Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...

Mohd Rizal

Members
  • Content count

    4
  • Joined

  • Last visited

  • Points

    0 [ Donate ]

Community Reputation

0 Neutral
  1. Asrama Anjung Kasih Di Hospital Serdang, Selangor boleh menempatkan ramai orang yang hadir untuk menziarahi pesakit dari luar negeri Selangor dan dijadikan tempat penginapan sementara yang disediakan oleh pihak Hospital Serdang. Telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail pada 28hb.September 2018, dan kami berasa teruja selepas beberapa hari dirasmikan kami adalah pengunjung terawal yang menginap di asrama ini selama lebih 7 hari untuk menemani anak yang bakal menjalani pembedahan jantung. Anjung kasih, mempunyai banyak kelebihan dan dipisahkan kepada 2 bahagian iaitu Asrama Wanita, dan Asrama Lelaki. Diantara kelebihan asrama yang disediakan oleh pihak hospital Serdang ialah seperti berikut : Kelebihan Asrama Anjung Kasih Hospital Serdang : Katil bertingkat (double decker bed) Penyaman udara Ruang simpanan barangan peribadi (locker) Surau Ruang bilik mandi yang selesa Ruang makan Meja makan Microwave Peti ais Mesin basuh Mesin pengering pakaian Ruangan Ampaian Ruangan menonton TV dan santai Juga dilengkapi dengan seorang pengawal di hadapan kawasan asrama yang menjadikan kita berasa lebih selesa dan selamat. Mengenai Bayaran Asrama Anjung Kasih: Buat masa ini, kami menginap di asrama Hospital Serdang pada awal bulan Oktober 2018, masih belum dikenakan sebarang bentuk bayaran kerana asrama baru sahaja siap, di masa akan datang kami tidak pasti akan caj sewaan yang akan dikenakan oleh pihak Hospital Serdang. Terima kasih kepada pihak Hospital Serdang kerana menyediakan fasiliti yang dapat menyenangkan kami yang hadir dari jauh dengan pelbagai akses serta kelengkapan seperti asrama Anjung Kasih tersebut.
  2. Kos Pembedahan Jantung Bayi Down Syndrome (VSD) Kos Pembedahan Jantung Bayi Down Syndrome (VSD) sememangnya menjadi satu tanda tanya buat ibu bapa yang anak mereka bakal menjalani pembedahan. Jadi, saya sendiri akan berkongsi kisah di dalam menjalani proses pembedahan anak kami yang mengalami masalah jantung berlubang. Bismillahirahmanirrahim. Anda bersama saya, Mohd Rizal dan isteri saya Nor Azlina. Kami akan kupaskan kisah menjaga anak syurga kami yang sudahpun menjangkau usia 4 bulan 21 hari bernama Muhammad Danish Aisy. Aisy, anak yang dilahirkan pada minggu ke 36. Dilahirkan menggunakan kaedah induce (secara paksa), kerana terdapat komplikasi di mana isteri saya mengalami masalah kekurangan air ketuban yang agak serius dan doktor menasihatkan kami supaya force baby dilahirkan walaupun belum sampai tarikh sebenar kelahiran. Tanggal 21hb.Mei 2018, Aisy dilahirkan secara paksa. Memang satu proses yang sangat menyakitkan dengan kaedah induce (seperti yang dimaklumkan oleh isteri saya), tetapi untuk menyelamatkan bayi, kami terpaksa terima keadaan tersebut dan isteri juga berjaya melahirkan Aisy. Down Syndrome Setelah dilahirkan, Aisy terus di bawa ke unit Neonatal Intensive Care Unit atau NICU di Hospital Taiping. Di sinilah baru saya dimaklumkan sepenuhnya mengenai anak, mengapa beliau di bawa ke unit NICU oleh doktor yang bertugas. Doktor mengesahkan bahawa Aisy disyaki seorang anak dari jenis Down Syndrome melalui beberapa faktor yang dikesan oleh pihak hospital. Segalanya diterangkan oleh doktor satu demi satu secara berhemah dan meminta kita bersabar dengan situasi tersebut. Allah maha kaya lagi maha penyayang. Kita tidak mampu lakukan apa-apa sebaliknya bersyukur dengan takdirNya. Saya terima Aisy seadanya dan itulah anak rezeki buat kami. Anak kelahiran yang ke-6 ini sememangnya menguji tahap kesabaran di dalam jiwa. Masalah Jantung Bayi Down Syndrome Lebih mengejutkan saya, bukan sekadar Aisy seorang anak Down Syndrome, malah yang lebih menakutkan saya ialah apabila doktor memaklumkan bahawa Aisy juga mengalami masalah Jantung berlubang bersaiz 0.4mm. Apa yang boleh saya katakan saat itu hanyalah 1 perkataan "ALLAHUAKBAR"... Doktor juga ada memaklumkan kepada saya bahawa, terdapat juga kes di mana, jantung bayi yang berlubang ada juga yang boleh pulih sendiri ketika usia mereka meningkat, malangnya dalam kes Aisy, jantungnya mengalami masalah lubang yang semakin membesar apabila usia beliau mencecah 35hari. Dari 0.4mm telah membesar kepada 0.7mm. Kami dimaklumkan perlu ke Hospital Serdang di Selangor untuk bertemu pakar jantung di sana dan perbincangan lanjut. Aisy di bawa ke sana menggunakan ambulan dari pihak Hospital Taiping dilengkapi dengan oksigen dan sebagainya. Setelah proses menemui pakar jantung selesai, Aisy di bawa pulang semula ke Hospital Taiping dan perlu menempuh satu tempoh yang agak lama untuk menambah berat badan sebelum menjalani proses pembedahan jantung. Doktor memaklumkan kepada kami, berat badan yang minimum yang terbaik untuk jalani pembedahan jantung adalah melebihi 3KG dan ke atas. Ketika ini Aisy hanya seberat 2.6KG. Hari Pembedahan Jantung Tiba masa Aisy mendapat panggilan untuk menjalani pembedahan. Perasaan kami sebagai ibu dan bapa teramat risau. Risau dengan ribuan perkara kerana jantung adalah organ utama dalam kehidupan kita seharian. Inikan anak kecil yang perlu mengharungi peritnya pembedahan ini. Allahuakbar. Setibanya Aisy di Hospital Serdang pada 01hb,Oktober 2018, beliau terus ditempatkan di dalam CICU, di mana tempat sepatutnya di PCICU tetapi penuh. Sebelah petang, kami dipanggil oleh pihak hospital untuk dimaklumkan beberapa perkara. Pakar bius memaklumkan setiap proses dan kesan dari bius ke atas Aisy. Apabila selesai dimaklumkan, kami menandatangi surat. Pakar bedah memaklumkan setiap proses dan kesan pembedahan ke atas Aisy. Apabila selesai dimaklumkan, kami diminta untuk menandatangani surat pengesahan. Keesokkan hari kami dimaklumkan bahawa tiba masa untuk Aisy menjalani prosedur pembedahan pada sebelah petang. Bermula dari jam 2:00 petang dan berakhir pada jam 8:50 malam, sepanjang tempoh itu kami hanya mampu berserah kepada Allah dan terus berdoa. Alhamdulillah segalanya telah selamat dan operasi pembedahan dari pakar bedah utama, Dato Dr. Hamdan dan pembantu-pembantunya telah berjaya. Syukur ke hadrat illahi. Aisy dimasukkan ke dalam CICU semula dan masih tidak sedarkan diri. Kos Pembedahan Jantung Bayi Down Syndrome Setelah beberapa hari kami di Hospital Serdang, tiba masanya untuk Aisy di bawa pulang ke Hospital Taiping. Kami diminta untuk menjelaskan segala kos sebelum discaj. Kos keseluruhan pembedahan jantung sememangnya agak terkejut jika dilihat kerana ianya mencecah puluhan ribu ringgit. Akan tetapi kita bertuah dilahirkan sebagai warganegara Malaysia dan mempunyai kerajaan yang memahami masalah rakyat. Kos Pembedahan dan sebagianya berjumlah : RM22,481 Jumlah perlu di bayar RM500 sahaja. Alhamdulillah sekali lagi rasa penuh kesyukuran. Diharap dengan perkongsian ini, dapat mengurangkan sedikit sebanyak tekanan atau emosi para ibubapa yang masih keliru dan takut akan kos pembedahan si anak kecil, terutama di dalam kes pembedahan jantung (Major Operation). Kami akan kongsikan lain-lain artikel di portal ini untuk anak Down Syndrome. Anda juga boleh ikuti kisah mengenai Aisy - Abang Chik di facebook.
  3. Hosting Malaysia bekalkan kepada anda hosting yang super murah dan super mantap dari semua aspek kegunaan baik dari saiz, speed, sistem dan banyak lagi yang boleh anda dapati hanya dengan Hosting Malaysia. 99.9% Masa Fungsi Server kami bekerja sepanjang masa, tidak ada sebarang masalah lagging, atau downtime buat masa ini. Inilah sebabnya mengapa anda perlu melanggan hosting dari kami, untuk berikan kepercayaan penuh kepada pelanggan anda. cPanel Setiap pakej hosting di bawah kami, akan disediakan dengan panel kawalan website dari jenis cPanel. cPanel adalah platform yang sangat mudah digunakan dan ianya adalah platform terbaharu, dan pihak kami sentiasa menaiktaraf software cPanel. Platform Email Platform email adalah ruangan atau seksyen anda untuk mengakses ke email dengan mudah di bawah nama domain perniagaan. Tidak lagi perlu risau untuk menghantar sebarang email kerana anda bebas menggunakannya tanpa sebarang sekatan. Web Builder Turut disediakan web builder dari platform Softacolous yang memudahkan anda untuk install sebarang jenis website hanya dengan 1 klik. Anda bebas untuk install apa juga jenis website seperti WordPress, Joomla, Shopping Cart dan banyak lagi secara mudah dan percuma. Bantuan 24/7 Anda tidak perlu risau akan sebarang masalah kerana pihak kami bekerja selama 24jam sehari tanpa cuti. Kami sedia berikan bantuan kepada anda dalam setiap masa menggunakan platform Sokongan, WhatsApp dan Skype. Pakej Hosting bermula dari RM20 setahun dan ianya termasuk : 1GB Disk Quota 10GB Monthly Bandwidth 1 Max FTP Accounts 1 Max Email Accounts 1 Max Email Lists 1 Max Databases 10 Maximum Hourly Email Domain .com Lihat lanjut klik di sini : Hosting Murah Malaysia
  4. Anda gemar melancong ke negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan lain-lain negara dalam Asia? Kini anda boleh nikmati percutian anda ada pada kadar termurah bersama Cuti-Cuti Bajet Malaysia (CCBM). Terdapat banyak pakej percutian yang kami sediakan buat anda seperti : Pakej Krabi Bajet pakej Hatyai Bajet Pakej Bali Bajet Pakej Bandung Bajet Dan banyak lagi pakej percutian yang ada kami sediakan. Sekiranya anda ingin lihat dengan lebih dekat setiap pakej pelancongan bajet dari kami, sila layari portal utama Cuti-Cuti Bajet Malaysia (CCBM) dengan klik di sini : https://ccbmtravac.com/ Sedikit imej mengenai pakej percutian dari kami di bawah : Tags: pakej krabi,pakej percutian lombok,pakej bali,bali pakej murah,pakej percutian krabi,pakej bali murah,pakej krabi bajet,pakej percutian bajet,pakej hatyai murah,pakej percutian termurah,
×