Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...

Ms Rose

Members
  • Content count

    34
  • Joined

  • Last visited

  • Points

    0 [ Donate ]

Community Reputation

0 Neutral

Recent Profile Visitors

The recent visitors block is disabled and is not being shown to other users.

Enable
  1. Ms Rose

    Resepi Cheese Cheesecake

    Creamy Cream Cheese Cheesecake Bahan Utk Crust: 1 3/4 cawan graham cracker crumbs 3 sb gula Secubit garam 1/2 stick (4 sb) unsalted butter - cairkan Bahan Utk Cheesecake: 2 pounds (four 8-ounce boxes) cream cheese - suhu bilik 1 1/3 cawan gula kaster 1/2 sk garam 2 sk pure vanilla extract 4 telur gred A - suhu bilik 1 1/3 cawan sour cream atau heavy cream, atau kombinasi kedua duanya Cara cara Membuat Crust: Lenser butter pada springform saiz 9 inci. Balut bawah dengan 2 lapis aluminium foil. Letakkan springform atas baking sheet Gaul crumbs, gula dan garam di dalam bekas kecil. Tuang butter cair dan kacau hingga sebati. Boleh guna jari sahaja. Tuang ke dalam springform dan menggunakan jari, tekan rata bawah dan sekeliling pan. Letakkan di dalam freezer sementara oven dipanaskan. Letakkan rak di tengah oven dan panaskan pada 180C. Masukkan springform di dalam baking sheet dan bakar selama 10 minit. Ketepikan crust untuk disejukkan sementara menyediakan cheesecake. Kurangkan suhu oven kepada 165C. Cara cara Membuat cheesecake: Didihkan air di dalam periuk. Menggunakan mixer elektrik, putar cream cheese dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan berkrim dalam 4 minit. Masukkan gula dan garam sambil terus diputar selama 4 minit lagi. Masukkan vanilla. Masukkan telur satu persatu dengan diputar dalam 1 minit setiap kali.Kurangkan kelajuan pada level stir sahaja dan masukkan heavy cream. Kacau adunan dengan spatula dan tuangkan ke dalam springform. Jika ada lebihan adunan, boleh masukkan ke dalam ramekin yang disapu butter. Letakkan roasting pan di dalam oven dan tuangkan air mendidih ke dalamnya. Bakar selama 1 jam 30 minit sehingga bahagian atas keperangan. Tutup oven dan buka sedikit pintu oven dan biarkan cheesecake di dalam oven selama 1 jam lagi. Selepas 1 jam, keluarkan dari oven. Berhati hati kerana kemungkinan terdapat air panas di dalam aluminium foil. Keluarkan foil dan biarkan cheesecake berada pada suhu bilik di atas wire rack. Bila cheesecake telah sejuk, tutup bahagian atas springform dengan aluminium foil dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman. Bolehlah dikeluarkan dari springform dan dipotong untuk dihidangkan. Basuh pisau setiap kali selepas memotong. Sumber: Dorie Greenspan
  2. Nasi Ayam Penyet Bahan-bahan untuk menyediakan resepi ayam penyet untuk 6 orang ialah: UNTUK AYAM PENYET: 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik. ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau 1/2 sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam 1 sudu besar Serbuk Kunyit ½ sudu besar Serbuk Lada Putih 3 ulas Bawang Putih 1cm Halia Sedikit Air 1 sudu kecil Garam Minyak masak untuk menggoreng. UNTUK SAMBAL RESEPI AYAM PENYET: Sedikit minyak masak 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) 10 biji Cili padi 10 biji Bawang kecil/merah, hiris 3 biji Bawang putih, hiris 5 biji Tomato, potong 4 5 cm Belacan 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit 3 sudu gula merah/secukup rasa Untuk Nasi 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan 3 ulas bawang putih satu btg kayu manis 4 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang sedikit butter garam kiub pati ayam/daging 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td) Cara-cara UNTUK AYAM PENYET: Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.) Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. UNTUK SAMBAL: Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan gula merah dan gaul rata. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa. * Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. UNTUK SUP: Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade). Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan. UNTUK NASI: Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa. Kredit : lunastory.com
  3. Cerpen : Isteriku Raina Elisya “Pengantin lelaki lari!” Tadi dia yang menangis sampai bahunya terhinjut – hinjut mula meraung. Berita yang baru disampaikan oleh abangnya itu memang membuat dia mahu bunuh diri. Dah lah dia tertangkap ketika ‘bermesra’ dengan kekasihnya dan sekarang saat mereka akan dinikahkan kekasihnya melarikan diri! “Aku tak kira! Aku nak kau heret kekasih kau datang jumpa Tok Kadi sekarang jugak ! Adik tak guna! Tak habis – habis nak memalukan keluarga kita.” amuk abang. “Adik tak sayang emak dengan abang ke? Sanggup Adik lakukan perkara terkutuk tu! Emak nak kamu pujuk kekasih kamu tu, minta dia bertanggungjawab.” rintih emak. ………………………………………………………………… Ashraff melihat isterinya yang baru dinikahi 3 jam yang lalu sedang termenung di hujung katil. Dia mengeluh. Raina Elisya Bt. Rahman. Walaupun sudah 10 tahun tidak bersua muka namun dia masih dapat mengecam Raina. Mana mungkin dia lupa, Raina cinta pertamannya. Satu – satunya perempuan yang dia cintai dan sampai sekarang cintanya tidak beralih. Ashraff mendekati isterinya. Satu keluhan dilepaskan. Kecewa dengan Raina. “Raina.” Raina memandang Ashraff dengan pandangan kosong. Ashraff kelu . Sudah 10 tahun tidak berjumpa dan sekarang……Raina berada dalam bilik bersamanya dalam keadaan berstatus suami isteri . “ Raina. Lamakan kita tak berjumpa?” Ashraff mengetuk kepalanya sendiri. Dia tidak tahu macam mana nak mulakan bicara. “Kenapa awak kahwin dengan saya jugak? ” pertanyaan Ashraff diabaikan . Ashraff tersentak . “ Kenapa awak sanggup kahwin dengan saya ? Awakkan dah tahu hal sebenar . Kenapa awak masih nak teruskan ? Kenapa ? ” suara Raina mula meninggi sambil disusuli air mata yang laju membasahi pipinya . “ Syyyh . . . . . ” Ashraff memeluk Raina . Cuba meredakan tangisan sang isteri dengan mengusap rambut Raina yang panjang separas dada dan berikal . Haruman rambut Raina menyebabkan dadanya berkocak . Ashraff cuba mengawal diri . Dalam keadaan yang belum stabil sekarang , dia belum bisah menyentuh Raina walaupun mereka dah sah menjadi suami isteri . “ Dah lewat ni, awak tidur dulu ya? ” ujar Ashraff sambil bangun dari katil. Raina menunduk sambil mengesat sisa – sisa air mata. “Jangan risau, saya takkan sentuh awak.” Ashraff tersenyum manis ke arah Raina sebelum berlalu ke bilik mandi. Spontan tangan Raina naik ke dada kirinya. ‘ Kenapa dengan aku ni ? ’ Raina mengeliat. Perlahan – lahan dia mengosok kelopak matanya yang terasa berat .Raina memandang Ashraff yang masih dibuai mimpi. Lebih tepat lagi , dia merenung wajah suaminya . ‘Kacak jugak Si Ashraff ni ya...Tapi kenapa Ashraff sanggup menggantikan tempat Farhan? Farhan. Argh! Jantan tu memang tak guna! Sebab dia lah keluarga aku dapat malu besar !’ akibat geram, Raina secara tak sengaja tertumbuk perut Ashraff. “Allah!” Ashraff terbangun. Terasa perutnya senak. Raina pula sudah menggelabah. “Err... Sorry. Sorry awak, saya tak sengaja.” Ashraff memandang Raina. Kening belah kirinya terangkat. Raina pula menggigit hujung bibirnya , muka dah merah . “Saa..Saya.... Saya yang salah. Saya minta maaf. Saya tak sengaja pukul awak.” tergagap Raina dibuatnya. “Awak geram tengok saya ya? Sebab saya kacak sangat tapi tak boleh nak peluk. Tu yang awak tumbuk perut saya ya? ” usik Ashraff. Matanya melirik ke arah Raina sambil tersenyum nakal. Muka Raina bertambah merah, sebiji macam tomato! ‘Ya Allah! Seksinya suara mamat ni pagi–pagi macam ni. Jantung aku ni pun mula lah buat hal.’ “Kenapa jeling – jeling kat saya ni? Hmm? Ke.... Awak dah jatuh cinta kat saya?” “Eh! Mana ada!” Cepat – cepat Raina bangun dari katil. Belum sempat Raina melangkah ke bilik mandi, Ashraff terlebih dahulu menarik tangan Raina membuatkan Raina jatuh atas riba Ashraff. Mata mereka saling bertentangan. Jantung Raina dah macam baru lepas berlari 300 m . Nafas Ashraff sudah tersekat – sekat. Ashraff mendekatkan mukanya dengan muka Raina, ingin menyentuh bibir isterinya. Raina kaku. Tok tok tok Raina menolak tubuh Ashraff apabila terdengar ketukan pintu. Ashraff pula dah jatuh tergolek di tepi katil . “Ashraff, Raina. Dah bangun ke belum? Subuh dah nak habis ni.” suara mamanya Ashraff, Puan Khatijah kedengaran disebalik pintu . “Aaa...Dah. Dah bangun ma.” laung Ashraff. Raina mendekati Ashraff dan menolong Ashraff bangun. Mereka hanya membisu sehingga Ashraff bersuara. “Saya nak solat ni...Awak... Err. Boleh solat tak?” tanya Ashraff teragak – agak. Raina hanya mengganguk. “Kalau macam tu, kita solat berjemaah?” Raina memandang Ashraff sebelum mengangguk. “ Okey .” ……………………………………… “ Han nak bawak Ina ke mana ni?” tanya Raina sambil matanya tak lepas memandang sekeliling. Farhan hanya senyum. Kereta Satria Neo milik Farhan mula menyusuli masuk ke pekarangan kawasan rumah elit . “Han! Kenapa Han diam je? Han nak bawak Ina pergi mana ni? Ina nak balik lah!” tanya Raina sekali lagi. Kali ini ‘volumenya’ lebih tinggi. “Sayang, jangan takut. Han bukan nak bawak lari Sayang ke Siam pun. Relax , okey?” Farhan memegang tangan Raina lalu dkucup tangan yang lembut itu . Perlahan – lahan Raina menarik tangannya. Inilah yang dia tak suka dengan sikap kekasihnya. Suka pegang – pegang . “ Ina nak balik lah Han . Dah petang ni, nanti emak dengan abang Ina marah.” “Ala... Okey, Han janji. Kita pergi sekejap je. Lepas kita bosan, kita balik lah .” Farhan cuba memujuk Raina. Tanpa Raina sedari, ada makna disebalik kata – kata Farhan. Kereta diberhentikan di bawah garaj rumah banglo dua tingkat. Rania turut turun dari kereta. “Welcome, Sayang.” “Rumah siapa ni?” “Rumah Han.” Raina memandang Farhan. Dahi dah berkerut – kerut. “Buat apa kat rumah Han ni? Bukan kea Han cakap family Han tak ada? Pergi oversea.” “Yealah. Memang diorang pergi oversea. Tak salah kan Han bawa Ina datang ke rumah Han? Lagi pun, Ina kan belum pernah lagi datang ke rumah Han. Jom lah masuk.” Raina mengikut Farhan dari belakang. Seketika kemudian dia terpegun. “Oh My! Cantiknya rumah Han!” Raina terjerit kecil. Farhan hanya senyum. Membiarkan Raina yang ralit memerhati ruang tamu rumahnya. “Ina tengok – tengoklah dulu ya. Han nak pergi tukar baju kejap.” Raina menjeling sekilah ke arah Farhan yang sudah mendaiki tangga. “Besarnya rumah Farhan. Perabot pun nampak macam mahal – mahal belaka. Aku tak sangka pulak yang aku sedang bercinta dengan orang berada. Baik pulak tu !” gumam Raina . Raina tersenyum sambil memandang gambar seluruh ahli keluarga Farhan yang tergantung di dinding berdekatan akuarium. Namun seketika senyuman Raina mati apabila ada seseorang yang memeluk dia dari belakang. “ Eh! Apa ni?” “Raina,sayang…” berderu darah Raina apabila mendengar suara Farhan di cuping telinganya. Raina cuba melepaskan pelukan Farhan namun tidak berjaya. Malah pelukan semakin dikemaskan. “Farhan! Apa Farhan buat ni?” Raina meronta – ronta. “Lepas lah Han!” Farhan akhirnya melepaskan Raina. Cepat – cepat Raina menjauh. “Han dah gila ke apa? Mana boleh Han peluk Ina. Kita bukan muhrim!” tegas Raina. Farhan senyum menggoda. Tahu sangat dengan Raina yang bersikap ‘alim – alim kucing’. ‘Alah! Perempuan macam Raina ni, belai sikit dah jatuh tersungkur punya.’ desis hati Farhan. “Kenapa takut sangat ni sayang? Han peluk jelah. Bukan buat apa – apa pun. Tak kan Raina tak sudi dipeluk Han?’ “ Bukan muhrim! Berdosa!” tegas Raina. Tapi Raina akui, kadang – kala dia terbuai dengan sikap Farhan. Sikap Farhan yang selalu mengambil berat dan selalu melontarkan kata – kata manis membuatkan dia selesa. Membuatkan dia terasa disayangi. “Sorry,sayang... Han janji, Han tak akan sentuh Raina lagi. Janji.” “ Janji?” “ Janji!” Farhan mengangkat tangannya tanda berjanji. Raina tersenyum. Sudahnya mereka hanya berbual – bual. Disebabkan Raina terlalu asyik berbual dengan Farhan, dia alpha akan dirinya yang berdua – duaan dengan kekasihnya. Perbualan mereka terhenti apabila loceng rumah Farhan berbunyi serta ketukan di pintu utama. Raina mengangkat kening tanda bertanya. Farhan pula menjongket bahu. Farhan bangun menuju ke pintu utama dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat gerangan yang datang ke rumahnya. Seorang anggota polis bersama tiga orang berkopiah. Raina berjalan ke arah Farhan yang kelihatan kaku di hadapan pintu. Saat mata Raina terpandang ‘tetamu’ Farhan, terus dia rebah jatuh ke bumi. ……………………………… “Raina...” Raina tersentak apabila ada tangan yang menyentuh lembut bahunya. Habis melayang lamunannya tadi. Raina tersenyum ke arah ibu mertuanya. Puan Khatijah membalas senyuman isteri anak sulungnya. “Raina...Emak dengan abang Raina dah tahu perkara sebenar?” tanya Puan Khatijah. “Belum, ma..” “Ashraff?” lambat – lambat Raina menggelang. Puan Khatijah merenung Raina yang sedang menunduk. Dia tahu perkara sebenar yang berlaku. Dia tahu kes tangkap khalwat antara Raina dengan kekasihnya. Dan dia juga tahu yang Raina masih ‘dara’ sebelum berkahwin dengan anaknya. Raina terperangkap dengan rancangan bekas kekasih Farhan. Segalanya telah dimaklum oleh penyiasat upahannya untuk menyelidik kes tangkap khalwat Raina. Memang dia terkejut akan Ashraff yang menawar diri untuk mengantikan tempat Farhan. Sebab itu dia pengupah penyiasat sebelum bersetuju.Emak Raina, Puan Faridah merupakan kawan baiknya sejak dulu lagi. Tapi tentang hal anaknya yang tiba – tiba hendak mengantikan Farhan, dia tidak tahu sebabnya. Biarlah…Mungkin anaknya ada sebab tertentu. Ashraff berjalan perlahan – lahan menuju ke arah Raina dan Mamanya. Dia meletakkan jari telunjuknya ke bibir saat Raina ingin menyatakan sesuatu. “Mama!” sergah Ashraff. Saja dia nak mengenakan mamanya. “Oh mama kau, mama aku..” latah Puan Khatijah. Ashraff tergelak besar manakala Raina pula menutup mulut, menahan ketawa. “Bertuah punya anak! Kamu nak mama mati cepat ke?” Puan Khatijah pura – pura marah anaknya. Lengan Ashraff dipukul. “Tulah mama..Melamun je. Mama rindu kat papa ya? Alah mama ni, Ashraff baru ‘culik’ papa sekejap mama dah rindu segala.” sakat Ashraff. Raina pula tergelak kecil. Baru dia tahu yang Ashraff ni sikapnya suka menyakat orang. Patutlah kemain je Ashraff menyakat dia subuh tadi. “Kamu ni kan...” Ashraff terjerit apabila tangan mamanya dah mencubit pinggangnya “Aduih ma...Berbisa betul cubitan mama ni ya.” ujar Ashraff sambil mengosok pinggangnya yang terasa pedih. “Amboi! Berborak tak ajak papa.” Encik Malek yang turun dari tangga bersuara. Dia mengambil tempat di sebelah Puan Khatijah dan diletak pula tangannya di atas bahu isteri tercinta. Ashraff dan Raina tersenyum melihat Encik Malek ‘beromantik’ dengan Puan Khatijah. “Mama ni hah...Rindu kat papa…”sakat Ashraff lagi. Dia yang sedari berdiri tadi sudah duduk di sebelah Raina. Raina disebelah dijeling sekilas. Jelas kelihatan Raina tidak senang duduk. “Mama rindu kat papa? Papa pun rindu kat mama!” ujar Encik Malek sambil merenung Puan Khatijah. Puan Khatijah mencubit lengan suaminya. Anak dengan Ayah sama saja! “Ha! Kamu berdua pulak bila nak pergi honeymoon?” Encik Malek beralih ke arah anaknya dan menantunya pula. “Insya-Allah lusa pa..Ash dah tempat tiket ke France. Bilik pun dah ditempah.” beritahu Ashraff. Raina memandang Ashraff. Tak percaya dengan apa yang keluar dari mulut suaminya. “Hmm...Baguslah.” Kepala Encik Malek Terangguk – angguk. “Berapa lama kamu kat sana?” tanya Puan Khatijah pula. “ Seminggu Ma. Tapi Ashraff ambil cuti dua minggu. Kiranya, seminggu lagi untuk uruskan rumah yang Ashraff beli tu.” mata Raina terbeliak. Cuti dua minggu?? Dia hanya mengambil cuti selama tiga hari saja..Dan rumah ? “Awak tak beritahu saya pun yang kita akan pergi holiday?” tanya Raina setelah dia menarik Ashraff supaya masuk ke dalam bilik. “Bukan holiday lah sayang..Tapi honeymoon.” balas Ashraff sambil tersengih. Suka dia apabila melihat muka Raina yang merah macam tomato. Comel! “Saja nak surprise kat awak. Awak suka tak tempat yang saya pilih tu? Takut jugak saya kut – kut awak tak suka honeymoon kat France.” Raina mendiamkan diri . Sebenarnya dia bukan tak suka cuma …. “ Awak tak perlu lah buat semua tu. Tak perlu habiskan duit awak untuk saya. Lagipun, awak dah selamatkan maruah keluarga saya. Saya...” bicara Raina terhenti apabila Ashraff bertindak mengucup lembut bibir Raina. Raina tergamam. Jangan cakap macam tu lagi. Saya ikhlas kahwin dengan awak.” ujar Ashraff sebelum keluar dari bilik. Perlahan – lahan Raina menyentuh bibirnya. Walaupun hanya beberapa saat namun kucupan Ashraff masih terasa hangat. “Aduih! Jangan macam – macam Raina !! Sedar sikit diri kau tu!” ujar Raina perlahan. “ Apa yang dibebelkan tu?” celah satu suara. Hampir – hampir Raina melatah. “Ish! Awak ni ...Terkejut saya tahu tak!” Raina mengurut dadanya. ‘Aku ingat mamat ni keluar dah. Rupa-rupanya ada lagi dalam bilik ni. Harap – harap dia tak tengok riaksi aku dan tak dengar apa yang aku cakap tadi.’desis hati Raina . “Maaflah buat awak terkejut. Cuma tadi baru saya teringat . Lusa kan kita dah nak pergi France, jadi saya nak bawak awak pergi rumah emak. Petang ni kita bertolak.” “Rumah mak?” Ashraff menganguk. “Err….Ash.Saya rasa….Saya tak boleh ikut awak pergi France kut.” lambat – lambat Raina beritahu Ashraff. Ashraff menjongket kening. “Saya ambil cuti tiga hari je wak…”sambung Raina.Ashraff membulatkan matanya . Terkejut dengan apa yang baru didengarinya. “Apa awak cakap? Tiga Hari ?? Awak ambil cuti kahwin hanya tiga hari?!” secara tak sengaja suara Ashraff menjadi kuat, Raina menunduk. Ashraff meraup mukanya. ‘Bini aku ambil cuti kahwin hanya tiga hari? Mana ada orang pergi honeymoon sorang – sorang! Aku punyalah semangat ambil cuti dua minggu. Tapi Raina …. Haih! Tak boleh jadi ni! Aku tak kira! Aku nak Raina pergi honeymoon dengan aku jugak.’ nekad hati Ashraff. “Saya nak awak ikut juga. No excuse!” tegas Ashraff . “Eh! Habis, klinik saya macam mana?” “ Suruh je Aina gantikan tempat awak. Tu kan klinik awak dengan dia.” “Tapi …” “Kan saya dah cakap! No excuse!” terus Ashraff keluar dari bilik. Raina pula terkebil –kebil di tepi katil. “Hah! Ada apa datang sini?”sergah abang Raina, Rizal. Raina berdiri di belakang suaminya sambil memegang sedikit baju Ashraff. Kecut perut dia tengok abang dia yang berwajah macam singa jantan tak makan sebulan! “Apa khabar bang?” Ashraff menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Rizal. Rizal menyambut hujung jari. “Eh! Ashraff, Raina.” Puan Faridah menerpa ke arah anak bongsunya. Sekelip mata Raina berada dalam pelukan Puan Faridah. “Raina, anak mak.” Puan Faridah mencium pipi dan dahi anaknya. Raina yang berada dalam pelukan Puan Faridah sudah mengalirkan air mata. Ashraff dan Rizal hanya menjadi pemerhati. “ Dah, dah. Jom masuk Ash, Ina.”ujar Puan Faridah. Puan Faridah dan Raina masuk ke dalam rumah diikuti Ashraff dan Rizal. “Ada apa kamu berdua datang sini?” belum pun Raina dengan Ashraff duduk di atas sofa, Rizal bertanya dengan muka yang garang. “Err…Ash dengan Ina datang sini nak bagitahu yang lusa kami dah nak bertolak ke France..”beritahu Ashraff. “Haih! Orang kahwin ‘express’ pun pergi honeymoon jugak ke?”perli Rizal sambil mata tak lepas memandang tajam ke arah adiknya. Memang Rizal masih marah lagi dengan Raina . Arang yang Raina conteng ke muka dia dengan emak belum hilang lagi. Dan dia juga tahu yang sepatutnya dia tak marah kat Ashraff. Sebalikya harus berterima kasih sebab Ashraff lah yang menyelamatkan keluarga dia dari dipandang hina oleh penduduk kampung. Cuma….Dia pelik. Kenapa Ashraff sanggup kahwin dengan Raina? “Rizal…”Puan Farizah menggeleng. Rizal mendengus lalu berlalu ke biliknya. Pintu bilik dihempas kuat. “Maafkan Rizal ya Ash.” “Takpe mak. Ash faham.” “Tadi kamu kata, lusa dah pergi honeymoon kan? Jadi sebelum kamu berdua pergi honeymoon tu tidur kat sini dulu ya?” pinta Puan Farizah. “Kami memang nak bermalam kat sini pun mak.” Raina yang sedari tadi membisu mula bersuara. “Haa!Baguslah kalau macam tu.Mama kamu apa khabar Ashraff?Dia…Boleh terima ke?” soal Puan Farizah berhati – hati . Takut Raina terasa hati dengannya . “Alhamdullillah, Mama sihat.Mama dengan papa pun boleh terima. Oh ya! Mama kirim salam kat mak.” “Waalaikummussalam…Syukurlah kalau mama dan papa kamu boleh terima. Senang hati mak.” Puan Farizah menarik nafas lega. Takut jugak dia kalau – kalau sahabat baiknya tidak boleh terima keadaan anaknya. “Kamu berdua berehat lah dulu. Bilik adik tu pun mak kemaskan tiap-tiap hari. Mak nak pergi masak dulu.” Ujar Puan Farizah sambil bangun. Mahu berlalu ke dapur. Ashraff dan Raina turut bangun. “Biar adik tolong mak . Awak pergilah rehat dulu.” “Eh! Tak payah. Kamu pergi je berehat dengan suami kamu tu. Biar mak yang masak.” Puan Farizah berlalu ke dapur. Meninggalkan Raina dan Ashraff yang masih berdiri di tengah – tengah ruang tamu rumahnya. “So?” tanya Ashraff. Raina menjungkit bahu . “ Jomlah .”Ashraff mengambil beg pakaian yang sederhana besar itu lalu mengikut Raina dari belakang. Beg bagasi yang perlu dibawa ke France ditinggalkan di dalam kereta. “Masuklah.Bilik saya kecil je kalau nak dibandingkan dengan bilik awak. Katil dalam bilik saya pun katil bersaiz queen je.”Ashraff yang mendangar kata – kata Raina terus menutup pintu bilik. Beg diletakkan di tepi almari pakaian . Raina yang memandang pelik ke arahnya didekati . ‘ Apahal ni ?’ desis Raina. Raina berundur ke belakang apabila Ashraff mendekatinya sehinggalah dia terperangkap. Tak boleh nak lari dah. Ashraff telah mengepung Raina dengan kedua-dua belah tangannya diletakkan di pintu bilik yang tertutup rapat. “Kenapa dengan awak ni hah? Saya tak suka awak cakap macam tu! Saya suami awak, awak isteri saya. Semua milik saya,milik awak juga! Dan semua milik awak, milik saja jugak. Termasuklah .... Awak . Awak milik Allah s.w.t , milik keluarga awak dan awak milik saya!” tegas Ashraff. “Tolonglah. Tolong jangan cakap seolah–olah saya ni orang asing, orang yang memandang harta...Tolong jangan cakap macam tu lagi. Kalau saya dengar awak cakap macam tu lagi, saya heret awak naik ke atas katil!” ugut nakal Ashraff. Dia senyum sembunyi. Dia saja je nak gertak Raina. Tapi kalau Raina sudi apa salahnya. Hehe “Erk!” Raina terkedu dengan ugutan Ashraff. Berdiri bulu roma dia. ‘Hish! Seram!’ desis hati Raina sambil menggeleng kepala beberapa kali. Terus terlepas ketawa yang ditahan Ashraff, lucu apabila melihat Raina kalut macam tu. “Haha…Saya gurau je ...Luculah awak ni.” ujar Ashraff sebelum merebahkan badan di atas katil. Raina mengetap bibir. ‘Apa yang lucunya cik abang oooi!!’ “ Benci lah awak ni!” “Sayang awak.” balas Ashraff . Mata masih terpejam tapi bibir tersenyum lebar. Tak kisah lah kalau Raina anggap dia bergurau pun. Belum tiba masanya lagi untuk dia berterus terang. Kaki Raina mendekati Ashraff yang masih berbaring. Bantal yang elok tersusun di kepala katil dicapai. “Benci! Benci! Benci!!!” Raina memukul badan Ashraff dengan bantal tadi. Geram betul dia dengan Ashraff ni. Ashraff bangkit tetapi tidak pula dia menahan Raina dari terus memukul badannya dengan bantal yang empuk itu. Malah, ketawa kecil yang keluar dari mulut lelaki kacak itu. Raina berhenti memukul Ashraff. ‘Kenapa dengan mamat ni? Bukan nak marah atau mengelak. Tapi boleh pulak dia ketawa! Ish!’ Raina memandang Ashraff. Ashraff membalas renungan isterinya sambil senyum menggoda. “Apa senyum– enyum?” Sekali lagi Ashraff tertawa. ‘Mak aihh! Garangnya bini aku ni. Senyum pun tak boleh. ‘ desis Ashraff. “Kenapa? Tergoda ke?” Ashraff mencuit hidung isterinya. Cepat – cepat Raina menepis. ‘Eeee…Nak je aku smack down dia ni! Tapi tak boleh buat ! Nanti tulang aku pulak yang patah! Tengok body suami aku ni pun tahu . Body tough gitu!’ Raina menjeling tajam ke arah Ashraff yang sedang tersengih . Dia bangun dari terus duduk di birai katil dan berlalu ke bilik mandi . “Wah! Cantiknya!” pegun Raina. Dia merebahkan badannya di atas katil. Kini, mereka berada di Hotel Concorde La Fayette. Paris,France. Ashraff merebahkan badannya disisi isterinya . “ Suka?” “ Suka sangat! Ni lah pertama kali saya jejak ke Kota Cinta ni tau! Patutlah dulu Aina happy gila masa suami dia nak bawak Aina honeymoon kat sini.” Raina bangun menuju ke balkoni. “Wah! Awak, awak! Marilah sini. Marilah.” Raina menarik Ashraff ke arah balkoni. Ashraff hanya menurut. Kini, jelas kelihatan menara Eiffel yang megah berdiri. Pemandangan menara Eiffel memang sungguh menarik pada waktu malam. Diterangi cahaya yang bewarna keemasan. Raina tersenyum. “Cantik kan?” Ashraff memandang Raina yang masih ralit menikmati pemandangan menara Eiffel. Kemudian matanya jatuh ke tangannya yang masih dipegang oleh Raina. “Cantik.” balas Ashraff sambil mengemaskan pegangan tangan Raina. Raina tidak menolak. Mereka sama – sama menikmati suasana yang romantik itu. “ Cepatlah!” gesa Ashraff. “Tak nak!” “Alah! Kali ni je.Please……” Ashraff meleretkan perkataan ‘please’. Cuba untuk memujuk Raina. Raina mencuka. Geram dengan Ashraff yang nak dia dan Ashraff bergambar bersama. Dia tak suka bergambar! “Saya tak minatlah nak bergambar – gambar ni . Rimas!” bantah Raina. Ashraff tidak peduli. Dia meminta tolong kepada mat salleh yang sedang mendongok memandang menara Eiffel supaya mengambil gambar dia dan Raina. Ashraff menarik Raina berdiri disampingnya, pinggang Raina dipeluk. Klik! “One more, please ” pinta Ashraff. Mat salleh tadi mengganguk dan tersenyum. “Okey. Say cheese…” Klik! Raina tergamam. Ashraff mencium pipinya! Dia memandang Ashraff yang mengucapkan terima kasih kepada mat salleh tadi . Ashraff melihat gambar yang baru ditangkap tadi. Ashraff tersenyum tatkala gambar dia sedang memeluk pinggang Raina sambil mencium pipi gebu itu. Tambah pula latar belakang menara Eiffel. Memang cantik. “Awak saja je ya?” “ Apa?” “Tadi…Yang awak cium pipi saya tadi kenapa?” “Tak boleh ek?” Raina mengetap bibir. Geram dengan Ashraff yang saja buat blur. “ Tak boleh!” Ashraff hanya senyum. “Eh! Ada jual aiskrim lah. Awak nak tak?” tanya Ashraff tatkala terpandang penjual aiskrim dengan ven. “Perisa vanilla tau!” pesan Raina. Sememangnya dia suka aiskrim yang berperisa vanilla. Ashraff meninggalkan kamera DSLR berjenama Canon itu kepada Raina sebelum membeli aiskrim. Raina memerhati langkah Ashraff. “Raina....” Raina kaku. Dia kenal suara itu! Perlahan – lahan dia berpaling. Dan betul lah sangkaan nya. Ya, memang suara itu milik lelaki yang bernama Farhan! “Far.....Farhan .” Raina masih kaku memandang Farhan. “Ina .... Sayang. Maafkan Han...” terdengar panggilan keramat itu terus dia teringatkan si suami. Raina menoleh ke arah Ashraff. Nampaknya Ashraff masih beratur untuk membeli aiskrim. Patutkah dia meninggalkan Farhan dan menapak ke arah Ashraff? Ataupun terus berhadapan dengan Farhan. Lelaki yang pernah dicintainya. Lelaki yang hampir – hampir menjadi miliknya tetapi melarikan diri di hari pernikahan! “Pergi!” Raina merenung tajam ke arah Farhan. Farhan cuba mencapai tangan Raina tapi Raina menepisnya. “Ina, Han…” “Pergi! Aku tak nak tengok muka kau!” halau Raina. Belum sempat Raina meninggalkan Farhan terlebih dahulu menyambar lengan Raina. “Raina. Maafkan Han. Han tahu, Han salah. Tapi masa tu Han belum sedia lagi dan sekarang Han dah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Kita kahwin ya?” rayu Farhan. Raina tercengang . Kahwin…..Dengan Farhan? “Kau tahu tak selepas kau lari keluarga aku dapat malu besar? Kau tahu tak yang abang aku mula membenci aku, adik kandungnya sendiri. Disebabkab tindakan bodoh kau tu!” Raina menengking Farhan. Biar Farhan tahu betapa sakit hatinya. Aku dah kahwin.” sambungnya . Mata Farhan membulat. Kepala digeleng beberapa kali. “Ina tipu kan? Han tahu, Raina saja bagi alasan macam tu.” “Aku datang ke Paris ni ….Dengan suami aku. Kami datang honeymoon kat sini.” beritahu Raina. “Farhan. Percayalah yang aku dah kahwin. Dan tolong ……tolong lepaskan tangan aku dan pergi dari sini.” “Baiklah. Han pergi dari sini tapi untuk mempercayai Raina dah kahwin memang Han tak percaya. Dan Ina perlu ingat, walaupun Raina dah kahwin ….Han cuba untuk dapatkan Raina kembali ke pangkuan Han.” ujar Farhan lalu meninggalkan Raina. Raina mengeluh. Tak sangka yang dia akan berjumpa dengan Farhan di sini. Ashraff mengetap bibir dan mengepal tangannya. Terasa hatinya dicucuk – cucuk dengan pisau. ‘Siapa gerangan lelaki itu? Berani dia pegang tangan isteri aku! Siapa dia?’ bertubi – tubi soalan yang berlegar di dalam fikirannya . Ashraff mendekati Raina. Raina tersentak. Ashraff hanya senyum dan membuat selamba. Seolah – olah dia tidak melihat adegan ‘panas’ sebentar tadi. Aiskrim perisa vanilla dihulur . “ Errr …Terima kasih.” teragak – agak Raina menyambut. Dia tersenyum hambar. Perlukah dia memberitahu Ashraff? “Sedap kan?” Ashraff merenung Raina. Kalau ikutkan hatinya yang tengah mendidih ini, ingin sahaja dia bertanya akan gerangan lelaki yang memegang tangan Raina. Tapi disabarkan hati juga. “Ahh? Owh, erm……Sedap!” kemudian mereka tidak bersuara lagi. Setelah habis makan aiskrim, Ashraff bangun melangkah ke hotel. Raina mengikut dari belakang. Bukk ! Mujur sahaja Raina sempat menstabilkan badannya. Kalau tidak tentu sahaja dia jatuh terlentang kebelakang. ‘Haish! Laki aku ni...Kalau nak berhenti tu pun bagi lah signal dulu! Nasib baik aku tak jatuh.’ Raina menjeling suaminya. Ashraff mencapai tangan Raina sebelum meneruskan langkahnya. Terkial – kial Raina mengikut langkah Ashraff. Dia memandang tangannya yang berada dalam genggaman Ashraff kemudian di alih pula pandangan ke belakang badan suaminya. Dan spontan bibir Raina mengukir senyuman. Ashraff mengalih kedudukannya. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Lepas tu menelentang. Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata. Dia resah. Ashraff memandang Raina di sebelahnya. ‘Siapa lelaki tu, Raina? Adakah dia bekas kekasih awak?’ Ashraff bangun dan menuju ke dalam bilik mandi. Paip air dibuka dan dia membasuh mukanya dengan kasar. Cermin dihadapannya dipandang. Taatkala itu dia terbayang lelaki petang tadi memegang tangan isterinya. “Aaaargh !” Raina terbangun dari tidurnya. Terkejut dia dengan jeritan dari bilik mandi itu. Cepat – cepat Raina melangkah ke bilik mandi apabila Ashraff tiada disebelahnya. “Ash! Awak ke kat dalam? Awak kenapa?” takut – takut Raina bertanya sambil mengetuk pintu bilik mandi. Senyap. Sekali lagi Raina memanggil dan Ashraff membuka pintu. Berdiri tegak di hadapan Raina dengan muka tegang. “Ash…… Awak okey?” takut dibuatnya Raina. Raina menundukkan kepala, takut dengan muka tegang Ashraff. Seketika kemudian Raina menekup mulut. “Ash! Tangan awak berdarah lah!” Raina terjerit kecil. Tangan Ashraff dicapai. “Macam mana boleh jadi macam ni Ash?” Ashraff menarik tangannya perlahan dan masuk ke dalam bilik mandi, pintu dibiarkan terbuka. Raina ternganga apabila ternampak cermin bilik mandi sudah retak dan sedikit pecah. Dia meluru ke Ashraff yang sedang membasuh luka ditangan. Lengan Ashraff ditarik keluar dan menyuruh Ashraff duduk di atas sofa . Ashraff hanya menurut cuma muka masih tegang. Raina berlalu ke bilik mandi dan kembali semula dengan bekas air, kain dan kotak first aid kit. Dia duduk bersila di hadapan Ashraff dan tangan suaminya yang cedera itu dibersihkan terdahulu sebelum membalut dengan pembalut luka. “ Kenapa awak pergi tumbuk cermin dalam bilik mandi tu ?” Raina menggangkat muka apabila tiada sebarang jawapan. Mereka bertatapan seketika sebelum Raina menunduk semula. “Raina Elisya.” Raina tersentak. Dia memandang pelik ke arah Ashraff. Ashraff mengambil bekas air,kain dan kotak first aid kit dan diletakkan di atas meja. Tangan Raina ditarik supaya duduk di sebelahnya. “ Duduk sini.” setelah Raina duduk…Ashraff memegang bahu Raina. “Saya nak tanya awak dan tolong jujur dengan saya.” “Siapa lelaki yang pegang tangan awak petang tadi ?”Raina terkejut dengan soalan Ashraff. Tidak menyangka yang Ashraff nampak Farhan memegang tangannya. “Jawap Raina Elisya!” “ Errr…Dia, dia Farhan..” “Bekas kekasih?” Raina hanya diam. Angguk pun tidak, geleng pun tidak. “Macam mana dia boleh ada kat sini?Kenapa dia pegang tangan awak tadi? Apa yang dia nak?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Ashraff. Dia dah tak boleh tahan, dia kena tanya juga Raina. “Saya tak tahu.”jawab Raina perlahan. Tak kan dia nak cakap Farhan mahu berkahwin dengannya. Sekarang ni pun muka laki dia tegang semacam… “Betul?”Ashraff pandang Raina meminta kepastian. Raina mengangguk. Ashraff terdiam seketika. ‘Tak kan Raina tak tahu? Aku nampak Raina berbual-bual dengan mamat tu. Pasti Raina tahu apa yang bekas kekasih dia nak. Tapi… Apa ?’fikir Ashraff. Bahu Raina dilepaskan dan dia mula merebahkan badannya di atas katil yang empuk itu. “Saya penat. Nak tidur. Awak pun tidur lah…Dah tengah malam ni.” Raina memandang belakang Ashraff yang sudah berbaring membelakanginya. Perlahan – lahan dia memanjat katil dan baring mengadap belakang Ashraff. “Terima kasih..”ucap Ashraff. Raina memeluk Ashraff dari arah belakang. Tidak tahu kenapa, dia terasa nak sejuk kan hati suaminya dengan memeluk badan Ashraff. “Maaf sebab buat awak marah….” Kini, sudah 3 hari berlalu selepas kejadian itu. Hubungan Raina dan Ashraff pula semakin renggang. Seorang ke utara dan seorang ke selatan. Ashraff dengan rajuknya, Raina dengan rasa bersalahnya. Ada 2 hari lagi untuk mereka menghabiskan masa di Paris. Raina merancang untuk kembalikan sikap romantis suaminya sebelum pulang ke Malaysia. Dia tidak betah dengan Ashraff yang sekarang. Dia mahu suaminya yang dulu… “ A….abang.”panggil Raina. Ashraff berpaling, jelas kelihatan Ashraff terkejut dengan panggilan yang baru keluar dari mulut Raina. “Err…Abang, nak tak kita keluar pergi jalan-jalan. Ina bosan lah..Asyik terperat dalam bilik je.” Raina berpaling ke arah lain. Mukanya terasa panas. Ashraff ternganga seketika sebelum bibirnya mengukir senyuman lebar. Terasa hatinya berbunga-bunga mendengar Raina memanggilnya ‘abang’. Terus terbang rajuknya. Bayang-bayang Farhan yang memegang tangan Raina sudah melayang jauh. ‘Dia panggil aku abang tadi kan? Ke aku silap dengar? Raina panggil aku abang!’ Sebenarnya, dari malam di mana Raina bertindak memeluknya lagi hatinya telah sejuk kembali. Cuma dia saja nak bermanja, nak Raina pujuk dia. “Jom!”ucap Ashraff dengan ceria. Raina melopong, tak sangka hanya dengan memanggil Ashraff, abang…rajuk lelaki itu terus hilang. “Apa yang Ina menungkan tu?”Raina memandang Ashraff yang sudah siap memakai baju T-shirt berkolar dan berjalur hitam putih. Seluar jean yang dipakai juga bewarna hitam. “Raina pakai baju ni ya?”Raina menyambut huluran Ashraff sebelum masuk ke dalam bilik mandi. Baju blaus berjalur hitam putih dan skirt labuh bewarna hitam itu dipandang. ‘ Saja je suruh aku pakai baju ni…Konon-konon nak nampak seperti ‘lovely married’ lah tu…’ Raina memandang Ashraff yang ralit mengambil gambar Louvre Pyramid. Sekarang, mereka berada di Louvre Museum setelah penat berjalan di Notre Dame. Dari tadi Ashraff asyik ambil gambar je, Raina pula ditinggalkan terkebil-kebil dibelakangnya. Raina mendengus sambil memaling muka ke arah lain. “Dari tadi tangkap gambar piramid je, bini kau yang tercegak kat tepi ni tak nak pulak kau ambil.Huh! Lebih baik ambil gambar aku daripada tangkap gambar benda tu.”bebel Raina seorang diri. “Ina jugak yang tak sudi bergambar dengan abang. So abang ‘bergambar’ jelah dengan piramid ni. Haih! Orang lain ambil gambar dengan bini, kita jugak lah yang ambil dengan objek tak bergerak tu. Nasib, nasib.” gurau Ashraff. Terkejut Raina dibuatnya. Entah bila lah suaminya menapak ke arahnya… Raina diam, malu dengan Ashraff. Klik! “ Eee! Apa abang ni…” “ Apa? Abang tangkap gambar isteri abang lah ni. Ya lah, tadi dia jugak cemburu sebab abang tak snap gambar dia..” Ashraff tersengih melihat Raina menjeling. Bahu Raina dipeluk dan dia menangkap gambar mereka berdua. Raina terkedu. Pipinya dengan pipi Ashraff berlaga, kalau dia berpaling ni…hish! “Raina…” Ashraff dengan Raina serentak berpaling ke hadapan. Berderu darah Ashraff apabila melihat lelaki tempoh hari berada betul-betul di hadapannya. Raina sudah gelabah. ‘Apahal mamat ni tegur kita orang ni? Aduh! Mampus aku, mesti Ashraff mengamuk.’Raina memandang tajam ke arah Farhan. Farhan yang melihat pandangan Raina hanya membuat tidak nampak. Dia menghulur tangan sambil tersenyum untuk bersalam dengan Ashraff. Ashraff menyambut hambar. “Farhan.” “Ashraff” Ashraff menarik tangannya kembali. Kalau ikut kan hatinya, dia mahu lunyaikan si Farhan ni namun disabarkan juga hati. Raina yang melihat ketegangan antara dua lelaki itu terus memaut lengan Ashraff. Empat mata memandang Raina. “Abang, jom lah balik hotel. Ina penat lah..”bisik Raina tapi tetap didengari Farhan. “Habis tu,kawan sayang ni?”balas Ashraff. Farhan mengepal tangannya. Rasa sakit telinganya mendengar Raina dan Ashraff berabang dan bersayang. “Biarlah dia…” Ashraff tersenyum, suka apabila Raina menunjuk sikap negatif terhadap Farhan. “Ehem…Aku minta diri dulu ya..” “Dah nak balik?” “Ya. Lagipun aku dengan isteri aku dah lama kat sini.”perkataan isteri sengaja ditekan, biar Farhan sedar yang Raina hanya milik dia seorang. “Pergi dulu ya…”Farhan mengangguk sambil matanya tak lepas memandang pasangan suami isteri itu berlalu. Raina pula terkial-kial mengikut langkah suaminya. ‘Ish! Kaki panjang betul lah dia ni. Langkah besar sedepa!’ “Awak, perlahan lah sikit. Penat saya berlari-lari anak tau!” Raina berhenti, begitu juga Ashraff. “Ops!Sorry…Tak perasan pulak.”Ashraff tersengih. Pinggang Raina dipeluk supaya mereka berjalan beriringan. “Nak pergi mana ni?”Ashraff berpaling. “Balik hotel lah. Nak pergi mana lagi?” “Alah, Ina belum puas lagi lah. Jom lah kita jalan-jalan dulu. Banyak lagi tempat yang belum kita pergi. Kita pergi Paris River Cruise ya? Lepas tu pergi Château de Chambord. Emm malam ni pulak kita pergi Montparnasse Tower, boleh tengok bandar-bandar yang ada kat Paris ni. Esok pagi-pagi lagi kita pergi ke Palace of Versailles pulak. Aina cakap kalau nak pergi tengok taman Versailles, lebih baik pergi pagi. Nyaman udara kat sana, pasti cantik kan bunga-bunga yang ada kat taman tu….” Teruja Raina. Ashraff mengeleng kepala mendengar tempat-tempat yang disebut Raina. ‘ Aku pun tak tahu tempat-tempat kat sini. Ni mesti si Aina lah tu yang bagitahu…Haih! Sayang bini punya pasal, aku ikut je lah. Kan tak ikut takut panjang pulak muncung isterinya tu, boleh buat hanger lagi.’ “ Abang ikut je yang…Sayang sebut je mana sayang nak pergi, abang bawa kan. Tapi dengan syarat mesti bertemankan abang.” Hidung Raina dipicit tanpa sempat dia mengelak. ‘Gila romantik cik abang aku ni. Panggil aku ‘sayang-sayang’ lagi. Nak luluh jantung aku dibuatnya. Tangan dia pulak…Hish! Suka sangat cuit hidung aku, tahulah hidung aku mancung.Huh!’ desis Raina. Pintu dihempas kuat oleh Ashraff. Raina memejam mata seketika dan perlahan-lahan air mata membasahi pipinya. Percutian mereka sepatutnya ada 2 hari lagi tamat begitu sahaja sebaik Ashraff membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. “ Awak memang ada hati lagi kat jantan tak guna tu kan? Awak jawab Raina Elisya!!” tengking Ashraff. Dadanya berombak menahan amarah yang mula menguasai dirinya. Raina menggeleng disusuli air mata yang tak henti-henti mengalir. “Sa….saya berani…bersumpah yang Farhan tiada dalam hati saya walaupun sebesar zarah. Saya memang tak ada apa-apa hubungan dengan dia lagi!” tangisan Raina yang semakin kuat itu menyukarkan dia untuk bersuara. “ Awak jangan bohong saya Raina! Setelah apa yang awak buat ingat saya boleh percaya ke? Awak ingat saya akan berdiam diri setelah melihat isteri saya berpeluk sakan dengan jantan lain hah?! Saya percaya yang mama cakap awak terperangkap dengan Farhan dulu. Tapi sekarang awak nak cakap apa? Awak tak sengaja berpeluk dengan dia? Macam tu?” bahu Raina dipegang kejap. Raina menggeleng. “Awak silap. Apa yang awak lihat tu salah! Awak salah sangka Ashraff!!” “Diam!! Saya tak nak dengar apa-apa lagi.”Ashraff menghayun kaki keluar dari bilik mereka. Buat sementara ni dia perlu jauh dengan Raina. Takut dia akan bertindak mengasari isterinya kalau lebih lama dia berada di situ. Mujur sahaja semasa mereka sampai mama dan papanya tiada di rumah. Kalau tidak pasti pertengkaran mereka akan didengari dan tentu sahaja kepulangan mereka pada hari ini menjadi tanda tanya. …………………………………. Malam itu, Raina menunggu Ashraff di kolam renang untuk makan malam bersama. Katanya sakit perut sebab tu Ashraff menyuruh Raina tunggu di kolam renang. Raina memandang sekeliling sebelum matanya terarah ke susuk tubuh yang amat dia kenal. Farhan. “Ina apa khabar?” Raina tersenyum kelat. Farhan dah tahu dia sudah bersuami, rasanya tak perlu kut dia nak ‘aku’ ‘kau’ lagi.. “Sihat je. Err…macam mana awak boleh ada kat sini?” Farhan tersenyum. “ Saya pun menginap kat hotel ni..” “Hah?” “Saya cakap….Saya pun menginap kat hotel ni.” Ulang Farhan. Sungguh Raina terkejut. ‘Tak kan hotel ni jugak kut?’ “Ouh…” dia memandang air kolam yang tenang itu. Raina bertambah tidak selesa apabila Farhan berganjak mendekatinya. “Raina Elisya…Maafkan Han ya atas apa yang berlaku? Han menyesal… Han menyesal sebab tinggalkan Ina tapi masa tu Han belum bersedia menggalas tanggungjawab seorang suami. Sekarang Han dah bersedia, Han nak jadi suami kepada Ina…” Farhan mencapai tangan Raina dan mengengamnya. Raina terkedu. “Ap…Apa…Apa yang Han cakap ni?” “ Raina Elisya, sudikah awak kembali kepada saya dan menjadi suri hati saya?” Tangan Raina yang digengam dibawa ke dadanya. Raina cuba menarik namun semakin kemas pula pegangan Farhan. “Farhan! Awak sedar tak apa yang awak cakap tu? Saya ni isteri orang!” Raina memandang sekeliling, dia takut Ashraff melihat dan salah sangka kepadanya. “Han sedar! Han sedar Ina… dan Han tahu Ina isteri Ashraff. Jadi….Ina mintak cerai ya? Ina mintak Ashraff ceraikan Ina dan lepas tu kita kahwin. Kita kahwin ya Ina?” rayu Farhan. Raina merentap kasar tangannya. “ Gila!!” belum sempat Raina meninggalkan Farhan keseorang di situ, Farhan bertindak memeluk Raina dari arah belakang. “ Raina Elisya.. Farhan betul-betul cintakan Raina dan Farhan yakin yang Raina juga masih cintakan Han. Han tahu Ina tak bahagia kan hidup dengan Ashraff? Kita kahwin ya? Farhan cintakan Raina Elisya…” luah Farhan. Belum sempat Raina melenting, dia terpaku. Dari panahan tajam mata lelaki itu, dia tahu… Lelaki itu amat marah. “ Raina!!” Ashraff berjalan laju ke arah manusia yang sedang berpeluk-pelukan itu. Dengan kasar dia menarik Raina menjauh dari Farhan sebelum satu tumbukan melayang tepat ke muka Farhan. “Kurang ajar! Berani kau peluk isteri aku hah!! Jantan tak guna!” sekali lagi dia menumbuk Farhan. Farhan jatuh tersungkur di tepi kolam. Ashraff menarik kolar baju Farhan supaya berdiri. “Kau dengar sini baik-baik! Jangan kau berani nak sentuh isteri aku walaupun hanya hujung jari. Aku tak benar kan! Kalau kau berani-berani lagi sentuh isteri aku, mampus kau aku kerjakan! Faham!!” sejurus itu Ashraff menumbuk Farhan sehingga menyebabkan Farhan jatuh ke dalam kolam. Raina yang melihat sudah terduduk. Dia gerun dengan wajah garang Ashraff sekarang dan dia juga risau dengan Farhan. Dah lah tubuh Farhan lemah dek dikerjakan oleh suaminya dan Raina tak yakin yang Farhan masih boleh berenang dengan keadaannya itu. Ashraff menarik tangan Raina namun Raina mengeraskan diri. “Awak..Farhan, awak. Saya takut dia lemas. Tolong selamatkan dia. Tolong…” marah Ashraff semakin membuak-buak mendengar rayuan isterinya. “ Lagi bagus kalau dia lemas!” ujar kasar Ashraff. Tubuh Raina dicepung dan bawa jauh dari situ. Tempat dimana iserinya dilamar oleh lelaki lain… ………………………………………… Raina tersedar dari lamulan panjangnya apabila merasa dirinya bukan lagi keseorang di taman lankskap mama. Puan Khatijah duduk disebelah menantunya sambil tersenyum. Raina hanya membalas dengan senyuman kelat. “ Ina buat apa duduk kat sini sorang-sorang? Kan dah malam ni.” “Saja ambik angin ma..” suasana sunyi ketika. Hanya kedengaran cengkering dan disusuli dengan angin sempoi-sempoi yang menampar lembut pipi Raina. Raina memandang dada langit yang gelap tanpa kelipan bintang. Bulan pun tak kelihatan. Mungkin sebentar lagi nak hujan.. “Kenapa boleh jadi sampai macam ni? Mama bukan nak masuk campur hal rumah tangga kamu dan Ash tapi mama risau tengok kamu berdua ni. Dah 3 hari berlalu sejak kamu berdua pulang dari Paris tapi mama tengok hubungan kamu dengan Ash dingin.” Terang Puan Khatijah. Memang dia tertanya-tanya akan hubungan anak dan menantunya yang dingin sejak pulang dari bulan madu. Puan Khatijah dan Encik Malek terkejut apabila mereka pulang dari Port Dickson mendapati Raina dan Ashraff sudah pulang terdahulu. Sepatutnya keesokannya baru anak dan menantunya bertolak pulang. Raina melepaskan keluhan berat. Tidak tahu apa yang patut dia jawab. Semuanya salah dia. Kalau dari awal dia dah tinggalkan Farhan tentu semua ni tak kan menjadi. Tentu Ashraff tak kan mengamuk. Ashraff… sejak kejadian tu, Ashraff tak nak tengok muka dia. Malam-malam pun Ashraff akan tidur di bilik kerja. Nampak je kelibat Raina, Ashraff terus angkat kaki ke bilik kerja. “ Semua ni salah Ina ma… Sebab Ina, Ash jadi dingin dan cepat marah. Salah Ina ma…”rintih Raina. “ Cuba kamu cerita kat mama apa yang dah berlaku masa kamu berdua pergi bulan madu tu?” Raina menarik nafas. Dia menceritakan kejadian yang berlaku di Paris yang menyebabkan satu-satunya anak teruna Puan Khatijah dan Encik Malek mengaum bagai harimau yang sedang kelaparan. Puan Khatijah mengusap bahu menantunya yang sudah teresak-esak. “Astagfirullahaladzim…Habis tu kamu tak cakap yang Farhan bertindak peluk kamu?” tanya Puan Khatijah sambil menggeleng kepala. “ Dah. Dah banyak kali Ina cuba terang kan kat Ash. Tapi Ash tak nak dengar. Belum pun Ina buka mulut Ash dah angkat kaki.” “ Tak apa lah.. Nanti mama cuba cakap kat Ashraff. Kamu sabar ya?” pujuk Puan Khatijah. Raina mengangkat muka. “Ma, esok Ina nak jumpa Aina boleh?” Puan Khatijah tersenyum. “Tanya Ashraff. Dia suami kamu.” Puan Khatijah menepuk bahu Raina beberapa kali sebelum bangun masuk ke dalam rumah. Raina terkebil – kebil sendirian sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Baru sahaja kakinya mencecah anak tangga pertama, kedengaran enjen kereta. Jam dinding dipandang. “Dah pukul sebelah empat puluh malam. Awal pulak dia balik hari ni.” Gumam Raina. Sejak pulang ke Malaysia, Ashraff akan keluar selepas balik kerja dan akan pulang selepas jam berginjak angka satu. Tanpa menuggu Ashraff, Raina terus mengatur langkah ke bilik mereka. Belum pun Raina menutup pintu, terasa pintu ditahan dari luar. Kelihatan Ashraff berdiri tegak dengan sebelah tangan menahan pintu dari ditutup. ‘ Aik? Cepatnya dia naik? Dia nak tidur dalam bilik ni ke malam ni? ’ Ashraff menutup pintu dan berlalu ke katil. Tanpa menghiraukan si isteri yang tertanya-tanya dekat muka pintu, dia merebahkan badannya di atas katil. Terangkat kening Raina melihat Ashraff sudah berbaring di atas katil. Dengan baju kemeja dan stoking yang belum dibuka lagi. “Awak… tak nak mandi dulu ke?” sepi. “Awak, kalau ya pun letih sangat tukar lah baju tu dulu.” Raina menghampiri Ashraff. Dilihat Ashraff sudah memejamkan mata. Raina mendekatkan bibirnya ke telinga Ashraff. “Abang tidur dah ke?” Ashraff membuka mata apabila suara Raina menyapa lembut dekat dengannya. Wajah Raina yang senyum menggoda itu ditenung. “Bangun pun.” ujar Raina sambil bergerak menjauh dari Ashraff. Seram pulak pandangan suaminya itu. “Kenapa?” tangan Raina dipegang. “ Hah?” Raina terpinga-pinga. Ashraff bangun dari terus berbaring. Raina yang sedang berdiri ditarik rapat dengannya sampai Raina terduduk disisinya. “Kenapa berhenti?” Raina buat muka. Tak faham apa yang dimaksudkan Ashraff. “Bukan ke tadi Ina nak goda abang? Kenapa berhenti? Kenapa nak lari? Ina takut abang sentuh Ina? Kan Ina goda abang, jadi tak salah kan kalau abang sentuh sekali pun. Lagipun…We are married couple.” Bisik Ashraff. Raina terlopong. “Hah? Mana ada! Bila masa pulak saya nak goda awak. Nonsense!” Raina cuba bangun dan terus berlari ke bilik mandi. Pintu bilik ditutup dan dikunci. Dia bersandar di pintu sambil tangan mencengkam dadanya. ‘Kenapa dengan aku ni? Kenapa dengan jantung aku ni?’ Selepas setengah jam berlalu, Raina sudah tidak tahan berada dalam bilik mandi. Air cond dari bilik menubusi celah pintu dan hujan yang sudah yang mula membasahi bumi membuatkan udara dalam bilik mandi menjadi sejuk. Perlahan-lahan Raina membuka pintu. Kepala dijenguk keluar dan dilihat Ashraff sudah lena di atas katil. “Alah! Aku nak tidur mana pulak malam ni? Tak kan nak tidur atas sofa kut? Dah lah sejuk ni.” Gumam Raina perlahan. “Tidur je kat sini.” Raina terlompat apabila disergah begitu. “Isy, awak ni. Jangan buat saya terkejut macam tu. Kus semangat!” “Tidurlah.” Sepatah Ashraff menjawab sebelum memejamkan mata semula. Raina ambil tempat disebelah Ashraff dan mengiring ke arah Ashraff. ‘ Mata dia… Hidung dia…Dan, bibir dia…’ “Kacak ke saya ni?” “Hah?” Raina tersentak. “Yalah…dah awak asyik tenung saya. Kacak sangat ke saya ni sampai tak berkelip mata awak tu tengok saya.” Ujar Ashraff dengan mata terpejam. ‘Eh? Adui, kantoi! Buat malu je. Dia ni pun, mata terpejam tapi boleh pulak dia nampak aku tenung dia. Ish!’ “Mana ada…” meleret suara Raina sebelum dia mengambil bantal yang berada di bawah kepalanya dan menutup muka dengannya. Sesaat kemudian dia merasa tangan sasa milik Ashraff melingkar dipinggangnya. Raina mengintai dicelah bantal tapi sekejap sahaja kerana Ashraff sedang merenungnya dengan pandangan yang agak ‘seram’. Lebih tepat lagi pandangan seorang suami. Lama mereka berkedaan macam tu sebelum Raina membuat keputusan untuk mengalihkan bantal dari terus menutupi mukanya. ‘Fuh! Sikit lagi aku nak lemas kalau terus pekup muka aku dengan bantal ni.’ “Ashraff….” “Emm…” sahut Ashraff dengan mata masih terpejam. “Esok saya nak jumpa Aina boleh?” Senyap. Raina berpaling dan cuba mengalihkan tangan Ashraff. Tetapi usahanya tidak berjaya. Apalah sangat kudrat dia berbanding Ashraff yang berbadan sasa itu. “ Don’t you dare go out from my hug.” Ashraff bersuara sedikit tegas. Mata yang sejak tadi terpejam dicelik. Dia menolak bahu Raina. Dari mengiring, Ashraff sudah menindih tubuh genit Raina. Mata Raina sudah membulat menunjukkan dia terkejut dengan tindakan berani Ashraff. Berkali-kali dia menolak badan Ashraff supaya menjauh dari badannya. Namun Ashraff tidak mengalihkan badannya langsung. Malah semakin mendekatkan mukanya dengan Raina yang sememangnya hanya tinggal beberapa inci lagi. Raina memejamkan mata. “Abang cintakan Raina Elisya.” Bisik Ashraff romantis. Raina terkedu. Tangannya yang kuat menolak dada Ashraff tadi juga terhenti. “Hah?” Raina memandang Ashraff yang sedari tadi merenungnya. “Sudikah Raina Elisya menjadi isteriku dalam erti kata sebenar?” bibir Raina terketar-ketar untuk bertutur. “A..Apa Ash cakap ni? Ina tak faham..” tutur Raina perlahan namun masih mampu didengari Ashraff. “Abang tahu, Raina faham apa yang abang maksudkan.” Balas Ashraff dengan mata semakin layu memandang Ashraff. Dia menarik nafas panjang seketika bagi mengawal nafasnya yang semakin berat. “Sudi tak sayang jadi suri hati abang untuk seumur hidup? Jodoh itu milik kita, sayang.. Tiada yang bisah memisahkan kita melainkan maut. Sayang…” tutur Ashraff lagi apabila Raina hanya berdiam diri, terkaku pastinya. Raina melihat ke dalam mata Ashraff yang semakin layu, mencari keikhlasan daripada sinaran matanya. Raina memejamkan mata seketika sebelum merangkul leher Ashraff dan berbisik. “Hanya abang yang berhak ke atas diri Ina. Dari hujung rambut, hingga ke hujung kaki Ina adalah hak abang. Halal untuk abang.” Bisik Raina lalu mengucup pipi suaminya. Bibir Ashraff mengukir senyuman gembira. “Izinkan abang memilikimu, sayang.. I want you for the rest of my life, always and forever.” Balas Ashraff dalam nada romantis. Raina mengangguk sebelum Ashraff melabuhkan bibirnya di bibir Raina. “Abang mencintaimu sayang, isteriku Raina Elisya.” “Ina cintakan abang, suamiku Ashraff Muslim.” Malam itu, terlakarlah satu malam bersejarah buat pasangan suami isteri itu. Bersatulah dua jasad dengan disaksikan hujan yang mula membasahi bumi. Raina terjaga apabila merasa hembusan nafas lembut di telinganya. Semakin lama hembusan itu mula beralih pangkal lehernya.Dengan mata yang masih tertutp, tangan Raina cuba menolah ‘benda’ yang menganggu lenanya. “Aduh!” Raina membuka mata dan alangkah terkejutnya melihat Ashraff yang berada dekat dengannya. “Sayang kenapa tampar abang?” rengek Ashraff. Tak sakit pun sebenarnya, saja nak bermanja dengan isteri kesayangannya. “Eh, awak buat apa kat sini?” soalan dibalas dengan soalan. Ashraff menjegilkan mata. “Sayang ni..takkan lupa semalam selepas kita melaluinya bersama.” Jawab Ashraff nakal. Raina mengerutkan dari, memproses semula perkara yang berlaku semalam. Seketika kemudian, muka Raina memerah. ‘Alahai, macam mana aku boleh lupa ni?’ Ashraff ketawa melihat muka isterinya yang sudah merah. Raina mencubit perlahan lengan Ashraff apabila menyedari ketawa Ashraff semakin kuat. “Slow lah sikit.. Nanti dengar dek mama dengan papa.” “Ala..Apa salah diorang dengar. Kalau diorang dengar tentu diorang turut gembira sebab anak menantu mereka bergelak ketawa subuh-subuh macam ni.” Balas Ashraff sambil tersengih. “Sayang…Terima kasih pasal semalam.” Raina menutup mukanya dengan comforter. Ashraff ketawa senang. “Tak payah nak malu-malu lah sayang. Abang dah tengok semuanya.” Ashraff terjerit apabila tangan Raina mencubit kuat pinggangnya. Dia menggosok pinggang yang dicubit tadi, pedih. “Amboi! Sejak bila sayang pandai main cubit-cubit ni? Abang gigit tangan tu kan..” “Abang lah, nakal !!” “Abang nakal dengan sayang je, dengan orang lain abang garang!” balas Ashraff sambil bermain-main dengan rambut isterinya. Raina hanya tersenyum. “Abang…” “Ya, sayang…” “Ina nak jumpa dengan Aina pagi ni boleh?” “Buat apa?” “Saja. Lama tak jumpa dengan Aina sejak dah kahwin dengan abang ni.” “Sayang nak jumpa kat mana?” “Kat Secret Recipe dekat-dekat ni je.” “Abang ikut, boleh?” Raina memandang Ashraff. “Nanti Aina malu lah dengan abang.” “Ajak lah suami dia sekali.” “Aqil?” “Ouh, Aqil eh nama suami dia? Haa, suruh Aina bawak Aqil sekali.” “Abang yakin ke ni?” Ashraff memandang pelik ke arah Raina. “Lah, kenapa? Macam tak suka je abang ikut sekali.” Ujar Ashraff dengan nada sedih. “Yalah… Dulu masa sekolah rendah,Ina pernah tangkap cinta kat dia.” Usik Raina. Ashraff membulatkan matanya lalu pantas menggeleng. “Oh, no, no and no! Kalau macam tu sayang pergi dengan Aina saja lah. Cakap kat Aina jangan bawak suami dia sekali.” Raina ketawa. “Abang ni…Ina gurau jelah. Ina tak pernah jatuh cinta kat dia lah. Aina yang suka suami dia sejak sekolah rendah. Alhamdullillah, diorang ada jodoh. Kahwin juga Aina dengan Aqil.” Beritahu Raina. Ashraff mengetap bibir. Geram dipermainkan Raina. “Oh, tipu abang ya! Nak kena ni.” Ashraff memegang kedua-dua belah pipi Raina dan cuba untuk mengucup bibir isterinya tetapi tersasar ke pipi apabila Raina memalingkan mukanya ke arah lain. Ashraff menggeletek Raina. Bergema ketawa Raina dan Ashraff dalam kamar tidur itu. Tok! Tok! Tok! “Pengantin baru ooi! Kut ya pun nak bergurau senda suami isteri pagi-pagi lah sikit. Ni baru pukul 4 pagi. Mama dengan papa pun nak tidur jugak.” Terdengar jeritan Puan Khatijah. “Haah, betul cakap mama tu. Ash! Jangan ‘buli’ menantu papa sudah. Bagilah isteri kamu tu tidur.” Suara Encik Malek pula kedengaran. Ashraff dengan Raina berpandangan sebelum menekup mulut menahan ketawa. Kedua-duanya diserbu malu apabila ‘ditangkap basah’ oleh mama dan papanya sendiri. “Abang lah ni! Kan dah kena tegur. Malu tau tak!” bisik Raina. “Abang pun malu jugak ni.” Balas Ashraff juga dalam nada berbisik. “Eh, kejap. Yang kita berbisik-bisik ni kenapa, sayang?” “Entah lah.” Terus melepas ketawa pasangan suami isteri itu tapi masih mengawal suara supaya tidak didengari oleh Puan Khatijah dan Encik Malek. “Syyhh.” Raina meletakkan jari telunjuknya di atas bibir. “Sambung tidur jom, sayang.” Ajak Ashraff sambil tersenyum menggoda. Raina membulatkan matanya sambil mencubit perlahan lengan Ashraff. Tapi dia tidak menolak apabila Ashraff membawa dia ke dalam pelukan, malah membalasnya dengan erat. “Aina, rindunya aku kat kau!!” Raina berpelukan dengan Aina. Ashraff dan Aqil tersenyum melihat lalu bersalaman antara satu sama lain. “Aku pun rindu kau, Raina!” balas Aina selepas meleraikan pelukan. “Kau nampak lain lah, Ina. Nampak berseri. Semakin berisi pun ya jugak. Ada apa-apa ke ni?” Raina menjegilkan matanya. “Eh, apa pulak aku. Aku pengantin baru lagi kut. Kau tu, dah kahwin setahun tak kan belum ada isi lagi kut?” usikan Raina dibalas dengan ketawa Aina dan Aqil. Aina menegakkan tiga jarinya menyebabkan Raina menekup mulut, jelas kelihatan dia terkejut. “Kau mengandung tiga bulan?!” tanya Raina sedikit menjerit. Aina mengangguk dengan bangga. Aqil merangkul pinggang isterinya sambil tersenyum. “Maknanya kau mengandung sebelum aku nikah lagi lah?” “Haah tapi aku tak tahu pun. Selepas kenduri kat rumah kau, Aqil nampak aku semakin tembam dan selera aku pun semakin banyak. Pinggang pun tak seraping dulu. Jadi my hubby ni pun suruh aku buat pregnant test. Dan inilah keputusannya..’ ujar Aina gembira sambil menunjukkan ke arah perutnya yang sudah sedikit memboyot. “Wah! Tahniah, Aina!” ucap Raina. Mahu saja dia menarik sahabatnya ke dalam pelukan andai Aqil tidak memeluk Aina. “Tahniah, bro. Aku ingat sempat lagi aku nak rushing lintas korang. Tapi tak sempatlah nampaknya. Korang buat projek awal sangat.” Kata-kata Ashraff menyebabkan dua jejaka itu ketawa kuat sampai pelanggan yang ada kat Secret Recipe itu tertoleh-toleh. Raina dan Aina mencubit pinggang suami masing-masing. “Macam ni lah orang lelaki. Kalau cakap je pasal benda ni memang bukan main lagi seronoknya.” Raina mengiyakan kata-kata Aina. “Haah, betul tu. Ketawa sampai tak ingat dunia dibuatnya.” Ashraff dan Aqil hanya tersengih mendengar bebelan Raina dengan Aina. “Sayang nak makan apa?” tanya Ashraff dan Aqil serentak. Raina berpandangan dengan Aina. “Cheese cake!!” balas Aina dan Raina juga serentak menyebabkan meletus ketawa dari mulut mereka. 1 tahun kemudian… “Sayang…Hati-hati tau!” pesan Ashraff sambi membantu Raina keluar dari perut kereta. “Apalah, abang ni..Ina tak apa-apalah.” “Sayang tu mengandung. Kena lah berhati-hati.” “ Lima bulan baru kut.” Ashraff mencekak pinggang. “Sayang ni, sejak mengandung ni mulut tu suka menjawab ya.” Raina memuncungkan bibirnya apabila ditegur. “Angkara siapa? Abang jugak kan..” kata-kata Raina membuatkan Ashraff ketawa kuat. Raina mencubit lengan Ashraff. “Orang tengok lah, bang.” “Biarlah orang tengok, sayang.. Biar diorang tahu yang abang ada isteri secantik sayang!” ujar Ashraff sambil memeluk Raina, erat sekali. “Abang ni, puji Ina kenapa? Mesti ada apa-apa ni kan?” tanya Raina sambil mimik mukanya sengaja dimasamkan. “Sebab sayang abang ni sememangnya makhluk Tuhan yang paling seksi bagi abang.” Bisik Ashraff romantis. “Dah lah, bang. Nak romantik-romantik pulak dia kat tempat awam macam ni. Ina dah meremang bulu roma dah ni. Tengok!” gurau Raina sambil menunjukkan sedikit lengannya. Ashraff sudah memasamkan mukanya apabila mendengar jawapan isteri kesayangannya. “Abang romantik dengan sayang je..ke sayang nak suruh abang romantik dengan orang lain?” balas Ashraff menyebabkan satu cubitan singgah di lengannya. “Abang jangan nak menggatal cari yang lain ya!” Ashraff tersengih dan menghadiahkan kucupan lembut di pipi isterinya. “Abang gurau je, sayang. Sayang saja yang abang cinta, always and forever. Remember that.” Ujar Ashraff sebelum mencuit hujung hidung Raina. “I know..” balas Raina manja. “Assalamualaikum, Ina…Ashraff.” Mereka berdua pantas berpaling apabila ditegur. Mereka terkedu apabila melihat Farhan berada dibelakang mereka. “Far…Farhan!” suara Raina terketar-ketar menyebut nama itu. Ashraff menarik Raina supaya berdiri dibelakangnya. Wajahnya sudah berubah tegang. “Kau buat apa kat sini?” tanya Ashraff mendatar. Raina hanya diam tidak berkutik. “Aku datang sini bukan nak bergaduh, Ashraff.” Jawab Farhan tenang. “Huh! Aku ingat kau dah mati lemas.” “Abang…” Raina menarik sedikit baju Ashraff, baginya suaminya tidak patut berkata begitu. Farhan tersenyum kelat. “Maafkan aku pasal kejadian kat kolam dulu. Aku tak sepatutnya peluk Ina dan aku sedar, aku gila masa tu. Menyuruh Raina bercerai dengan kau semata-mata aku ingin memilikinya, memang satu kerja gila.” Farhan berhenti sejenak. “Kau perlu tahu ini Ashraff, tiada apa yang berlaku di antara aku dengan Raina semasa kita orang ditangkap basah. Bekas kekasih aku berdendam, dia yang kebetulan nampak aku bawa Raina kerumah aku terus menghubungi pihak JAWI.” “Aku nak ucapkan terima kasih kepada kau sebab menggantikan aku semasa malam akad nikah tu. Dan terima kasih kerana menjaga Raina.” Farhan menjeling sekilas ke arah Raina dan matanya jatuh ke arah perut Raina yang sudah mula memboyot. “Aku buat semua tu kerana aku cintakan Raina Elisya.” Balas Ashraff. Farhan tersenyum sambil mengangguk. “Assalamualaikum…” Raina, Ashraff dan Farhan berpaling ke arah gerangan yang memberi salam. Kelihatan seorang perempuan manis bertudung. Farhan memberi senyuman manis sebelum merangkul pinggang isterinya. “Ashraff, Raina. Kenalkan Elis, isteri aku.” Raina dengan Ashraff berpandangan. “Dulu, nyaris aku nak lemas tapi alhamdullilah, aku selamat. Semuanya jasa baik Elis. Elis yang kebetulan untuk mengambil angin di kolam tu terus memanggil pengawal hotel apabila melihat aku terkapai-kapai di kolam.” Beritahu Farhan. Raina tersenyum sambil mengangguk beberapa kali. “Bi, bi ada bawak tak kad kawin tu?” tanya Farhan dekat Elis. Elis mengangguk lalu mengeluarkan kad yang dimaksudkan Farhan dari beg tangannya. “Ni kad kahwin kita orang. Jemputlah datang ya?” ujar Elis sambil menghulurkan kad kahwin kepada Raina. Raina menyambut dengan rasa hairan tetapi dia tetap tersenyum. “Bro, korang kahwin bila sebenarnya ni?’ pertanyaan Ashraff membuatkan Farhan tertawa. Sudah di agak soalan yang bakal disoal oleh pasangan di hadapannya. “Dah sebulan kami kahwin, buat majlis kenduri lewat sikit.” “Ouh.” Ashraff memeluk Raina. Rasa gembira kerana sudah tiada lelaki yang cuba-cuba untuk merampas isterinya. “Datang tau. Korang bakal jadi tetamu istimewa kita orang.” Raina ketawa kecil mendengar seloroh Elis. “InsyaAllah, saya dengan Ashraff datang.” Ujar Raina. “Dua minggu lagi kan majlis tu?” tanya Ashraff. Farhan dan Elis serentak mengangguk. “Kenapa? Kau ada hal ke?” pertanyaan Farhan membuatkan Raina pantas berpaling ke arah Ashraff. Ashraff membalas pandangan isterinya sebelum berkata. “Aku planning nak bawak Raina jalan-jalan. Kata orang second honeymoon .” Ujar Ashraff sambil ketawa diikuti ketawa Farhan. Elis hanya ketawa kecil. “Amboi! Yang kat dalam tu pun belum keluar dah nak buat projek tambah satu orang lagi ke?” usik Farhan. “Apa salahnya?” seloroh Ashraff membuatkan tangan Raina pantas sahaja mencubit lengan suaminya. Farhan dan Elis tersenyum melihatnya. “Tak apa lah. Kita orang nak pulang dah ni. Nak edar kad kahwin ni.” Ujar Farhan. Mereka bersalaman sebelum Farhan dan Elis melangkah meninggalkan taman bunga itu. “Tak sangka ya, Farhan dah kahwin.” Ashraff mengangguk mengiyakan kata-kata Raina. “Alhamdullillah. Lepas ni tak adalah lelaki yang berkelakuan gila untuk merampas isteri abang ni.” “Apalah abang ni. Tak baik cakap macam tu.” ”Yalah. Tapi betul ni, abang happy sangat-sangat ni tau. Sebab tu baru terdetik tadi nak pergi second honeymoon dengan sayang.” Bisik Ashraff. Raina menampar lembut lengan Ashraff. “Gatal!!” Special part : SECOND HONEYMOON ASHRAFF AND RAINA ELISYA AT SHERATON LANGKAWI BEACH RESORT “Abang!” panggil Raina dari dalam kamar mandi. Tiada sahutan daripada Ashraff membuatkan Raina cepat-cepat mencuci mukanya. Sambil mengelap mukanya dengan tuala kecil, dia melangkah keluar. Matanya meliar di dalam bilik resort yang sudah didiami dua malam. “Mana my hubby ni..” rungut Raina apabila kelibat Ashraff tidak kelihatan di dalam bilik itu. Angin yang kuat meniup membuatkan Raina berpaling ke arah balkoni yang terbuka. Kakinya melangkah ke balkoni, juga Ashraff tiada di situ. Raina masuk semula ke dalam bilik. Pintu gelonsor ditutup kerana angin pagi itu membuatkan dia kesejukan, tak elok untuk baby yang dikandung. Handphonenya dicapai. Baru sahaja Raina ingin mendail nombor Ashraff tetapi handphonenya sudah berbunyi. Skin handphonenya terpapar nama “ My Hubby”. Terus butang hijau ditekan. “Abang! Abang kemana? Dari tadi Ina cari abang tapi tak jumpa-jumpa. Sampai hati abang ya tak tunggu Ina..” sergah Raina diselit dengan nada sedih. Sememangnya dia terasa dengan Ashraff kerana meninggalkannya. Sensitif betul sejak mengandung ni. “Sayang…” seru Ashraff dengan nada lemah membuatkan Raina panik. “Kenapa ni bang?’ “Sayang…tol…tolong abang..” sayup-sayup kedengaran suara Ashraff disusuli dengan bunyi ombak. “Abang! Abang kat mana ni? Kenapa abang mintak tolong? Abang ada masalah ke?” bertubi-tubi soalan yang dilemparkan Raina. “Sayang, datang kat tepi pantai ni. Cepat,yang..Abang…Abang sakit.” “Abang sak…Hello, hello abang? Abang!!” jerit Raina apabila talian dimatikan dengan tiba-tiba. Wajahnya berubah pucat. Terus disarungkan cardigan dan tudung sebelum keluar dari bilik resort itu. Raina berlari laju ke pantai tetapi dia masih berhati-hati kerana kandungannya yang baru mencecah 5 bulan. Matanya meliar di kawasan pantai yang agak ramai dengan pengunjung. Handphonenya yang sempat dirembat tadi berbunyi. “Sayang datang sebelah timur yang.” Belum pun sempat Raina bertanya suaminya sudah mematikan talian. Dia berlari ke arah timur pantai. Sekali lagi matanya mencari Ashraff, tapi juga tidak kelihatan. Di kawasan pantai sebelah itu tiada pengunjung. Raina terduduk, dia mula menangis teresak-esak. Raina mengangkat muka apabila terdengar musik. Sayup-sayup sahaja bunyinya. Terus dia mencari di mana datangnya musik itu. Matanya meliar kasar sampailah Raina terkaku, terkaku memandang Ashraff yang sedang elok memegang mikrofon. Dibelakangnya ada sekumpulan pemain musik. Ashraff menghadiahkan senyuman manis kepada isteri tercintanya. Perlahan-lahan Ashraff berajalan sambil diiringi dengan musik yang baru dimainkan. Ditangannya ada mikrofon. (Ashraff) Berakhir sudah pencarian cintaku Jiwa ini tak lagi sepi, hati ini telah ada yang miliki Raina menutup mulut dengan tangannya. Lagu tu!! Penghujung Cintaku nyanyian Ungu. Ya, lagu yang amat dia meminati. Sekarang ini suaminya menyanyikan lagu ini untuk dia. Huluran tangan Ashraff disambut Raina. Ashraff menghalakan mikrofon dekat dengan mulut Raina. (Raina) Tiba diriku di penghujung mencari cinta Diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri. (Ashraff) Aku akan menikahimu, aku akan menjagamu Ku akan selalu di sisimu seumur hidupmu (Raina) Aku akan menyayangimu,ku kan setia kepadamu Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu Ashraff memeluk pinggang Raina dan Raina membalasnya. Air mata yang menuruni pipi dibiarkan. Sungguh dia terharu kerana Ashraff sanggup menyanyikan lagu yang dia minat untuk dia. (Duet : Ashraff & Raina) Tiba diriku di penghujung mencari cinta Hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri (Raina) Aku akan menyanyangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu) Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu (Ashraff) Woooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu Ku akan selalu di sisimu seumur hidupmu (Duet : Ashraff & Raina) Nananana nananana nananana nananana Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu Seumur hidupmu, seumur hidupmu.. Seumur hidupmu, seumur hidupmu….. Ubun-ubun Raina dikucup kemudian ibu jarinya mengelap air mata Raina sambil merenung Raina dengan perasaan yang penuh dengan cinta. Raina membalas pandangan suaminya sebelum menghadiahkan Ashraaf satu ciuman di pipi “Abang mencintaimu, isteriku Raina Elisya” “Ina pun mencintai abang, suamiku Ashraff Muslim.” TAMAT Kredit : ainaaazlan.blogspot.com
  4. Dekatkan Jarak Kita SOFIYA menghenyak punggungnya ke atas kerusi. Lega rasanya bila duduk tepat-tepat di hadapan kipas. Penghawa dingin yang turut dihidupkan memberinya lebih keselesaan selepas hampir satu jam dia ‘tersangkut’ di majlis perkahwinan Umaira dan Farhan. “Penat sangat ke?” tegur satu suara garau dari belakang. Sofiya hanya mengangguk tanpa menoleh kepada orang yang bertanya. Tahu-tahu sahaja ada seorang lelaki duduk di sebelahnya. Lelaki yang berpakaian baju Melayu lengkap berona merah hati itu melemparkan senyumannya. Sofiya membetulkan duduknya lalu duduk bertentangan dengan Tashriq. “Perlu ke Umaira dengan Farhan buat macam tu ? Pehh, tak macam lama gila pulak diorang buat ucapan ! Tu majlis kahwin ataupun buat ceramah?” Bebelan Sofiya mengundang senyuman sinis di bibir Tashriq. Marah benar Sofiya dengan pasangan suami isteri yang baru bersanding tadi. Umaira dan Farhan.. Kedua-duanya ialah kawan baik mereka sejak kecil lagi dan baru tadi mereka diijabkabulkan selepas 11 tahun mengenali satu sama lain. 11 tahun? Tiba-tiba Sofiya tersengih sendiri mengenangkan angka itu. Gila. Memang gila! Kenal lama-lama, macamlah kahwin confirm sampai ke akhir hayat! Bisik hatinya jahat. “Biarlah.. Aku suka dengar diorang cakap tadi. Ucapan yang memang diorang tujukan pada satu sama lain. Sweet!” Tashriq menyuarakan pendapatnya, sekaligus membuat Sofiya mencebik sendiri. Sweet apa? Sweet kelapa sawit? “Tak payah nak sweet sangat. Lain kali, kalau nak cakap apa-apa pada satu sama lain, tunggu malam karang. Tak perlu kot nak cakap depan semua orang! Satu jam kita ‘sangkut’ kat dalam dewan tu sebab dengar diorang punya ucapan je tau!” Meledak tawa Tashriq mendengar omelan kembarnya itu. Betul juga apa yang Sofiya katakan. Gara-gara dua pasangan yang lovey dovey itu mahu menyampaikan rasa cinta dan syukur kerana sudi menerima diri masing-masing, semua tetamu yang ada di situ terpaksa menebalkan telinga untuk 1 jam. Bayangkan 1 jam mereka terpaksa mendengar kata-kata jiwang dan ayat-ayat jiwa? “Fia tahu tak kenapa diorang buat macam tu? Dan kenapa semua orang sanggup dengar jugak apa yang diorang nak cakap?” Pantas Sofiya mengangkat bahu. Tak tahu dan tak nak tahu. Hal Umaira dan Farhan suami-isteri, untuk apa dia masuk campur? Bukannya dia kenal sangat pun mereka berdua! “11 years ago, they fell in love and thought everything would be beautiful for them.” Tashriq memulakan ceritanya, sedikit sebanyak memancing minat Sofiya untuk mendengar. “Tapi diorang tak tahu yang cinta tak selalunya indah. Bila diorang putuskan untuk bertunang, tiba-tiba rumah Umaira terbakar. Habis bahagian kaki Umaira melecur, nasib baik badan dan muka dia takde apa-apa.” “Farhan nak teruskan jugak pertunangan diorang, tapi Umaira tak nak. Umaira cakap, tunggu sampai kaki dia baik, barulah diorang boleh bertunang. Farhan agreed and he kept supporting Umaira. To him, dia cintakan Umaira apa adanya. Cacat ataupun apa, Farhan tak kisah sebab dia cintakan Umaira, bukan kaki atau badan Umaira.” Sofiya terus khusyuk mendengar cerita Tashriq. Memang mulanya dia tak berminat tetapi kisah cinta Umaira-Farhan ada unsur saspens, membuatkan dia tertarik untuk mendengarnya dan terus melekat. Tashriq menyambung lagi, “Belum sempat kaki Umaira baik, diorang dapat satu lagi berita buruk. Umaira kena rogol.” “Hah?!” Terjerit Sofiya dibuatnya. Dia memandang Tashriq dengan mata yang membulat. Bila Tashriq mengangguk, Sofiya diam tidak terkata. Bayangkan kalau itu yang terjadi pada dirinya? Nauzubillah! Sofiya teringatkan wajah ceria Umaira sebentar tadi. “Umaira kena rogol dan dia mengandung. Waktu tu, Allah je yang tahu perasaan diorang. Hilang terus angan-angan nak kahwin semua.” “Tapi.. Bukannya Farhan terima Umaira apa adanya ke ?” Sofiya mencelah untuk mendapatkan kepastian. Kata Tashriq, “Lelaki, Fia.. Siapa pun mesti fikir dua tiga kali kalau dapat tahu yang bakal isteri dia kena rogol. Mengandung pulak tu!” Sofiya mula menarik muka masam. Itulah dia lelaki. Dah terang lagi bersuluh Umaira kena rogol, masih nak fikir dua tiga kali ke?! Umaira tak bersalah!! Jeritnya yang hanya berkumandang di dalam hati. Melihat air muka Sofiya, Tashriq tahu kembarnya itu sedang sibuk menilai Farhan. Ya, dia juga mengaku yang Farhan tersilap. Seharusnya Farhan menerima Umaira sepertimana janjinya! “Farhan tinggalkan Umaira, semuanya cancel. No more engagement, no more wedding. Lepas dapat tahu Farhan pergi oversea, Umaira jadi tak menentu. Takdir Allah.. Baby yang dia kandung pulak gugur. Lepas tu Umaira teruskan hidup dia macam biasa. Tiba-tiba je Farhan datang cari dia semula, Farhan mintak maaf sebab tinggalkan dia..” “Heh, lelaki! Senang je kan? Berjanji, tinggalkan, cari semula!” omel Sofiya yang kurang senang dengan sikap sesetengah lelaki. Dia bukan mahu bersikap prejudis tetapi sudah 27 tahun dia hidup, dia dapat menilai sikap sesetengah manusia. Tak kiralah lelaki ataupun perempuan. “At first, Umaira tak nak terima dia. Tapi usaha Farhan sedarkan Umaira yang dia jugak masih cintakan Farhan. Tadaaa, the end!” Tashriq mengakhiri ceritanya dengan menepuk tangan. Terasa puas pula dapat menceritakan kisah cinta Umaira-Farhan kepada Sofiya. Kembar tak seirasnya itu mencemih. Dia mula membayangkan dirinya sendiri di tempat Umaira. Kalaulah dia, memang takkan dia terima Farhan sampai bila-bila. Untuk apa terima seseorang yang pernah tinggalkan kita? Lagi-lagi di saat yang kita sangat perlukan dia. Tapi itulah.. Dah jodoh, memang dah ditetapkan sejak azali lagi. Tak kiralah berapa lama Umaira cuba menolak, dia tetap akan bersatu dengan Farhan. “Yang datang tadi mesti family dengan bestfriends Umaira-Farhan je kan? Kalau orang luar, mesti dah fed up dengar ‘ceramah cinta’ diorang tu!” Sofiya cuba menebak apa yang difikirkannya logik. Tashriq mengangguk. “Dahlah. Aku nak keluar. Mesti Nelly tengah tunggu. Bye !” Tak sempat Sofiya membalas, Tashriq sudah keluar dari rumah. Jumpa buah hati pakai baju pengantin ? Okay, itu hebat ! ***** BOSAN sendirian di rumah, Sofiya turun ke bawah untuk menonton TV. Semua cerita yang ditayangkan langsung tidak menarik minatnya. Sofiya mengeluh sendiri. Waktu beginilah dia memerlukan Tashriq. Mesti ada masanya Tashriq agak menyakitkan hati namun Tashriq jualah orang yang paling bijak membuat dia tersenyum. Sayangnya.. Mereka hanya dipertemukan semula dua tahun yang lalu setelah terpisah selama 14 tahun. Kerana bencana yang melanda sewaktu mereka sedang bercuti di kampung, mereka terpisah dan kini, bertemu semula. Pada mulanya Tashriq enggan mengakui Sofiya ialah kembarnya. Macam-macam tuduhan yang dilemparkan Tashriq. Sofiya penipu, Sofiya gilakan harta mereka sekeluarga, Sofiya berpura-pura… Tetapi selepas Sofiya menunjukkan segala bukti tentang dirinya, barulah Tashriq percaya. Dan hubungan mereka mulai jernih perlahan-lahan. “Kalau dah jumpa Nelly, memang dia lupa kat aku! Ya Allah, bosannya!!” Sofiya menghentak kakinya seperti anak kecil. Samsung S4 berwarna putih dicapainya lalu dia menghantar SMS kepada Tashriq. -Lama lagi nak balik? Aku dah bosan sorang-sorang kat rumah ni! Tak berfikir panjang, Sofiya terus menekan butang Send. Peduli apa kalau Nelly marah kepadanya kerana mengganggu dating mereka. Yang penting dia sudah bosan tahap maksima. +Sorry, gimme 10 minutes! Melebar senyuman Sofiya saat itu. Jam sekarang pukul 10:48 malam. Kalau Tashriq tak sampai rumah lagi pukul 10:58, tahulah nasibnya nanti! ***** “NAH! Maggi special buatan Chef Tashriq!” ujar Tashriq seraya meletakkan semangkuk mi segera di hadapan kembarnya. Sofiya segera menghidu aroma maggi kari itu. Hm, sedapnya. Menggoda! Namun Sofiya tidak mempamerkan riak bersyukurnya. Perut yang dah berzapin pun dia abaikan. “Laaa, marah lagi? Sedap maggi ni tau! Makanlah !” “Taknak.” “Aku suap kau, eh.. Nak tak ?” “Kau ingat aku budak kecik ? Taknak.” Tashriq tergelak lagi. Gara-gara Nelly yang merengek mahu meluangkan lebih banyak masa bersamanya, Tashriq terpaksa memungkiri janji 10 minitnya kepada Sofiya. Dan inilah akibatnya. Sofiya menarik muka dengannya. “Takde la kecik mana.. Kalau aku 27, kau pun samalah ! Cepatlah makan ! Panas-panas ni sedap tau !” Tashriq tidak mahu berhenti memujuk. Hatinya yang tidak tenang melihat wajah masam Sofiya. Dia sedar, dia yang bersalah kerana meninggalkan Sofiya berseorangan di rumah. Pembantu rumahnya, Mak Cik Som pula meminta cuti untuk pulang ke kampung. Tashriq mencapai tangan Sofiya lalu menggosoknya perlahan. Rambut Sofiya yang jatuh ke depan, Tashriq selitkan ke belakang telinganya. “Janganlah marah lagi.. Sorry, Fia..” katanya perlahan. Sofiya menghadiahkan jelingan kepada Tashriq, tangannya ditarik perlahan. Kurang selesa bila Tashriq melakukan itu kepadanya. “Lain kali jangan buat lagi.” “Okay.” “Kalau kau buat lagi, aku merajuk sehari suntuk.” “Okay.” Selepas membaca doa makan, Sofiya menghirup mi segera itu perlahan-lahan. Meski dia lapar, Sofiya taknaklah lidahnya melecur kerana sikap kebulurnya. Suapan Sofiya terhenti tiba-tiba. Tanpa memandang Tashriq langsung, dia bersuara. “Dah kenapa tengok aku macam tu?” selanya yang kurang senang bila Tashriq terus memerhatikan dirinya. Dari ekor matanya, Sofiya tahu yang lelaki itu sedang tersenyum tipis. “Tak sangka pulak kembar aku ni comel macam ni..” kata Tashriq selamba tetapi cukup untuk membuat Sofiya terpempan. Tashriq berdiri. “Aku masuk bilik dulu. Lepas makan, pergi tidur. Kalau aku turun nanti kau ada lagi, kena kau!” Tanpa diduga, Tashriq mencium ubun Sofiya. Kejang terus tubuh Sofiya dibuatnya. “Goodnight, dear..” ucap Tashriq perlahan sebelum dia menghilang ke biliknya. Sofiya tergamam. Tindakan Tashriq itu membuat hatinya merasa kelainan. “Ya Allah.. Apa yang aku fikir ni..” Sofiya cuba menepis apa yang ada di fikirannya kini. Mi segera yang ada di dalam mangkuk hanya dikuisnya. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang dan itu sudah memadai untuk membuat air matanya jatuh ke pipi. ***** “BOLEH tak kalau lepas ni I nak pergi kedai tu pulak?” tanya Nelly dalam nada yang manja. Tashriq hanya mengangguk. Gembira dengan jawapan Tashriq, Nelly segera berlari masuk ke dalam kedai pakaian berjenama itu. Suka benar dia membelek satu persatu baju di situ, sampaikan dia terlupa bahawa Tashriq ada bersamanya. Melihat sikap Nelly yang boros, Tashriq melepaskan keluhannya sendiri. Kalaulah Nelly sah menjadi isterinya nanti, entah berapa banyak wang yang harus diperuntukkan dalam masa sebulan. Seribu? Tak cukup.. Sepuluh ribu? Hm.. “Macam manalah kau boleh tahan dengan perangai Nelly tu, Tash? Aku yang tengok ni pun dah rasa kesian gila kat kau!” Tashriq berpaling apabila telinganya mendengar ayat selamba yang dituturkan Sofiya. “Beli baju mahal-mahal macam ni.. Pergilah beli kat pasar malam, berlambak! Kalau tak pun, pergi Times Square. Tak payahlah nak beriya sangat sampai ke Pavilion ni..” Omel Sofiya lagi. Dia yang sejantina dengan Nelly pun masih merasa hairan, bagaimana Nelly boleh bersikap sebegitu. Orang perempuan nak cantik? Ya, dia juga. Bergaya? Ya, zaman sekarang memang wajib bergaya. Kalau tak bergaya, orang akan pandang rendah. Tapi perlu ke sampai boros macam tu? Eee, mati hidup balik pun, Sofiya tetap dengan pendiriannya – Stay low, stay humble. Dahlah pakai duit Tashriq! Gerutu hati Sofiya. “Biarlah dia.. Asalkan dia happy. Aku malas nak bertekak . Kalau aku tak bagi, nanti dia buat perangai tau!” Sofiya menjuihkan bibirnya. Ini agaknya yang digelar Kuasa Wanita. Lelaki hanya tunduk dengan semua kemahuan mereka. Maaflah, Nelly. Rasanya aku rela takde kuasa tu kot! “Lain kali kalau korang keluar, janganlah ajak aku. Bosan.” “Tapi kalau aku tinggalkan kau sorang-sorang kat rumah, aku pulak yang risau. Lebih baik kau ada depan mata aku ni. Lagi senang!” Tashriq menyangkal kata-kata Sofiya. Cukuplah sekali, Tashriq taknak Sofiya merajuk lagi dengannya kerana perkara yang sama. “Apa-apa je la..” jawab Sofiya pendek. Matanya tertancap pada seorang anak kecil yang berlegar di situ. Dari mata kasarnya, rasa-rasanya budak perempuan bertocang dua itu terpisah dari ibu bapanya. “Tash ! Budak tu macam terpisah dari parents dia je..” katanya sebelum Sofiya berdiri, mahu mendekatinya. Tashriq turut memandang ke arah yang sama. Matanya hanya mengikut sorotan langkah Sofiya. Dilihatnya Sofiya menonong sahaja mahu mendekati budak kecil itu. Tak sampai dua minit, Sofiya sudahpun memimpin tangan si kecil dan menghampirinya. “Kita pergi information counter jom.. Kesian Ika.” Kata Sofiya sambil matanya tidak lepas dari memandang Ika. Melihat Tashriq yang seperti teragak-agak, Sofiya melepaskan keluhan kasar. Takut nak jauh dari Nelly la tu! “Takpe la.. Aku pergi sendiri. Tunggu sini, jangan pergi mana-mana. Nanti aku call kau.” Katanya dalam nada berjauh hati. Mendengarkan itu, Tashriq segera berdiri. “Jomlah ! Aku temankan kau !” Dan Tashriq mencapai tangan kiri Sofiya lalu menggenggamnya kuat. Mungkin ramai yang tidak akan percaya tetapi inilah kali kedua dia dapat memegang tangan kembarnya sendiri. Sejak mereka bertemu semula, tak pernah sekalipun Tashriq memeluk atau memegang Sofiya. Semalam ialah kali pertama dan ini ialah kali kedua. Entah kenapa, ada rasa bahagia yang terbit di hatinya. “Err, Tash.. Aku rasa lebih baik kau pimpin Ika kot. Ika yang sesat, bukannya aku..” “Kau kan dah pimpin dia. Aku pimpinlah kau.. Aku takut kau pun hilang macam Ika. Jomlah cepat. Sementara Nelly tengah leka shopping tu!” Dan Sofiya tidak mampu menepis lagi. Dalam diam, dia juga selesa dengan keadaan mereka berdua sekarang. Terasa seperti sebuah keluarga bahagia. Ya Allah, apa ni Sofiya? Dia kembar kau! KEMBAR! Jangan leka! Astaghfirullahal’azim.. Selepas mereka membuat aduan tentang Ika, Sofiya dan Tashriq masih tidak berganjak dari kaunter informasi itu. Mereka mahu memastikan yang Ika benar-benar berjumpa orang tuanya, sebelum mereka meninggalkan si kecil itu. Setelah 15 minit menunggu,barulah batang hidung orang tuanya kelihatan. ***** SERONOK benar Sofiya berbual dengan Mak Cik Som. Selepas dua minggu dia tinggal berdua dengan Tashriq, Sofiya lega kerana akhirnya Mak Cik Som ada untuk menemaninya. Menu mereka pada hari ini ialah ayam masak merah dan Sofiya teruja mahu membantu Mak Cik Som. “Kalau Mak Cik Som takde ni, korang makan apa je?” “Hehe, makan luar je la. Kadang-kadang lepas Tashriq balik kerja, dia tolong belikan makanan untuk Fia.” Sofiya tersengih sendiri. Malu pun ada. Nampak sangat dia anak dara yang tak berprestij. Masak pun tak reti?Hm, jatuh saham! “Maaflah Fia. Kesian korang adik-beradik. Mesti Fia bosan, kan? Tash pulak dah penat kat tempat kerja, Nelly lagi, Fia lagi..” Sofiya tersenyum tipis seraya menggeleng. “Takpe la, anak Mak Cik Som masuk hospital..Kalau Fia kat tempat Mak Cik Som pun, Fia mesti balik kampung jugak.” Sofiya dan Mak Cik Som saling berbalas senyuman. Senang hati Mak Cik Som. Sekurang-kurangnya Sofiya seorang yang memahami, tak macam Nelly. Pernah sekali Mak Cik Som berehat kerana terlalu penat. Nelly pula muncul tiba-tiba dan dia marah-marah lalu menuduh Mak Cik Som curi tulang. Nasib baik Tashriq pulang tepat pada masanya, ada juga orang yang nak bela dirinya. “Mak Cik Som.. Esok kan.. Boleh tak Mak Cik Som tolong masakkan..” Tak sempat Sofiya nak nyatakan permintaannya, bunyi pintu yang dihempas kuat menarik perhatian mereka. Sofiya dan Mak Cik Som saling berpandangan sebelum mereka berlari ke depan. “Tash!” panggil Sofiya. Tashriq memandang Sofiya dengan mata yang berapi. Bila Sofiya cuba menyentuh Tashriq, dia menepis dengan kasar. “Jangan kacau aku!” “Tash.. Kenapa ni?” tanya Mak Cik Som pula. Dah lama Tashriq tak buat perangai macam ni. “Takde apa-apa. Tash nak naik dulu.” Jawapan Tashriq yang pendek itu tidak memuaskan hati Sofiya. Dia ingin mengejar Tashriq tetapi Mak Cik Som menghalangnya. Kata Mak Cik Som, “Tash masih marah tu. Biar dia reda sikit.” Dan niat Sofiya terus mati begitu sahaja. Tashriq menghempas pintu biliknya kuat. Terngiang-ngiang kebenaran yang baru didengarinya tadi. Bodoh! Aku bodoh! Bodoh sebab tertipu dengan semua ni! “Arghhh!” Tashriq menarik cadar katilnya. Kemudian, bantal dan beberapa barangnya pula dihempas. “Tak guna! Kurang ajar!” Tashriq masuk ke bilik air pula. Barang mandinya juga ditaburkan bagi melepaskan amarah. Inilah kali pertama dia bersikap sebegini. Semuanya gara-gara perempuan tak guna tu! Tashriq melihat dirinya sendiri di cermin. Mula-mula Tashriq melihat hanya ada dirinya seorang di cermin itu. Lama-kelamaan, dia lihat ada lagi seorang wanita pula. Wanita itu sedang memandang ke arahnya sambil mentertawakannya. Tashriq jadi berang. “Tak guna !” hamunnya lagi lalu melayangkan penumbuknya ke cermin itu. Cermin itu pecah dan tangannya juga berdarah. Namun darah yang mengalir di tangan langsung tidak melambangkan luka di hatinya. “Tash ! Tash ! Kau okay tak ni ? Tash, bukak pintu ni!!” Suara Sofiya dan bunyi ketukan di pintu yang bertalu-talu langsung tidak dipedulikan Tashriq. Hatinya masih membara. Makin lama, suara Sofiya membuat kemarahannya luntur. Tashriq jadi lemah tiba-tiba. Dia terduduk ke lantai dan tanpa sebarang kata, air matanya menitis. Setitik, dua titik dan kemudian terus merembes keluar. “Kau yang bodoh, Tashriq.. Kau yang bodoh!” Tashriq memarahi dirinya sendiri pula. ***** SOFIYA memulas tombol pintu bilik Tashriq perlahan-lahan. Baru pagi ini pintu biliknya tidak berkunci. Dengan lafaz Bismillah, Sofiya masuk ke dalam bilik Tashriq. Sekujur tubuh yang terbaring di atas katil memancing perhatiannya. Laju sahaja kaki Sofiya ke sana. Dilihatnya Tashriq sedang berbaring di atas katil. “Tash.. Dah pukul berapa ni. Kau tak pergi kerja ke?” Sofiya menggerakkan tubuh kembarnya itu. “Tash..” panggilnya lagi. Tashriq membuka matanya dan semerta sebuah senyuman terbit di bibirnya. “Fia..” “Bangun, pergi kerja. Mak Cik Som dah sediakan sarapan kat bawah.” “Nantilah, aku penat lagi..” jawab Tashriq bersahaja. Sofiya menggeleng perlahan. Apa je yang dia boleh buat? Tashriq ialah CEO di syarikat keluarga yang diwarisinya, rasanya tak wajar untuk dia pertikaikan sikap Tashriq. Lagipun, inilah kali pertama Tashriq lambat ke tempat kerja. “Ikut suka kaulah.. Dah bangun nanti turun bawah, kesian Mak Cik Som. Penat dia masakkan untuk kau tu. Aku nak turun dulu.” Dan Sofiya terus bangun untuk meninggalkan Tashriq. Belum sempat dia melangkah, Tashriq sudah menariknya kuat hinggakan dia terduduk di atas katil, tepat bertentangan dengan Tashriq. “Err, Tash.. Ap.. Apa ni?” gugup Sofiya dibuatnya. Tashriq senyum, matanya merenung anak mata Sofiya sambil tangannya bermain dengan rambut Sofiya. Kemudian, Tashriq mengelus pipi Sofiya lembut. Dek terkejut yang teramat sangat, Sofiya langsung tidak memberi sebarang reaksi. Tubuhnya hanya kaku. “Baru hari ni aku perasan yang kembar aku ni cantik orangnya.” Sebaris ayat itulah yang membuat Sofiya kembali berpijak di bumi nyata. Dia segera menepis tangan Tashriq dan bergerak ke belakang sedikit. “Kejap lagi aku turun..” “O.. Okay..” Sofiya terus keluar dari bilik Tashriq. Sebaik pintu ditutup, Sofiya memegang dadanya yang semakin tidak keruan rentaknya. Ya Allah.. Kuatkanlah hati hamba, Ya Allah.. “Fia.. Fia..” Laungan Mak Cik Som dari bawah mengalih ingatan Sofiya tentang Tashriq. “Ya saya! Jap, Fia turun!” ***** PETANG itu, Sofiya termenung sendirian di balkoni biliknya. Yang ada di fikirannya kini hanyalah Tashriq, Tashriq dan Tashriq. Entah mengapa, Sofiya dapat mengesan perbezaan dalam diri lelaki itu. Tashriq kini ialah Tashriq yang baru. Ataupun dia yang perasan? Pantas Sofiya menggeleng. Tak, dia yakin telahannya benar. Ada sekali Sofiya turun ke dapur lewat malam untuk mengambil air. Terjerit Sofiya apabila dirinya dipeluk dari belakang tiba-tiba. Rupa-rupanya Tashriq yang memeluknya. Hairan Sofiya. Selama ini, tak pernah pula Tashriq berjalan sewaktu tidur. Bila ditegur, alasan Tashriq mungkin dia terlalu penat. Okay, Sofiya terima alasan itu. Sewaktu Sofiya sedang asyik menonton TV, Tashriq akan duduk di sebelahnya dan tanpa sebarang kata, Tashriq akan baring di paha Sofiya. Setiap kali nak ke tempat kerja, Tashriq akan mencium dahi Sofiya. Disebabkan itu, Sofiya langsung tidak keluar bilik hinggalah Tashriq benar-benar sudah pergi. Sofiya jadi bingung, rimas dan bermacam rasa lagi. Kenapa dengan Tashriq ? Hari tu mengamuk sakan, kenapa sekarang dia berubah pulak? Mulai sekarang, selagi dia boleh mengelak dari Tashriq, Sofiya pasti mengelak. Entah apa pula yang akan dilakukan Tashriq selepas ini. ***** “TASH, aku laparlah.. Aku nak makan.” Adu Sofiya sambil menggosok perutnya. Tashriq buat endah tak endah, dia lebih menumpukan perhatian kepada Nelly. Sofiya menggigit bibirnya bagi menahan sakit. Gastrik mulai menyerang dan Tashriq pula mengabaikannya. Buat penat dia mengelak dari Tashriq, tiba-tiba tadi Tashriq muncul di biliknya dan merayu meminta Sofiya menemannya keluar bersama Nelly. Sofiya menekan perutnya. Gastriknya bukan sebarang gastrik. Sebelum ini, sudah berkali-kali dia pengsan kerana gastrik. Mulalah Sofiya rasa menyesal kerana mengikut Tashriq. “Tash.. Lapar..” kata Sofiya lagi. Entah apa malang nasibnya hari ini. Nelly dan Tashriq sibuk berborak manja di depan sedangkan dia di belakang keseorangan. Sudahlah sewaktu membeli belah tadi, bukan main mesra lagi layanan Tashriq! Ada masanya Tashriq seperti sengaja mengucapkan kata-kata cinta dalam nada yang kuat. “Tash..” Peluh di dahi mula terasa. Tapak tangan Sofiya juga mulai basah. Tiba-tiba dia lihat Tashriq sudah menjadi dua, kemudian tiga, dan seterusnya ramai Tashriq yang ada di depan matanya. Tanpa kata, Sofiya rebah. ***** SOFIYA membuka matanya. Dia cuba mengamati keadaan sekeliling dan sedarlah dia bahawa dia kini di dalam biliknya sendiri. Sofiya melihat ke kirinya. Tashriq sedang lena dengan tangan kanannya menggenggam tangan Sofiya. “Tash.. Tash..” Tashriq yang tertidur terus tersedar. Gelabah dia meraba dahi, leher dan tapak tangan Sofiya bagi memeriksa suhu badannya. Bila semuanya okay, barulah Tashriq menarik nafas lega. “Kau okay?” “Okay..” jawab Sofiya lemah. Tashriq menghela nafasnya lagi. Lemah lututnya bila suara Sofiya tidak kedengaran. Sebaik dia menoleh, Tashriq bagaikan hilang arah bila melihat tubuh Sofiya yang terkulai. “Aku mintak maaf sangat-sangat.. Aku takde niat nak buat kau macam tu..” “Takpe la.. Jangan risau, aku hidup lagi ni..” Dalam nada berseleroh, Sofiya cuba untuk mengubah suasana di biliknya itu. Dari riak Tashriq, dia tahu Tashriq benar-benar risaukan keadaannya. Jika tadi Tashriq, kini Sofiya pula menghela nafas panjang. Boleh jadi gila kalau berdua dengan Tashriq sebegini. “Kenapa kau tak cakap yang kau ada gastrik? Aku tak pernah tahu pun..” Sofiya senyum sendiri. Macam manalah Tashriq nak tahu ? Keluar pagi balik senja. Kalau keluar dengan Nelly, malam baru sampai rumah. Nasib baik Mak Cik Som ada, dia yang tolong sediakan makanan untuk Sofiya. “Dah aku selalu makan on time, memanglah kau tak tahu. Nasib baik Mak Cik Som ada tau.. Kalau tidak, memang tiap-tiap hari aku pengsan kat rumah ni.. Tadi je kau dera aku.” “Eh, jap. Habis tu, waktu Mak Cik Som takde ?” Berubah terus air muka Sofiya saat itu. Waktu Mak Cik Som takde? Dia menelan liurnya payah. Semua orang tahu yang Sofiya, kembar Tashriq ini tidak pandai memasak sama sekali. “Err.. Aku.. Aku..” “Fia..” Suara Mak Cik Som menyelamatkan Sofiya dari menjawab soalan Tashriq. Wajah Sofiya berubah menjadi ceria apabila orang tua itu menatang sebuah dulang yang berisi sepinggan nasi serta beberapa lauk pauk. “Ni Mak Cik Som bawakkan makanan favourite Fia. Nasi putih, tomyam campur, daging goreng kunyit, sotong tepung. “Sedapnyaaaaaa!” Sofiya bertepuk tangan persis anak kecil. Orang lain mesti tak percaya tapi itulah selera makannya. Dahlah kuat makan, semua makanan yang kurang berkhasiat pulak tu! “Terima kasih Mak Cik Som. Ya Allah, rezeki betul!” ujarnya teruja. “Jap. Bagi aku rasa dulu.” Tashriq merampas sudu yang ada di tangan Sofiya. Dengan lagaknya seperti seorang penilai nutrisi makanan, Tashriq merasa satu persatu masakan. Mak Cik Som memberi pandangan peliknya. Kenapa ? Tashriq takut dia racun Sofiya ke ? Hisy, mustahil.. “Kenapa, Tash ?” “Takde apa-apa. Aku takut tomyam ni pedas, nanti perut kau sakit..” Dan Sofiya bertambah terkedu dengan keprihatinan yang ditunjuk Tashriq. ***** “APA cerita Umaira dengan Farhan ek?” Entah mengapa, Sofiya teringatkan pasangan itu. Mungkin kerana hari ini genap setahun pernikahan mereka. Oh, dah setahun rupanya..Tashriq mengangkat bahu. Dia juga sudah lama tidak berhubung dengan rakannya itu gara-gara kesibukan bekerja. Hari ini dia tidak ke pejabat bagi merehatkan minda di rumah. “Entah. Dah lama aku tak keep in touch dengan diorang. Agaknya Umaira dah mengandung tak?” tebak Tashriq dengan matanya membulat. Mengandung ? “Waaahhhh, advance gila! Mesti anak diorang comel!” Teruja Sofiya membayangkan anak mereka kelak. Mata Farhan, hidung mancung Umaira, bibir tipis Umaira dan juga warna kulit Farhan. Comelnya! “Daripada kau berangan anak orang, lebih baik kau fikir pasal diri sendiri. Bila kau nak kahwin? Boyfriend pun takde!” Sofiya terdiam demi mendengar itu. Boyfriend? Tak pernah terlintas di fikirannya untuk mencari teman dalam masa terdekat ini. Selagi dia masih belum dapat menunaikan permintaan rakannya, selagi itulah dia rela bersendirian. “Malaslah nak cari. Kalau orang tanya, aku jawab je la macam biasa.” “Jawab apa? Aku boyfriend kau?” Tashriq mencelah dengan nada tidak puas hati. Sejak mereka bertemu semula, ramai lelaki yang mencuba nasib untuk memikat Sofiya, namun Sofiya menolak. Tak tentu pasal Tashriq yang menjadi mangsa. “Kalaulah diorang tahu yang kita ni adik-beradik..” “Ala, diorang tak tahu pun. Chill je.. Nasib baik kan kita ni kembar tak serupa.” “Hm..” Dua-dua diam. Sofiya merenung langit manakala kaki Tashriq sibuk menguis lantai. “Subhanallah.. Lawa kan bintang malam ni?” kata Sofiya. Tashriq turut memandang ke arah langit, kemudian dia memandang Sofiya. “Hm, cantik..” Sofiya senyum. Tak lepas matanya dari memandang keindahan ciptaan Ilahi. Dia pernah melalui saat-saat sebegini dengan rakannya. Mereka akan baring merenung langit sambil bergurau senda. Ada masanya, mereka akan berbincang tentang hidup mereka. Sofiya jadi rindu saat-saat itu. Ya Allah, Kau rahmatilah dia.. “Kawan aku pernah cakap, bintang akan terus bersinar selagi ada yang mengharapkan bintang muncul. Mula-mula aku tak faham tapi lama-lama, aku faham jugak. Kau tahu apa maksud dia?” “Tak..” jawab Tashriq yang masih lagi leka memerhati Sofiya. “Maksudnya.. Hidup kita akan terus berjalan selagi kita nak teruskannya. Bila kita putus harapan, hidup kita dah pun ‘mati’.” Kata Sofiya lagi. Tashriq diam, dia hanya mengiyakan di dalam hati. “Tash.. Kalau kau kat tempat Farhan.. Kalau Nelly dah tak suci.. Kau akan terima dia ke?” Sofiya memberanikan dirinya untuk menyentuh perihal itu. Dia langsung tak berani untuk memandang Tashriq. Takut kalau-kalau Tashriq mengamuk. Namun lain pula yang berlaku. Tashriq masih boleh menjawab dengan tenang. “Entah. Depends. Kalau macam Umaira, aku akan terima dia. Tapi kalau dia sendiri yang buat perangai, memang taklah..” “Kalau.. Kalau Nelly tipu kau?” Telinga Sofiya dapat menangkap tawa Tashriq. Berdebar dadanya menanti jawapan Tashriq. “Depends jugak. Aku tak boleh cakap apa-apa..” Geram Sofiya dengan jawapan selamba Tashriq. Dia ingin memprotes tetapi sebaik dia menoleh, Sofiya tidak mampu keluarkan suaranya. Wajah Tashriq yang betul-betul di hadapannya membuatkan dia jadi kaku. Jarak mereka terlalu dekat. Nafas Tashriq dapat didengarnya dengan jelas. Sofiya jadi keliru. Tak seharusnya dia merasa sebegitu kepada kembarnya sendiri. “Tash..” Sofiya mengundur sedikit tetapi Tashriq menariknya hingga dia terdorong ke depan. Bertambah terpempan Sofiya apabila tangan Tashriq mula bermain di wajahnya. Dari rambut, Tashriq mengelus pipinya dan kemudian ke bibirnya. Sofiya memejam matanya, takut membayangkan apa yang bakal berlaku. Namun tiba-tiba wajah seorang gadis muncul di matanya, semerta Sofiya membuka mata. “Ya Allah, Tash!” jeritnya lalu menolak tubuh Tashriq dengan kuat. Sedikit sahaja lagi.. Kalaulah dia tewas dengan nafsu dan perasaannya sendiri, pasti Tashriq sudah mencium bibirnya. Ya Allah, apa semua ni? Sofiya menolak kerusi kasar dan berlari masuk ke biliknya, meninggalkan Tashriq. “Ya Allah..” Tashriq meraup wajahnya. Rasa bersalah menghantui dirinya sendiri. Apa yang sedang terjadi kepada dirinya ? Mana perginya janji yang kononnya dipateri mati ? ***** DUA MINGGU langsung tidak berjaya menjernihkan semula hubungan Tashriq dan Sofiya. Seorang ke timur, seorang ke barat. Bila Tashriq cuba menegur, Sofiya pasti mengelak. Pening Mak Cik Som dibuatnya. “Fia gaduh dengan Tash ke?” “Eh, takde la.. Kitorang kan kembar, takkanlah kitorang nak gaduh.. Fia saja je taknak kacau Tash lebih-lebih.. Kat office tu banyak sangat kerja. Kesian, Tash!” Sofiya pantas mencipta alasan. Berterus-terang dengan Mak Cik Som pasal peristiwa tempoh hari? Tidak. Itu ialah perkara terakhir yang akan dia lakukan. Malu! Mak Cik Som mengangguk sendiri. Alasan Sofiya diterimanya. “Oh.. Mak Cik Som ingatkan korang gaduh. Ni.. Mak Cik Som nak mintak izin Fia. Boleh tak kalau esok Mak Cik Som nak balik kampung? Ada kenduri.. Semua family Mak Cik Som ada, rugi pulak kalau tak pergi.” Sofiya yang baru hendak menyisip minumannya, tersedak tiba-tiba. Mak Cik Som segera menggosok lembut belakang Sofiya. “Ap.. Apa? Nak cuti?” “A ah.. Boleh tak?” “Err..” Sofiya jadi serba salah. Nak halang, kesiankan Mak Cik Som pulak. Nak izinkan, maknanya dia akan tinggal berdua dengan Tashriq. Macam mana kalau benda tu jadi lagi? Aduhaiii.. “Hm, kalau tak boleh takpe la..” kata Mak Cik Som dalam nada kecewa. Hancur berkecai impiannya untuk berjumpa sanak saudara di kampung. Sofiya pantas menggeleng. “Err, tak tak. Hm, Fia tak kisah. Takpe la, Mak Cik Som balik ye..” “Betul ni?” Bersinar mata Mak Cik Som semerta. Ketara sangat kebahagiaan terpancar di wajahnya. Dalam tidak rela, Sofiya mengangguk. “Esok sebelum Mak Cik Som pergi, ingatkan saya bagi duit tambang..” “Eh, takpe takpe. Duit Mak Cik Som ada. Cukup je.. Terima kasih, Fia!” Dan tangan Mak Cik Som lincah menyiapkan kerjanya. Melihat senyuman di bibir Mak Cik Som, Sofiya jadi tidak keruan. Mak Cik Som senyum, dia pula yang gelabah. Macam mana nak tempuh hari esok? ***** SELEPAS sehari suntuk berkurung di dalam bilik, Sofiya mula tak senang duduk. Nak keluar ke taknak? Nak keluar ke taknak? Sofiya memandang botol air 5 liter yang dibawa masuk ke dalam bilik tadi. “Dah habis? Adoii..” Sofiya mengerling jam dinding yang baru menunjukkan pukul 9 malam. “Agak-agak Tash ada kat bawah tak, ek?” Sofiya berkata sendiri. Nak turun, dia takut terserempak dengan Tashriq. Tapi kalau tak turun, Sofiya takut dirinya yang mati kerana dahaga. Sofiya menyingkap jendela biliknya dan melihat ke laman rumah. Kereta Tashriq tiada, bermakna Tashriq juga tiada. Ya, inilah masanya! Sofiya segera mencapai botol air itu lalu membuka pintu bilik perlahan-lahan. Sofiya menjengah ke bilik Tashriq pula. Bilik Tashriq juga gelap, bermakna dia masih belum pulang. Senyuman Sofia melebar. Dengan bernyanyi riang, dia menuruni anak tangga. Sebaik kakinya menjejak anak tangga terakhir, Sofiya semakin gembira. Aras bawah yang gelap meyakinkannya yang Tashriq memang tiada di rumah. “Nasib baik mamat tu takde.” Katanya senang. Sofiya mengatur langkahnya ke dapur. “Kenapa kau mengelak dari aku ?” Suara garau yang cuba dielak itulah yang didengarinya. Sofiya cuba menenangkan dirinya. Dengan bersahaja, Sofiya menayang muka seposennya sedangkan dalam hati, Allah sahaja yang tahu. “Takde maknanya aku nak mengelak.. Bila kau balik? Takde kereta pun kat luar?” “Aku sengaja parking kat tepi simpang. Kalau aku parking kat luar, mesti kau tak keluar bilik, kan?” sindir Tashriq walaupun dia tahu memang itulah jawapannya. Dah tahu, tanya lagi! “Aku takde mood nak keluar bilik. Itu je.” “Takde mood nak keluar bilik sampaikan bawak botol air besar masuk bilik? Huh, tak pernah dibuat orang!” Tashriq mengerling botol air di tangan Sofiya. Malas mahu menjawab, Sofiya mengangkat botol air itu. Tubuh Tashriq yang menghalang jalannya ditolak ke tepi. Makin lama mereka bersemuka, entah apa yang terjadi. Dahlah Mak Cik Som takde, lebih baik dia ambil langkah berjaga-jaga.“Aku na..” Tashriq menarik tubuh Sofiya ke dalam dakapannya. Mulalah Sofiya rasa takut dan menyesal. Namun hari ini, fikiran dan fokusnya lebih waras. Dia tak akan terbuai oleh perasaan. Sofiya yakin. “Aku taknak jauh dari kau.” “Ya Allah, apa ni Tash.. Lepaslah. Lepas !” Namun pelukan Tashriq semakin ketat. “Tash.. Kita adik beradik Tash. Alangkan orang yang takde ikatan pun berdosa bila buat macam ni, lagikan kita berdua!” “Kan bagus kalau kita bukan kembar.” “Tash!” Sofiya menguatkan dirinya. Dia menolak Tashriq lalu menghadiahkan sebuah tamparan ke pipi lelaki itu. “Jangan biadap dengan aku, Tash! Kalau kau tak hormat aku sebagai kembar kau, hormat aku sebagai perempuan!!” Sehabis ayat itu, Sofiya berlari keluar dari rumah. Tashriq terpempan. ***** “Fia.. Kenapa semuanya jadi macam ni, Fia? Kenapa aku kena terjebak dalam perkara ni ?” Sofiya menangis sendirian di perhentian bas itu. Hari sudah malam, tiada orang yang menunggu bas di situ. Yang ada hanyalah dirinya. “Aku cuma nak tunaikan permintaan kau je. Aku cuba tunaikan apa yang kau tak sempat nak buat waktu kau masih hidup. Salah ke aku nak tunaikan hajat kawan aku ?” Sofiya berkata lagi pada dirinya sendiri. Air mata dikesat namun ianya terus mengalir. “Fia.. Kalaulah aku tahu semuanya jadi macam ni.. Kalaulah aku tahu aku akan jatuh cinta dengan Tashriq, sumpah Fia! Sumpah aku takkan menyamar jadi kau! Peduli apa dengan permintaan kau sebelum kau meninggal! Aku lebih rela jadi diri aku. Aku lebih rela jadi Alyssa!” tangisnya lagi. Sofiya.. Dia sudah penat memegang identiti orang yang sudah meninggal dunia. Alyssa tidak betah lagi menyamar. Apalagi semuanya memakan diri sendiri. Dia keliru dengan perasaannya kepada Tashriq. “Fia.. Aku dah tak boleh teruskan semua ni, Fia..” ***** SEMALAM Alyssa hanya pulang ke rumah pada pukul 1 pagi. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku kepadanya. Hari ini pula, Alyssa keluar rumah seawal jam 7 pagi. Usai solat subuh dan bersiap-siap, Alyssa keluar dari rumah. Dia tak tahu ke mana arah tujunya. Alyssa hanya ikutkan rentak kakinya sahaja. Tahu-tahu sahaja dirinya sudah sampai di Bukit Bintang. “Eh, tadi aku naik LRT ke ?” Alyssa bertanya bodoh pada dirinya. Hm, inilah jadinya kalau terlalu fikirkan masalah sendiri. Tak sedar langsung apa yang telah dilakukan. Alyssa tersenyum sendiri. Dia terus berjalan namun langkahnya mati sebaik sahaja tiba di depan lintasan zebra. Alyssa mengangkat wajahnya. Kalau dia lintas jalan ini dan terus berjalan, dia akan sampai ke Pavilion, tempat di mana dia, Tashriq dan Nelly pernah meluangkan masa bersama. Tempat di mana Tashriq memimpin tangannya. Alyssa tidak jadi melangkah. Dia memusingkan badannya dan berjalan lagi. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang. “Maaf.. Saya tak sengaja.” Ucap Alyssa. “Puas dapat menyamar jadi Sofiya?” Berdesing telinga Alyssa mendengarkan ayat itu. Ayat yang boleh dikira agak kurang ajar itu membuat Alyssa jadi geram. “Kau?” “Akulah.” Kata Arif bangga. Ternyata Alyssa masih mengenalinya selepas hampir tiga tahun mereka tidak bertemu. Alyssa mengetap giginya geram. Baru 3 tahun dia aman tanpa gangguan Arif, kenapa sekarang dia muncul semula? Dan dari mana Arif tahu pasal dirinya menyamar sebagai Sofiya? “Mesti best dapat duduk rumah besar.. Dapat adik baru lagi! Handsome jugak adik kau, kan? Eh, salah. Sebenarnya Tashriq tu lagi tua daripada kita.” Arif menayangkan sengihannya, kononnya bangga kerana dia mengetahui ‘permainan’ Alyssa. Arif tak dapat nafikan, Alyssa memang gadis yang licik. Entah macam mana Tashriq boleh terpedaya dengannya, Arif tidak tahu. “Mana kau tahu semua ni? Kau stalk aku ke ?” “Takdela sampai stalk.. But, sort of la..” “Kau ni memang tak guna, kan ?” “Selagi kau tak bagi apa yang aku nak, aku akan terus kacau hidup kau, Alyssa !” Arif memberi peringatan kepada Alyssa. Selama setahun dia cuba menjejaki Alyssa yang hilang tanpa sebarang kata dan apabila dia berhasil menemui Alyssa, Arif ketawa sendiri bila Alyssa hidup dengan identiti Sofiya. Dia kenal siapa Alyssa dan dia juga kenal siapa Sofiya. Selepas itu, Arif mula mengikut ke mana sahaja Alyssa pergi hinggalah ke hari ini. Tindakannya tidak ubah seperti orang gila talak. “Aku takkan ikut kehendak kau sampai bila-bila. Kau faham tak ?” Alyssa menegaskan pendiriannya. “Haihh, terpulanglah.. Sebenarnya, aku kecewa jugak tau. Aku ingat, lepas aku dah bongkarkan semuanya, kau akan hidup merempat. Lepas tu kau akan balik semula pada aku tapi aku tersilap. Panjang lagi jodoh kau dengan rumah besar tu, ek ?” Dalam banyak-banyak ayat yang Arif tuturkan, hanya satu perkataan yang membuat Alyssa tertanya-tanya. “Bongkarkan?” Arif mengangguk. “Kau.. Kau.. Bongkarkan kat siapa?” Terbayang wajah Tashriq di matanya. Mungkinkah Tashriq? Mata Alyssa terus melekat pada Arif. Dia takut untuk mendengar jawapan yang bakal Arif beri. “Pada siapa lagi? Pada…” Tiba-tiba Alyssa rasa tangannya ditarik dan mukanya tersembam ke dada seseorang. Alyssa memejam matanya rapat-rapat. Aroma dari tubuh lelaki itu amat dikenalinya, semerta dia membuka matanya luas. “Ta.. Tashriq !” Alyssa berundur setapak. “Ap.. Apa kau buat kat sini ?” “Ikut aku.” Tashriq menarik tangan Alyssa sambil matanya memandang Arif tajam. Dari pandangan itu, Tashriq seakan menghantar amaran kepada Arif. ‘Jangan ganggu dia !’ Alyssa tidak mampu membantah. Dia hanya biarkan tangannya ditarik Tashriq. Sekurang-kurangnya bersama Tashriq jauh lebih baik daripada Arif. Lelaki itu tidak habis-habis menyusahkan hidupnya. ***** DI DALAM KERETA, kedua-duanya membisu seribu bahasa. Tashriq membuang pandang ke luar tingkap sementara Alyssa pula sibuk berfikir. ‘Bongkarkan? Bongkarkan pada siapa?’ soal hatinya. Penat dia memerah otak dari tadi. Nak kata Tashriq, rasanya layanan Tashriq biasa sahaja. Eh, kejap ! Layanan Tashriq biasa ? Mulalah Alyssa teringat beberapa peristiwa sebelum ini, yang mana Tashriq seakan-akan mengambil kesempatan pada dirinya. Mata Alyssa membulat semerta. “Kau.. Arif..” “Aku dah tahu.” Jawapan yang ringkas tetapi cukup untuk membuat jantung Alyssa berhenti berdegup seketika. “Tonight, you’re going to tell me every single thing. Who is my sister, where is she, and who are you.” “Bila kau tahu?” “Almost a year.” Alyssa ketawa sendiri mendengar jawapan itu. Hampir setahun ? Maknanya hampir setahun dia terpedaya dengan lakonan Tashriq ? Kini Alyssa rasa dirinya bodoh. “Cakaplah.” Kata Tashriq lagi yang berkobar-kobar mahukan kebenaran. Dia tak harapkan pertemuan sebegini. Dia punya rancangannya sendiri, di mana dia yang akan bongkar semua rahsia Alyssa sekaligus menghalaunya dari rumah. Tapi Tashriq tak mampu dan tak berdaya. Alyssa menghela nafasnya, cuba mengumpul keberanian. Ya, inilah masanya. Bukankah dia sendiri sudah penat membawa identiti Sofiya ? Inilah masa yang paling tepat untuk dia hentikan segala-galanya. Tak kisahlah kalau Arif memberitahu Tashriq dalam versi lain tapi Alyssa akan tetap berlaku jujur. “Lepas korang terpisah, mak bapak angkat aku jumpa dia. Diorang bela Sofiya macam mana diorang bela aku. Sejak daripada tu, aku dengan Sofiya jadi rapat. Aku adik, dia kakak. Dia sayang sangat kat aku. Dia selalu cakap, dia rindukan family dia tapi dia tak sampai hati nak tinggalkan kitorang. Sebab mak dengan abah sayangkan dia, lebih daripada diorang sayangkan aku.. Kitorang membesar sama-sama.. Fia cakap, dia tak sabar nak jadi dewasa. Bila dia dah dewasa, dia nak cari family dia. Aku janji dengan Fia, aku akan tolong dia. Tiba-tiba kitorang dapat tahu yang parents kau dah meninggal.. Fia jadi tak tentu arah. Dia nak jugak jumpa kau sebelum dia pulak yang meninggal..” Cerita Alyssa terhenti apabila air mata membasahi pipinya. Setiap kali mengenang Sofiya, air matanya tak pernah gagal mengalir. Sofiya ialah satu-satunya insan yang ada di saat jatuh dan bangunnya. Tashriq mulai tidak senang duduk. Pertama, kerana air mata Alyssa dan kedua, kerana ceritanya. Macam mana Sofiya tahu dia bakal pergi? “Sofiya sakit. Leukemia. Tahap akhir.” “Ya Allah..” Tashrik bagaikan terhenyak mendengar kata-kata itu. Kembarnya menghidap leukemia? Semerta dia teringat arwah neneknya yang meninggal dunia kerana penyakit yang sama. Air matanya juga menitis. “Sofiya nak jumpa kembar dia. Bila Fia jumpa nanti, Fia nak cium peluk kembar dia. Fia nak mintak maaf sebab tak cari lebih awal. Fia nak mintak maaf sebab tak dapat temankan kembar dia waktu parents diorang meninggal. Fia nak sayang kembar dia sepenuh hati.. Fia nak kembar dia tahu yang Fia tak pernah lupakan dia walaupun sesaat.” Terngiang-ngiang gelak tawa Sofiya di telinga, bagaikan merobek hati Alyssa. “Tapi, Fia tak sempat. Tubuh dia dah terlalu lemah bila dia putuskan untuk cari kau. Bila Fia tahu dia dah tak lama, Fia mintak tolong aku.” “Tolong apa?” tanya Tashriq. Dia benar-benar penasaran. Ternyata kasih Sofiya kepadanya tak pernah luntur. Ya, dia juga sayangkan Sofiya tapi malangnya, dia langsung tidak memulakan sebarang operasi untuk menjejak Sofiya kerana Tashriq sangka Sofiya telahpun meninggal dunia. “Fia.. Fia mintak aku ganti tempat dia. Fia nak aku menyamar jadi dia, jumpa kau.. Fia suruh aku sayang kau macam mana sayangnya seorang adik kepada abangnya.” Dalam tangis, Alyssa memberitahu hajat Sofiya di saat-saat akhirnya. Kerana hajat dan wasiat itulah, Alyssa yang terperangkap kini. Terbelenggu dengan wasiat dan rasa cinta. Bibir Tashriq mengucap panjang. Barulah dia tahu apa sebenarnya yang berlaku. Alyssa bukannya sengaja mengambil kesempatan di atas kematian Sofiya, sebaliknya ini semua atas permintaan Sofiya. Jauh berbeza dengan apa yang disampaikan Arif. “Sebab tu.. Sebab tu aku menyamar jadi Fia. Sumpah, demi Allah.. Aku takde niat nak tipu kau. Aku tak ambik kesempatan kat kau sebab kau kaya. Aku cuma nak tunaikan kehendak kawan aku je. Sofiya kawan aku dunia, insya Allah, di akhirat jugak. Aku sayang dia sangat-sangat.. Aku nak tunaikan permintaan dia.. Itu je..” Air mata Alyssa merembes keluar lagi. Sofiya.. Moga roh kau tenang kat sana. Sekurang-kurangnya hati aku dah lega sikit lepas cerita semuanya kat Tashriq.. bisik hati Alyssa. “Habis tu, DNA ? Semua kenangan kitorang adik beradik ? Macam mana kau boleh tahu ?” Tashriq menyuarakan kehairanannya. Mereka pernah melakukan ujian DNA dan ternyata ianya positif. Kalau Alyssa bukan saudara kandungnya, bagaimana hasil ujian boleh jadi positif? Ingatan Alyssa melayang ke beberapa tahun yang lepas. “Fia tahu kau jenis yang susah nak percaya orang. Bila aku setuju tolong dia, Fia ceritakan semuanya kat aku.. Fia siap tulis important events untuk aku hafal. Kata Fia, semuanya penting. Mungkin kau akan tanya. Pasal DNA pulak.. Fia suruh aku simpan beberapa helai rambut dia. Bila kau nak buat ujian DNA, aku guna rambut Fia. Aku tak tahu.. Aku cuma ikutkan kehendak Fia je sebab dalam kepala aku, aku nak Fia pergi dengan aman. Itu je..” Betapa terperincinya fikiran Sofiya hinggakan dia dapat menduga apa yang berlaku. Terima kasih kepada akalnya itu, rahsia Alyssa masih selamat hinggalah Arif yang membongkarnya. Tashriq mengesat air matanya. Dia memandang Alyssa. Perasaan ingin tahu sangat menebal dalam dirinya. “Kenapa kau? Kenapa bukan orang lain?” Mendengar soalan itu, Alyssa senyum tipis. Jawapan kepada soalan ini pasti tidak dapat diterima akal oleh sesiapa tetapi itulah kebenarannya. Alyssa mengambil pursenya, sekeping foto diberi kepada Tashriq. “Ni gambar aku dengan dia..” Seperti yang diduga, air muka Tashriq berubah seratus peratus. Tashriq melihat kedua-dua gadis yang ada di dalam foto itu. Seiras! Sangat seiras! “Sebelah kanan aku, sebelah kiri Fia. Muka kitorang serupa, kan? Waktu mak abah selamatkan dia, mak abah ingat itu aku. Tapi bila diorang bawak balik rumah, rupa-rupanya aku ada kat rumah. Abah kata semua ni keajaiban. Aku sendiri tak percaya, dapat jumpa dengan orang yang sama muka dengan aku.” Alyssa tersenyum sendiri mengenangkan peristiwa dulu. Kelakar pun ada bila mengenang wajah pucat mak dan abah sewaktu melihat dirinya dan Sofiya. Mulanya abah sangkakan Sofiya ialah hantu, rupa-rupanya Sofiya ialah insan yang berkongsi rupa yang sama dengannya. “Sebab tu Sofiya mintak tolong aku. Muka kitorang seiras.” Tashriq seakan sukar mempercayai cerita Alyssa. Dia dan Sofiya yang berkongsi darah dan ibu bapa yang sama, langsung tidak mempunyai persamaan di wajahnya. Tetapi Alyssa dan Sofiya? Hampir tiada perbezaan pada wajah mereka berdua! “Arif?” “Dia cintakan aku. Kitorang pernah kahwin..” “What?!” Terjerit Tashriq dengan kata-kata Alyssa. Arif bekas suami Alyssa? Bermakna Alyssa ini pernah berkongsi hidup dengan Arif? Gila! Aku memang bodoh! “Kitorang dah bercerai.” “Bila?” “Lima hari lepas kitorang bernikah..” Alyssa tertunduk malu. Bayangkan dirinya yang gagal membela rumahtangga sendiri? Mesti Tashriq memandang rendah kepadanya saat ini. “Sebab ?” “Dia kantoi dengan perempuan lain..” Tiba-tiba hati Tashriq menjadi sayu. Tak sangka itu kisah Alyssa. “Sekarang, dia nak aku kahwin semula dengan dia. Dia nak dapatkan apa yang dia tak dapat sebelum ni..” Malu menyelubungi diri Alyssa tetapi entah kenapa, Alyssa rasa Tashriq perlu mengetahuinya. “Wait. Don’t tell me both of you had never..” Lambat-lambat Alyssa mengangguk. Air matanya mengalir lagi. “Aku dah cakap apa yang kau perlu tahu. Sekarang, kau dah tahu semuanya. Aku bukan lagi kembar kau. Aku bukan Sofiya. Lebih baik kita cipta jarak antara kita berdua..” Sakit hati Alyssa sewaktu menuturkan itu. Tashriq terkedu. Semua yang baru didengarnya membuatkan dia kehilangan kata-kata. “Tash.. Aku dah cerita semuanya kat kau dengan jujur. Sekarang ni, tolong lepaskan aku.. Aku bukan Fia.. Keadaan kita tak boleh jadi macam dulu. Please, Tash..” rayu Alyssa lagi. Dia sudah tidak sabar-sabar mahu berjauhan dengan Tashriq. Biarlah dia pergi jauh dari Tashriq. Biar semua kisah ini terkubur begitu sahaja. “Tapi.. Aku tak beritahu kau lagi.” “Beritahu apa ?” “Aku.. Aku sebenarnya lagi teruk daripada kau.” Tashriq tertunduk, semerta air matanya mengalir keluar. Tak sangka dia pernah mempunyai niat untuk menyakiti wanita sebaik Alyssa. “Kau ingat lagi waktu aku mengamuk ? Waktu tu, Arif dah cerita kat aku. Arif cakap, kau sengaja peralatkan aku dan Sofiya untuk hidup senang. Aku sakit hati. Sakit sangat-sangat.. Boleh kau bayangkan bila kau tahu orang terpenting dalam hidup kau, tipu kau hidup-hidup? Aku ingat kau perempuan jahat, perempuan tak guna..” Alyssa sudah menggeleng-geleng, menafikan semua tuduhan Tashriq kepadanya. Tuduhan itu ibarat asid yang disimbah ke hati. Pedihnya tidak terperi. “Jadi.. Aku buat plan sendiri. Alang-alang kita bukan kembar kandung, aku nak buat kau jatuh cinta kat aku. Aku nak kau cintakan aku sampaikan kau tak boleh hidup tanpa aku..” kata Tashriq dengan penuh rasa bersalah. Terkejut Alyssa dibuatnya. Semerta dia teringatkan layanan mesra Tashriq kepadanya. ‘Tahniah, Tashriq! Kau dah berjaya buat aku jatuh cinta kat kau!’ kata hatinya. Perit di hati tak terkata lagi. Selesai semuanya, Alyssa janji dia tak akan pernah bertemu Tashriq lagi. Tak kiralah dalam keadaan apa pun! “Tapi..” Tashriq menggigit bibirnya. Sudah lama dia ingin mengucapkan ayat keramat ini kepada Alyssa, baru kini dia berjaya. “Aku sendiri yang jatuh cinta kat kau. Aku tak boleh hidup kalau kau takde. Aku tak boleh fikirkan perempuan lain selain kau!” Bertambah lebat air mata Alyssa mengalir keluar. Pengakuan itu membuat hatinya sebak. Sebak kerana mereka berkongsi rasa yang sama tetapi tidak mampu untuk memiliki. “Bila kau cuba jauhkan diri dari aku, aku rasa kosong. Bila kau tampar aku, aku rasa macam nak peluk kau, suruh kau mengaku semuanya. I just wanna tell you that I love you so much.. Aku sendiri kalah dengan permainan aku, Alyssa..” Alyssa tenggelam dengan perasaannya. Esakannya semakin menjadi-jadi. Biarlah.. Dia tak akan membalas ungkapan cinta itu. Dia tak akan mengaku yang dia juga cintakan Tashriq. Alyssa nekad. Dia ingin meletak noktah pada permainan hidup ini. “Tash.. It is enough. Kita berjumpa sebab.. Sebab aku nak tunaikan permintaan Sofiya. Aku yakin, kau dah pernah rasa kasih sayang seorang kembar, kan? Sekarang ni.. Semuanya dah tamat. Takde lagi Tashriq dan Sofiya. Yang ada cuma Alyssa.” “Tapi aku taknak jauh dari kau!” “Kalau kau taknak jauh dari aku, habis tu Nelly macam mana ?” Alyssa mengungkit nama Nelly, biar Tashriq sedar yang dia masih mempunyai Nelly di dalam hidupnya. “Dahlah, Tash.. Biarkan semuanya tamat kat sini.” “Tapi..” “Takde tapi tapi. Aku tetap dengan keputusan aku. Biarkan aku pergi. Aku yakin, cinta dalam hati kau tu cuma mainan perasaan. Kau cintakan Nelly, bukan aku !” Tashriq diam. Sedikit sebanyak kata-kata itu masuk ke dalam mindanya. Kini Tashriq sedar, mungkin sudah sampai masanya dia melepaskan Alyssa. Memberi dirinya dan Alyssa ruang untuk berfikir tentang perasaan masing-masing. Manalah tahu kalau Alyssa merinduinya nanti? “Okay.” Sebab aku yakin, kita ada jodoh macam Umaira dan Farhan.. Tashriq menyambung ayat terakhir itu di dalam hatinya. ***** Setahun kemudian… GELAK tawa anak-anak kecil di taska itu mengubat semua luka Alyssa. Suka dia melihat keletah anak-anak itu. Membuatkan dia lupa pada kisah silamnya sebelum dia bertemu keluarga angkatnya. “Cikgu.. Ada bunga untuk cikgu.” Suara Norsiah dari belakang menarik Alyssa keluar dari ingatan kisahnya. Alyssa menoleh dan semerta dia melepaskan keluhan berat. Bunga lagi? “Untung cikgu.. Tiap-tiap hari dapat bunga.” Usik Norsiah yang nyata cemburu dengan Alyssa. Tunangnya sendiri tak pernah menghantar bunga ke tempat kerja. Alyssa tersenyum sumbing. Untung? Kad yang terselit di jambangan bunga itu diambilnya. “Takpe la.. Kak Siah ambiklah bunga tu. Hari ni saya bagi Kak Siah pulak..” ujar Alyssa bersama senyuman ikhlas. Sebelum ini, sudah semua pekerja di taska ini sudah menerima bunga itu. Kini giliran Norsiah pula. Selepas mengucapkan terima kasih, Norsiah berlalu dengan perasaan teruja. Alyssa segera membaca tulisan yang tercoret di atas kad itu. ‘Setiap hari saya berharap agar Allah akan dekatkan jarak kita. Love, IT’ “Dekatkan jarak kita?” Alyssa tersengih sinis. Si penghantar yang bernama IT pun tak dikenalinya, macam mana nak dekat? Sejak sebulan yang lalu, dia menerima bunga itu. Pada awalnya Alyssa agak teruja, menyangka ada orang yang sukakan dirinya. Lama-kelamaan, dia jadi takut. Jangankan ada orang gila yang menghendapnya tak? Arif? Oh, tolong jangan! “Cikgu! Arizal nangis!” Jeritan Maya dan tangisan Arizal membuat Alyssa terus berlari ke arah mereka. Lupa terus pada IT dan juga Arif. ***** “Awak?” Membulat mata Alyssa sebaik sahaja sesusuk tubuh yang amat dikenalinya sedang duduk bersahaja di depan matanya. Lelaki itu mengulum senyum. Lebur rindunya setelah bertentang mata dengan Alyssa. Alyssa jadi celaru. Nak keluar daripada restoran ni ataupun duduk, bertentang mata dengan dia? Akhirnya, Alyssa memutuskan untuk keluar. Terkial-kial lelaki itu mengejarnya. “Alyssa ! Alyssa !” Jeritan itu mematikan langkah Alyssa. Inilah realitinya dan Alyssa tahu, dia harus menghadapinya. Dan Alyssa mesti mengaku dia rindukan wajah itu, suara itu. “Kenapa awak lari dari saya ni?” Alyssa geleng. Mahunya tak lari? Dia sendiri masih tak percaya. Sebentar tadi IT menghantar bunga lagi dan IT meminta agar Alyssa bertemunya di kafe yang terletak berhampiran dengan taska. Entah apa yang merasuk Alyssa, dia arahkan kakinya ke kafe itu. Mungkin kerana perasaan ingin tahu yang menebal. “Saya tak lari dari awak..” jawab Alyssa. Dia mengangkat wajah dan menyambung lagi, “Ian Tashriq.” Ya, kini baru Alyssa ingat bahawa IT bermaksud Ian Tashriq, nama penuh lelaki yang pernah menjadi kembarnya. Kenapa dia tak pernah terfikirkannya sebelum ini? Tashriq senyum, ternyata setahun tak cukup untuk mengikis namanya dari fikiran Alyssa. Ya, dia juga begitu. Tak pernah sesaat berlalu tanpa dia memikirkan Alyssa. “Saya dah jumpa awak.” Terangkat kening Alyssa. Dah jumpa? Memanglah dah jumpa ni. “Awak nampak cantik pakai tudung.” Pujinya ikhlas. Alyssa mengulum senyumnya tapi untuk sementara sahaja. Bila dia teringatkan seseorang, Alyssa terus bertanya kepada Tashriq. “Mana Nelly? Apa awak buat kat sini? Kenapa awak hantar bunga kat saya?” soalnya bertalu-talu. “Awak ni. Saya dah depan mata awak ni, kenapa tanya pasal Nelly lagi?” “Tash..” Alyssa mengeraskan suaranya. Dia serius, Tashriq main-main. Mahunya tak geram? “Haha, garanglah awak ni. Tapi takpe, saya tetap suka. Saya dengan Nelly dah putus. Dia yang mintak saya lepaskan dia, sebab dia geram bila saya asyik fikirkan awak..” kata Tashriq bersahaja, seolah-olah ianya adalah satu perkara yang perlu dibanggakan. Alyssa mengigit bibirnya. Dia rasa bersalah terhadap Nelly. Meski dia tak tahu apa yang berlaku setahun yang lalu, Alyssa tetap berdoa agar Nelly tidak membencinya. “Dahlah. Saya nak balik.” “Saya rindu awak.” Ucapan keramat dari bibir Tashriq seakan mempunyai auranya apabila Alyssa tidak jadi melangkah. Dia berdiri tegak di situ. Tashriq mendekatinya dan berkata lagi, “Demi Allah.. Saya terlalu rindukan awak, Alyssa..” Kalaulah mereka berada di setahun yang lalu, sudah pasti Tashriq akan memegang tangan Alyssa dan memeluk gadis itu. Namun Tashriq sedar kini, ada batasan antara mereka. Alyssa sudah bertudung, dia hormati itu. Dan dia sendiri sudah bertemu ustaz untuk meminta pendapat tentang masalahnya. Kata ustaz, lakukan solat sunat istikharah. Masalah hidup akan terus membelenggu kita, apalagi bila membabitkan perasaan. Kalau kita biarkan nafsu menguasai diri, nerakalah tempatnya. Andai kita pernah terlanjur perbuatan, maka bertaubatlah. Dan jika niat Tashriq ikhlas, ustaz menasihatkannya agar meminang Alyssa. “Ustaz cakap, kalau saya ikhlas, saya kena masuk minang awak.” “Haa?!” Terjerit Alyssa. Berjumpa lepas setahun, tak cakap apa-apa, tiba-tiba cakap pasal peminangan?! “Jangan nak merepek, boleh tak? Awak tak kenal siapa saya, dah kenapa tiba-tiba nak hantar pinangan bagai?” “Kenapa, tak boleh ke? Saya terima awak apa adanya. Sama macam Farhan dan Umaira..” “Dahlah, Tashriq.. Balik je la. Saya takde masa nak layan gurauan ni. Entahkan saya ni kena Wakenabeb ataupun Bang Bang Boom. Dahlah, pergilah balik !” “Nur Alyssa Maisarah bt Ibrahim. Graduan UiTM. Anak angkat Encik Rafiq dan Puan Rahimah. Membesar dengan Irin Sofiya. Pernah berkahwin dengan Arif tapi..” Tashriq tersenyum nakal, membuatkan Alyssa rasa lutunya lemah. Tashriq dah gila. Entah bila dia buat siasatan tentang dirinya, Alyssa tak tahu. “Saya cuba cari awak dan saya dapat tahu kat mana mak abah awak tinggal. Saya pergi jumpa mak abah. Diorang pun ceritakan benda yang sama. Pasal Fia mintak awak menyamar.. Saya mintak maaf kat diorang sebab pernah ambik kesempatan kat awak. Saya mengaku saya salah, tapi saya tak malu nak mengaku sebab saya sayangkan awak. Dan sekarang, saya cuma nak awak tahu.. Saya betul-betul cintakan awak, Alyssa..” Pengakuan Tashriq itu berjaya membuat Alyssa menangis. Tak sangka begitu sekali Tashriq berusaha untuk mendapatkannya. “Mak abah izinkan saya melamar awak. Diorang yang suruh saya cari awak kat sini.. Taska ni milik abah, kan ?” Lambat-lambat Alyssa mengangguk. Memang taska ini milik Encik Rafiq dan memandangkan dia hanya bergoyang kaki di rumah, lebih baik dia membantu Encik Rafiq menjaga taska. Melihat air mata Alyssa, hati Tashriq kembang setaman. Puan Rahimah pernah memberitahunya, selepas Alyssa pulang, Alyssa selalu termenung. Tawanya tak seceria dulu. “Dia teringatkan Tash la tu..” kata Puan Rahimah yang sedikit sebanyak menyuntik semangatnya. “Awak tak cakap apa-apa, tapi saya tahu.. Air mata awak tu sebab awak happy jumpa saya balik, kan?” tebak Tashriq dengan senyuman nakal. “Awak speechless sebab awak terharu dengan usaha saya, kan?” “Tash..” “Takpe.. Saya faham.. Awak nak cakap yang awak pun cintakan saya, kan?” “Tashriq!” Meledak tawa Tashriq tika itu. Pipi Alyssa yang merah meyakinkannya bahawa hati Alyssa juga miliknya. Tashriq menyeluk poket seluarnya untuk mengambil sapu tangan lalu diberi kepada Alyssa. “Laplah air mata awak tu.. Nah.” Alyssa mengambil sapu tangan itu. Tiba-tiba dia tergelak pula. “Kenapa ?” tanya Tashriq hairan. “Takde apa-apa.. Cuma.. Cuma saya pelik. Ada lagi lelaki yang bawak sapu tangan, eh ?” usik Alyssa pula. Baru sekarang dia mendapat kekuatan untuk bersuara, sekaligus mengenakan Tashriq. Dari tadi asyik Tashriq yang bercakap. Tashriq ketawa, senang hati dengan usikan itu. “Awak terima saya?” Mustahil untuk Alyssa menggeleng. Sewaktu dia menyamar sebagai Sofiya lagi, hatinya terbuka untuk lelaki bernama Ian Tashriq. Bila lelaki itu sendiri melamarnya, tiada sebab untuk Alyssa menolak. Apalagi Nelly sudah tiada dalam kamus hidup Tashriq. Arif? Lelaki itu juga tiada lagi di dalam hidupnya. Andai Arif muncul semula, Alyssa tidak gentar kerana dia tahu, dia punya Tashriq. “Saya beri awak tiga peluang untuk tanya saya soalan. Lepas awak dah tanya, baru saya akan beritahu jawapan saya.” Sengaja pula Alyssa bermain tarik tali dengan Tashriq. Tiga soalan? “Pertama, awak taknak belajar masak ke? Takkanlah lepas kahwin kita nak makan kat luar?” “Saya pandai masak. Sebut je awak nak makan apa, semuanya saya tahu. Tapi bila saya jadi Sofiya, saya tak boleh masak. Sebab memang itulah karakter Sofiya.” Jawapan Alyssa memberi penjelasan kepada soalan Tashriq sebelum ini. Bermakna, sewaktu dia dan Mak Cik Som tiada di rumah, Alyssa menyediakan makanannya sendiri! “Kedua, awak dengan Arif..” “Tashriq, banyak-banyak soalan, kenapa awak nak tanya tu jugak..” Alyssa mengetap giginya geram. “Yalah yalah, memang saya pernah kahwin dengan dia. Tapi saya tak ‘sempat’ pun sebab waktu kitorang kahwin, saya pulak datang bulan. Kan kitorang cerai lima hari lepas nikah..” Dalam rasa malu menerpa, Alyssa terpaksa jua berterus-terang. Sehingga kini, dia masih memegang gelaran ‘Janda Berhias’. Tak sangka Tashriq masih ingin mendengar pengakuan dari bibirnya sendiri. Lebar senyuman Tashriq. “Okay, saya puas hati dengan jawapan awak. Soalan terakhir, awak cintakan saya tak?” Alyssa mengaru kepalanya. “Hm, macam mana nak cakap ek. Saya pun tak tahu sebenarnya. Tapi, rasanya.. Tak kot.” “Tak?” “Saya tak boleh kalau tak cintakan awak..” Semerta Tashriq tersipu malu. Baru pertama kali dia mendengar ucapan cinta dari Alyssa dan hatinya menyanyi riang. Melihat reaksi Tashriq, Alyssa senyum sendiri. “Saya cintakan awak. Bukan sebab awak anak orang kaya, bukan sebab rumah awak besar. Tapi, sebab awak Ian Tashriq. Dan ya, saya terima lamaran awak.” Ucap Alyssa setulus hati. “Alhamdulillah.. Thanks, Alyssa.. Sebab awak bagi saya peluang. Peluang untuk dekatkan jarak kita.” Tashriq dan Alyssa saling berbalas senyum. Ya, mereka akan berusaha untuk dekatkan jarak itu. Bukan dengan sekadar kata-kata cinta tetapi dengan ikatan pernikahan. “Tapi kan.. Alyssa.. Awak tahu something tak?” “Apa dia?” “Sebenarnya.. Majlis kita lagi dua minggu.” “Haa?!” Terjerit Alyssa. Betul ke apa yang telinga dia dengar? Dua minggu? Majlis apa? Majlis tunang? Majlis nikah ? “Mak abah cakap, tak elok tunggu lama-lama. Dua minggu lagi, kita terus je nikah. Diorang dah setuju..” Mulalah Alyssa rasa bengang. Kenapa mak abah buat keputusan tanpa bertanya padanya terlebih dahulu ? “Takpe la.. Lagipun saya cinta awak, awak cinta saya. Bahaya kita berdua ni..” ujar Tashriq yang mempunyai maksud tersirat. “Ya Allah, Tash ! Gatalnya awak ni !” “Hahaha, tahu gelabah ! Dah, jangan banyak cakap. Jom balik, kita prepare untuk majlis kita ye sayang?” Alyssa tersenyum malu. Bila Tashriq mula berjalan, Alyssa cuba menyainginya. “Lepas kita kahwin nanti, duduk rumah saya, nak tak ? Mesti Mak Cik Som suka. Bila saya cerita pasal awak menyamar, mula-mula dia terkejut. Tapi lepas tu dia cakap, niat awak baik..” kata Tashriq kepada Alyssa. “Okay.” “Boleh tak kalau saya nak empat orang anak. Dua lelaki, dua perempuan.” “Okay.” “Awak masakkan untuk saya tiap-tiap hari?” “Okay.” “Okay je dari tadi?” tanya Tashriq tak puas hati. Alyssa angguk lalu menjawab, “Sebab nanti awak jadi imam saya, mestilah saya ikut je apa yang awak nak.. Tapi ! Saya taknak buat ucapan sejam macam Umaira-Farhan, eh !” Senyuman Tashriq tidak dapat ditahan lagi. Mereka berdua terus berjalan beriringan dan Tashriq menyuarakan pelbagai permintaannya. Sesekali Alyssa akan menolak jika permintaan itu agak sukar untuk dia penuhi. Tashriq dan Alyssa.. Mungkin mereka bertemu dalam keadaan yang tidak dijangka namun ianya mampu membuahkan bibit cinta. Dan kini, jarak mereka semakin hampir. Sedikit masa lagi, tiada lagi jarak di antara mereka berdua. Kerana pernikahan akan menyatukan mereka. Insya Allah.. -TAMAT- ***** Oleh : Syu Ariani
  5. SINOPSIS Hasef Irfan bagaikan wira buat Zahra Rais apabila lelaki itu membelinya dan melepaskan Zahra dari kancah maksiat dan deraan ayahnya. Namun disebabkan oleh satu prasangka, Hasef memaksa Zahra merahsiakan perkahwinan mereka dan melayan Zahra seperti orang gaji. Hasef pening apabila ibubapanya yang berkunjung sukakan Zahra. Bila mereka tahu gadis cemerlang dalam bidang akademik itu terpaksa bekerja kerana kemiskinan, mereka memaksa Hasef melepaskan Zahra melanjutkan pelajaran dan mula menganggap Zahra sebagai anak angkat. Di situ bermulanya masalah Hasef dan Zahra. ********************* Kredit : portal ilham Penulisan : Batiah Hadi
  6. Bab 17 "YANG kau tercegat kat situ, buat apa?” soal Kayla sebaik saja dia membuka cermin tingkap Honda City itu. Adelia terkedu kerana Kayla tidak beritahu pun yang dia akan datang bersama... ya, siapa lagi kalau bukan Razip! Tapi, macamlah aku tak tahu mereka sedang berpacaran sekarang. Aku tahu pun daripada mulut Syed Idlan. Macam biasa Kayla bijak menyimpan rahsia. “Hai...” sapa Razip yang memandu kereta warna perak metalik itu. Razip kelihatan berbeza sekali. Lebih kacak. Mungkin sebab rambutnya agak pendek. Hei, entahlah. Yang dia sibuk-sibuk pasal pak we kawan baiknya sendiri, kenapalah agaknya? Tanpa berlengah, Adelia terus membuka pintu belakang lalu mencampakkan beg sandang ke atas kerusi sebelum dia duduk dan menutup pintu kembali. Honda City itu terus meninggalkan kawasan rumahnya. “Apa khabar?” soal Razip. “Ba... baik. Maaf, tadi...” Kayla tergelak pendek. “Sorry,aku tak cakap kat kau yang kita akan pergi dengan Razip.” “Tak apa.” “You pernah pergi Bagan Lalang tak?” soal Razip. “Tak pernah,” jawab Adelia, jujur. “Kalau tak silap, kat situ banyak restoran makanan laut, kan?” kata Kayla pula sambil memandang Razip. “Nanti bila-bila kita makan kat sana, nak?” “Boleh aje, bila-bila you suka...” Erk. Kayla bermanja dengan Razip! Itu sudah semestinya. Adelia berpura-pura tidak mendengar dialog cheesy mereka. Dia merenung ke luar tingkap dan cuba menghayati pemandangan lebuh raya, hutan menghijau dan bukit-bukau yang berbalam-balam di kejauhan. Entah bila Adelia tertidur. Sedar-sedar saja dia terasa seseorang menggoyangkan tubuhnya. Rupa-rupanya mereka sudah tiba ke tempat perkhemahan. Petang sudah tua benar kerana langit berceloreng dengan warna-warna keemasan mentari yang semakin terbenam di ufuk barat. “Kita solat dulu sebelum masuk ke tapak khemah tu,” ujar Kayla. Adelia yang masih mamai cuma mampu mengangguk. Bangunan utama di kawasan perkhemahan itu dilengkapi dengan pejabat, kafetaria, dewan dan surau. Beberapa orang kelihatan berbual-bual di koridor menuju ke arah kedai runcit yang diterangi lampu kalimantang. Usai solat, mereka mencari tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah. Oleh kerana hari sudah agak lewat, tidak banyak tempat kosong lagi. Razip mencadangkan khemah Kayla dan Adelia tidak jauh dari tandas awam. Sedangkan khemahnya berada di hujung sebelah kiri berdekatan tangga yang menuju ke kawasan belukar. Beberapa pengunjung lain sudah mula menyalakan unggun api tidak jauh dari khemah masing-masing. Suara kanak-kanak yang begitu teruja kedengaran dari hadapan beberapa khemah. Bau ayam, daging, udang dan sotong yang dipanggang memenuhi udara. Perbualan dan gelak tawa dari sekeliling unggun api menjadikan suasana sekitar begitu mendamaikan jiwa. “Aku nyalakan unggun api, ya...” usul Adelia setelah meletakkan beg di dalam khemah. Razip dan Kayla baru saja memasang khemah itu. Sekarang mereka hendak bergerak ke tempat pilihan Razip pula. Bukan sukar memasang khemah itu sebenarnya. Seorang pun boleh buat. Namun, orang yang sedang dilamun cinta macam Razip dan Kayla itu pasti akan mencari peluang untuk bersama setiap masa. Oh, pleaselah... “Kat mana nak cari kayu?” soal Adelia pula. Razip dan Kayla tergelak bersama. Eh, kelakar ke soalan aku tu? Adelia bertanya sendiri. Hatinya berkata, mahu saja aku mengherdik mereka berdua. Tapi, Adelia tahu itu tentu tidak wajar. Dia hanya akan memusnahkanmood bahagia mereka. “Nak cari kayu... nak cari kayu...” usik Razip yang menceduk dialog dalam filem klasik Seniman Tan Sri P. Ramlee iaitu ‘Labu Labi’. Kayla tergelak manja. Aduh. Memang haru. Setiap kali Razip buka mulut, mesti Kayla ketawa. Hadoilah... parah! Mungkin inilah yang lazim dilalui oleh pasangan kekasih yang lain, agaknya. Bila ada konflik, mulalah jadi macam orang tak siuman. Takut Adelia bila melihat kesan cinta pada manusia. Dalam suasana yang tidak begitu terang di situ, mereka berdua mungkin tidak perasan wajah Adelia sudah menjadi merah padam. Namun, dia tidak bersuara. “You tahu guna portable stove, tak?” Razip bertanya sambil menuding ke arah sebuah beg tidak jauh dari pintu khemah. Adelia mengangguk pantas. “Dalam beg kertas tu ada ayam dengan kentang frozen.Kita boleh goreng. Kuali pun ada. Kau carilah, ya. Hmm... Minyak pun aku dah letak sekali dalam plastik,” jelas Kayla. Adelia mengangguklagi. Macam biasalah kalau ke mana-mana dia pergi, kawan-kawan akan meminta dia memasak. Mentang-mentanglah dia chef. Mereka ingat cheftidak ingin rehatkah? Apa salahnya kalau pergi berkelah atau berkhemah, dia pula yang datang melenggang dantidakperlu berbuat apa-apa kecuali makan dan tidur? Huh, kirim salam aje... Di tengah-tengah keriuhan beberapa keluarga yang sedang makan di khemah berdekatan, Adelia membuka beg Razip untuk mencari dapur yang dimaksudkan olehnya tadi. Bezanya di situ agak gelap dan memanglah sukar mencari sesuatu di dalam gelap. Satu-satunya lampu di kawasan itu terletak agak jauh dan malaplah pula. Mungkin sudah dikerumuni oleh beribu serangga malam. Mungkin tidak pernah diganti atau dibersihkan. Kalaulah ada lampu suluh, mudahlah sedikit kerja aku! Dia mencari kelibat Razip dan Kayla. Memangtidaknampak langsung sebab dilindungi oleh beberapa khemah lain. Dia menyumpah dalam hati. Seronoklah pasangan kekasih itu dapat bersama, fikir Adelia. Cewah, kau dah kenapa Adelia? Cemburu pulak ke? Patutlah Kayla beria-ia mengajak Adelia ke sini. Buat peneman tidur di dalam khemah. Kayla yang dia kenal memang tidak suka tidur seorang di tempat yang asing. Adelia menghidupkan api. Dia meletak kuali dan menuang minyak. Selain ayam dan kentang, Kayla juga membawa coleslaw. Adelia membuat perhitungan, mesti coleslawdia buat sendiri sebab hendak menunjukkan bakatnya kepada Razip. Cececeh... Ala, bukan Razip tak tahu Kayla memang pandai memasak. Kan lelaki itu pernah makan di rumahnya? Bila hendak meletakkan ayam di dalam minyak panas, barulah Adelia perasan yang sudip tiada. Macam orang gila dia melompat mencari di dalam beg Kayla. Weh, sudiptidak ada! Takkan dia nak terbalikkan ayam dengan tangan? Lainlah kalau dia ada menuntut ilmu kebal. Mujurlah ada senduk. Nak terbalikkan ayam goreng dengan senduk? Apa boleh buat, sudah terdesak. Senduk pun senduklah! Sekilo ayam sudah habis digoreng. Razip dan Kayla belum muncul lagi. Weh, pasang khemah atau cari kayu api? Sambil cuba untuk tidak memikirkan tentang mereka, Adelia mula menggoreng kentang pula. Seseorang mulai memetik gitar tidak jauh dari situ. Beberapa orang menyanyi lagi ‘Pok Amai Amai’. Suasana memang meriah. Kena makan dek harimau ke Kayla dengan Razip? Nahas mereka kalau datang sekejap lagi. Adelia mencapai paha ayam lalu mengunyahnya perlahan-lahan. Matanya melilau ke arah figura manusia-manusia di sekeliling unggun api yang sedang bergembira dengan nyanyian sumbang masing-masing. “Hoi, makan tak ajak!” usik Kayla yang tiba-tiba saja muncul bersama Razip. “Sorry...kami terpaksa berjalan ke luar sana sebab kat sini takde line.” Lelaki itu menjelaskan dengan panjang lebar. Dalam kesuraman itu, Adelia mengangguk. Mereka terus menyerang ayam goreng. Memang sukar untuk makan di dalam cahaya yang lebih gelap daripada terang itu tetapi itulah keseronokan berkhemah. Setiap hari makan dalam cahaya terang pun terasa bosan juga. Jika tidak, kenapa orang suka suasana romantis makan di dalam cahaya lilin? Mereka bertiga berbual-bual kisah kampung masing-masing. Adelia tidak banyak bercakap sebab cerita kampungnya sama dengan cerita Kayla. Kan mereka duduk berjiran sedari kecil? “Eh, torchlightada bawa tak?” soal Adelia tiba-tiba. Mereka berdua menggeleng “Mana boleh datang camping tak bawa torchlight?” rungut Adelia. “Lain kali kita takkan lupa, okey?” Kayla menyedapkan hati rakannya. Eik? Lain kali? Kan baru tiga jam di sini, dah plannak datang lagi? Mereng betul otak Kayla ni, getus Adelia di dalam hati. Tatkala itu dia hanya terfikir hendak gosok gigi dan tidur. Kalau Razip dan Kayla hendak melepak di luar ni sampai subuh, dipersilakan. *********** Kredit : portalilham.my Sejuta Rasa Buat Adelia Adaptasi Novel Ulam Kasih Sambal Cinta UNTUK BACA BAB SELANJUTNYA SILA LOGIN [Hidden Content]
  7. Bab 14 "MASAK apa ni?” Demi mendengar soalan itu, Adelia menoleh ke arah empunya suara. Syed Idlan? Apa dia buat kat sini? “Freenampak?” soal Adelia pula. “Saya datang nak belajar macam mana nak buat puding karamel pahit,” sindir lelaki itu. Adelia mengetap bibir. Tangannya ligat mengacau sambal ikan bilis di dalam kawah. Di dalam pengukus semerbak bau harum nasi lemak berdaun pandan. “Boleh tak kalau awak tak cakap pasal tu?” pinta gadis itu. Hangat hatinya setiap kali kesilapannya itu diungkit. “Dah jadi sejarah, okey?” Mereka saling berpandangan. Adelia mencampakkan hirisan bawang besar ke dalam kawah. Belum pun sempat tangannya mencapai sudip, Syed Idlan sudah terlebih dulu mengambilnya. Eeii, peliklah perangai lelaki ni, fikir Adelia. “Awak ni suka kacau orang, ya.” Lelaki itu tersengih menampakkan lesung pipitnya. “Tak, chef... chef salah. Saya hanya suka kacau adunan untuk buat kek atau pastri. Atau, hah... kacau masakan dalam kuali macam ni.” “Kecohlah.” “Apa, apa awak kata?” “Takde apa-apa,” balas gadis itu sambil menuangkan santan ke dalam periuk besar. Malas dia hendak melayan Chef Pastry yang nampak aje baik tapi kadang-kadang sindirannya menghangatkan hati. Syed Idlan berpura-pura berminat dengan bahan-bahan perencah yang dimasukkan oleh Adelia ke dalam kawah itu. “Nak buat masak lemak cili padi ke?” soalnya. “Ikan masin dengan nangka muda.” “Wah, sedapnya. Bagi saya rasa sikit nanti...” Adelia menjeling ke arah lelaki itu. “Tak payah, saya buat pahit... awak tak suka nanti.” Menyedari dirinya diperli, Syed Idlan tergelak kecil. Seketika kemudian, chef itu beredar ke arah Rozhan pula. Rozhan sedang mengadun bahan-bahan untuk membuat kerabu taugeh dengan kerang. Entah bila Syed Idlan keluar dari Malay Kitchen itu, Adelia pun tak pasti. Di DALAM bilik itu, ada dua buah meja. Meja Chef Mohd Noor terletak di sebelah kanan. Manakala meja kiri adalah untuk Adelia. Di hadapan meja Chef Mohd Noor ada sebuah kerusi untuk tetamu yang ingin berdiskusi. Adelia duduk di meja lalu membuka laptop. Waktu rehat selama dua jam ini akan digunakan dengan sepenuhnya untuk mencari lebih banyak idea dari segi hiasan manisan. Tanpa diduga, pintu bilik terbuka. WajahHead ChefRazi muncul. Mereka berpandangan seketika. Razi mencari Chef Mohd Noor ke? getus hati Adelia. Dia agak tergamam, sebetulnya. Bukan setiap hari seoranghead chef akan muncul di Malay Kitchen. Pasti ada sesuatu yang amat penting, yang membawanya ke situ. “Chef Adelia belum lunch lagi?” Adelia menggeleng tanpa mengangkat muka daripada menatap YouTube. Chef di dalam video tersebut menunjukkan cara menjerang gula dengan air dan cuka. Cuka atau sebarang bahan berasid seperti krim tartar akan membuat campuran gula itu lebih mudah dibentuk dan tidak retak bila ditarik. Adunan gula pada suhu tertentu akan menjadi lembut seperti doh pastri. “Jom kita ke kafe?” ajak chef itu. What? Oh no! Adelia terpanar seketika. Bukan sebab mereka tidak pernah makan bersama di kafe tetapi kerana suara dan wajah Mr. Melvin serta merta muncul di ruang mata. Jangan! Bukankah dia sudah memberi amaran bahawa beberapa chef di hotel itu tidak puas hati kerana tindakan Razi yang sering menyebelahi Adelia? “I pun belum makan ni,” ajak head chef itu lagi seraya duduk di hadapan meja Chef Mohd. Noor. “Err... ya... maksud I, tidak!” Kekeliruan tergambar pada air mukaRazi yang Adelia kira mempunyai banyak pengalaman hidup itu. Walaupun masih bujang, gadis itu dapat merasakan sudah berduyun-duyun gadis yang pernah cuba memikat hatinya. Memang dia berkarisma dan kalau dia tidak menjadi head chef, kemungkinan besar dia sesuai menjadi pramugara. “Chef Adelia, apa yang dimenungkan lagi tu?” Adelia menyembunyikan rasa gugup dengan tergelak kecil. “I terlupa yang I dah janji dengan kawan nak lunch dengan dia.” “Kawan?” soal chef itu sepatah. Gadis itu mengangguk. Tak perlu beritahu siapa kawan sebab apa hak chef itu untuk tahu? Ni hal peribadi, okey. Razi mengangguk. Dia bangun dari kerusi lalu duduk di tepi meja Chef Mohd Noor pula. “Ada tak Chef Mohd Noor beritahu you tentang menu majlis perkahwinan minggu depan? Klien nak kelainan sikit. Kalau you ada masa, Googlemasakan Jawa. Fokus utama kita, Nasi Ambeng.” Adelia mengangguk. “Insya-ALLAH.” “You tahu tak, di mana Nasi Ambeng paling sedap di Singapura?” tanya itu. Adelia mengerutkan kening. “Di mana chef?” “Restoran Mamanda di Sultan Gate dekat Istana Kampong Gelam.” “Chef pernah rasa?” Razi tersengih. “Mestilah. Bila teringat aje, meleleh air liur. Macam-macam lauk-pauk, urap dan sayur-sayuran. Kalau chef ke Singapura, jangan lupa ke sana. Di kawasan Bugis dan tak jauh pula dari Masjid Sultan.” “Insya-ALLAH.” Telefon Razi berbunyi. Lega sungguh Adelia kerana dia terus menjawab telefon seraya berlalu dari situ. Kalau dia tidak menerima panggilan telefon, entah lama mana lagi dia akan berada di situ. Tatkala itu terdengar bunyi riuh di bahagian belakang kawasan Malay Kitchen. Di situ jugalah letaknya mesin besar tempat membasuh pinggan mangkuk, cawan, gelas dan segala peralatan yang digunakan ketika seminar berlangsung. Dua orang pekerja Bangladesh bertugas di situ. Mereka jugalah yang membersihkan peralatan memasak, membuang sampah sarap dan mengelap lantai. “Chef Adelia!” Adelia tersentak sewaktu terdengar namanya dipanggil. Di tengah-tengah keriuhan suara perbualan pekerja Bangladesh dan dentingan pinggan mangkuk serta cawan dan gelas, dia langsung tidak perasan suara lelaki itu. Di dalam kelekaan dia mencari informasi tentang Nasi Ambeng, imaginasinya hanyut ke Tanah Jawa dengan alunan muzik ala gamelan yang mententeramkan jiwa. Bila dia terdengar ketukan di tingkap kecil di dinding sebelah kiri, barulah dia melirik ke arah itu. Mr. Melvin, rupa-rupanya! Demi bertentang mata, dia menggamit ke arah gadis itu. Wajahnya serius. Adakah dia membawa berita sedih atau berita gembira kali ini? Dengan hati yang berat, Adelia menyarung kasut lalu keluar. Mr. Melvin sudah menarik bangku kecil di tepi kabinet keluli lalu menuding ke arah sebuah lagi bangku di sisinya. “You belum lunch,kan?” soal Mr. Melvin macam guru sekolah bertanya budak tadika. Adelia menggeleng. Mr. Melvin meletakkan sepinggan besar berisi sandwic, kek buah, quiche, kuih talam keladi dan pai coklat. “Duduk,” arah lelaki itu sambil melangkah menuju ke tempat menyimpan cawan. Dia kembali semula ke meja dengan memegang teko di tangan kanan dan dua biji cawan di tangan kiri. “Apa ni semua?” Adelia menyoal macam orang kurang siuman. “Lunch dengan I. Makanan ni semua tak baik dibuang. Kan semua ni elok lagi?” Mr. Melvin hendak berleterlah pula. Sebetulnya Adelia memang lapar. Dia terus menyuap sebiji quiche mini ke dalam mulut dan menghirup kopi yang baru saja dituang oleh Mr. Melvin. “Gelojoh...” seru anak muda itu. “Memang spesis tak boleh dibuat bini.” Adelia tergelak. Entah kenapa Mr. Melvin macam buang tebiat tengah hari ini. Dia turut mencapai sandwic tuna. “Kenapa banyak tak habis?” Adelia ingin tahu. “Tak sedap ke? Chef pastri yang baru tu tak pandai masak, ya?” Sedap aje mulutnya hendak mengata siapa lagi kalau bukan Syed Idlan. “Orang dah jemu makan kuih-muih ni semua. Yang manis-manis pula orang tak suka sebab nak jaga badan.” Gadis itu mengangguk. “Tapi, kalau hidangkan macarons atau pavlova, memang licin,” komen lelaki itu. “Sebab nak buat susah, kan? Atau harganya mahal?” Lelaki itu tidak menghiraukan pertanyaan Adelia. Dia merenung gadis itu di sebalik matanya yang dikecilkan sedikit. “Chef pastri yang baru? Maksud you... Chef Syed Idlan?” Adelia buat muka selamba. Dia yakin Mr. Melvin mampu menangkap maksudnya. “Semua gadis di hotel ini cakap pasal dia.” “Apa?” soal Adelia pendek. “Apa yang specialsangat pasal dia?” Adelia bukannya nak tahu sangat. Sekadar melayan lelaki itu berbual. Kalau dibuatnya Head Chef Razi berpatah balik dan datang semula ke situ, pastilah dia tahu bahawa ‘teman’ yang Adelia maksudkan itu, Mr. Melvin. Mr. Melvin mengunyah sepotong kuih talam perlahan-lahan. “Dia pandai ambil hati.” Adelia hendak tergelak. Pandai ambil hati? Pergh... Dengan dia, lelaki itu cuma pandai membuli! “Mereka kata dia sangat gentleman.” “Mereka? Mereka siapa?” Mr. Melvin tergelak pendek. “Meriah sikit hotel ni.” Adelia hanya mengulum senyum pahit. Serta-merta dia mengubah topik perbualan dengan bertanyakan tentang seminar yang akan bermula pagi esok. Biarlah semua gadis-gadis di hotel itu hendak terguling-guling syokkan Syed Idlan. Adelia boleh bayangkan, nampak bayang-bayang lelaki itu pun sudah pasti mereka setengah gila. Itu belum lagi tercium bau pewangi yang tercalit di tubuhnya... ditambah dengan keharuman esen vanila atau esen ros yang diletaknya di dalam adunan kek dan biskut. Sekurang-kurangnya mereka ada sesuatu yang boleh buat mereka teruja. Adelia mencebik bibir. Hatinya berbisik... hoi, aku? Bagi free pun aku tak nak! Cis, boleh jalan aje lelaki yang suka membuli perempuan macam tu! *********** Kredit : portalilham.my Sejuta Rasa Buat Adelia Adaptasi Novel Ulam Kasih Sambal Cinta UNTUK BACA BAB SELANJUTNYA SILA LOGIN [Hidden Content]
  8. Udang galah adalah salah satu spesis udang yang begitu popular dalam masyarakat kita. Kepalanya besar dan dagingnya agak kenyal. Ia adalah udang air tawar dan memang sangat sedap kalau dibuat rendang. Namun lain orang, lain cara membuatnya. Kami kongsikan 4 resipi rendang yang boleh dicuba. 1. RENDANG CILI PADI UDANG GALAH BAHAN-BAHAN: · 8 ekor udang galah saiz besar | perap seketika dengan perahan lemon dan sedikit garam. cuci bersih dan toskan · 4 sudu besar kerisek · 2 cawan pati santan · 1 keping asam gelugur · 1/2 cawan minyak · perencah Maggi Cukup Rasa / garam / gula · 1 helai daun kunyit – hiris halus BAHAN KISAR · · 3 ulas bawang putih · 7 biji bawang merah · 2 labu bawang besar · 30 biji cili padi hijau · 2 batang lengkuas – hiris-hiris · 2 cm lengkuas · 3 cm kunyit hidup CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana hingga pecah minyak. 2. Masukkan pati santan, asam gelugur dan kerisek. 3. Setelah mendidih, masukkan udang galah dan gaul rata. 4. Apabila kuah mulai memekat, tambahkan hirisan daun kunyit, 5. Jika suka boleh perasakan dengan perencah Maggi Cukup Rasa atau perasa pilihan lain. 6. Padamkan api dapur. Kredit Resipi & Gambar: Aimi’s Little Kitchen 2. RENDANG UDANG GALAH CILI GILING BAHAN-BAHAN: · 1 kg udang galah |sederhana besar · 50 gram serbuk kunyit · 100 gram bawang merah · 30 gram bawang putih|dikisar · 50 gram buah keras | dikisar · 2 batang serai |dikisar · 30 gram halia |dikisar · 20 gram lengkuas |dikisar · 20 gram kunyit hidup |dikisar · 10 gram cili giling · 2 biji santan pekat · 50 ml air asam jawa · 3 helai daun kunyit |dihiris halus · Minyak secukupnya CARA MEMASAK: 1. Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan. 2. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengancili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa. 3. Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata. 4. Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan. Kredit Resipi: Puteri Zulaika 3. RENDANG UDANG GALAH 3 BAHAN-BAHAN: · 700grm udang galah (nak guna udang lain pun boleh) |dibersihkan · 2 helai daun kunyit (jika daun besar guna 1 helai pun ok) | dihiris halus · 4 helai daun limau purut · 2 keping asam keping / asam gelugor · 4 sudu besar kerisik · 1 biji kelapa akan dapat lebih kurang 1 setengah cawan santan · 4 sudu besar cili kisar / cili boh |jika ingin pedas boleh tambah lagi · Garam & gula secukupnya BAHAN KISAR: · · 2 biji bawang besar · 3 ulas bawang putih · 5 ulas bawang merah · 4 batang serai · 1 inci kunyit hidup (cik kuali guna serbuk kunyit) · 3 inci halia · 1 inci lengkuas CARA MEMASAK: 1. Udang dibersihkan. Cik kuali guntingkan sedikit muncung depannya & dicuci bersih. Ketepikan seketika udang. 2. Kisarkan semua bahan-bahan kisar hingga halus. 3. Panaskan minyak dalam kuali . Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar & cili boh hingga naik bau / pecah minyak. 4. Tambahkan santan, asam keping, daun limau purut, kerisik, garam & gula secukup rasa. Masakkan kesemuanya dengan api sederhana. 5. Bila sudah mendidih masukkan udang. Kacau hingga sebati semuanya. Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit. 6. Rasa & masak hingga kuah agak pekat. Cik kuali suka berkuah sedikit tidak terlalu pekat sangat. Terpulang pada kehendak masing-masing. 7. Jika ok, padamkan api & hidangkan Kredit Resipi: hanguskualisaya.blogspot 4. RENDANG UDANG GALAH PERAK BAHAN-BAHAN: · 600 gm udang galah · 3 batang serai · 2 helai daun kunyit · 20 ulas bawang merah · 5 ulas bawang putih · 1 inci halia · 10 tangkai cili kering · 1 keping asam gelugur · 3 cawan santan pekat dari 2 biji kelapa · setengah cawan kerisik · garam secukup rasa CARA MEMASAK: 1. Bersihkan udang, buang tahi, kepala dan potong janggut. Kisar serai, cili, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. 2. Campurkan bahan dikisar bersama udang. Lepas itu masukkan 3 cawan santan, asam gelugur dan garam. 3. Lepas menggelegak, masukkan kerisik dan daun kunyit yang dihiris dan biar hingga naik minyak. 4. Perlahankan api, biarkan kering sedikit dan siap untuk dihidangkan. RENDANG UDANG GALAH MUDAH. BAHAN-BAHAN: · 1kg udang galah segar · 4 btg serai · 5 helai daun kunyit | dihiris · 10 biji bawang merah |dihiris · 1 inci halia| dihiris · 1 cawan kelapa parut · 3 sudu makan cili kisar (Mengikut kepedasan masing2). · 1 sudu teh serbuk kunyit · 1/2 kg santan pekat. CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali dan reneh sehingga kuah pekat dan sedikit kering. Gunakan api perlahan. 2. Masukkan garam secukup rasa serta 1 keping asam keping. 3. Kacau rata, sesuaikan rasa dan angkat. Siap sedia utk dihidang Kredit Resipi &Gambar: Zainuddin Ramli
  9. Ms Rose

    Cara udang makan umpan

    Cara udang makan umpan Kita boleh memancing udang galah walaupun ketika air keruh kerana spesies itu memiliki keupayaan mengesan sumber makanan melalui deria bau. Sesungut atau janggutnya adalah alat pengesan makanan terbaik ketika air keruh dan waktu malam. Tetapi jika air terlalu pekat atau keladak tinggi serta terlalu sejuk, kemungkinan udang dan ikan akan menjadi pasif dan tidak berminat dengan umpan. Jika air keruh sederhana, anda disyor menggunakan umpan jenis berbau seperti perumpun, isi ikan dan isi remis atau kerang. Kepada mereka yang tahan bau boleh gunakan umpan tapa. Umpan udang yang lumrah dan cepat diterpa udang ialah perumpun - jenis sarang, bakau, pantai dan nipah. Cacing tanah sama ada cacing gila atau jenis biasa. Anak udang sungai atau udang beras hidup/mati, remis, isi kerang, ala-ala - guna bahagian yang keras. Isi ikan dihiris halus memanjang mengikut saiz mata kail. Isi udang galah - potong mengikut saiz mata kail. Udang pasar tidak kira apa jenis, anak ikan longkang hidup atau mati kedua-duanya boleh. Pilihan lain - jantung/hati ayam tapi hanya sesuai untuk pancing di kolam. Saiz umpan yang dipasang pada mata kail jangan terlalu besar kerana ini akan melambatkan proses udang menelan mata. Potong atau hiris umpan biar sepadan dengan saiz mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenis bergantung kepada jenis batang pancing. Untuk memudahkan mengesan udang lebih cepat kita perlu menggunakan umpan ‘berbau’. Di kawasan air jernih udang amat berhati-hati dan kurang galak kecuali kita memancing waktu malam atau lubuk yang didominasi udang galah. Udang Guna Sesungut Kesan Umpan
  10. Ms Rose

    Panduan Memancing Udang Galah

    Ketika arus deras, Cari kawasan olak atau reba di mana airnya tenang. Ketika arus deras, udang galah lebih gemar menyusup di bawah timbunan reba kayu dan celah reba pokok nipah. Memancing di kawasan ini ketika arus deras boleh membuahkan hasil. Apabila air bergerak pasang, Udang mula keluar berkeliaran di serata kawasan luar reba. Lontar umpan di kawasan luar dan tengok lubuk mana yang cepat umpan digonggong sang udang galah. Ketika bunga pasang udang galah lebih aktif dan mudah dipancing berbanding ketika arus laju. PERIHAL BATU LADUNG Batu ladung lazimnya diperbuat daripada timah kerana ciri utama timah ialah ketumpatan tinggi dan menjadikannya berat, suhu lebur rendah menjadikan kos pembuatan murah, tahan karat dan tahan hakisan air laut. Ia juga logam yang paling banyak dikeluarkan oleh negara kita. Dua jenis batu ladung utama yang digunakan pemancing ialah ladung hidup dan ladung mati. Ladung hidup memberi maksud ia membenarkan tangsi bergerak bebas melaluinya tanpa diikat. Fungsi utama ialah memberi ruang kepada tali melaluinya tanpa perlu mengheret ladung. Di sini ladung akan kekal pada posisi asal tanpa bergerak ketika umpan dilarikan ikan. Ramai pemancing berpendapat ikan lebih teruja apabila umpan kelihatan seperti bebas. Maknanya apabila umpan disambar, ikan tidak terasa berat dan ia tidak mudah meluahkan kembali umpan berkenaan. Ketika ini pemancing akan memberi tali kepada ikan yang biasanya mengambil masa ketika proses mengesan, mengonggong dan seterusnya peringkat menelan umpan. Sesetengah ikan akan memuntahkan kembali umpan apabila terasa ‘berat’ dan umpan tersangkut-sangkut pergerakannya. Jenis ladung hidup yang popular ialah ladung biji kana dan ladung bulat. Ladung mati Ladung yang diikat tangsi. Kalau ladung hidup tangsi hanya lalu didalamnya, ladung mati pula tangsi dimatikan pada ladung itu sendiri termasuk menggunakan kili atau klip. Ladung jenis ini lebih popular dikalangan pemancing laut dalam dan teknik pancing apollo. Sesuai untuk kawasan berarus deras di mana ladung bertindak sebagai penahan umpan kecuali apabila umpan dilarikan ikan. Namun begitu, kedua-dua jenis ladung boleh dijadikan dwi fungsi bergantung kepada kreativiti dan teknik yang diguna pakai pemancing. Dengan kata lain, ladung mati boleh dijadikan ladung hidup menggunakan aksesori tambahan seperti tanduk yang boleh bergerak. Perambut dan Mata Kail Udang Galah Perambut udang galah kebiasaannya ialah menggunakan tangsi 6 paun hingga 12 paun. Ini sudah memadai dengan berat udang itu sendiri. Kekuatan 12 paun boleh menampung dan mengangkat beban maksimum 5.5 kilogram sudah terlalu besar untuk udang galah sungai yang purata 50 gram hingga 500 gram. Panjang perambut seeloknya 15 sentimeter atau lebih kurang sejengkal jari orang dewasa. Jenis tangsi biarlah yang lembut supaya udang galah tidak begitu 'terasa' beban ketika mengunyah umpan. Mata kail udang Terdapat banyak jenis dan saiz mengikut tempat, jenis lapangan pancing dan saiz udang. Saya biasanya menggunakan mata kail saiz 2 atau 3 dari jenama Coral dan The Anglar. Mata kail ini yang halus, kuat dan tajam sangat ampuh di kala memburu udang galah. Namun begitu, terpulang kepada pemancing yang mana satu jadi pilihan. Kalau tidak pasti tanyalah kepada kaki udang galah yang berpengalaman. Selamat Memancing Udang Galah. Perihal Tali Tangsi Sifat anjal yang dimiliki tali tangsi membolehkan tali menerima tekanan lebihan sebanyak 25 peratus. Contohnya tali yang berkuasa 10 paun boleh menerima tekanan sehingga 12.5 paun. Daya kekuatan ini membolehkan tali memanjang apabila menerima tekanan. Tangsi juga berupaya kembali kepada bentuk dan kekuatan asal setelah berlaku tekanan kecil yang tidak melebihi kadar 25 peratus itu. Pada amnya, semakin halus dan semakin kecil diameter tali, semakin kuranglah tekanan yang diperlukan untuk merosakkan daya kekuatannya. Bagaimanapun pemancing harus berhati-hati kerana tenaga dan saiz ikan, jangka masa dan tekanan semasa pertarungan boleh menghampiri titik pemutusan tali. Kebanyakan pemancing profesional yang ingin memecahkan rekod tangkapan ikan besar akan menggunakan tali berkuasa rendah sambil membawa gelendung tambahan untuk menukarnya setiap kali selesai pertarungan. Untuk memeriksa calar dan hakisan yang mungkin wujud pada tali, anda hanya perlu lurutkan tali antara jari ibu dan telunjuk ketika memasukkan tali ke dalam geledung. Beringat supaya mengeluar atau memeriksa lebihan tali selepas setiap 'trip' memancing. Seandainya ikan pernah melarikan sebanyak 20 meter tali, maka keluarkan 40 meter untuk memeriksa takik yang mungkin disebabkan oleh sampah, batu, ikan, kerosakan cincin atau ikatan pada cili. Ketahanan tali yang halus akan merosot atau hilang dalam kadar yang tinggi sekiranya terdapat takik atau kikisan berbanding tali kasar yang sama ketahanannya.Regangan lampau pada tali tangsi juga perlu diperiksa dengan cara mengeluarkan dan kemudian memasukkan tali semula ke dalam kekili melalui ibu jari dan telunjuk. Tali yang masih baik mempunyai bentuk ukur lilit yang bulat. Oleh itu, jika anda merasai perubahan pada bentuk tali kepada bentuk leper yang menipis ataupun daya regangan seolah-olah hilang maka daya ketahanan pada bahagian berkenaan adalah kritikal. Gantikan tali. Sekiranya anda berada di atas bot dan tidak mempunyai tali simpanan, buangkan beberapa meter di belakang tempat yang rosak. Satu lagi kunci untuk mengetahui tali sudah rosak ialah daya kekuatannya yang agak lemah. Jika ikatan yang betul gagal dilakukan, itu tandanya ia perlu ditukar. Musim Udang Galah Memancing udang galah tiada musim tertentu sama ada di kawasan hulu sungai dan pedalaman termasuk lombong, tasik dan kolam. Bagaimanapun musim kering (tiada hujan sebelumnya) adalah masa terbaik memancing udang galah. Selain daripada itu waktu malam lebih mudah mengendap udang galah berbanding siang kerana kawasan persekitaran air jernih dan udang galah jarang keluar merayau siang hari bagi mengelak diterkam pemangsa. Perlu diingatkan jika lokasi yang dikunjungi jauh dari kawasan pembangunan seperti hulu sungai pedalaman umpamanya, langkah keselamatan perlu diambil perhatian memandangkan malam hari terlalu banyak bahaya. Jika wujud keadaan kurang selamat dinasihatkan lebih baik tidak usah memancing di kawasan terbabit. Bagi muara sungai musim udang galah hadir selepas beberapa hari sebaik saja hujan berhenti. Kebiasaannya air hujan akan keluar ke laut melalui sungai turut membawa bersama udang galah. Ketika ini udang galah akan berkeliaran di kawasan muara yang ketika itu airnya tawar. Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila muara sungai kembali payau atau masin. Secara ringkasnya musim udang adalah sepanjang tahun kecuali di muara hanya selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.
  11. Ms Rose

    Tips Memancing Udang Galah

    Tips WAJIB ketika pancing Udang Galah Tips yang hendak diturunkan ini berdasarkan pengalaman sendiri : "Ada udang, ada buaya". Itu adalah lumrah yang biasa diperkatakan oleh pemancing udang galah. Bukan apa , ini untuk memastikan pemancing sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan. Pancing / Jorang Batang pancing / jorang hendak lah lembut dan mudah melentur. Kalau dulu kita orang gunakan ranting buluh duri / buluh minyak / buluh pelenting (sejenis buluh kecil - biasa dijadikan pancing di kampung). Kalau zaman cyber ini pakai jorang yang panjang 3-3.5 kaki, dengan kekuatan 4-10ib. Pancing sepanjang ini amat sesuai sekali memancing menggunakan boat / sampan. Kalau memancing tebing gunakan pancing / jorang panjang sedikit iaitu 4-4.5 kaki, dengan kekuatan 4-10 ib. Tali utama Gunakan tali yang berdiameter halus supaya dapat merasai kenikmatan memancing udang galah. Korang hanya perlukan tali yang berukuran 10-15 paun sahaja untuk tali utama. Perambut Mata Tali perambut mata kail hendaklah lebih halus dari tali utama. Gunakan tali tangsi berukuran 5 - 8 paun sudah cukup. Sebab berat udang jarang melebihi 800gm. Penggunaan perambut halus juga penting apabila sangkut di kayu, tunggul dan seumpamanya perambut mudah putus dan batu ladung masih ada. Mata Kail Gunakan mata kail mata sabit. Terdapat 2 jenis mata kail iaitu berduri pandan dan tidak berduri. Kalau nak memancing udang galah kat sungai, mata kail berduri yang bersaiz 1/0 (saiz udang lebih 600 gm), 2 dan 3 adalah digalakkan. Penggunaan mata saiz 2 dan 3, batu ladung saiz 3 dan 4 serta kelembutan batang pancing / jorang bersaiz 6 - 10 ib lebih sensitif jika udang mula memegang umpan.. kita dapat melihat dgn jelas getuan udang dan boleh mengagak bila joran perlu diangkat. Batu ladung Gunakan batu ladung sangat penting kerana kebiasaannya udang galah hidup di tempat yang berarus. Jika lubuk / sungai yang tenang, hanya perlukan saiz batu ladung 2,3 @ 4. Jika tempat yang berarus pula gunakan batu ladung yang bersaiz 5 hingga 6 adalah amat sesuai. Apa-apa pun lihat situasi / lokasi anda memancing. Umpan Umpan salah satu benda penting untuk memancing udang galah.Kebiasaannya gunakan umpan cacing tanah (cacing lembik / merah), anak udang bendang, umpun-umpun dan hati ayam yang dihiris kecil. Apa-apapun tanya pemancing-pemancing yang memancing dilokasi diterjah. Apa umpan digunakan di sungai itu. Kalau sungai Panching / Sg.kuantan yang aku terjah minggu lepas umpan istimewa daging ikan haruan segar. Umpan lambat di ragut tapi udang galah besar-besar didaratkan. Tips rahsia !!!!.. a. Tabur tanah berbau cacing yang berlebihan dalam bekas cacing ke lokasi nak di labuhkan umpan. b. Gunakan ikan sardin, kemudian tebuk tin lubang-lubang kecil dan labuhkan seperti sauh di lokasi memancing. c. Pakai umpan busuk, pakai kayu boleh menyerap bau sebesar manik rendam dalam umpan busuk. (biasanya aku dah sediakan sekali dengan ikatan ladung menggunakan dawai stailess steel dan rendam). Bila nak guna rendam selepas tu cangkuk gunakan kekili). d. Gunakan kekili yang ada ikatan manik berwarna warni, udang memang suka benda-benda berkilau apabila terkena silauan cahaya. Kalau sianghari gunakan manik silver/mutiara dan kalau mancing malam pakai manik berwarna hijau. e. Memancing masa air surut, keruh sedikit dan air mengalir. memancing kawasan sampah sarap, berkayu, kawasan pokok mengkuang, ara, jejawi, pokok rendang seperti pokok bunut dll. f. Gunakan hirisan isi ikan segar sebagai umpan, jangan buang sahaja ikan yang terkena semasa memancing udang. Hirisan ikan haruan lagi besar udang galah didaratkan. Gunakan kelapa dan belacan digoreng, umpan dicelup sebelum melabuhkan umpan. Kalau tiada belacan pakai sahaja udang gagau / udang baring. Umpan ini selalu digunakan juga dikolam udang komersial...eeemmmm power. Pastikan tabiat permakanan udang galah adalah berbeza mengikut keadaan sungai, pengaruh pasang surut air Laut (udang galak masa air surut dan keruh), struktur sungai (berliku-liku, dasar sungai bertanah liat, banyak sampah sarap, kayu dll), diet setempat ( tanya pemancing setempat / orang kg area tu) dan juga suhu air (udang galak pada suhu air agak suam, maksud air mengalir). Buat tinjaun dulu sebelum memancing di satu-satu lubuk udang mahupun ikan. Jangan jadi pemalas. Jangan datang tahu nak memancing sahaja...sebab tu selalu dapat batang pancing jeeeaaa, udang tak dapat.
  12. Bab 10 ,11,12 dan 13 "SEJAK tadi saya perhatikan chef asyik mengelamun aje,” tegur Syed Idlan sambil menarik kerusi di hadapan Adelia. Oh TUHAN! Mamat bertuah ni lagi! Suasana kafetaria yang tadinya hingar-bingar seolah-olah menjadi sunyi-sepi serta-merta. Macam dalam filem bila dua orang pahlawan bertarung. Jeritan askar-askar lain terus hilang daripada pendengaran. Adelia terfikir untuk bangun dari kerusi, tetapi perutnya terasa sangat lapar dan dia baru saja hendak mula makan. Baru sesaat tadi dia melihat jam di dinding kafetaria. Jam 7.30 malam, tetapi dia belum makan tengah hari lagi... bayangkanlah. Si Konon Bijak itu hendak memancing kemarahannya pula. Isy. Memang lelaki itu nampak cooldan sesekali merenungnya dengan penuh sindiran. Ataukah itu cuma pada firasatnya saja? “Saya tak kacau awak, okey?” Adelia menempelak dengan selamba. Syed Idlan meneguk kopi Onya perlahan-lahan. Kemudian memintal spageti di hujung garfu. Dari ekor mata Adelia, dia perasan mata lelaki itu asyik memandangnya. Malah semasa dia menyuap spageti bersos bebola daging itu ke mulutnya, renungannya langsung tidak putus. “Mungkin tak kacau, tapi melihat awak dari tadi asyik tersenyum sendiri akan buat orang yang tak kenal awak fikir yang awak ni tak betul.” Amboi, memandai aje dia! Adelia terus makan tanpa mengangkat muka. Dua tiga orang kakitangan hotel yang tadinya duduk di meja berdekatan bangun setelah menghabiskan makanan masing-masing. Semuanya bergegas hendak memulakan tugas. Memang ada CCTV di situ dan mudahlah untuk mengetahui siapa yang tuang kerja. Kafetaria memang sunyi pada waktu-waktu begitu kerana kebanyakan kakitangan sudah pulang ke rumah. Yang ada cuma beberapa orang chef di bahagian masing-masing. Juga bahagian Housekeeping untuk memenuhi beraneka permintaan tetamu yang bermalam. “Awak ni kadang-kadang memang mengejutkan,” kata lelaki itu pula. Adelia terkedu. “Maksudnya?” Syed Idlan mendengus. Malam ini giliran Adelia stand-by untuk majlis yang diadakan di dewan bankuasi. Dia harus memastikan semua hidangan menepati kehendak pihak penganjur majlis tersebut. “Chef masakan lauk-pauk Melayu, tapi tak takut nak masuk pertandingan manisan...” “Awak... awak, macam mana awak tahu?” Syed Idlan tergelak. Dia terus makan tanpa menghiraukan renungan tajam gadis itu. Berlagak bukan main! “Macam mana saya tahu tak penting,” balas Syed Idlan. “Yang penting, kita akan bersaing. Dan saya tahu kelemahan awak sebelum pertandingan bermula lagi.” “Woi, tu tak adil!” Syed Idlan nampak terkejut mendengar kata-kata Adelia. “Apa yang tak adil?” “Saya tahulah awak pakar pastri... tapi, tu tak bermakna awak boleh kutuk saya sesuka hati! Awak main belasah saya dengan cara awak yang konon pandai, konon bijak!” Entah macam mana terkeluar ayat-ayat yang powerdari mulut gadis itu. “Kalau awak nak buat kesimpulan pasal keupayaan saya berdasarkan puding krim karamel yang pahit tu, saya janji, awak akan menyesal.” “Krim karamel? Pahit?” Buat seketika, kekeliruan terbayang pada wajah anak muda itu. Adelia makin meluat dengan sikapnya. Mungkinkah dia sengaja berlagak seolah-olah telah melupakan episod yang memalukan itu? Ataukah dia benar-benar terlupa? Syed Idlan menolak pinggan spagetinya yang sudah licin. Lelaki itu mengerutkan keningnya. Nampak macam dia cuba mengingati sesuatu. Adelia cepat-cepat menghabiskan sirap selasih dan bersedia untuk bangun sebelum peristiwa tersebut kembali dalam ingatan chef itu. “Oh ya... di rumah jiran Razip. Kawan awak yang namanya agak pelik tu... Kay... Kayla. Dan dia sekarang ni asyik berWhatsApp dengan Razip.” Kayla? Razip. Oh, okey. Tak ada kena-mengena dengan aku, fikir Adelia. Tapi, aku rasa Razip terlalu matang untuk Kayla. Aku tak tahu usia sebenar Razip. Tapi, apa yang mustahak, kalau mereka berkahwin, bukankah aku tidak akan dapat ‘lari’ daripada Syed Idlan sepanjang hidupku? Razip dan Syed Idlan kawan baik. Kayla dan aku kawan baik. Adelia membuat kesimpulan, kalau Kayla dan Razip buat apa-apa majlis, semestinyalah mereka kena ajak aku dan Syed Idlan. Isy. Rimas, rimas! “Tolonglah lupakan krim karamel saya yang pahit tu. Cuba awak ingat panini sedap yang saya buat tu, yang awak tak habis-habis puji tu!” tegas Adelia. Syed Idlan tersenyum hambar. “Tapi, sekali chef silap, selama-lamanya orang akan ingat... dan...” Mujur pada waktu itu, telefon bimbit Adelia berbunyi. Dia terus berdiri dan terkial-kial mengambil telefon dengan tangan kirinya sambil tangan kanan mengimbangi pinggan dan gelas. Kalau terjatuh memanglah malu, tetapi dia sanggup mengambil risiko itu daripada terus berada di hadapan Syed Idlan. “Helo, Lia. Kau kat mana?” Oh, Kayla rupa-rupanya. Adelia memang tidak sempat melihat skrin sebelum menjawab tadi. Apa halnya Kayla mencarinya pada waktu-waktu begini, agaknya? “Syif malam.” “Hmm...” Adelia melangkah deras ke arah surau. Dia mesti solat maghrib dulu sebelum ke Dewan Bankuasi. Kelak kalau masuk ke situ, ada-ada saja yang melalaikan. Lagi pun, waktu maghrib sangatlah pendek. “Bila kau off?” “Sabtu ni...” “Jom pergi camping?” Adelia tersentak seketika. “Camping?” “Pasang khemah, buat unggun api, panggang ikan, tidur dalam sleeping bag...sangat best!” “Kau bukan jenis yang suka out-door,kan?” Adelia bertanya kembali. “Tu dulu... sekarang aku suka. Jomlah. Satu malam aje. Kau tak payah buat apa-apa. Kau packingbaju aje. Lain-lain aku uruskan.” “Tak boleh janji, Kay.” “Boleh aje kalau kau nak. Lagipun, kau bukan ada boyfriend yang nak ajak lepak-lepak kat shopping mall.” Langkah Adelia sudah sampai ke hadapan pintu surau. Dia menanggalkan kasut dan stoking. Kalau mengajak Kayla berdebat memanglah dia akan kalah, tetapi kali ini dia memang tak dapat memenuhi ajakannya. “Aku ada kerja nak buat...” Gadis itu memberi alasan. “Nak cuba resipi baru.” “Ala, takkan tak boleh buat hari lain. Untuk aku, pleaselah Adelia Naurah. Aku datang rumah kau, jemput kau. Lepas camping aku hantar kau balik rumah.” Amboilah, beria-ia pula Si Kayla ni, Adelia merungut sendirian. “Serius, tak dapat. Sorrylah sangat.” Kayla masih tidak berputus asa. “Aku terpaksa batalkan kalau kau tak datang... Kali ni kau penuhilah permintaan aku. Tolong, Lia. Ni penting sangat.” Adelia termenung sebentar. “Penting? Okeylah, Kay.” “Okey? Kau nak pergi sekali?” soal Kayla dengan suara girang. “Yalah, Cik Kayla. Bye...” *********** Kredit : portalilham.my Sejuta Rasa Buat Adelia Adaptasi Novel Ulam Kasih Sambal Cinta SILA LOGIN UNTUK BACA SELANJUTNYA [Hidden Content]
  13. You're the reason LIRIK There goes my heart beating 'Cause you are the reason I'm losing my sleep Please come back now There goes my mind racing And you are the reason That I'm still breathing I'm hopeless now I'd climb every mountain And swim every ocean Just to be with you And fix what I've broken Oh, 'cause I need you to see That you are the reason There goes my hand shaking And you are the reason My heart keeps bleeding I need you now If I could turn back the clock I'd make sure the light defeated the dark I'd spend every hour, of every day Keeping you safe And I'd climb every mountain And swim every ocean Just to be with you And fix what I've broken Oh, 'cause I need you to see That you are the reason, oh (I don't wanna fight no more) (I don't wanna hurt no more) (I don't wanna cry no more) (Come back, I need you to hold me closer now) You are the reason, oh (Just a little closer now) (Come a little closer now) (I need you to hold me tonight) I'd climb every mountain And swim every ocean Just to be with you And fix what I've broken 'Cause I need you to see That you are the reason Pencipta lagu: Corey James Sanders / Jonathan Michael Maguire / Scott Calum Lirik You Are The Reason © Kobalt Music Publishing Ltd., Shapiro Bernstein & Co. Inc.
  14. Ms Rose

    Drama Cinta Bukan Kristal

    Akan datang slot Akasia di TV3 Mereka berganding lagi dalam Slot Akasia: Cinta Bukan Kristal Jumlah episode: 28 Terbitan: OrangetreeProduction Pengarah: Shuhaimi Zulkipli Butiran drama akan dikemaskini nanti Pelakon dan watak: Shanaz Ahmad - Andrian Ayda Jebat - Aryana Nina Iskandar -
  15. Bahan-bahan · 300g mi kuning · 12 udang besar, dikupas & dibuang urat · 200g daging lembu, dipotong nipis · 4 sudu besar kacang panggang atau kacang goreng hancur · 2 biji telur, dipukul perlahan · 1 jambak daun sawi · ¼ cawan taugeh · 1 ubi keladi, dikupas · 1 kentang rebus, potong dadu · ¼ tomato, dibelah empat · 1 tauhu goreng, potong dadu · 1 cucur udang, potong dadu · ½ cawan air · ½ cawan stok udang · ¼ sudu kecil garam · ¼ sudu kecil gula · 3 sudu besar minyak masak termasuk tambahan untuk menyediakan kuali · 3 sudu besar bawang goreng · 2 cili hijau, dihiris nipis Campuran sos · 1 sudu teh cuka beras · 1 sudu besar kicap pekat · 1 sudu besar kicap manis · 1 sudu besar karamel memasak · 1 limau kasturi Aromatiks · 12 bawang kecil · 12 ulas bawang putih · 2 sudu besar udang kering · 2 sudu besar cili boh Kaedah: persiapan Dalam periuk kecil, tuang secukup air untuk menutup ubi keladi dan masak sehingga mendidih. Bila keladi lembut dan boleh dicucuk garpu dengan senang, lenyek dengan kira-kira 3 sudu besar air dari periuk sama. Tepikan. Kisar bahan-bahan aromatik sehingga halus dalam pengisar makanan. Panaskan dan sediakan kuali anda dengan mengelap lapisan nipis minyak di sekitar permukaan kuali dengan tuala kertas. Kuali anda panas secukupnya bila lapisan minyak telah kering dan kuali seolah-olah bercahaya. Masukkan minyak masak. Jika kuali anda cukup panas, minyak akan menjadi panas dalam beberapa saat. Jika tidak, biarkan ia mencapai suhu 180°C hingga 200°C. Kaedah: mari kita memasak! Masukkan 5 sudu campuran aromatik ke dalam kuali dan tumis sehingga ia gelap dan sudah pecah minyak. Kemudian, masukkan udang dan daging dan kacau. Taburkan gula di atas daging. Jika anda hebat menggunakan kuali, lambungkan bahan-bahan dan benarkan api menyentuh bahan-bahan sehingga udang dan daging masak. Masukkan tomato dan 2 sudu besar keladi yang telah dilecek. Terus kacau atau lambung untuk keluarkan jus tomato. Masukkan mi kuning dan air dan kacau atau lambung sehingga mi masak. Kalau boleh, biarkan api menyentuh mi. Seterusnya, masukkan cucur udang, tauhu, kentang, sawi, taugeh, 3 sudu besar kacang tanah hancur dan 2 sudu kecil campuran sos. Masukkan stok udang dan kacau atau lambung bahan-bahan sehingga cecair diserap dan sayur-sayuran layu. Anda mahu mi yang lembab tetapi tidak berair. Tambah 1 lagi sudu besar kacang tanah hancur dan taburkan garam ke atas mi. Gaul dan campur dengan cepat. Buatkan perigi di tengah-tengah mi. Tuangkan telur ke dalam perigi dan biarkan ia untuk beberapa saat sebelum dikacau sedikit dan dicampurkannya dengan mi. Sudahpun siap. Bila menghidang mi goreng mamak, taburkan bawang goreng dan cili potong di atasnya terdahulu. Tips tambahan 1. Rebus ubi keladi dengan stok sayuran atau stok ayam untuk perisa tambahan. 2. Jangan cuba gunakan api untuk memasak mi jika anda memasak di dapur yang kecil tertutup atau tidak tahu apa yang anda lakukan! 3. Ia akan agak berasap bila memasak mi goreng Mamak. Tutupkan pengesan asap anda, masak di luar rumah, atau gunakan kipas berputar untuk meniup asap keluar! 4. Anda juga boleh hidangi mi goreng Mamak dengan lebih limau kasturi. Potong bahagian atas limau supaya senang diperah.
×