Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...

SIFU SEO MALAYSIA

Administrators
  • Content Count

    21,837
  • Joined

  • Last visited

  • Days Won

    1
  • Points

    0 [ Donate ]

Everything posted by SIFU SEO MALAYSIA

  1. KUALA TERENGGANU, 18 April (Bernama) -- Tiada guna merungut di media sosial apabila berdepan masalah perkhidmatan komunikasi dan multimedia, sebaliknya buatlah aduan rasmi kepada Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) untuk diselesaikan. Pengarah CFM Ahmad Izham Khairuddin berkata CFM akan bertindak sebagai pemudah cara kepada pengguna dengan berkongsi tips dan panduan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sering dihadapi pengguna selama ini. Katanya orang ramai juga perlu menjadi pengguna bijak dalam mendapatkan perkhidmatan berkualiti menerusi industri komunikasi dan multimedia di negara ini."CFM mula ditubuhkan pada 2001 dan sejak itu, kami telah menjadi salah satu platform untuk orang ramai membuat aduan berkaitan masalah perkhidmatan komunikasi dan multimedia di mana hampir 88 peratus aduan yang kami terima berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 15 hari. "Bagi 2018, CFM telah menerima sebanyak 6,330 aduan yang mencatatkan peningkatan 33 peratus berbanding jumlah aduan yang diterima dalam tempoh sama pada 2017 iaitu 4,746 aduan. "Ketika ini, kami giat menjalankan penerangan kepada orang ramai mengenai fungsi CFM untuk membantu mereka, tidak hanya terhad kepada agensi kerajaan dan swasta, malah kami juga turun padang ke ceruk kampung seluruh negara untuk menguar-uarkan perkhidmatan yang kami ada," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas program seminar Kawalan Kendiri: Tanggungjawab dalam Membuat dan Muat Naik Kandungan di Media Sosial di sini hari ini. Seramai 150 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, agensi swasta dan pelajar institusi pengajian tinggi hadir pada program tersebut yang membincangkan isu-isu telekomunikasi yang sering dihadapi pengguna dan bagaimana pengguna dapat mengatasi masalah tersebut menggunakan khidmat CFM. Mengikut rekod CFM, daripada 6,330 aduan itu, masalah mengenai perkhidmatan rangkaian adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 1,919 aduan diikuti bil dan caj (1,822 aduan), pemberian perkhidmatan (1,220 aduan), harga (505 aduan), amalan tidak adil (244 aduan), salah nyata perkhidmatan (190 aduan), kemudahalihan nombor (183 aduan), perkhidmatan SMS (134 aduan pertikaian terma dan 107 aduan mengenai syarat) dan lain-lain (enam aduan). Ditanya mengenai kerjasama yang diterima CFM daripada syarikat telekomunikasi dalam menyelesaikan masalah pengguna, Ahmad Izham berkata ia pada tahap memuaskan. "Kami tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghukum, namun apa yang kami boleh lakukan ialah membuat aduan lanjut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai etika perkhidmatan yang tidak berkualiti yang memberi risiko lesen mereka tidak disambung semula. "Lazimnya, ia tidak akan sampai ke tahap itu kerana syarikat telekomunikasi pasti akan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik untuk pengguna bagi mengelak dikenakan tindakan oleh SKMM," katanya. Beliau turut menasihatkan orang ramai yang berdepan masalah perkhidmatan komunikasi dan multimedia untuk mengemukakan aduan kepada CFM di https://aduan.skmm.gov.my atau melalui applikasi mudah alih "My Mobile Rights" di Google Play Store dan App Store. "Orang ramai juga boleh datang ke pejabat CFM di SKMM di Cyberjaya, Selangor untuk mengemukakan aduan mereka. "Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan tips berguna, orang ramai juga dipelawa untuk melayari portal CFM di www.cfm.my atau www.consumerinfo.my," katanya. -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  2. PERTH: Seorang bayi berusia empat bulan menjadi popular apabila dikatakan memiliki rambut luar biasa.Ibunya, Tara Simich, sering memuat naik gambar anak lelakinya Bostan di akaun laman sosial Instagram miliknya hingga mengelirukan netizen yang menyangkakan pada awal si kecil itu memakai rambut palsu pada pandangan pertama. Bagaimanapun dakwaan itu disangkal Tara dan memberitahu anak bongsunya itu memiliki rambut semula jadi. Bayi comel dilahirkan pada 4 Disember, Bostan, berasal dari Perth, Australia dan dikatakan memiliki rambut tebal mengikut rambut bapanya. Pada bulan-bulan berikutnya, rambut Boston terus tumbuh menebal.Apabila Boston menjadi tular, rambutnya telah menjadi inspirasi kepada ramai orang di media sosial. Tara yang menjalankan program kecergasan juga mendedahkan bahawa Boston memiliki rambut yang unik.“Kebanyakan orang terkejut kerana dia sangat kecil, mereka tidak boleh percaya rambutnya itu kerana bayi berusia empat bulan tidak memiliki rambut selebatnya,” kata Tara. Kebiasaannya rambut bayi dicukur selepas dilahirkan bagi memastikan rambut baharu yang tumbuh itu lebih lebat dan sihat. Namun terdapat juga bayi yang masih tidak tumbuh rambut selepas dicukur dan ia mungkin menimbulkan kebimbangan ibu bapa. Tetapi tidak bagi Bostan kerana rambutnya sangat menakjubkan, hingga ramai bertanya kepadanya apa produk rambut yang dia gunakan pada si comel itu. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  3. SHAH ALAM: Cadangan supaya Tabung Haji (TH) ditutup disebabkan kelemahan pengurusan adalah tidak wajar kerana pertimbangan tersebut hanyalah berdasarkan kepada kebimbangan terhadap kualiti manusia yang menjalankan tugas.Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, mengambil contoh permulaan Transit Aliran Ringan (LRT), ia berdepan masalah dan kerajaan membantu dengan memberikan suntikan dana kerana wujud kelemahan penilaian dalam soal penjualan tiket serta jumlah kos projek. "Namun, projek tersebut pada hari ini memberikan pulangan selain menyediakan perkhidmatan awam yang dinikmati rakyat," katanya dalam Wacana Sinar Harian bersama Profesor Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia, Tan Sri Prof Dr Noor Azlan Ghazali; Profesor dan mantan Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Nazari Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Arba Foundation, Azlan Shah Nabees Khan selaku moderator. Berikut ulasan penuh beliau dalam siri wacana yang berlangsung semalam:- "Ini isu yang berlaku dalam semua industri termasuklah TH. Ia juga adalah perkara pada pandangan saya mempunyai hubungan dengan pasaran yang mengancam. Selain itu mungkin timbul kecuaian dalam isu pengurusan TH yang sepatutnya boleh dibaiki. Sepatutnya, apabila berlaku sesuatu masalah kita tidak boleh ketepikan TH. Sebagai manusia, Nabi Adam turut diberikan peluang kedua. Dalam konteks TH, pimpinan baharu telah merangka pelan pemulihan dengan salah satu caranya adalah akan melaksanakan kaedah pelaburan sama seperti syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Saham Malaysia. Mereka akan sediakan laporan bagi setiap bulan untuk melihat liabiliti aset TH dengan kata lain kita sebagai manusia boleh menjangkakan apakah hibah yang diperoleh lebih awal tanpa perlu menunggu sehingga setahun. Ada langkah-langkah pemulihan yang dijalankan oleh TH bagi menutup lompong-lompong yang dilakukan oleh manusia lepas. Kalau TH selama ini telah lakukan satu kesilapan teknikal iaitu banyak melabur dalam pasaran saham seperti 70 peratus dalam aset berisiko tinggi dan 30 peratus dalam pelaburan simpanan tetap.Kalau kita lihat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mereka lakukan sebaliknya, di mana pelaburan dalam simpanan tetap adalah 70 peratus. TH bukan sama seperti syarikat-syarikat yang tersenarai dalam pasaran saham yang perlu tingkatkan nilai saham mereka. Pada saya selaku penganalisis ekonomi, TH yang lepas tidak menghormati satu mantera pengurusan aset yang baik dan berhemah tinggi. Kalau selama ini mereka letakkan 70 peratus pelaburan dalam simpanan tetap dan jika pasaran saham teruk, TH tidak akan berdepan dengan situasi seteruk ini. Berdasarkan laporan yang saya baca tiga hari lepas, pulangan saham di Malaysia pada 2018 hanya dua peratus sahaja. Malah banyak tabung-tabung berasaskan ekuiti pulangan mereka lebih rendah berbanding dengan simpanan tetap di bank. Hari ini pasaran saham di negara kita, pulangannya adalah negatif berbanding negara-negara Indonesia, Thailand dan sebagainya. Cadangan saya, kalau boleh kerajaan kena bantu lagi dengan beri kupon bernilai satu atau dua peratus untuk simpanan. Suntikan dalam bentuk sukuk itu tidak mampu membantu TH untuk masa hadapan bagi membina keuntungan untuk memberi hibah paling kurang tiga hingga empat peratus supaya pendeposit rasa selesa dengan pulangan simpanan mereka," katanya. Mengulas mengenai peranan TH bermula 1969, Mohd Daud mengakui ia adalah institusi contoh kepada negara-negara Islam lain dari sudut pengurusan jemaah haji dan kewangan. "Kalau kita lihat apa yang berlaku sebelum itu, datuk dan nenek kita terpaksa mengerjakan haji secara sendiri kerana tidak ada satu organisasi cekap menguruskan penempatan, pengangkutan, insuran, makan, minum dan sebagainya di Makkah. "Selain itu, ia menjadi satu keperluan menabung kepada bakal-bakal jemaah haji untuk mereka menyiapkan simpanan mereka. "TH datang tepat pada masanya untuk menguruskan dua perkara iaitu pengurusan urusan haji di Tanah Arab dan penabungan yang ada konsep hibah. "Hibah adalah subsidi haji di mana pelaburan yang dibuat oleh TH ada keuntungan dan dapat diberikan kepada mereka yang tidak mampu. "Dari segi kontrak syariahnya, pada pandangan saya pada 1969 mungkin tidak ada konsep yang jelas mengenai penabung dengan TH. Konsep ketika itu adalah menerima wang sebagai amanah untuk dilaburkan secara patuh syariah. "Ia boleh disebutkan bahawa TH pada tahun tersebut seperti Bank Islam cuma mereka tidak boleh beri pinjaman sahaja. TH terkeluar daripada Akta Bank iaitu Akta Institusi Kewangan Islam. "Apa yang menarik tentang TH adalah tidak terikat dengan Akta Syarikat tetapi boleh mengambil wang dan Akta Pasaran Modal 2007. "Ia ada akta tersendiri seperti badan berkanun sama seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi melaburkan wang pendeposit dengan tidak ada syarat untuk beri hibah tetapi mengikut budi bicara TH," katanya. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  4. CHELSEA mara ke separuh akhir Liga Eropah selepas mencatatkan kemenangan 4-3 ke atas Slavia Prague di Stamford Bridge pagi tadi.Kemenangan suku akhir kedua itu menyaksikan Chelsea unggul dengan agregat 5-3. Skuad bimbingan Maurizio Sarri yang berada dalam kedudukan selesa dengan berbekalkan agregat empat gol sebelum rehat dipaksa berhempas pulas apabila pasukan pelawat mula merapatkan jurang. Bagaimanapun tiga gol yang diperolehi Slavia Praha pada separuh masa kedua tidak cukup untuk mencetuskan kejutan pasukan dari Republik Czech.Empat gol Chelsea dijaringkan Pedro pada minit ke-5 serta 27, jaringan sendiri deli minit ke-9 dan dan Olivier Giroud minit ke-17. Bagi Slavia Prague gol disumbang Tomas Soucek minit ke-25 dan Petr Sevcik minit ke- 51 serta 54. Chelsea dijadualkan bertemu Eintracht Frankfurt di Jerman pada 2 Mei depan bagi separuh akhir pertama. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  5. KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Mesyuarat Penyediaan Laporan Interim Perjanjian Malaysia (MA63) akan diadakan di sini dari 22 sehingga 24 April ini, manakala kajian terhadap MA63 itu dijangka siap pada bulan Jun.Beliau berkata sekiranya ada isu-isu berbangkit berkenaan Perkara 8 di bawah MA63 yang ingin dikemukakan oleh wakil rakyat iaitu berkaitan dengan hak-hak Sabah untuk dimasukkan sebagai satu isu tambahan kepada isu yang telah dikemukakan oleh kerajaan negeri, ia amat dialu-alukan. "Sekiranya ada, saya berharap wakil rakyat berkenaan menyatakan isu spesifik, justifikasi dan rekomendasi, bagi memudahkan perbincangan dan kajian oleh kerajaan persekutuan," katanya dalam ucapan penggulungan Jabatan Ketua Menteri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, pada Khamis.Mohd Shafie turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kerana sepakat menyokong usaha untuk menuntut hak-hak negeri yang terkandung dalam MA63. "Kesepakatan ini menunjukkan Sabah memiliki satu suara demi kepentingan rakyat. Perkara 8 MA63 sememangnya menjadi intipati utama dalam tuntutan hak-hak Sabah yang telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan untuk dikaji dan diteliti dalam Jawatankuasa Khas Kabinet bagi mengkaji MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri," tambahnya. -- Bernama Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  6. KUALA LUMPUR: Pasukan bertanding dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2019 akhirnya boleh menarik nafas lega apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dijangka membayar geran tahunan dalam tempoh terdekat.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Kevin Ramalingam berkata selepas penamatan kontrak bersama Telekom Malaysia Bhd (TM), MFL kini berada dalam fasa rundingan terakhir bagi menandatangani kontrak penajaan baharu bersama beberapa entiti demi kelangsungan pasukan bertanding dalam Liga M. Katanya, MFL menjangkakan segala urusan berkaitan kontrak penajaan baharu itu dapat diselesaikan dalam tempoh kira-kira empat minggu sebelum menyalurkan geran tahunan kepada setiap pasukan. "Sebelum ini proses rundingan adalah dalam tahap tunjuk minat tetapi sekarang kita telah memasuki fasa rundingan serius di mana ia mungkin boleh ditandatangani dan saya berharap dalam masa empat minggu akan datang semua kontrak dapat ditandatangani."MFL komited dalam mencari pengganti yang akan lebih menyokong kita untuk jangka masa panjang. Kita turut berjumpa dengan pasukan-pasukan untuk menerangkan status terkini berkaitan rundingan," katanya ketika ditemui pada majlis undian pusingan suku akhir Piala FA di sini, pada Khamis. Menurut Kevin, sehingga kini jumlah geran tahunan kekal RM3 juta bagi pasukan Liga Super dan RM1 juta untuk pasukan Liga Premier, namun nilai itu mungkin berubah bergantung kepada jumlah penajaan diterima. "Sasaran masih sama, kita cuba mendapatkan jumlah sama macam kita pernah lakukan dulu tetapi semuanya bergantung kepada kontrak-kontrak yang kita boleh tandatangani nanti," katanya. Dalam pada itu, beliau menasihatkan setiap pasukan perlu mempunyai perancangan kewangan jangka masa panjang untuk mengelakkan daripada berdepan masalah kewangan. Sebagai rekod, MFL sebelum ini menandatangani perjanjian selama lapan tahun bermula Januari 2017 dengan jumlah difahamkan sekitar RM480 juta untuk menguruskan Liga M. -- Bernama Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  7. KOTA BHARU: Seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia akibat tertimbus tanah ketika sedang mendulang emas di sebatang anak sungai di Ladang Fokus Bonanza Biak A di Dabong, Kuala Krai pada Khamis petang.Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Abdullah Roning berkata remaja itu dikenali sebagai Mohamad Amiraasyraf Azman yang berasal dari Kampung Biak A, Dabong, Kuala Krai. "Pihak kami menerima panggilan daripada penduduk pada pukul 5.15 petang tadi yang mendakwa seorang remaja terjatuh dan tertimbus ke dalam anak sungai ketika sedang mendulang emas di kawasan itu. "Siasatan awal mendapati remaja yang juga buruh itu pergi mendulang emas di kawasan berkenaan bersama bapanya sebelum berlaku satu kejadian tanah runtuh, yang menyebabkan Mohamad Amraasyraf tertimbus," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.Abdullah berkata bapa Amaraasyraf kemudiannya mendapatkan bantuan rakan-rakan beliau untuk mencari anaknya, dan remaja itu dijumpai pada kira-kira pukul 6.40 petang tadi, meninggal dunia di tempat kejadian. Beliau berkata pemeriksaan awal di Klinik Kesihatan Dabong mendapati remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat. -- Bernama Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  8. KUALA LUMPUR: Tun Daim Zainuddin menzahirkan keyakinan bahawa harga projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang telah dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion kepada RM44 bilion, kemungkinan besar boleh diturunkan lagi.Beliau berkata perkara itu serba mungkin sebaik sahaja pakar pembinaan rel di Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company Ltd membincangkan butiran teknikal projek infrastruktur gergasi itu. Awal minggu ini, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) bersetuju membentuk syarikat usaha sama (JV) 50:50 untuk pengendalian, pengoperasian dan penyelenggaraan rangkaian rel ECRL. "Kami akan memohon jumlah pinjaman lebih rendah serta perlanjutan tempoh dan jadual pembayaran, daripada Bank China-Exim," kata Daim kepada Bernama News Channel (BNC) dan Perkhidmatan Berita Ekonomi dalam temu bual eksklusif pada Khamis. Daim, yang juga pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), telah diminta oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengetuai pasukan ke Beijing, sejurus selepas kejayaan kerajaan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum tahun lepas, untuk merundingkan semula projek ECRL. "Kami akan merundingkan jumlah yang agak besar (pengurangan), sekurang-kurangnya minimum kira-kira RM30 bilion. "Ini adalah pada fasa akan datang rundingan kami kerana kami tidak mahu terikat dengan perjanjian tambahan baharu bagi kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC)."Jadi, RM21.5 bilion itu sebenarnya penjimatan minimum yang kami peroleh menerusi rundingan semula kontrak ECRL. Kami harap untuk kembali pada minggu depan dengan lebih banyak berita baik untuk rakyat," katanya. Daim telah berjaya mengendalikan rundingan semula bagi perjanjian tambahan yang telah mengurangkan kos sebanyak 32.8 peratus atau RM21.5 daripada harga asal berjumlah RM65.5 bilion yang dimeterai oleh pentadbiran terdahulu di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya CCCC turut menunaikan komitmennya untuk memulangkan sebahagian pembayaran pendahuluan RM3.1 bilion di bawah kontrak asal bagi Fasa 2, landasan berkembar dan perluasan projek ECRL ke utara apabila ia memulangkan RM500 juta hari ini, dan RM500 juta lagi dalam tempoh sebulan bagi bayaran balik sepenuhnya sebanyak RM1 bilion. Pengerusi CEP itu berkata kejayaan dalam rundingan semula bagi perjanjian tambahan dan penyambungan semula projek ECRL turut meningkatkan keyakinan pelabur dalam kalangan syarikat China untuk datang dan melabur di Malaysia yang akan membabitkan berbilion ringgit. Beliau berkata perjanjian itu juga merupakan insentif bagi CCCC dan pelabur China yang lain untuk mengkaji pelaburan lain di Malaysia yang dapat meningkatkan pemanfaatan ECRL. "Jadi, kami jangka terdapat lebih banyak pelaburan langsung asing, bukan sahaja daripada China, tetapi juga daripada domestik dan sumber antarabangsa yang lain, di Pantai Tmur dan sepanjang laluan rel. "Oleh kerana ECRL akan hanya siap pada akhir 2026, kami yakin tempoh itu akan membolehkan pelaburan lain disiapkan supaya wujud daya maju lebih hebat di sepanjang laluan rel apabila sebaik sahaja ECRL berfungsi," katanya. Daim turut menjelaskan perjanjian tambahan bagi ECRL termasuk landasan berkembar bagi keseluruhan laluan rel sepanjang 640 kilometer. "Mereka yang menyatakan kos baharu sebanyak RM44 bilion itu mempertaruhkan ciri tertentu seperti landasan berkembar telah berbohong. Ia semudah itu," katanya. Kepada pihak tertentu yang berhujah bahawa ECRL akan berakhir sebagai projek gajah putih, dengan kadar penumpang dan muatan kargo rendah, Daim berkata pembinaan projek infrastruktur awam biasanya mengambil masa yang lama sebelum dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan "kami sedar akan perkara itu". "Sebab itu kenapa dalam rundingan kami dengan China, kami turut memasukkan memorandum persefahaman bagi pengendalian, pengoperasian dan penyelenggaraan (MOM) ECRL. Di bawah perjanjian asal, Malaysia sendirian perlu menampung kos MOM dari awal. Dengan mendapatkan CCCC untuk menampung separuh kosnya bagi 20 tahun pertama operasi, kami jangka dapat menjimatkan kira-kira RM4 bilion," katanya. Daim berkata ECRL akan membawa manfaat kepada sektor pembinaan kerana sudah ada RM44 bilion yang merupakan jumlah yang banyak, dengan mengambil kira bahawa 40 peratus akan diperuntukkan bagi kandungan tempatan. -- Bernama Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  9. KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Khamis sebulat suara meluluskan usul tergempar menyokong pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan Datuk Masidi Manjun ketika membentangkan usul berkenaan berkata, usul itu juga bertujuan memastikan Ahli Parlimen di Sabah meneruskan usaha untuk berunding dengan pihak-pihak berkenaan bagi melaksanakan pindaan itu di Parlimen secepat mungkin. "Usul ini adalah satu simbolik bagi negeri Sabah dalam usaha kita mendapatkan semula status Sabah sebagai rakan kongsi yang sama taraf dengan Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Pada 9 April, satu usul dibentangkan di Dewan Rakyat untuk meminda perlembagaan bagi mengembalikan peruntukan asal yang digubal pada 1963 dan dipinda pada 1976. "Cadangan pindaan 2019 ini bertujuan mengambalikan peruntukan asal Perkara 1(2) Perlembagaan Pesekutuan yang mengiktiraf rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia, iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sejajar dengan perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya.Pada 9 April lepas Dewan Rakyat gagal mendapatkan sokongan dua pertiga atau 148 undi yang diperlukan untuk meluluskan Pindaan itu, yang diusulkan khusus bagi mengembalikan Sabah dan Sarawak ke status asalnya seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Hanya 138 anggota Parlimen menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 sementara 59 orang termasuk anggota Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak, tidak mengundi. Masidi berkata pindaan itu seringkali diutarakan oleh pemimpin Sabah sejak satu ketika dahulu sehingga sekarang, sama ada dalam persidangan di DUN Sabah mahupun di Parlimen. "Oleh itu saya berharap selepas ini semua Anggota Parlimen dari Sabah mengambil kira suara semua ADUN di Sabah agar usaha berterusan dapat dilakukan untuk merealisasikannya," tambahnya. -- Bernama Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  10. KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Khamis meluluskan pindaan bagi dua Rang Undang-Undang berkaitan Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004 dan Enakmen Mahkamah Syariah 2004.Kedua-dua pindaan itu dibentangkan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Mokhtar dan diluluskan oleh Speaker DUN Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali selepas bacaan kali ketiga. Aidi dalam ucapan pembentangannya berkata Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (Pindaan) 2019 dan Enakmen Mahkamah Syariah (Pindaan) 2019 itu akan mula berkuat kuasa pada 20 Mei 2019. Beliau berkata Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (Pindaan) 2019 adalah selari dengan hasrat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk mempelbagaikan dan memperkasa struktur organisasi serta aktivitinya dalam bidang ekonomi dan sosial khususnya bagi orang Islam.Pindaan itu juga akan membolehkan pengurusan dan pentadbiran MUIS dikendalikan dengan lebih licin dan berkesan, katanya berucap membentangkan RUU itu, di sini. Bagi Enakmen Mahkamah Syariah (Pindaan) 2019, Aidi berkata, pindaan itu dibuat bertujuan mengawal penerimaan masuk peguam-peguam syarie beramal di Sabah bagi mewakili mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding di Mahkamah Syariah. Selain itu, pindaan berkenaan juga bertujuan mengawal penerimaan masuk peguam-peguam syarie yang bukan berasal dari Sabah hanya untuk kes-kes tertentu sahaja mengikut budi bicara Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, katanya. -- Bernama Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  11. KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah menjadi pemangkin pembangunan permotoran di Malaysia seiringi dengan perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) yang menandakan genap 20 tahun di Sepang pada Khamis yang membangkitkan minat baharu di kalangan rakyat Malaysia kepada sukan permotoran."Secara semulajadi, kejayaan memiliki pasukan MotoGP sepenuhnya adalah luar biasa dan saya sangat bangga untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini. "Tetapi secara jujur, saya tidak melihat ini sebagai kemuncak untuk pembangunan sukan permotoran di Malaysia. Lebih banyak peristiwa yang lebih hebat akan berlaku pada masa akan datang terutama dalam sukan permotoran di Malaysia. Bagi MotoGP masa depannya bersinar terang untuk Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali yang juga Team Principal Petronas Yamaha Sepang Racing Team. Razlan dalam satu kenyataan berkata bahawa detik-detik bersejarah dilakar oleh Malaysia dalam MotoGP apabila SuperKIP (Khairul Idham Pawi) mengungguli Grand Prix Argentina dan Jerman dalam Moto3, Zulfahmi Khairuddin menduduki tangga kedua di Sepang dan hampir menang pada 2012 serta Hafizh Syahrin Abdullah menduduki podium dalam Moto2 dan menjadi rakyat Malaysia pertama dalam sejarah beraksi dalam kelas MotoGP. "Akan ada pencapaian yang lebih besar pada masa akan datang jika kita terus berusaha membina kejayaan dan minat MotoGP yang semakin meningkat di Malaysia," katanya.Razlan mengakui bahawa Zulfahmi adalah pencetus perubahan dalam sejarah MotoGP Malaysia apabila SIC mengambil langkah lebih berani untuk meletakkan pelumba muda Zulfahmi pada musim penuh dalam kelas 125cc menggunakan jentera Aprilia di bawah Air Asia-Litar Antarabangsa Sepang. "Dia ketika itu bukan pelumba handalan Malaysia, tetapi beliau mencetuskan minat terbesar dalam permotoran apabila semain ramai rakyat Malaysia mengikuti jejaknya pada kejohanan dunia dan Malaysia kini berbangga mempunyai pasukan MotoGP sendiri dan kejayaan Hafizh Syahrin beraksi dalami kelas MotoGP, benar-benar mengagumkan," katanya. Beliau berkata ketika Sepang meraikan 20 tahun dalam MotoGP, mungkin secara kebetulan Petronas Yamaha Sepang Racing Team memiliki nombor 20 sebagai nombor persaingan dalam kelas MotoGP utama dengan penyertaan Fabio Quartararo berusia 19 tahun. "Musim 2019 diharap akan menjadi istimewa untuk Malaysia, yang akan menganjurkan Shell Malaysia MotoGP dari 1 hingga 3 Nov," katanya. Sejak 1991, Grand Prix Motosikal Dunia atau MotoGP seperti dikenali sekarang, telah diadakan di Litar Batu Tiga, Shah Alam dan Litar Johor di Pasir Gudang. Selepas perasmian SIC, kejohanan dunia menemukan venue baharu yang menyaksikan peningkatan populariti di Malaysia, terutama selepas memperkenalkan Program Wildcard kebangsaan oleh SIC pada 2009. MotoGP sulung di SIC adalah pembuka tirai bagi musim 1999, dan ia bermula pada 17 April dengan sesi latihan bebas untuk semua ketiga-tiga kategori 125cc, 250cc dan 500cc. Kenny Roberts Jr dari Suzuki Grand Prix Team dinobatkan sebagai pemenang pertama kelas 500cc pada April 1999. Kelas 250cc dimenangi oleh pelumba Itali, Loris Capirossi sementara pelumba Jepun, Masao Azuma mengungguli perlumbaan 125cc. -- Bernama Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  12. KUALA LUMPUR: Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) berharap Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman, untuk memastikan pengurusan yang lebih berkesan terhadap aduan awam dapat dibentang di Parlimen selewat-lewatnya akhir tahun ini.Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata pihaknya bersama Biro Pengaduan Awam (BPA) kini sedang dalam rangka kerja menyediakan RUU itu untuk dibawa kepada jemaah menteri. "Kami telah berbincang untuk memorandum jemaah menteri dibuat dengan RUU untuk dibentang dalam mesyuarat Kabinet...kami sedang berusaha untuk memastikan ia (dibentangkan di Parlimen) menjelang akhir tahun ini, itulah harapan kami," katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara Bernama News Channel (BNC) di sini, Khamis malam. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 21 Sept tahun lepas dilapor berkata Akta Ombudsman akan digubal bagi menukar fungsi BPA kepada Ombudsman Malaysia untuk memastikan pengurusan aduan awam di negara ini lebih berkesan.Anis Yusal berkata penubuhan badan bebas itu berupaya mewujudkan satu ekosistem selamat dan terjamin bagi rakyat membuat aduan berkaitan agensi kerajaan. Mengulas lanjut, beliau berkata Ombudsman Malaysia akan berfungsi sebagai peringkat kedua, dengan orang awam boleh memanjangkan aduan kepada badan itu sekiranya aduan menerusi peringkat pertama di agensi kerajaan terlibat, tidak berhasil. "Pengadu boleh mengadu kepada Ombudsman Malaysia, dan badan ini akan menyiasat kenapa agensi kerajaan terlibat tidak mengambil tindakan wajar, jadi rakyat mempunyai tempat lain untuk membuat aduan," katanya. -- Bernama Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  13. SHALOM. Ungkapan salam dalam bahasa Hebrew menjadi antara kata-kata awal calon presiden Indonesia Prabowo Subianto dalam mesej video Facebook kepada penyokong-penyokongnya sehari selepas pengundian berlangsung.Dalam video itu, Prabowo mengadu bahawa wujud penyelewengan dalam proses kiraan undi dan mendakwa wujud amalan politik wang secara besar-besaran bagi memastikan kekalahannya. Bekas jeneral Angkatan Tentera Indonesia yang pernah terpalit dengan dakwaan terlibat dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai di Timur Leste itu juga menyeru semua penyokongnya di seluruh republik itu memastikan 'kedaulatan rakyat Indonesia' tidak dirompak. Di sebalik keraguan yang dilemparkan terhadap proses pungutan suara yang masih belum dikonklusikan sepenuhnya itu, ucapan selamat dalam pelbagai fahaman menerusi video berdurasi 3.16 minit ini menonjolkan pluralism agama yang diamalkan warga Indonesia, lantas menjadi tarikan tersendiri tatkala proses demokrasi terbesar rantau ini sedang berdepan dugaan. Bukan sahaja 'shalom' malah, Prabowo turut mengucapkan selamat mengikut fahaman Hindu dan Buddha.Fahaman Yahudi sebenarnya sudah bertapak di kepulauan Nusantara sejak zaman kolonialism barat lagi. Malah pada pertengahan kurun ke-19, seorang pemimpin agama Yahudi di Eropah Timur Jocob Saphir pernah menulis mengenai kewujudan komuniti Yahudi di Jakarta, Surabaya dan Semarang. Laporan menunjukkan komuniti Yahudi Indonesia kini berjumlah 5,000 dan berada di beberapa bandaraya utama Indonesia seperti Jakarta, Bandung, Bali, juga Semarang. Kerajaan Indonesia pada 2016 memberi jaminan bahawa agama Yahudi bebas dianuti dan diamalkan warganya sejajar dengan Perlembagaan Republik Indonesia. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  14. KUALA LUMPUR : "Ternyata kedaulatan rakyat kita, kedaulatan rakyat saudara sekarang ini sedang terancam," kata calon Presiden Indonesia Prabowo Subianto.Katanya pihaknya mendapat laporan mengenai wujud penyelewengan proses kiraan undi yang sedang dijalankan ketika ini. Malah beliau mendakwa wujud amalan politik wang secara besar-besaran bagi memastikan kekalahannya. "Kami mendapat laporan mengenai banyak kes penyelewengan dalam peruntukan undang-undang, penyimpangan daripada peraturan amalan demokrasi telah berlaku di mana-mana," adu Prabowo menerusi video yang dimuat naik ke akaun Facebooknya."Lebih mengejutkan ada yang menggantikan kertas undi, penggunaan politik wang secara besar-besaran (dan) penggunaan aset negara untuk mempertahankan kepentingan satu pihak, yang jelas merupakan pelanggaran besar undang-undang dan peraturan demokrasi." Prabowo juga menegaskan beliau masih menungguli kiraan undi pada sekitar 61 hingga 64 peratus, jauh mengatasi tinjauan kiraan pantas 12 agensi tinjauan kiraan pantas yang semuanya menamakan penyandang, Jokowi Dodo sebagai pemenang. "Saya meminta semua sukarelawan, semua anggota parti, termasuk Pahlawan Besar Indonesia (PPIR) yang berada di setiap daerah, memastikan suara kita tidak dicurangi, yang jelas kita tidak akan membiarkan kedaulatan rakyat Indonesia dirompak," seru Probowo. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  15. PUTRAJAYA: Gangguan bekalan air sehingga 86 jam dijangka berlaku di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor susulan kerja-kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) pada 24 April.Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Charles Santiago berkata pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) itu perlu dibuat dengan segera untuk mencegah sebarang kerosakan atau risiko kegagalan sistem elektrik bagi mengelakkan gangguan bekalan air yang tidak terancang kepada pengguna. "Kerja-kerja penambahbaikan akan bermula dari jam 9 pagi sehingga 11 malam iaitu selama 14 jam dan akan menyebabkan henti tugas di LRA SSP2. "Henti tugas LRA SSP2 ini akan menyebabkan gangguan bekalan air sehingga 86 jam bergantung kepada lokasi dan kedudukan pengguna dengan sebanyak 620,835 akaun atau 4,143,465 pengguna di 577 kawasan akan terkesan," katanya dalam kenyataan hari ini.Santiago berkata pihak Air Selangor akan mengambil langkah yang berkenaan dan berusaha untuk mengurangkan impak dan memendekkan tempoh gangguan bekalan air kepada semua pengguna yang terlibat. "Antaranya adalah memberikan bantuan bekalan air melalui tangki lori air, tangki statik, pili awam, stesen pengisian air setempat dan agihan botol air minuman selain memastikan bantuan bekalan air dibekalkan ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan sebagainya," katanya. Santiago berkata bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja penambahbaikan selesai dilaksanakan dan LRA SSP2 beroperasi semula. "Air Selangor menjangka bahawa hampir 50 peratus daripada kawasan yang terjejas akan menerima bekalan air melalui paip dalam tempoh 24 jam," katanya. Beliau berkata pengguna adalah dinasihati untuk menyimpan air yang mencukupi bagi tempoh gangguan bekalan air sementara itu dan disarankan menggunakan air secara berhemah untuk mengelakkan pembaziran. -- Bernama Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  16. SELEPAS selebriti terkenal, Kim Kardashian mengumumkan berita mengejut baru-baru ini yang dia sedang belajar untuk menjadi seorang peguam, bintang Keeping Up With The Kardashians itu akhirnya lulus peperiksaan undang-undang pertamanya.Kim dilihat sedang mengikuti jejak ayahnya, Robert Kardashian yang dulu merupakan seorang peguam. Selepas sehari berkongsikan dengan peminat bahawa dia telah belajar untuk persediaan peperiksaannya, isteri kepada penyanyi rap, Kanye West itu telah memberi kenyataan dia sudah lulus ujian tersebut di laman Twitter rasminya. Berita itu telah membuktikan bahawa bintang Hollywood itu sedang melalui perubahan kerjayanya dengan serius dan sekaligus membuktikan golongan 'haters' salah. Kim yang sebelum ini turut memuat naik gambar di Instagram yang menunjukkan sedang bersungguh-sungguh membelek buku yang disertai dengan kapsyen yang panjang menjelaskan untuk belajar undang-undang bermakna dia perlu mengorbankan masa dengan keluarganya.Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  17. JINJU: Polis Korea Selatan pada Khamis sedang menyiasat seorang lelaki yang bertindak membakar unit pangsapurinya dan menikam lima orang jirannya ketika mereka cuba melarikan diri.Dalam insiden keganasan yang berlaku pada Rabu itu, suspek 42 tahun yang hanya dikenali sebagai 'Ahn' itu pada mulanya mencurah minyak di ruang tamunya dan menyalakan surat khabar untuk membakar rumahnya yang terletak di bandar Jinju. Menurut Ketua Balai Polis Jinju, Lee Heui Seok, suspek kemudian menunggu di tingkat dua bangunan untuk menyerang sesiapa yang lari menyelamatkan diri. Menggunakan pisau, suspek menikam lima penghuni bangunan itu dan mencederakan enam lain.Antara mangsa yang maut dalam kejadian itu termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. Suspek cuba meninggalkan bangunan itu selepas mendengar penggera kebakaran tetapi berjaya ditahan. Heui Seok berkata, suspek mempunyai sejarah sakit mental dan disyaki bertindak ganas kerana mencuba “mempertahankan dirinya daripada mereka yang cuba memfitnahnya.” Perdana Menteri Lee Nak-yeon pada Khamis mengkritik pihak polis ke atas kegagalan mereka memantau seseorang yang mempunyai sejarah kelakuan ganas dan sering bertengkar dengan jiran tetangga. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  18. JOHOR BAHRU: Surat Perjanjian Operasi antara Kuala Lumpur dan Pusat Kawalan Kawasan Singapura Mengenai Ketibaan, Keberangkatan dan Penerbangan Singapura 1974 (OLOA 1974) sedang disemak semula.Ia bagi membolehkan Malaysia mengambil semula ruang udara di selatan Johor yang sebelum ini diuruskan oleh Singapura menerusi OLOA 1974. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, jawatankuasa tertinggi kedua-dua negara sedia maklum mengenai perkara itu. Katanya, pengambilan semula ruang udara akan dilakukan secara berperingkat. Jelas Anthony, ketika perjanjian OLOA 1974 dibuat, Malaysia belum bersedia sepenuhnya dari segi peralatan sistem kawalan trafik udara, radar dan sebagainya.“Selepas 45 tahun, dari 1974 sehingga sekarang, kita (Malaysia) ada banyak pelaburan dari segi sistem kawalan trafik udara, radar dan Pusat Trafik Udara di Sepang yang sedang dibina juga akan siap dalam beberapa bulan akan datang. “Kita dah bincang dengan Singapura dan setuju untuk tubuh jawatankuasa. Kita bagi tahu cadangan kita untuk ambil ruang udara kita secara berfasa-fasa dan akan diumum kepada orang ramai dari semasa ke semasa,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru bersama wakil rakyat di kawasan terlibat di Kempas, Johor. Pada 9 April lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasrat mahu mengambil semula ruang udara sebelah selatan Johor yang terletak di bawah jagaan Singapura sejak 1974. Dalam sidang media bersama rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong sempena pemukiman pemimpin Malaysia-Singapura ke-9 di Putrajaya, Dr Mahathir berkata beliau berharap agar perkara itu dapat dicapai dalam tempoh masa antara 2019 hingga 2023. BACA: Malaysia sasar ambil semula ruang udara Selatan sebelum 2023 Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  19. PERNAH dengar nama ‘Tam’ dan ‘Iman’? Mereka tidak popular seperti nama-nama selebriti tanah air atau artis K-pop yang menjadi kegilaan ramai.Sebaliknya, mereka adalah dua ekor badak sumbu Sumatera yang ada di Malaysia ketika ini, dan berdepan ancaman kepupusan. ‘Rakan baik’ mereka, Puntung – badak Sumatera betina telah mati pada 4 Jun 2017 selepas diberikan suntikan menerusi prosedur euthanasia akibat menghidap kanser kulit, di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Sabah. Kematian Puntung ketika itu menyentuh hati pelbagai lapisan masyarakat, bukan dalam kalangan pencinta haiwan di Malaysia sahaja malah dari seluruh dunia. [embedded content] Situasi semakin membimbangkan selepas timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Sabah, Datuk Christina Liew, mengatakan tiada lagi badak Sumatera dikesan di Sabah sejak 2016.Maka, tumpuan kini perlu diberikan kepada badak sumbu jantan dan betina terakhir di Malaysia – Tam dan Iman yang masing-masing sudah hampir mencecah usia 30 tahun dan lewat 20-an, yang berada di bawah jagaan Borneo Rhino Alliance (BORA). BACA: Laporan WWF dedahkan betapa parah kesan aktiviti manusia terhadap planetMengulas lanjut, Pengarah Eksekutif BORA, Datuk Dr Junaidi Payne berkata kerjasama erat antara kerajaan Malaysia dan Indonesia perlu dilakukan dalam kadar segera dalam usaha memastikan spesis ini tidak pupus. Katanya, satu program yang terurus dengan mengabungkan kemahiran dan teknologi daripada negara-negara pakar perlu dijalankan. “Indonesia seharusnya mengalu-alukan pengetahuan dan kemahiran yang ada di negara lain termasuk dari Malaysia dan German. “Selain itu, meneruskan teknologi reproduktif yang maju kepada badak yang lebih tua atau sakit di Sabah dengan menyumbangkan jurnal untuk membantu dalam penghasilan sperma dan embrio untuk proses pembiakan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Khamis. Dr Junaidi Payne yang juga merupakan pakar dalam bidang sejarah semulajadi dan ekologi di Sabah percaya bahawa badak sumbu Borneo merupakan spesis yang paling terancam di dunia. Sebelum ini media melaporkan, Iman mengalami pendarahan di bahagian rahim akibat daripada uterine tumour yang pecah di bahagian itu. Ditanya mengenai kondisi kesihatan Iman, beliau berkata keadaan kesihatan badak Sumatera betina itu sihat dan mampu untuk melakukan proses persenyawaan daripada sperma-sperma badak Sumatera jantan. Malangnya, proses persenyawaan tersebut tidak boleh dibuat antara Iman dan Tam memandangkan badak Sumatera jantan terakhir di Malaysia itu sudah berusia. Dr Junaidi berkata, pihaknya masih menunggu lampu hijau dari Indonesia untuk menghantar telur Iman bagi tujuan disenyawakan dengan badak-badak Sumatera jantan yang ada di Institut Pertanian Bogor, Indonesia. “Boleh dikumpul dari badak jantan dan sekiranya embrio dihasilkan, ia mungkin disimpan selama bertahun-tahun sehingga ada teknologi yang lebih teratur. “Kami masih menunggu jawapan dari Indonesia dan kemungkinan proses persenyawaan ini perlu dilakukan antara empat dan enam kali. Sekiranya proses itu berjaya, embrio biasanya perlu berada selama 16 bulan di dalam rahim badak betina, bermula hari persenyawaan in-vitro fertilization (IVF) sehingga beranak,” jelasnya. Untuk rekod, jumlah badak sumbu Sumatera telah berkurang dari kira-kira 200 ekor sejak separuh abad yang lalu apabila pembalakan, perladangan dan pembangunan lain semakin aktif di habitat mereka. Persoalannya, sanggupkah kita kehilangan Tam dan Iman selepas Puntung? Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  20. IPOH: Sebanyak 12 lagi kes baru Influenza A atau H1N1 dikesan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh setakat Khamis.Ini menjadikan jumlah murid yang terjejas akibat gejala ini meningkat kepada 102. Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Abdul Aziz Bari berkata daripada jumlah ini, tiga pelajar masih ditahan di hospital sementara 20 lagi dikuarantin. Menurut beliau, pihak sekolah telah mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan risiko jangkitan, termasuk mengasingkan pelajar yang terjejas di pusat ko-kurikulum di sekolah serta membenarkan mereka pulang untuk pengasingan di rumah.Di samping itu, kata Abdul Aziz, pihak sekolah juga membuat gotong-royong asrama seperti menjemur tilam, membuat saringan kesihatan ke atas semua pelajar serta membekalkan topeng muka kepada mereka. Tambahnya, tindakan yang diambil pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pula termasuk membuat pemeriksaan harian, memberi ceramah tentang virus Influenza kepada pelajar serta memantau pusat pengasingan yang disediakan pihak sekolah. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  21. PUTRAJAYA: Penggunaan teknologi mudah alih generasi kelima atau 5G memberi kelebihan buat Malaysia mengharungi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0.Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, negara sentiasa bergerak ke hadapan seiring dengan pembangunan teknologi terbaharu sejak 23 tahun lalu sejajar dengan penubuhan Koridor Super Multimedia (MSC), di Cyberjaya. “Kini Malaysia merupakan negara pertama di Asia dan dunia untuk melancarkan infrastruktur sambungan generasi akan datang iaitu teknologi generasi kelima atau lebih dikenali sebagai 5G. “Selain teknologi robotik, 5G mampu meningkatkan keupayaan kita untuk mengambil bahagian dalam Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0). Ini akan membolehkan industri kita memanfaatkan sepenuhnya kecerdasan tiruan, robotik, data besar, realiti maya, dan kejuruteraan perisian."Ia akan membawa inovasi yang akan memberi impak besar kepada hampir setiap sektor termasuk pendidikan, pengangkutan, pertanian, penjagaan kesihatan, pembuatan, hiburan dan keselamatan awam,” jelas Gobind dalam ucapannya sempena pelancaran Pameran 5G di Kompleks Perbadanan Putrajaya pada Khamis. Mengulas mengenai harga dan perlaksanaan teknologi itu di negara ini Gobind berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diberi tanggungjawab untuk menyiapkan laporan khas berkenaan persediaan infrastruktur yang perlu dilakukan terlebih dahulu.Malah Ujian Kepantasan akan dijalankan selama tempoh enam bulan sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan. Menyentuh mengenai harga yang perlu dibayar pengguna, Gobind berkata perkara itu akan hanya akan diketahui selepas kesemua perkara terbabit diselesaikan. Bagaimanapun kerajaan sentiasa akan memastikan harga teknologi mudah alih munasabah kepada rakyat. Pameran yang dilancarkan hari ini berlangsung selama empat hari dan dibuka kepada orang ramai untuk mengalami sendiri pengalaman teknologi terbaharu oleh syarikat telekomunikasi dan peranti digital yang mengambil bahagian. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  22. LAHAD DATU: Tidak puas dengan menumbuk kepala dan menendang muka isterinya hingga berdarah, seorang lelaki bertindak membaling besi senaman jenis 'barbell' ke badan isterinya sehingga cedera.Bagaimanapun, lelaki berumur 36 tahun itu berjaya ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Tabanak, dekat sini, pada Rabu, selepas isterinya yang berusia 26 tahun itu membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, kejadian pertama berlaku pada Ahad lalu dimana suspek menumbuk kepala, menendang muka dan membaling barbell ke arah mangsa sehingga cedera. "Dalam masa sama, anak tiri mangsa turut dipukul sehingga cedera di tulang rusuk. Kemudian pada petang Rabu, sekali lagi suspek mengamuk sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa ketakutan."Mereka bertindak lari dari rumah dan bergegas membuat laporan polis lalu sepasukan anggota polis kami menahan suspek bersama peralatan digunakan untuk mencederakan mangsa," katanya ketika dihubungi, pada Khamis. Menurut Nasri, suspek pernah berkahwin tujuh kali dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  23. JAKARTA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghubungi pemimpin Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pada Khamis bagi menyampaikan ucapan tahniah di atas kejayaan perjalanan Pemilihan Umum (Pemilu) 2019 semalam.Dalam sidang media sebentar tadi, Jokowi yang ditemani gandingannya dalam Pemilihan Presiden (Pilpres), Ma’aruf Amin berkata, Dr Mahathir menelefon beliau secara peribadi bagi menyampaikan ucapan berkenaan. “Dr Mahathir mengucapkan tahniah di atas keberhasilan Pemilu kelmarin (Rabu),” kata Jokowi dalam sidang media yang turut disiarkan secara langsung di stesen televisyen. Selain Dr Mahathir, Jokowi juga memberitahu, beliau menerima panggilan yang sama daripada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Leong dan Perdana Menteri Turki, Reccep Erdogan.Jokowi bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas ucapan tahniah daripada pemimpin-pemimpin merujuk kepada keputusan kiraan pantas Pilpres yang menyaksikan beliau dan Ma’aruf sudah selesa mendahului proses demokrasi itu. Sehingga kini, rata-rata kiraan pantas yang dibuat oleh pelbagai lembaga statistik memperoleh keputusan Jokowi–Ma’aruf berada di kedudukan teratas. Bagaimanapun, pesaing Jokowi, Prabowo Subianto turut mendakwa kem beliau bersama Sandiaga Uno meraih undian tertinggi iaitu lebih 60 peratus. Menjelang 6 Mei ini, Komisi Pemilihan Umum akan mengumumkan keputusan rasmi Pilpres. Sementara keputusan Pemilihan Legislatif akan mengambil masa untul diumumkan iaitu menjelang 22 Mei ini. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  24. KUCHING: Bijak urus masa mungkin kunci kejayaan buat graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Antarabangsa) Universiti Swinburne Sarawak ini.Biarpun sudah berumah tangga dan bekerja, ia bukan penghalang jadi graduan cemerlang. Dollyrissia Liners Debra akui, perancangan masa yang sistematik memudahkan urusnya sepanjang pengajian.Walaupun berusia 38 tahun, Dollyrissia tidak pernah malu atau kekok untuk bergaul dengan rakan sekelas yang jauh lebih muda daripadanya. Menimba ilmu tidak kenal usia kata Dollyrissia yang kini bekerja sebagai kerani perpustakaan. “Selagi ada peluang untuk belajar, belajarlah dengan sepenuh hati. Ilmu boleh ditimba tak kira umur atau di mana pun kita berada, yang penting kita ada usaha dan semangat,” kata Dollyrissia. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  25. KUALA LUMPUR: Dua saksi pendakwaan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mereka telah melakukan kerja-kerja pembinaan di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, antara Disember 2014 dan Februari 2015.Namun kedua-dua saksi berkenaan, bersetuju dengan cadangan ketua peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa kerja-kerja, iaitu pembinaan sebuah setor bagi menggantung pakaian penghuni, dan kerja membaik pulih sistem perpaipan, bukan untuk tujuan bermewah-mewah (lavish spending). Saksi ke-enam Zulkarnain Mohamad, 46, seorang pereka hiasan dalaman dari ABS Trend Master Sdn Bhd mengakui menerima panggilan dari seorang individu bernama Amirul untuk melakukan kerja pembinaan sebuah setor di lokasi terbabit. Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Zulkarnain mengaku telah menerima jumlah bayaran sebanyak RM100,000 bagi pembinaan setor itu, termasuk juga pembinaan sebuah pos kawalan untuk polis di Langgak Duta, serta membetulkan pintu ruang membuang sampah. BACA: Najib keluarkan beberapa cek bernilai RM10.5 juta - Saksi Menerangkan lebih lanjut, Zulkarnain berkata, setor itu berukuran kira-kira 24 kaki, khusus bagi tempat menyimpan dan menggantung pakaian penghuni, dan mempunyai sebuah sinki untuk kegunaan membasuh air dan tempat meminum.Ketika disoal Muhammad Shafee kemudian, saksi itu berkata setor berkenaan tidak mempunyai tujuan lain untuk dibina, melainkan atas tujuan yang telah disebut sebelum ini. Saksi ke-tujuh Mohd Zakaria, dari MOZ (M) Sdn Bhd pula memberitahu Mahkamah bahawa beliau, pada awal 2015, telah diminta membaiki masalah saluran air di kediaman Najib. Setelah melihat masalah sebenar, beliau mencadangkan kepada individu yang menjaga rumah berkenaan, agar dibina satu tangki baharu bagi menyelesaikan masalah terbabit. Ketika disoal Muhammad Shafee, sama ada beliau tahu jumlah sebenar penghuni rumah itu, Mohd Zakaria mengatakan tidak tahu. Ditanya sama ada beliau bersetuju penghuni di kediaman berkenaan bukan sahaja Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, tetapi juga sekitar 10 orang terdiri dari pembantu rumah, polis yang membuat kawalan, serta lain-lain individu berkenaan, Mohd Zakaria mengangguk. Ditanya sama ada beliau bersetuju tangki berkenaan bukan dibina untuk tujuan bermewah-mewah, tetapi ia satu keperluan mengambil kira jumlah penghuni di rumah itu, saksi sekali lagi mengangguk. Pada awal perbicaraan yang memasuki hari ke-lima hari ini, Pengurus Kanan Bahagian Pemprosesan Cek dari Ambank, Badrul Hisam Mohamad mengesahkan ABS Trend Master Sdn Bhd dan MOZ (M) Sdn Bhd antara penerima cek yang dikeluarkan oleh sebuah akaun dipercayai milik Najib, antara Disember 2014, dan Februari 2015. Kedua-dua syarikat itu masing-masing menerima cek berjumlah RM100,000 dan RM56,000. Muhammad Shafee kemudiannya memberitahu wartawan, bahawa pihak beliau berjaya membuktikan tujuan pendakwa raya memanggil kedua-dua saksi berkenaan untuk menunjukkan Najib bermewah dalam perbelanjaan, adalah tidak benar. Selain itu, katanya lagi, pihak pendakwaan gagal memahami kesemua tujuh pertuduhan itu adalah untuk membuktikan Najib menerima wang, bukan menyimpan atau membelanjakan wang berkenaan. “Mereka punya pendakwaan, dia sendiri pilih dia punya charges, dari pecah amanah tiga, lagi empat dari AMLA. Semua dia katakan kesalahan ini sebab you terima wang dalam akaun itu, bukan you membelanjakan atau transfer duit dari akaun you ke tempat lain. “Macam kontraktor itu, dia keluar duit dia bayar. Ini bukan tuduhan dia, this is not relevant. Tak ada kena mengena dengan kesalahan yang kononnya dilakukan iaitu dengan erti kata penerimaan wang,” katanya lagi. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
×
×
  • Create New...