Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...

SIFU SEO MALAYSIA

Administrators
  • Content Count

    21,928
  • Joined

  • Last visited

  • Days Won

    1
  • Points

    0 [ Donate ]

SIFU SEO MALAYSIA last won the day on August 3 2018

SIFU SEO MALAYSIA had the most liked content!

Community Reputation

1 Neutral
  1. LANGKAWI, 20 April (Bernama) -- Klon belimbing hibrid, Bintang Mas atau varieti MSTAR1 akan menjadi tarikan baharu di Taman Agroteknologi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Langkawi di sini. Pengurus Stesen Mardi Langkawi Mohd Asri Fariq Abd Ghafar berkata sebagai permulaan pihaknya akan menanam kira-kira 60 pokok varieti belimbing tersebut untuk diperkenalkan kepada pelancong dalam dan luar negara, dijangka awal tahun depan. “60 pokok Bintang Mas (yang ditanam itu) mengambil masa dua tahun untuk mula mengeluarkan hasil menjelang 2022 dan pelancong boleh datang memetik dan merasa sendiri belimbing ini.“Rasanya manis, rangup, tiada rasa kelat dan mempunyai warna kuning keemasan yang menarik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. Bintang Mas merupakan klon belimbing hibrid pertama di Malaysia dilancarkan pada 7 April lepas di Mardi Kluang, bertujuan memastikan produk belimbing negara kembali berdaya saing dalam pasaran termasuk di peringkat antarabangsa. Mohd Asri Fariq berkata Taman Agroteknologi Mardi Langkawi memfokuskan sektor agro pelancongan dalam menjadi platform memperkenalkan hasil penyelidikan Mardi kepada orang ramai. Katanya selain varieti baharu, pelancong juga berpeluang merasai sendiri lebih 20 varieti buah-buahan nadir atau yang jarang ditemui seperti Ceri Terengganu, Pupur Dendang, Kuning Telur dan Kemunting. “Kita menerima kunjungan kira-kira 8,000 sehingga 10,000 pelancong setiap bulan, dan pelancong luar negara paling ramai adalah dari Timur Tengah dan China. Kita harap jumlah ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa,” katanya. Taman Agroteknologi Mardi Langkawi diwujudkan pada 1990 dan mula dibuka sebagai tempat pelancongan eko-pelancongan bagi pengunjung ke Langkawi pada 2005, dengan keluasan 27.39 hektar serta menghimpunkan lebih 50 varieti pokok. -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  2. SEORANG pesakit yang sedar dari koma akibat cubaan membunuh diri terkejut apabila dilemparkan dengan bil hospital bernilai AS$93,424 (RM386,074). Selepas seminggu dirawat di hospital, Oliver Jordan menerima bil untuk rawatan yang terdiri daripada penggunaan makmal (RM119,842), penggunaan katil dan wad (RM42,482) dan perkhidmatan bantuan pernafasan (RM51,209). Gambar bil hospital itu dimuat naik oleh Oliver ke akaun Twitternya. “Ini betapa mahalnya untuk cubaan membunuh diri di Amerika Syarikat,” katanya dalam tweet tersebut. Oliver, 21 tahun yang bekerja dalam bidang perundangan di Oklahoma, dalam temubual bersama akhbar The New York Post menyatakan bahawa dia bersyukur kerana mempunyai insurans dan hanya perlu membayar dalam RM11,777. Namun, beberapa netizen yang membalas tweet tersebut memaklumkan, nasib mereka tidak sebaik Oliver. Salah satu pengguna Twitter @darthlola menceritakan tentang pengalamannya di wad psikiatri yang hanya selama dua hari, namun terpaksa melangsaikan bil berjumlah AS$10,000 (RM40,000). Ada juga yang menyatakan rasa bersyukur atas perkhidmatan perubatan dan rawatan percuma di negara masing-masing, termasuk pengguna Twitter @naagnoool yang berasal daripada United Kingdom. Menurut kajian Health Care Cost Institute, satu lawatan hospital di Amerika Syarikat secara purata bernilai RM7,922 bagi tahun 2016.Dalam kajian oleh Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health, sesetengah hospital di Amerika Syarikat menaikkan harga lebih 1000 peratus. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  3. IPOH: Kerajaan Perak akan membuat lantikan Datuk Bandar Ipoh yang baharu bagi menggantikan Datuk Zamri Man yang dilaporkan tidak hadir bertugas sejak beberapa bulan lalu.Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru, Paul Yong Choo Kiong berkata, proses lantikan itu akan dibuat dalam masa terdekat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. "Proses lantikan sedang diusahakan memandangkan kita sudahpun mempunyai calon. Kita juga akan membuat pengumuman mengenai perkara ini secepat mungkin. "Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) 2019 di Ipoh Parade, hari ini. Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan Zamri mengalami masalah kesihatan, namun sepanjang tempoh ini tidak mengemukakan sebarang cuti sakit."Beliau tidak memberi sebarang surat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau kepada saya yang mengatakan dia sakit. Beliau hanya menyerahkan cuti sakit dua bulan sebelum (kehilangan). "Saya sendiri juga sudah cuba untuk melawat di rumahnya, tetapi tidak dapat menemui beliau," kata Yong. Keadaannya itu menurutnya, boleh disifatkan sebagai 'hilang'. Katanya, mengikut undang-undang, seorang Datuk Bandar layak mengambil cuti sakit selama 90 hari. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  4. MELAKA, 20 April (Bernama) -- Rakyat perlu diberi pemahaman yang jelas mengenai kedudukan Raja-raja yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bagi mengelakkan mereka melemparkan fitnah terhadap institusi itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy berkata rakyat perlu lebih faham peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Raja-raja sebagai Ketua Negeri yang sekali gus pemahaman tersebut dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. “Masyarakat harus faham kedudukan perlembagaan, jadi kita perlu lebih memperbanyak ‘outreach to educate people’ tentang peruntukan perlembagaan yang memberikan kedudukan khas kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja di negara ini.“Janganlah sesiapa cuba mengungkitkan apa-apa isu (berkaitan perlembagaan) yang boleh menyakiti hati raja-raja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Perpaduan Demi Negara Rukan Tetangga Dan Persatuan Penduduk Peringkat Zon Selatan (Melaka dan Johor) 2019 di Ayer Keroh, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Adly Zahari. Waytha Moorthy berkata justeru itu, rakyat perlu lebih berhati-hati menggunakan media sosial berikutan segala perkara yang ditimbulkan melalui medium itu mampu menjejaskan hubungan perpaduan antara kaum yang terdapat di negara ini. Sementara itu, ketika berucap pada majlis berkenaan beliau berkata pihak (Kawasan Rukun Tetangga) KRT dan persatuan penduduk di seluruh negara perlu menggunakan jaringan media sosial sebagai platform menyebarkan maklumat dan berita yang benar-benar sahih. “Penggunaan media sosial boleh mempengaruhi tingkah laku komuniti, justeru penyebaran maklumat tidak sahih akan menimbulkan keresahan dan kegusaran komuniti sehingga membawa kepada perpecahan. Beliau berkata, warga KRT dan persatuan penduduk boleh merujuk portal Sebenarnya.my­ yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimeda Malaysia (SKMM) yang berfungsi sebagai pusat sehenti kepada rakyat menyemak sebelum berkongsi berita yang belum ditentukan kesahihannya. Sehingga kini, terdapat 8,163 KRT dan 7,944 persatuan penduduk direkodkan di seluruh negara. -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  5. JEMPOL, 20 April (Bernama) -- Kerajaan akan meneruskan pemberian insentif Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil kepada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada kadar semasa iaitu RM1,500, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Katanya keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan cadangan pemotongan insentif tersebut kepada RM1,000 yang dikemukakan oleh Lembaga Pengarah Felda sebelum ini. "Keputusan (sebelum ini dicadangkan) oleh Lembaga Pengarah Felda dan mereka ini profesional serta berwibawa dan berpendapat bahawa pemotongan tersebut perlu dilakukan berikutan kedudukan kewangan Felda ketika itu yang amat kritikal."Namun sebagai kerajaan yang peduli peneroka, saya telah mengambil maklum cadangan Lembaga Pengarah Felda dan bersama-sama Timbalan Menteri (Dr Mohd Radzi Md Jidin) kami bertemu dengan perdana menteri sebanyak empat kali sebelum kertas putih dibentangkan dan perdana menteri tidak bersetuju dengan cadangan pemotongan itu dalam keadaan ekonomi sekarang yang amat membebankan peneroka Felda, " katanya di sini hari ini. Beliau ditemui pemberita selepas meninjau projek perumahan generasi baharu Felda di Palong 8, di sini yang turut disertai Mohd Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawan, Pendidikan dan Modal Insan negeri Dr Mohamad Rafie Ab Malek; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar Ismail Ahmad dan Pengarah Besar Felda Datuk Dr Othman Omar Pada 28 Mac lepas, Lembaga Pengarah Felda mencadangkan agensi itu mengurangkan bayaran Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil daripada RM1,500 kepada RM1,000 sebulan ekoran keadaan kewangan semasanya yang kritikal. Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata perdana menteri juga telah mengarahkan sejumlah wang disediakan kepada Felda agar pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dikekalkan pada kadar sedia ada. Sementara itu, beliau berkata 5,000 unit perumahan generasi baharu Felda di seluruh negara yang mencapai status pembinaan 70 peratus dan ke atas akan disiapkan tahun ini, melibatkan peruntukan RM250 juta. "Bagi Negeri Sembilan, ia melibatkan 839 unit dengan peruntukan RM90 juta, " katanya. Sementara itu, ditanya mengenai keputusan kerajaan meneruskan projek Bandar Malaysia, Mohamed Azmin berkata projek tersebut tidak melibatkan peruntukan kerajaan, sebaliknya dipacu oleh sektor swasta. "Projek ini bukan sahaja pembangunan hartanah komersil dan kediaman tetapi satu pembangunan strategik yang dapat menarik pelabur dari syarikat multinasional luar negara khususnya dalam sektor kewangan. Kita mahu jadikan Malaysia hab kewangan di rantau ini. "Kita berpegang pada prinsip ia mesti dilakukan dengan tender terbuka dan kita dapat maklumat antara sebab pentadbiran lama menamatkan perjanjian asal itu atas pertimbangan untuk dapat imbuhan yang illegal (haram), " katanya. Semalam, Dr Mahathir mengumumkan kerajaan akan meneruskan semula projek Bandar Malaysia dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM140 bilion selepas ia diberhentikan secara tiba-tiba pada Mei 2017. Terdahulu, Mohamed Azmin yang dalam lawatan kerja sehari di negeri ini menghadiri Program Rapat Perdana Peneroka Felda Raja Alias di Palong 8 di sini. Pada program itu beliau turut menerangkan kepada warga peneroka mengenai kertas putih "Ke Arah Kelestarian Felda " yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April lepas. Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sembilan anugerah kepada individu terpilih. Penghulu Luak Jempol Datuk Lela Putra Setiawan Abdul Hafit Anuar Abu Bakar dipilih menerima anugerah Tokoh Peneroka, Ramlah Jelani (Tokoh Penerokawati); Rizam Hazmi (Tokoh Belia); Mej (B) Abu Ibon (Tokoh Kaf); Nur Zalifah Pazerizulsham (Tokoh Pelajar); Napsiah Abu Bakar (Tokoh Koperasi); Harlina Abd Rahman (Tokoh Usahawan); Felda Raja Alias 4 (Pemenang AKKF) dan Abu Zarin Baba (Tokoh Imam). -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  6. PUTRAJAYA: Sebanyak 50 saman dikeluarkan terhadap pemandu lori atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Lebih Muatan yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pada Sabtu.Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid operasi berkenaan bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada 5 petang disertai 13 pasukan dari Ibu Pejabat JPJ, Selangor dan Wilayah Persekutuan. "Operasi hari ini tertumpu kepada dua kawasan iaitu dari Bukit Tagar ke Dengkil dan Nilai ke Dengkil. "Terdapat 20 kes lori membawa lebih muatan dan disaman mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat (2010)."Manakala 30 kes lagi berkaitan dengan kesalahan parkir, tiada lesen dan kesalahan teknikal (tambah pagar) dan kesemua ini disaman mengikut Akta Pengangkutan Jalan (1987)," katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat JPJ Putrajaya, pada Sabtu. Sementara itu, Shaharuddin berkata kesalahan yang sering dilakukan pemandu lori secara keseluruhannya adalah membawa lebih muatan. "Bermula Januari sehingga Mac tahun ini, keseluruhan kes melibatkan lori membawa lebih muatan adalah sebanyak 13,744 kes di seluruh negara dengan nilai kutipan kompaun RM1.7 juta. "Bagi di Sabah dan Sarawak terdapat 1,383 kes saman yang dikeluarkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan terdapat (LPKP) dengan nilai kompaun lebih RM150,000," jelas beliau. Ditanya apakah alasan yang sering diberikan oleh pemandu lori apabila membawa lebih muatan Shaharuddin berkata ia lebih kepada mahu kejar 'trip', lebih jimat dan upah yang pemandu lori terima. "Isu lebih muatan ini satu perkara yang biasa bagi pemandu lori tetapi ia menyebabkan gangguan kepada serta membahayakan pengguna jalan raya, pihak JPJ sentiasa menerima aduan orang awam dan melakukan tindakan segera sekiranya terdapat laporan," ujarnya. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  7. SANDAKAN, 20 April (Bernama) -- Sebuah jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan ditubuhkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong hari ini. Jelasnya, jawatankuasa itu akan melibatkan anggota Parlimen terpilih bagi melengkapkan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai perkara sama. "Kami (kerajaan Persekutuan) menyedari sebuah jawatankuasa melibatkan anggota Parlimen perlu bagi menjayakan pelaksanaan MA63. "Pengerusi PSC itu nanti akan dijemput untuk menjadi anggota tetap Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyumbang kepada pelaksanaan MA63, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Iltizam 2019 Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura 2 di sini. Liew melahirkan perasaan gembira terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang meluluskan usul menyokong pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan pada persidangan dewan itu baru-baru ini. Beliau berharap langkah sama akan dituruti DUN Sarawak pada persidangan akan datang. "Saya yakin DUN Sarawak akan mengambil langkah seperti DUN Sabah (menyokong pindaan). "Saya juga akan berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai usul pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan itu, " katanya. Mengenai rakaman video prosiding perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditularkan, Liew percaya mahkamah berkenaan akan mengambil tindakan terhadap individu yang memuat naik video itu ke laman media sosial Facebook. "Yang mengecewakan ialah video yang dimuat naik itu bukan gambaran sepenuhnya yang berlaku dalam mahkamah dan telah memberi ´sense of false hope´ kerana telah disunting pendek, " katanya. Semalam, video berdurasi dua minit 12 saat bertajuk ´Hari kelima perbicaraan Datuk Seri Najib´ memaparkan rakaman peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyoal saksi, menjadi tular menerusi media sosial. -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  8. PUTRAJAYA: Lebih 4,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa dijangka memeriahkan pameran teknologi mudah alih generasi kelima (5G) Malaysia yang sedang berlangsung untuk orang awam di Kompleks Perbadanan Putrajaya mulai hari ini (Sabtu) sehingga Ahad.Ketua Teknologi dan Standard Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Dr Ahmad Nasruddin Atiqullah Fakrullah berkata pameran 5G itu yang bermula 10 pagi hingga 6 petang, mendapat sambutan memberangsangkan. "Sebelum pameran dibuka, sudah ada ramai orang menunggu untuk mengunjungi pameran termasuk para pelajar sekolah, universiti dan mendapati sambutan amat menggalakkan. Memang teruja untuk melihat orang ramai mahu melihat dengan sendiri sejauh manakah teknologi 5G ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada pameran tersebut. Justeru, beliau turut menjemput orang ramai untuk melihat sendiri masa hadapan dunia yang dihubungkan dengan teknologi 5G dalam pameran itu yang memaparkan pelbagai teknologi, antaranya dron dengan kecerdasan buatan, pengecaman muka dan stesen dok, hologram, dan robotik (4IR) Revolusi Perindustrian Keempat. Sebanyak 25 pempamer mengambil bahagian."MCMC myMaker Fair showcase turut diadakan di dalam khemah sebelah Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya yang mana ia merupakan aktiviti penting kepada generasi muda khususnya untuk memupuk minat dalam teknologi yang sentiasa berkembang pesat. "Ini adalah bagi memastikan mereka bersiap sedia untuk menerima 5G," katanya. Tinjauan Bernama mendapati hujan lebat yang turun kira-kira 2.30 petang tadi tidak menghalang orang ramai untuk terus berada di tapak Pameran 5G tersebut. Seorang pengunjung, S. Sathia Bama, 50, berkata hujan tidak mematahkan semangat mereka sekeluarga untuk menjayakan pameran ini dan menambah dia bersama kakaknya N.Umah Devi tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini. "Kami juga mahu mengenali apakah itu teknologi canggih 5G," katanya, sambil menambah dia teruja melihat teknologi hologram itu. -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  9. JEMPOL: Kerajaan akan meneruskan pemberian insentif Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil kepada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada kadar semasa iaitu RM1,500, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.Katanya, keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan cadangan pemotongan insentif tersebut kepada RM1,000 yang dikemukakan oleh Lembaga Pengarah Felda sebelum ini. "Keputusan (sebelum ini dicadangkan) oleh Lembaga Pengarah Felda dan mereka ini profesional serta berwibawa dan berpendapat bahawa pemotongan tersebut perlu dilakukan berikutan kedudukan kewangan Felda ketika itu yang amat kritikal. "Namun sebagai kerajaan yang peduli peneroka, saya telah mengambil maklum cadangan Lembaga Pengarah Felda dan bersama-sama Timbalan Menteri (Dr Mohd Radzi Md Jidin) kami bertemu dengan perdana menteri sebanyak empat kali sebelum kertas putih dibentangkan dan perdana menteri tidak bersetuju dengan cadangan pemotongan itu dalam keadaan ekonomi sekarang yang amat membebankan peneroka Felda," katanya di sini hari ini. Beliau ditemui pemberita selepas meninjau projek perumahan generasi baharu Felda di Palong 8, di sini yang turut disertai Mohd Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawan, Pendidikan dan Modal Insan negeri Dr Mohamad Rafie Ab Malek; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar Ismail Ahmad dan Pengarah Besar Felda Datuk Dr Othman Omar Pada 28 Mac lepas, Lembaga Pengarah Felda mencadangkan agensi itu mengurangkan bayaran Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil daripada RM1,500 kepada RM1,000 sebulan ekoran keadaan kewangan semasanya yang kritikal.Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata perdana menteri juga telah mengarahkan sejumlah wang disediakan kepada Felda agar pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dikekalkan pada kadar sedia ada. Sementara itu, beliau berkata 5,000 unit perumahan generasi baharu Felda di seluruh negara yang mencapai status pembinaan 70 peratus dan ke atas akan disiapkan tahun ini, melibatkan peruntukan RM250 juta. "Bagi Negeri Sembilan, ia melibatkan 839 unit dengan peruntukan RM90 juta," katanya. Sementara itu, ditanya mengenai keputusan kerajaan meneruskan projek Bandar Malaysia, Mohamed Azmin berkata projek tersebut tidak melibatkan peruntukan kerajaan, sebaliknya dipacu oleh sektor swasta. "Projek ini bukan sahaja pembangunan hartanah komersil dan kediaman tetapi satu pembangunan strategik yang dapat menarik pelabur dari syarikat multinasional luar negara khususnya dalam sektor kewangan. Kita mahu jadikan Malaysia hab kewangan di rantau ini. "Kita berpegang pada prinsip ia mesti dilakukan dengan tender terbuka dan kita dapat maklumat antara sebab pentadbiran lama menamatkan perjanjian asal itu atas pertimbangan untuk dapat imbuhan yang illegal (haram)," katanya. Semalam, Dr Mahathir mengumumkan kerajaan akan meneruskan semula projek Bandar Malaysia dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM140 bilion selepas ia diberhentikan secara tiba-tiba pada Mei 2017. Terdahulu, Mohamed Azmin yang dalam lawatan kerja sehari di negeri ini menghadiri Program Rapat Perdana Peneroka Felda Raja Alias di Palong 8 di sini. Pada program itu beliau turut menerangkan kepada warga peneroka mengenai kertas putih "Ke Arah Kelestarian Felda" yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April lepas. Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sembilan anugerah kepada individu terpilih. Penghulu Luak Jempol Datuk Lela Putra Setiawan Abdul Hafit Anuar Abu Bakar dipilih menerima anugerah Tokoh Peneroka, Ramlah Jelani (Tokoh Penerokawati); Rizam Hazmi (Tokoh Belia); Mej (B) Abu Ibon (Tokoh Kaf); Nur Zalifah Pazerizulsham (Tokoh Pelajar); Napsiah Abu Bakar (Tokoh Koperasi); Harlina Abd Rahman (Tokoh Usahawan); Felda Raja Alias 4 (Pemenang AKKF) dan Abu Zarin Baba (Tokoh Imam). -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  10. PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji sistem dan prosedur kerja di keseluruhan bahagian badan penguatkuasa itu.Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid jawatankuasa khas itu telah ditubuhkan minggu lepas dan diketuai oleh Ketua Pengarah Bahagian Integriti JPJ. Bagaimanapun jawatankuasa itu tidak hanya menumpukan kepada kes rasuah di Pulau Pinang namun usaha penambahbaikan secara keseluruhan badan penguatkuasa itu. "Kita mahu menkaji dan membuat analisis jurang (gap analysis) tentang kenapa berlaku ruang dan peluang rasuah dalam JPJ dan laporan oleh jawatankuasa khas ini akan disiapkan dalam tempoh dua minggu."Kadangkala sistem dah lama terdapat ketirisan yang perlu dilihat dan kita kena tengok balik semua sekali supaya sesuatu tindakan dapat diambil. "Laporan berkenaan juga akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya ada keperluan," katanya dalam satu sidang media Ops Tutup, di Putrajaya, pada Sabtu. Sementara itu, beliau turut menyatakan tiada rombakan akan dilakukan buat masa ini terhadap JPJ Pulau Pinang dan akan bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan yang dijalankan. "Moral kakitangan JPJ di Pulau Pinang masih sama, operasi penguatkuasa juga diteruskan seperti biasa dengan bantuan dari JPJ bahagian Zon Utara," katanya. Pada masa yang sama, Shaharuddin turut sekali lagi memberi amaran kepada semua kakitangannya agar mementingkan integriti ketika menjalankan tugas. "Sikap tanggungjawab kena ada, sila laporkan kepada pegawai atasan sekiranya ada pihak yang cuba memberi rasuah. Begitu juga dengan orang awam, jika ada anggota atau pegawai JPJ yang meminta rasuah sila laporkan kepada pihak berwajib," katanya. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  11. LANGKAWI: Berkali-kali sudah dikutip, dibuang dan dilupuskan, namun timbunan sampah tetap muncul walau di ceruk mana pun di Pulau Langkawi. Setakat tengah hari Sabtu, sebanyak 36 kilogram sampah telahpun dikutip di sekitar taman Dataran Lang berhampiran Jeti Kuah.Sempena sambutan Hari Tanah Bencah Sedunia (World Wetlands Day), seramai 40 pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam memilih Langkawi untuk menjalankan kerja-kerja amal mengutip sampah, membersihkan trek dan menanam pokok bakau. Bercakap kepada Astro AWANI, mereka melahirkan rasa kesal dengan tabiat membuang sampah yang sukar diubah. Tegas mereka, maruah Pulau Langkawi sebagai pulau peranginan pilihan di mata para pelancong perlu dijaga. “Nasihat saya, mungkin kita boleh suruh mereka kutip sampah, baru dia tahu perasaan macam mana orang lain buang, kita yang kena kutip sampah. Tapi kalau masyarakat yang jenis suka buang sampah ni kami rasa sedih dan marah pun ada sebab ini negara kita. “Apabila dia buang sampah, dia sudah kotorkan imej Malaysia. Terutamanya di Langkawi ni yang ramai pelancong, kalau boleh jangan tunjuk itu tabiat orang Malaysia,” ujar penuntut UiTM, Wan Nur Atikah Wan Badlishah.Bagi Pengarah Program, Mohd Hazman Halim, penganjuran acara tersebut adalah sempena Hari Bumi yang jatuh pada 22 April. “Dengan program ini, ia akan memberi kesedaran semua masyarakat.. dari anak kecil ke dewasa, muda hingga ke tua. Kita mahukan acara ini meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar di mana-mana saja,” ujarnya yang memilih destinasi pelancongan Langkawi sebagai lokasi programnya supaya mesej mengenainya dapat sampai kepada pelbagai pihak. Sementara itu, Pengasas Trash Hero, Ulrika Player, ketika ditemui semasa program tersebut menggesa pihak kerajaan negeri Kedah perlu menguatkuasakan undang-undang denda kepada pembuang sampah. Baginya, jika sekadar usaha mengutip sampah, seolah-olah tidak memberi kesan. Menurunya, sejak penubuhan Trash Hero pada tahun 2015, sebanyak 40,000 kilogram sampah telah berjaya dikutip melalui 185 program yang dianjurkan di sekitar Langkawi. “Kita perlu mendidik masyarakat dan seterusnya menguatkuasakan undang-undang yang sudah ada di Kedah – termasuk udnang-undang tiada penggunaan beg plastik, penyedut minuman plastik dan styrofoam (polistirena). “Kita perlu mendidik dan jika mereka telah faham dan masih berdegil kita perlu melaksanakan penguatkuasaan,” tegas Player. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  12. KAHIRAH: Rakyat Mesir keluar mengundi pada Sabtu dalam satu pungutan suara yang bertujuan mengukuhkan pemerintahan Presiden Abdel Fattah al-Sisi supaya kekal berkuasa hingga 2030.Walaupun berdepan bantahan daripada kumpulan hak asasi manusia, pungutan suara selama tiga hari itu dijangka meluluskan pindaan Perlembagaan yang bakal melanjutkan penggal pemerintahan al-Sisi. Pindaan itu juga membenarkan beliau bertanding untuk satu lagi penggal enam tahun, dari empat tahun sebelum ini, mengukuhkan kekuasaannya terhadap sistem kehakiman, selain memberi tentera lebih banyak pengaruh dalam sistem politik Mesir. Pindaan ini memanjangkan tempoh presiden di pejabat dari empat tahun kepada enam tahun dan membenarkan tempoh maksimum memegang jawatan selama dua penggal.Tetapi, mereka juga memasukkan artikel khusus untuk al-Sisi yang melanjutkan tempoh semasa beliau selama empat tahun kepada enam tahun, dan membenarkannya bertanding untuk tempoh enam tahun lagi pada 2024 - berpotensi melanjutkan pemerintahannya hingga 2030. Stesen televisyen milik kerajaan melaporkan al-Sisi telah mengundi di daerah Heliopolis, di sini, dekat istana presiden. Al Sisi dipilih sebagai presiden pada 2014, dan dipilih semula pada 2018 selepas semua pencabar seriusnya sama ada dipenjarakan atau ditekan supaya menarik diri. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  13. KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Sabtu telah menahan seramai 22 lagi penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana dipercayai turut terlibat dengan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar Pulau Pinang.Kesemua lelaki tersebut berusia lingkungan 32 hingga 55 tahun. Mereka ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang antara jam 10 pagi hingga 4.15 petang Sabtu. Menurut sumber, kesemua pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 daripada Pejabat JPJ Pulau Pinang berkenaan dipercayai menerima bayaran bulanan sebanyak kira RM10,000 sebulan dan sehingga kini jumlah terkumpul bagi kesemua wang rasuah itu sudah melebihi RM140,000. Jelas sumber, tangkapan ini merupakan siasatan peringkat kedua dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan.Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. Pada 17 April lalu, Seramai 30 individu termasuk 24 anggota penguat kuasa JPJ telah direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah. Antaranya bertujuan melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar Pulau Pinang. BACA: Lori kebal: 30 individu termasuk 24 anggota penguatkuasa JPJ direman VIDEO: Anggota JPJ antara yang ditahan SPRM VIDEO: Cerita Sebalik Berita: Mengapa lori hantu 'kebal' di jalan raya? Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  14. POLIS mendedahkan sebuah video memaparkan detik sewaktu bintang UFC Conor McGregor ditahan selepas didakwa memecahkan telefon bimbit seorang peminat yang cuba mengambil gambarnya.Memetik laporan TMZ Sports, klip video tersebut menunjukkan McGregor tenang ketika diiringi ke kereta polis dari kediaman peribadinya di Miami, Florida, sebelum digari dan ditempatkan di tempat duduk belakang. Jaguh MMA dari Ireland itu didakwa atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata serta kesalahan berunsurkan jenayah. Menurut Polis Miami, kejadian itu berlaku di hadapan Hotel Fontainebleau Miami Beach, Florida pada jam 5 pagi waktu tempatan. [embedded content] BACA: Pecahkan telefon peminat, Conor McGregor ditahanBerdasarkan laporan polis, McGregor dikatakan telah menepis telefon daripada mangsa sebelum memijak telefon tersebut dan mengambilnya. Tahun lalu, McGregor, 30 tahun telah diarah untuk menjalani program pengurusan kemarahan dan lima hari khidmat masyarakat bagi menarik balik pertuduhan menyerang bas yang dinaiki beberapa petinju UFC pada April. McGregor merupakan petarung pertama UFC yang memegang dua gelaran dunia serentak selepas menewaskan juara lightweight dunia, Eddie Alvarez di Manhattan, New York pada 2016. Kali terakhir dia bertarung ialah dengan jaguh Rusia, Khabib Nurmagomedov pada Oktober 2018, di mana dia tewas menerusi 'submission' pada minit 3.03 pusingan keempat. Bagaimanapun, susulan kekecohan yang berlaku selepas perlawanan tersebut, Khabib dan McGregor telah didenda dan digantung pertarungan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC). McGregor pula didenda sebanyak AS$50,000 (RM205,355) dan digantung enam bulan, manakala Khabib pula didenda AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  15. SIRI drama rangkaian HBO 'Sesame Street' dan 'Game Of Thrones' telah berganding untuk menyampaikan satu mesej positif kepada penonton.Menerusi hashtag #RespectIsComing, akaun Twitter rasmi Sesame Street berkongsi sebuah video 'mash-up' yang memaparkan karakter kegemaran orang ramai, Elmo bertemu watak Tyrion dan Cersei Lannister daripada siri Game of Thrones. Dalam video tersebut, watak Tyrion (Peter Dinklage) dan watak Cersei (Lena Headey) dilihat sedang berbalah sesama sendiri. “You can’t ignore me forever.” “I only want what’s best for Westeros,” kata Tyrion kepada Cersei.“And I only want for you to not get what you want,” sambung Cersei. Perbualan mereka kemudian diganggu oleh watak Elmo yang tiba untuk membantu dua rakan tersebut. Elmo meminta Tyrian dan Cersei untuk menghormati satu sama lain walaupun mempunyai perbezaan pendapat bagi menjalinkan hubungan yang lebih baik. “Elmo thinks that you two need to respect each other. When Elmo has a problem with his friends like Abby (Cadabby) or Cookie Monster, Elmo doesn’t get upset ... Elmo listens and learns from what they have to say,” kata Elmo kepada mereka. Video tersebut kemudian mendapat sambutan hangat dalam kalangan netizen yang rata-rata kagum dengan gandingan dua watak tersebut.Difahamkan, kerjasama antara dua siri rangkaian HBO itu bertujuan untuk menyebarkan kepentingan budaya hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan pendapat. Kempen yang dipanggil "Respect Brings Us Together" dikatakan akan dijalankan sehingga akhir tahun ini. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
×
×
  • Create New...