Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...

SIFU SEO MALAYSIA

Administrators
  • Content Count

    21,840
  • Joined

  • Last visited

  • Days Won

    1
  • Points

    0 [ Donate ]

SIFU SEO MALAYSIA last won the day on August 3 2018

SIFU SEO MALAYSIA had the most liked content!

Community Reputation

1 Neutral
  1. KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kerajaan sedang dalam proses permohonan untuk menjadikan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) yang kelima di Malaysia. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohammadin Ketapi berkata PKKN kini berada dalam senarai 'tentative' yang telah dihantar ke Unesco pada 17 Jan lepas serta mula dipaparkan di laman webnya pada 12 Feb lalu. "Pihak kami komited dalam mengangkat PKKN sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan seterusnya ke peringkat dunia. "Pencalonan PKKN sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco akan memberi sinergi tambahan kepada industri pelancongan negara sekiranya pengiktirafan itu diperolehi kelak," katanya dalam ucapan perasmian Pameran Hope: Cerita Dari Lembah Harapan di Balai Seni Negara di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) kementerian itu Saraya Arbi. Mohammadin berkata PKKN yang dibina pada 1930 menjadi pusat rawatan kusta kedua terbesar di dunia selepas Culion Leprosarium di Filipina yang turut menyimpan seribu satu kisah pesakit kusta. "Selain itu, penempatan kaya dengan keindahan alam semula jadi ini telah mengundang ramai pengunjung di sini, justeru, sekiranya tapak ini diiktiraf oleh Unesco, ia akan dijadikan sebagai kawasan tumpuan pelancong,” katanya. Ketika ini empat Tapak Warisan Dunia Unesco di Malaysia adalah Bandaraya Melaka (Melaka) dan George Town (Pulau Pinang), Taman Kinabalu (Sabah), Gunung Mulu (Sarawak) dan Lembah Lenggong, Perak. Mohammadin berkata pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, khususnya Hospital Sungai Buloh dalam memelihara dan memulihara signifikan warisan serta nilai-nilai keunggulan sejagat (Outstanding Universal Values) dalam menentukan keputusan pencalonan PKKN sebagai tapak warisan dunia. Pameran 'Hope': Cerita Dari Lembah Harapan bermula pada 8 April hingga 10 Jun di 'Creative Space', Balai Seni Negara bertujuan untuk memaparkan lukisan-lukisan asli karya bekas pesakit kusta, artifak-artifak berkaitan penempatan serta visual rakaman sejarah lisan pesakit kusta bagi mengurangkan stigma masyarakat terhadap mereka. -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  2. MIRI, 19 April (Bernama) -- Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bandar raya Miri merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 188 pada 5 pagi tadi. Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan trend peningkatan bacaan IPU di bandar raya ini sejak malam tadi iaitu 117 pada 8 malam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, punca IPU mencatat bacaan tidak sihat adalah kerana faktor angin yang membawa jerebu ke Miri manakala asap daripada pembakaran terbuka di Kuala Baram masih ada di kawasan tepi jalan.Bagaimanapun, bacaan IPU di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Baram, kawasan yang teruk mengalami kebakaran belukar, ladang serta tanah gambut dapat dikawal dengan catatan bacaan sederhana iaitu 56 pada 6 pagi tadi. IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  3. KUALA LUMPUR: Projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang telah dirunding semula menawarkan banyak peluang kepada kontraktor tempatan termasuk bumiputera terutama dalam kerja-kerja awam seperti pembekalan dan aspek teknikal, kata Tun Daim Zainuddin.Wakil Khas Perdana Menteri dalam kejayaan rundingan semula projek ECRL bersama kerajaan China pada 12 April lepas itu berkata peluang ini perlu direbut kontraktor tempatan kerana terlalu banyak pakej menarik yang ditawarkan dalam projek yang akan mengubah landskap ekonomi negara, dan menjadi kerugian jika ia dilepaskan begitu sahaja. "Jika tiada keupayaan, kena kerjasama erat dengan pakar asing kerana terlalu banyak pakej ditawarkan. Malah tidak mustahil, penglibatan mereka akan lebih daripada 40 peratus jika kolaborasi itu berjaya. Saya nampak, mungkin dari sudut pembekalan dan teknikal. Jadi mereka ini perlu bersedia. "Mereka perlu pergi berbincang dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), tunjuk kepakaran dan perkhidmatan yang boleh ditawarkan. Ini tender antarabangsa, kena produktif, jangan tunggu peluang datang bergolek, jangan tunggu orang panggil, jangan kritik tanpa fakta, orang meniaga kena bergerak. "Datang jumpa saya jika malu, saya akan bantu jika mereka betul-betul layak. Jangan mengharapkan kerajaan untuk datang kepada anda, anda sendiri yang perlu bersedia dan berjumpa dengan pemain industri," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di pejabatnya di sini. Projek ECRL dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini dan digantung tahun lepas oleh kerajaan Pakatan Harapan berikutan membabitkan kos yang tinggi.Pada 12 April, MRL dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) memeterai Perjanjian Tambahan (SA) yang membolehkan projek ECRL yang ditangguhkan, disambung semula. Di bawah perjanjian baharu, kos pembinaan bagi Fasa 1 dan 2 ECRL akan disambung semula dengan harga RM44 bilion, pengurangan sebanyak RM21.5 bilion daripada unjuran asal sebanyak RM65.5 bilion. Ia akan meliputi jajaran baharu dengan jarak landasan dikurangkan sebanyak 40 kilometer selain pengurangan kos daripada RM98 juta kepada RM68 juta bagi setiap kilometer. Pada 15 April, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembabitan Malaysia dalam kerja-kerja awam projek ECRL ditingkatkan kepada 40 peratus berbanding 30 peratus susulan pemeteraian SA itu. Mengulas lanjut, Daim berkata projek mega untuk limpahan pelbagai pihak khasnya warga pantai timur itu, bukanlah projek gajah putih kerana melibatkan 70 peratus muatan kargo dan 30 peratus penumpang sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini. "Pastinya ini antara projek terbesar untuk warga pantai timur dan paling mahal pernah dibuat untuk membawa persamaan (kemajuan) antara barat dengan timur kerana selama ini mereka ketinggalan. Pantai timur akan berubah berbanding sebelum ini, kita ada peluang dengan adanya ECRL. "Malah saya sendiri telah berbincang dengan Menteri Besar Terengganu (mengenai prospek ECRL). Dan saya akan ke Kelantan nanti. Kita harap negeri-negeri terlibat ambil kesempatan dengan membuat pelbagai promosi untuk menarik pelabur. "Ini peluang untuk ambil kesempatan dengan bijak kerana ia projek terbesar pernah diadakan di jajaran pantai timur yang kaya dengan budaya dan adat, makanan sedap, peluang pelaburan dan perniagaan. Kerana itu kena ambil kesempatan untuk kebaikan bersama-sama," katanya. Tegasnya, antara bidang yang akan menerima manfaat dengan kewujudan ECRL ini adalah sektor ekonomi dan pelancongan yang pastinya akan melibatkan banyak peluang ekonomi dan pekerjaan baharu di setiap stesen dan perhentian. "Kalau sebelum ini boleh berjaya di pantai barat, kenapa tidak lakukan perkara yang sama di pantai timur. Ini bakal mewujudkan kemajuan yang seimbang di Semenanjung Malaysia," katanya. Jajaran baharu itu menyaksikan panjang landasan dikurangkan kepada 648 kilometer berbanding rancangan awal 688 kilometer, melalui lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan selain Putrajaya berbanding hanya empat negeri sebelum ini. -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  4. KUALA TERENGGANU, 18 April (Bernama) -- Tiada guna merungut di media sosial apabila berdepan masalah perkhidmatan komunikasi dan multimedia, sebaliknya buatlah aduan rasmi kepada Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) untuk diselesaikan. Pengarah CFM Ahmad Izham Khairuddin berkata CFM akan bertindak sebagai pemudah cara kepada pengguna dengan berkongsi tips dan panduan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sering dihadapi pengguna selama ini. Katanya orang ramai juga perlu menjadi pengguna bijak dalam mendapatkan perkhidmatan berkualiti menerusi industri komunikasi dan multimedia di negara ini."CFM mula ditubuhkan pada 2001 dan sejak itu, kami telah menjadi salah satu platform untuk orang ramai membuat aduan berkaitan masalah perkhidmatan komunikasi dan multimedia di mana hampir 88 peratus aduan yang kami terima berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 15 hari. "Bagi 2018, CFM telah menerima sebanyak 6,330 aduan yang mencatatkan peningkatan 33 peratus berbanding jumlah aduan yang diterima dalam tempoh sama pada 2017 iaitu 4,746 aduan. "Ketika ini, kami giat menjalankan penerangan kepada orang ramai mengenai fungsi CFM untuk membantu mereka, tidak hanya terhad kepada agensi kerajaan dan swasta, malah kami juga turun padang ke ceruk kampung seluruh negara untuk menguar-uarkan perkhidmatan yang kami ada," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas program seminar Kawalan Kendiri: Tanggungjawab dalam Membuat dan Muat Naik Kandungan di Media Sosial di sini hari ini. Seramai 150 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, agensi swasta dan pelajar institusi pengajian tinggi hadir pada program tersebut yang membincangkan isu-isu telekomunikasi yang sering dihadapi pengguna dan bagaimana pengguna dapat mengatasi masalah tersebut menggunakan khidmat CFM. Mengikut rekod CFM, daripada 6,330 aduan itu, masalah mengenai perkhidmatan rangkaian adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 1,919 aduan diikuti bil dan caj (1,822 aduan), pemberian perkhidmatan (1,220 aduan), harga (505 aduan), amalan tidak adil (244 aduan), salah nyata perkhidmatan (190 aduan), kemudahalihan nombor (183 aduan), perkhidmatan SMS (134 aduan pertikaian terma dan 107 aduan mengenai syarat) dan lain-lain (enam aduan). Ditanya mengenai kerjasama yang diterima CFM daripada syarikat telekomunikasi dalam menyelesaikan masalah pengguna, Ahmad Izham berkata ia pada tahap memuaskan. "Kami tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghukum, namun apa yang kami boleh lakukan ialah membuat aduan lanjut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai etika perkhidmatan yang tidak berkualiti yang memberi risiko lesen mereka tidak disambung semula. "Lazimnya, ia tidak akan sampai ke tahap itu kerana syarikat telekomunikasi pasti akan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik untuk pengguna bagi mengelak dikenakan tindakan oleh SKMM," katanya. Beliau turut menasihatkan orang ramai yang berdepan masalah perkhidmatan komunikasi dan multimedia untuk mengemukakan aduan kepada CFM di https://aduan.skmm.gov.my atau melalui applikasi mudah alih "My Mobile Rights" di Google Play Store dan App Store. "Orang ramai juga boleh datang ke pejabat CFM di SKMM di Cyberjaya, Selangor untuk mengemukakan aduan mereka. "Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan tips berguna, orang ramai juga dipelawa untuk melayari portal CFM di www.cfm.my atau www.consumerinfo.my," katanya. -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  5. PERTH: Seorang bayi berusia empat bulan menjadi popular apabila dikatakan memiliki rambut luar biasa.Ibunya, Tara Simich, sering memuat naik gambar anak lelakinya Bostan di akaun laman sosial Instagram miliknya hingga mengelirukan netizen yang menyangkakan pada awal si kecil itu memakai rambut palsu pada pandangan pertama. Bagaimanapun dakwaan itu disangkal Tara dan memberitahu anak bongsunya itu memiliki rambut semula jadi. Bayi comel dilahirkan pada 4 Disember, Bostan, berasal dari Perth, Australia dan dikatakan memiliki rambut tebal mengikut rambut bapanya. Pada bulan-bulan berikutnya, rambut Boston terus tumbuh menebal.Apabila Boston menjadi tular, rambutnya telah menjadi inspirasi kepada ramai orang di media sosial. Tara yang menjalankan program kecergasan juga mendedahkan bahawa Boston memiliki rambut yang unik.“Kebanyakan orang terkejut kerana dia sangat kecil, mereka tidak boleh percaya rambutnya itu kerana bayi berusia empat bulan tidak memiliki rambut selebatnya,” kata Tara. Kebiasaannya rambut bayi dicukur selepas dilahirkan bagi memastikan rambut baharu yang tumbuh itu lebih lebat dan sihat. Namun terdapat juga bayi yang masih tidak tumbuh rambut selepas dicukur dan ia mungkin menimbulkan kebimbangan ibu bapa. Tetapi tidak bagi Bostan kerana rambutnya sangat menakjubkan, hingga ramai bertanya kepadanya apa produk rambut yang dia gunakan pada si comel itu. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  6. SHAH ALAM: Cadangan supaya Tabung Haji (TH) ditutup disebabkan kelemahan pengurusan adalah tidak wajar kerana pertimbangan tersebut hanyalah berdasarkan kepada kebimbangan terhadap kualiti manusia yang menjalankan tugas.Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, mengambil contoh permulaan Transit Aliran Ringan (LRT), ia berdepan masalah dan kerajaan membantu dengan memberikan suntikan dana kerana wujud kelemahan penilaian dalam soal penjualan tiket serta jumlah kos projek. "Namun, projek tersebut pada hari ini memberikan pulangan selain menyediakan perkhidmatan awam yang dinikmati rakyat," katanya dalam Wacana Sinar Harian bersama Profesor Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia, Tan Sri Prof Dr Noor Azlan Ghazali; Profesor dan mantan Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Nazari Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Arba Foundation, Azlan Shah Nabees Khan selaku moderator. Berikut ulasan penuh beliau dalam siri wacana yang berlangsung semalam:- "Ini isu yang berlaku dalam semua industri termasuklah TH. Ia juga adalah perkara pada pandangan saya mempunyai hubungan dengan pasaran yang mengancam. Selain itu mungkin timbul kecuaian dalam isu pengurusan TH yang sepatutnya boleh dibaiki. Sepatutnya, apabila berlaku sesuatu masalah kita tidak boleh ketepikan TH. Sebagai manusia, Nabi Adam turut diberikan peluang kedua. Dalam konteks TH, pimpinan baharu telah merangka pelan pemulihan dengan salah satu caranya adalah akan melaksanakan kaedah pelaburan sama seperti syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Saham Malaysia. Mereka akan sediakan laporan bagi setiap bulan untuk melihat liabiliti aset TH dengan kata lain kita sebagai manusia boleh menjangkakan apakah hibah yang diperoleh lebih awal tanpa perlu menunggu sehingga setahun. Ada langkah-langkah pemulihan yang dijalankan oleh TH bagi menutup lompong-lompong yang dilakukan oleh manusia lepas. Kalau TH selama ini telah lakukan satu kesilapan teknikal iaitu banyak melabur dalam pasaran saham seperti 70 peratus dalam aset berisiko tinggi dan 30 peratus dalam pelaburan simpanan tetap.Kalau kita lihat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mereka lakukan sebaliknya, di mana pelaburan dalam simpanan tetap adalah 70 peratus. TH bukan sama seperti syarikat-syarikat yang tersenarai dalam pasaran saham yang perlu tingkatkan nilai saham mereka. Pada saya selaku penganalisis ekonomi, TH yang lepas tidak menghormati satu mantera pengurusan aset yang baik dan berhemah tinggi. Kalau selama ini mereka letakkan 70 peratus pelaburan dalam simpanan tetap dan jika pasaran saham teruk, TH tidak akan berdepan dengan situasi seteruk ini. Berdasarkan laporan yang saya baca tiga hari lepas, pulangan saham di Malaysia pada 2018 hanya dua peratus sahaja. Malah banyak tabung-tabung berasaskan ekuiti pulangan mereka lebih rendah berbanding dengan simpanan tetap di bank. Hari ini pasaran saham di negara kita, pulangannya adalah negatif berbanding negara-negara Indonesia, Thailand dan sebagainya. Cadangan saya, kalau boleh kerajaan kena bantu lagi dengan beri kupon bernilai satu atau dua peratus untuk simpanan. Suntikan dalam bentuk sukuk itu tidak mampu membantu TH untuk masa hadapan bagi membina keuntungan untuk memberi hibah paling kurang tiga hingga empat peratus supaya pendeposit rasa selesa dengan pulangan simpanan mereka," katanya. Mengulas mengenai peranan TH bermula 1969, Mohd Daud mengakui ia adalah institusi contoh kepada negara-negara Islam lain dari sudut pengurusan jemaah haji dan kewangan. "Kalau kita lihat apa yang berlaku sebelum itu, datuk dan nenek kita terpaksa mengerjakan haji secara sendiri kerana tidak ada satu organisasi cekap menguruskan penempatan, pengangkutan, insuran, makan, minum dan sebagainya di Makkah. "Selain itu, ia menjadi satu keperluan menabung kepada bakal-bakal jemaah haji untuk mereka menyiapkan simpanan mereka. "TH datang tepat pada masanya untuk menguruskan dua perkara iaitu pengurusan urusan haji di Tanah Arab dan penabungan yang ada konsep hibah. "Hibah adalah subsidi haji di mana pelaburan yang dibuat oleh TH ada keuntungan dan dapat diberikan kepada mereka yang tidak mampu. "Dari segi kontrak syariahnya, pada pandangan saya pada 1969 mungkin tidak ada konsep yang jelas mengenai penabung dengan TH. Konsep ketika itu adalah menerima wang sebagai amanah untuk dilaburkan secara patuh syariah. "Ia boleh disebutkan bahawa TH pada tahun tersebut seperti Bank Islam cuma mereka tidak boleh beri pinjaman sahaja. TH terkeluar daripada Akta Bank iaitu Akta Institusi Kewangan Islam. "Apa yang menarik tentang TH adalah tidak terikat dengan Akta Syarikat tetapi boleh mengambil wang dan Akta Pasaran Modal 2007. "Ia ada akta tersendiri seperti badan berkanun sama seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi melaburkan wang pendeposit dengan tidak ada syarat untuk beri hibah tetapi mengikut budi bicara TH," katanya. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  7. CHELSEA mara ke separuh akhir Liga Eropah selepas mencatatkan kemenangan 4-3 ke atas Slavia Prague di Stamford Bridge pagi tadi.Kemenangan suku akhir kedua itu menyaksikan Chelsea unggul dengan agregat 5-3. Skuad bimbingan Maurizio Sarri yang berada dalam kedudukan selesa dengan berbekalkan agregat empat gol sebelum rehat dipaksa berhempas pulas apabila pasukan pelawat mula merapatkan jurang. Bagaimanapun tiga gol yang diperolehi Slavia Praha pada separuh masa kedua tidak cukup untuk mencetuskan kejutan pasukan dari Republik Czech.Empat gol Chelsea dijaringkan Pedro pada minit ke-5 serta 27, jaringan sendiri deli minit ke-9 dan dan Olivier Giroud minit ke-17. Bagi Slavia Prague gol disumbang Tomas Soucek minit ke-25 dan Petr Sevcik minit ke- 51 serta 54. Chelsea dijadualkan bertemu Eintracht Frankfurt di Jerman pada 2 Mei depan bagi separuh akhir pertama. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  8. KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Mesyuarat Penyediaan Laporan Interim Perjanjian Malaysia (MA63) akan diadakan di sini dari 22 sehingga 24 April ini, manakala kajian terhadap MA63 itu dijangka siap pada bulan Jun.Beliau berkata sekiranya ada isu-isu berbangkit berkenaan Perkara 8 di bawah MA63 yang ingin dikemukakan oleh wakil rakyat iaitu berkaitan dengan hak-hak Sabah untuk dimasukkan sebagai satu isu tambahan kepada isu yang telah dikemukakan oleh kerajaan negeri, ia amat dialu-alukan. "Sekiranya ada, saya berharap wakil rakyat berkenaan menyatakan isu spesifik, justifikasi dan rekomendasi, bagi memudahkan perbincangan dan kajian oleh kerajaan persekutuan," katanya dalam ucapan penggulungan Jabatan Ketua Menteri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, pada Khamis.Mohd Shafie turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kerana sepakat menyokong usaha untuk menuntut hak-hak negeri yang terkandung dalam MA63. "Kesepakatan ini menunjukkan Sabah memiliki satu suara demi kepentingan rakyat. Perkara 8 MA63 sememangnya menjadi intipati utama dalam tuntutan hak-hak Sabah yang telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan untuk dikaji dan diteliti dalam Jawatankuasa Khas Kabinet bagi mengkaji MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri," tambahnya. -- Bernama Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  9. KUALA LUMPUR: Pasukan bertanding dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2019 akhirnya boleh menarik nafas lega apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dijangka membayar geran tahunan dalam tempoh terdekat.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Kevin Ramalingam berkata selepas penamatan kontrak bersama Telekom Malaysia Bhd (TM), MFL kini berada dalam fasa rundingan terakhir bagi menandatangani kontrak penajaan baharu bersama beberapa entiti demi kelangsungan pasukan bertanding dalam Liga M. Katanya, MFL menjangkakan segala urusan berkaitan kontrak penajaan baharu itu dapat diselesaikan dalam tempoh kira-kira empat minggu sebelum menyalurkan geran tahunan kepada setiap pasukan. "Sebelum ini proses rundingan adalah dalam tahap tunjuk minat tetapi sekarang kita telah memasuki fasa rundingan serius di mana ia mungkin boleh ditandatangani dan saya berharap dalam masa empat minggu akan datang semua kontrak dapat ditandatangani."MFL komited dalam mencari pengganti yang akan lebih menyokong kita untuk jangka masa panjang. Kita turut berjumpa dengan pasukan-pasukan untuk menerangkan status terkini berkaitan rundingan," katanya ketika ditemui pada majlis undian pusingan suku akhir Piala FA di sini, pada Khamis. Menurut Kevin, sehingga kini jumlah geran tahunan kekal RM3 juta bagi pasukan Liga Super dan RM1 juta untuk pasukan Liga Premier, namun nilai itu mungkin berubah bergantung kepada jumlah penajaan diterima. "Sasaran masih sama, kita cuba mendapatkan jumlah sama macam kita pernah lakukan dulu tetapi semuanya bergantung kepada kontrak-kontrak yang kita boleh tandatangani nanti," katanya. Dalam pada itu, beliau menasihatkan setiap pasukan perlu mempunyai perancangan kewangan jangka masa panjang untuk mengelakkan daripada berdepan masalah kewangan. Sebagai rekod, MFL sebelum ini menandatangani perjanjian selama lapan tahun bermula Januari 2017 dengan jumlah difahamkan sekitar RM480 juta untuk menguruskan Liga M. -- Bernama Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  10. KOTA BHARU: Seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia akibat tertimbus tanah ketika sedang mendulang emas di sebatang anak sungai di Ladang Fokus Bonanza Biak A di Dabong, Kuala Krai pada Khamis petang.Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Abdullah Roning berkata remaja itu dikenali sebagai Mohamad Amiraasyraf Azman yang berasal dari Kampung Biak A, Dabong, Kuala Krai. "Pihak kami menerima panggilan daripada penduduk pada pukul 5.15 petang tadi yang mendakwa seorang remaja terjatuh dan tertimbus ke dalam anak sungai ketika sedang mendulang emas di kawasan itu. "Siasatan awal mendapati remaja yang juga buruh itu pergi mendulang emas di kawasan berkenaan bersama bapanya sebelum berlaku satu kejadian tanah runtuh, yang menyebabkan Mohamad Amraasyraf tertimbus," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.Abdullah berkata bapa Amaraasyraf kemudiannya mendapatkan bantuan rakan-rakan beliau untuk mencari anaknya, dan remaja itu dijumpai pada kira-kira pukul 6.40 petang tadi, meninggal dunia di tempat kejadian. Beliau berkata pemeriksaan awal di Klinik Kesihatan Dabong mendapati remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat. -- Bernama Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  11. KUALA LUMPUR: Tun Daim Zainuddin menzahirkan keyakinan bahawa harga projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang telah dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion kepada RM44 bilion, kemungkinan besar boleh diturunkan lagi.Beliau berkata perkara itu serba mungkin sebaik sahaja pakar pembinaan rel di Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company Ltd membincangkan butiran teknikal projek infrastruktur gergasi itu. Awal minggu ini, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) bersetuju membentuk syarikat usaha sama (JV) 50:50 untuk pengendalian, pengoperasian dan penyelenggaraan rangkaian rel ECRL. "Kami akan memohon jumlah pinjaman lebih rendah serta perlanjutan tempoh dan jadual pembayaran, daripada Bank China-Exim," kata Daim kepada Bernama News Channel (BNC) dan Perkhidmatan Berita Ekonomi dalam temu bual eksklusif pada Khamis. Daim, yang juga pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), telah diminta oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengetuai pasukan ke Beijing, sejurus selepas kejayaan kerajaan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum tahun lepas, untuk merundingkan semula projek ECRL. "Kami akan merundingkan jumlah yang agak besar (pengurangan), sekurang-kurangnya minimum kira-kira RM30 bilion. "Ini adalah pada fasa akan datang rundingan kami kerana kami tidak mahu terikat dengan perjanjian tambahan baharu bagi kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC)."Jadi, RM21.5 bilion itu sebenarnya penjimatan minimum yang kami peroleh menerusi rundingan semula kontrak ECRL. Kami harap untuk kembali pada minggu depan dengan lebih banyak berita baik untuk rakyat," katanya. Daim telah berjaya mengendalikan rundingan semula bagi perjanjian tambahan yang telah mengurangkan kos sebanyak 32.8 peratus atau RM21.5 daripada harga asal berjumlah RM65.5 bilion yang dimeterai oleh pentadbiran terdahulu di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya CCCC turut menunaikan komitmennya untuk memulangkan sebahagian pembayaran pendahuluan RM3.1 bilion di bawah kontrak asal bagi Fasa 2, landasan berkembar dan perluasan projek ECRL ke utara apabila ia memulangkan RM500 juta hari ini, dan RM500 juta lagi dalam tempoh sebulan bagi bayaran balik sepenuhnya sebanyak RM1 bilion. Pengerusi CEP itu berkata kejayaan dalam rundingan semula bagi perjanjian tambahan dan penyambungan semula projek ECRL turut meningkatkan keyakinan pelabur dalam kalangan syarikat China untuk datang dan melabur di Malaysia yang akan membabitkan berbilion ringgit. Beliau berkata perjanjian itu juga merupakan insentif bagi CCCC dan pelabur China yang lain untuk mengkaji pelaburan lain di Malaysia yang dapat meningkatkan pemanfaatan ECRL. "Jadi, kami jangka terdapat lebih banyak pelaburan langsung asing, bukan sahaja daripada China, tetapi juga daripada domestik dan sumber antarabangsa yang lain, di Pantai Tmur dan sepanjang laluan rel. "Oleh kerana ECRL akan hanya siap pada akhir 2026, kami yakin tempoh itu akan membolehkan pelaburan lain disiapkan supaya wujud daya maju lebih hebat di sepanjang laluan rel apabila sebaik sahaja ECRL berfungsi," katanya. Daim turut menjelaskan perjanjian tambahan bagi ECRL termasuk landasan berkembar bagi keseluruhan laluan rel sepanjang 640 kilometer. "Mereka yang menyatakan kos baharu sebanyak RM44 bilion itu mempertaruhkan ciri tertentu seperti landasan berkembar telah berbohong. Ia semudah itu," katanya. Kepada pihak tertentu yang berhujah bahawa ECRL akan berakhir sebagai projek gajah putih, dengan kadar penumpang dan muatan kargo rendah, Daim berkata pembinaan projek infrastruktur awam biasanya mengambil masa yang lama sebelum dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan "kami sedar akan perkara itu". "Sebab itu kenapa dalam rundingan kami dengan China, kami turut memasukkan memorandum persefahaman bagi pengendalian, pengoperasian dan penyelenggaraan (MOM) ECRL. Di bawah perjanjian asal, Malaysia sendirian perlu menampung kos MOM dari awal. Dengan mendapatkan CCCC untuk menampung separuh kosnya bagi 20 tahun pertama operasi, kami jangka dapat menjimatkan kira-kira RM4 bilion," katanya. Daim berkata ECRL akan membawa manfaat kepada sektor pembinaan kerana sudah ada RM44 bilion yang merupakan jumlah yang banyak, dengan mengambil kira bahawa 40 peratus akan diperuntukkan bagi kandungan tempatan. -- Bernama Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  12. KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Khamis sebulat suara meluluskan usul tergempar menyokong pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan Datuk Masidi Manjun ketika membentangkan usul berkenaan berkata, usul itu juga bertujuan memastikan Ahli Parlimen di Sabah meneruskan usaha untuk berunding dengan pihak-pihak berkenaan bagi melaksanakan pindaan itu di Parlimen secepat mungkin. "Usul ini adalah satu simbolik bagi negeri Sabah dalam usaha kita mendapatkan semula status Sabah sebagai rakan kongsi yang sama taraf dengan Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Pada 9 April, satu usul dibentangkan di Dewan Rakyat untuk meminda perlembagaan bagi mengembalikan peruntukan asal yang digubal pada 1963 dan dipinda pada 1976. "Cadangan pindaan 2019 ini bertujuan mengambalikan peruntukan asal Perkara 1(2) Perlembagaan Pesekutuan yang mengiktiraf rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia, iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sejajar dengan perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya.Pada 9 April lepas Dewan Rakyat gagal mendapatkan sokongan dua pertiga atau 148 undi yang diperlukan untuk meluluskan Pindaan itu, yang diusulkan khusus bagi mengembalikan Sabah dan Sarawak ke status asalnya seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Hanya 138 anggota Parlimen menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 sementara 59 orang termasuk anggota Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak, tidak mengundi. Masidi berkata pindaan itu seringkali diutarakan oleh pemimpin Sabah sejak satu ketika dahulu sehingga sekarang, sama ada dalam persidangan di DUN Sabah mahupun di Parlimen. "Oleh itu saya berharap selepas ini semua Anggota Parlimen dari Sabah mengambil kira suara semua ADUN di Sabah agar usaha berterusan dapat dilakukan untuk merealisasikannya," tambahnya. -- Bernama Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  13. KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Khamis meluluskan pindaan bagi dua Rang Undang-Undang berkaitan Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004 dan Enakmen Mahkamah Syariah 2004.Kedua-dua pindaan itu dibentangkan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Mokhtar dan diluluskan oleh Speaker DUN Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali selepas bacaan kali ketiga. Aidi dalam ucapan pembentangannya berkata Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (Pindaan) 2019 dan Enakmen Mahkamah Syariah (Pindaan) 2019 itu akan mula berkuat kuasa pada 20 Mei 2019. Beliau berkata Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (Pindaan) 2019 adalah selari dengan hasrat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk mempelbagaikan dan memperkasa struktur organisasi serta aktivitinya dalam bidang ekonomi dan sosial khususnya bagi orang Islam.Pindaan itu juga akan membolehkan pengurusan dan pentadbiran MUIS dikendalikan dengan lebih licin dan berkesan, katanya berucap membentangkan RUU itu, di sini. Bagi Enakmen Mahkamah Syariah (Pindaan) 2019, Aidi berkata, pindaan itu dibuat bertujuan mengawal penerimaan masuk peguam-peguam syarie beramal di Sabah bagi mewakili mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding di Mahkamah Syariah. Selain itu, pindaan berkenaan juga bertujuan mengawal penerimaan masuk peguam-peguam syarie yang bukan berasal dari Sabah hanya untuk kes-kes tertentu sahaja mengikut budi bicara Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, katanya. -- Bernama Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  14. KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah menjadi pemangkin pembangunan permotoran di Malaysia seiringi dengan perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) yang menandakan genap 20 tahun di Sepang pada Khamis yang membangkitkan minat baharu di kalangan rakyat Malaysia kepada sukan permotoran."Secara semulajadi, kejayaan memiliki pasukan MotoGP sepenuhnya adalah luar biasa dan saya sangat bangga untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini. "Tetapi secara jujur, saya tidak melihat ini sebagai kemuncak untuk pembangunan sukan permotoran di Malaysia. Lebih banyak peristiwa yang lebih hebat akan berlaku pada masa akan datang terutama dalam sukan permotoran di Malaysia. Bagi MotoGP masa depannya bersinar terang untuk Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali yang juga Team Principal Petronas Yamaha Sepang Racing Team. Razlan dalam satu kenyataan berkata bahawa detik-detik bersejarah dilakar oleh Malaysia dalam MotoGP apabila SuperKIP (Khairul Idham Pawi) mengungguli Grand Prix Argentina dan Jerman dalam Moto3, Zulfahmi Khairuddin menduduki tangga kedua di Sepang dan hampir menang pada 2012 serta Hafizh Syahrin Abdullah menduduki podium dalam Moto2 dan menjadi rakyat Malaysia pertama dalam sejarah beraksi dalam kelas MotoGP. "Akan ada pencapaian yang lebih besar pada masa akan datang jika kita terus berusaha membina kejayaan dan minat MotoGP yang semakin meningkat di Malaysia," katanya.Razlan mengakui bahawa Zulfahmi adalah pencetus perubahan dalam sejarah MotoGP Malaysia apabila SIC mengambil langkah lebih berani untuk meletakkan pelumba muda Zulfahmi pada musim penuh dalam kelas 125cc menggunakan jentera Aprilia di bawah Air Asia-Litar Antarabangsa Sepang. "Dia ketika itu bukan pelumba handalan Malaysia, tetapi beliau mencetuskan minat terbesar dalam permotoran apabila semain ramai rakyat Malaysia mengikuti jejaknya pada kejohanan dunia dan Malaysia kini berbangga mempunyai pasukan MotoGP sendiri dan kejayaan Hafizh Syahrin beraksi dalami kelas MotoGP, benar-benar mengagumkan," katanya. Beliau berkata ketika Sepang meraikan 20 tahun dalam MotoGP, mungkin secara kebetulan Petronas Yamaha Sepang Racing Team memiliki nombor 20 sebagai nombor persaingan dalam kelas MotoGP utama dengan penyertaan Fabio Quartararo berusia 19 tahun. "Musim 2019 diharap akan menjadi istimewa untuk Malaysia, yang akan menganjurkan Shell Malaysia MotoGP dari 1 hingga 3 Nov," katanya. Sejak 1991, Grand Prix Motosikal Dunia atau MotoGP seperti dikenali sekarang, telah diadakan di Litar Batu Tiga, Shah Alam dan Litar Johor di Pasir Gudang. Selepas perasmian SIC, kejohanan dunia menemukan venue baharu yang menyaksikan peningkatan populariti di Malaysia, terutama selepas memperkenalkan Program Wildcard kebangsaan oleh SIC pada 2009. MotoGP sulung di SIC adalah pembuka tirai bagi musim 1999, dan ia bermula pada 17 April dengan sesi latihan bebas untuk semua ketiga-tiga kategori 125cc, 250cc dan 500cc. Kenny Roberts Jr dari Suzuki Grand Prix Team dinobatkan sebagai pemenang pertama kelas 500cc pada April 1999. Kelas 250cc dimenangi oleh pelumba Itali, Loris Capirossi sementara pelumba Jepun, Masao Azuma mengungguli perlumbaan 125cc. -- Bernama Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  15. KUALA LUMPUR: Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) berharap Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman, untuk memastikan pengurusan yang lebih berkesan terhadap aduan awam dapat dibentang di Parlimen selewat-lewatnya akhir tahun ini.Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata pihaknya bersama Biro Pengaduan Awam (BPA) kini sedang dalam rangka kerja menyediakan RUU itu untuk dibawa kepada jemaah menteri. "Kami telah berbincang untuk memorandum jemaah menteri dibuat dengan RUU untuk dibentang dalam mesyuarat Kabinet...kami sedang berusaha untuk memastikan ia (dibentangkan di Parlimen) menjelang akhir tahun ini, itulah harapan kami," katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara Bernama News Channel (BNC) di sini, Khamis malam. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 21 Sept tahun lepas dilapor berkata Akta Ombudsman akan digubal bagi menukar fungsi BPA kepada Ombudsman Malaysia untuk memastikan pengurusan aduan awam di negara ini lebih berkesan.Anis Yusal berkata penubuhan badan bebas itu berupaya mewujudkan satu ekosistem selamat dan terjamin bagi rakyat membuat aduan berkaitan agensi kerajaan. Mengulas lanjut, beliau berkata Ombudsman Malaysia akan berfungsi sebagai peringkat kedua, dengan orang awam boleh memanjangkan aduan kepada badan itu sekiranya aduan menerusi peringkat pertama di agensi kerajaan terlibat, tidak berhasil. "Pengadu boleh mengadu kepada Ombudsman Malaysia, dan badan ini akan menyiasat kenapa agensi kerajaan terlibat tidak mengambil tindakan wajar, jadi rakyat mempunyai tempat lain untuk membuat aduan," katanya. -- Bernama Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
×
×
  • Create New...