jatuh pada musim monsun Timur Laut iaitu dari Oktober sehingga April tahun berikutnya. Mereka akan muncul bersama demudok nyior-nyior (Bludger/Carangoides gymnostathus) atau dipanggil “Bulat” di Tanjungpinang di perairan terumbu karang, terumbu tiruan dan struktur kapal karam. Memancing demudok dengan bersenjatakan jig merupakan sebuah pengalaman yang mendebarkan. Namun kita harus memahami bahawa seperti saudaranya Bulat, spesies ini juga lebih cenderung kapada jig yang dihenjut laju berbanding perlahan. Biarpun begitu, mereka tetap akan membaham jig yang dihenjut dengan perlahan dengan syarat jig dimainkan dengan beranika kelajuan dan dicampur dengan aksi perberhentian yang singkat. Joran jenis menegak lebih sesuai supaya lebih mudah untuk membuat lontaran bila diperlukan. Gunakan kekili saiz 4000 atau 5000 yang bernisbah tinggi. Joran berkekuatan PE1.5 hingga PE2.5 disyorkan supaya lebih cepat menaikkan ikan apabila demudok berada dalam keadaan frenzy. Cara saingan demudok apabila terkena pancing bersamaan dengan GT dan Bulat. Joran akan ditekan ke bawah dengan kuatnya. Namun mereka tidak akan berenang dengan lajunya seperti ebek. Pemancing yang berpengalaman akan dapat membezakannya dengan sekali pandang. Bulat juga merupakan salah satu ikan terhandal di laut cetek dengan gaya juangan yang menyerupai demudok. Biarpun demudok telah kelihatan dalam trip Tanjungpinang yang berlangsung pada penghujung Oktober tahun 2018 ini, namun mereka kurang menyambar jig mungkin disebabkan arus deras. Diharap dapat memperbaharui rekod peribadi demudok dalam trip November akan datang. Doakanlah! Menjelang musim monsun ebek kapak juga akan berhijrah ke terumbu karang, kapal karam dan tukun tiruan bersama demudok di perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Lihat selanjutnya
×