Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...

admin

Administrators
  • Content count

    1,963
  • Joined

  • Last visited

  • Days Won

    1
  • Points

    0 [ Donate ]

admin last won the day on August 3

admin had the most liked content!

Community Reputation

1 Neutral
  1. Guan Eng lapor polis terhadap Bendahari PAS Perak
  2. TERENGGANU: Semua kawasan hutan lipur di Terengganu disahkan bebas daripada wabak kencing tikus atau leptospirosis.Pengarah Perhutanan Terengganu, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, pihaknya sentiasa menerima laporan daripada pejabat kesihatan daerah setiap bulan dan setakat ini tiada masalah wabak kencing tikus dilaporkan. Menurutnya, Jabatan Kesihatan sentiasa mengambil sampel air di hutan lipur negeri ini dan hasil ujian, destinasi-destinasi itu masih selamat dikunjungi pengunjung."Masalah kencing tikus bukannya daripada hutan lipur sahaja, di tempat lain ada juga seperti restoran. Cuma lazimnya orang terus kaitkan kencing tikus ini dengan air terjun di hutan-hutan lipur. "Perkara ini harus difahami sebaik mungkin oleh orang ramai. Pengunjung juga perlu main peranan bagi elak perkara ini iaitu dengan turut sama jaga kebersihan kawasan air terjun atau hutan lipur," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Lawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman ke Taman Eko Rimba Sekayu dan Taman Pertanian Negeri Sekayu di sini, semalam. Hadir sama, Pegawai Hutan Daerah Terengganu Barat, Mohd Asri Yussof. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  3. admin

    Najib hadir lagi ke SPRM

    PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini, dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.Kenderaan dinaiki Najib kelihatan memasuki pintu hadapan ibu pejabat SPRM pada kira-kira 9.23 pagi, diiringi kereta polis di belakang. Najib telah hadir ke SPRM beberapa kali sebelum ini untuk membantu siasatan beberapa kes dengan kali terakhir ialah pada 8 November lepas.Pada Khamis lalu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas. Turut didakwa bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berjumlah RM5.5 juta berhubung projek yang sama. -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  4. KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Fiji kira-kira 4.25 pagi ini.Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa yang terletak di 17.9 darjah Selatan dan 178.9 darjah Barat dengan kedalaman 547 kilometer berlaku di 279km timur Laucala, Fiji. Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak mendatangkan ancaman tsunami. -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  5. Gambar ihsan BAMKUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pemain muda wanita negara, Goh Jin Wei mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila meraih Kejuaraan Badminton Remaja Dunia BWF di Markham, Kanada pada Ahad (Isnin di Malaysia).Pemain pilihan ketiga itu menampilkan aksi bertenaga dengan menewaskan pilihan ke-13, Line Christophersen dari Denmark menerusi kemenangan 21-13 dan 21-11 pada aksi final di Markham Pan Am Centre, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com. Kejuaraan tersebut adalah yang kedua diraih anak jati Pulau Pinang itu yang pernah menjuarai kejohanan sama pada 2015 setelah menewaskan rakan senegara, Lee Ying Ying pada aksi final. Jin Wei sebelum ini turut mengharumkan nama negara apabila mencipta sejarah menjadi atlet pertama Malaysia memenangi pingat emas pada edisi ketiga Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina, bulan lepas. Dalam pada itu, pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan Koong Le-Toh Ee Wei yang merupakan pilihan ketiga, gagal mengulangi kecemerlangan dilakar Jin Wei setelah kalah 16-21 dan 16-21 kepada pilihan utama, Liu Xuanxuan-Xia Yuting dari China. Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang dihubungi Bernama, mengakui badan induk itu amat berbangga dengan kejayaan cemerlang Jin Wei dan juga pasangan muda negara itu yang tidak diletakkan sebarang harapan. Beliau menjelaskan satu ganjaran khas bakal menanti kedua-dua pemain berkenaan yang akan dibincangkan pada mesyuarat pengurusan BAM pada minggu ini. "Kejayaan ini merupakan satu petanda baik kerana di peringkat BAM, kita lihat mereka inilah yang akan menjadi pelapis kepada pemain sedia ada," jelas Mohamad Norza. Mengulas lanjut, beliau menegaskan kejayaan cemerlang dilakar barisan pemain muda negara pada kejohanan ini adalah hasil daripada pendekatan berterusan badan induk itu yang memberi tumpuan dalam melahirkan pemain berusia bawah 21 tahun termasuk pasangan muda negara, Aaron Chia Teng Fong-Soh Wooi Yik selain pemain muda lelaki negara seperti Leong Jun Hao dan Lee Zii Jia. "Rangka kerja kita adalah untuk terus membina ramai pemain pelapis kerana selama ini kita terlalu bergantung kepada pemain senior kita dan sudah tiba masanya kita membuat pelaburan yang lebih giat lagi kepada pemain muda kita," tegas Mohamad Norza. -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  6. PUTRAJAYA, 18 Nov (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini, dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.Kenderaan dinaiki Najib kelihatan memasuki pintu hadapan ibu pejabat SPRM pada kira-kira 9.23 pagi, diiringi kereta polis di belakang. Najib telah hadir ke SPRM beberapa kali sebelum ini untuk membantu siasatan beberapa kes dengan kali terakhir ialah pada 8 November lepas. Pada Khamis lalu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas. Turut didakwa bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berjumlah RM5.5 juta berhubung projek yang sama. -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  7. KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda rantau Kepulauan Fiji kira-kira 4.25 pagi ini.Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa yang terletak di 17.9 darjah Selatan dan 178.9 darjah Barat dengan kedalaman 547 kilometer berlaku di 279km timur Laucala, Fiji. Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak mendatangkan ancaman tsunami.-- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  8. UMNO-Pas akan wujudkan jawatankuasa khas
  9. FAM seru penyokong Harimau Malaya ke Bukit Jalil
  10. AWANI - Terengganu: Muzium Terengganu kembalikan era kegemilangan kartun
  11. Seorang maut, Hilux terbabas masuk restoran
  12. SERI KEMBANGAN: Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai melanggar lima orang awam di sebuah restoran di Taman Equine di sini malam tadi, diberkas polis.Suspek yang melarikan diri selepas kejadian ditahan jam 1.43 pagi tadi. Kenderaan digunakan suspek turut ditemui di Taman Universiti Indah di sini. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, saringan awal ujian air kencing bagaimanapun negatif. Menurutnya, darah suspek sudah diambil untuk ujian alkohol dan reman akan dilakukan pagi ini di Mahkamah Petaling Jaya pada jam 10 pagi."Kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. BACA: Wanita maut, empat pelanggan cedera dilanggar ketika makan di restoran Terdahulu, seorang wanita dilapor maut manakala empat lagi cedera parah apabila kenderaan itu terbabas dan melanggar mangsa yang menikmati makanan di tepi jalan di depan sebuah restoran di sini. Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan datang dari Jalan 9C membelok ke Jalan 9B sebelum merempuh kesemua mangsa. Kemalangan turut melibatkan tiga buah kenderaan milik pengunjung termasuk sebuah SUV jenis Lexus yang mengalami kerosakan hampir 30 peratus dan Perodua Myvi serta Perodua Bezza yang mengalami kerosakan hampir 10 peratus. Wanita yang maut dikenali sebagai Wong Sow Lin, 57 tahun. Manakala mangsa yang cedera dikenali sebagai Wong Mei Hwa, 36; Lei Kok Lu, 71;Leong Eng How, 35 dan warga Myanmar, Vial Sian Mung, 33. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  13. [LIVE] Persidangan Dewan Rakyat sesi pagi 19 November 2018.
  14. KUALA LUMPUR: Pemain muda wanita negara, Goh Jin Wei mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila meraih Kejuaraan Badminton Remaja Dunia BWF di Markham, Kanada pada Ahad (Isnin di Malaysia).Pemain pilihan ketiga itu menampilkan aksi bertenaga dengan menewaskan pilihan ke-13, Line Christophersen dari Denmark menerusi kemenangan 21-13 dan 21-11 pada aksi final di Markham Pan Am Centre, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com. Kejuaraan tersebut adalah yang kedua diraih anak jati Pulau Pinang itu yang pernah menjuarai kejohanan sama pada 2015 setelah menewaskan rakan senegara, Lee Ying Ying pada aksi final. Jin Wei sebelum ini turut mengharumkan nama negara apabila mencipta sejarah menjadi atlet pertama Malaysia memenangi pingat emas pada edisi ketiga Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina, bulan lepas.Dalam pada itu, pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan Koong Le-Toh Ee Wei yang merupakan pilihan ketiga, gagal mengulangi kecemerlangan dilakar Jin Wei setelah kalah 16-21 dan 16-21 kepada pilihan utama, Liu Xuanxuan-Xia Yuting dari China. Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang dihubungi Bernama, mengakui badan induk itu amat berbangga dengan kejayaan cemerlang Jin Wei dan juga pasangan muda negara itu yang tidak diletakkan sebarang harapan. Beliau menjelaskan satu ganjaran khas bakal menanti kedua-dua pemain berkenaan yang akan dibincangkan pada mesyuarat pengurusan BAM pada minggu ini. "Kejayaan ini merupakan satu petanda baik kerana di peringkat BAM, kita lihat mereka inilah yang akan menjadi pelapis kepada pemain sedia ada," jelas Mohamad Norza. Mengulas lanjut, beliau menegaskan kejayaan cemerlang dilakar barisan pemain muda negara pada kejohanan ini adalah hasil daripada pendekatan berterusan badan induk itu yang memberi tumpuan dalam melahirkan pemain berusia bawah 21 tahun termasuk pasangan muda negara, Aaron Chia Teng Fong-Soh Wooi Yik selain pemain muda lelaki negara seperti Leong Jun Hao dan Lee Zii Jia. "Rangka kerja kita adalah untuk terus membina ramai pemain pelapis kerana selama ini kita terlalu bergantung kepada pemain senior kita dan sudah tiba masanya kita membuat pelaburan yang lebih giat lagi kepada pemain muda kita," tegas Mohamad Norza. -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  15. PORT MORESBY: Penganjuran Sidang Kemuncak Tahunan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-26 di Papua New Guinea menjadikan mata dunia tertumpu kepada kepulauan itu sejak beberapa hari lalu.Namun, sejauh mana impaknya kepada komuniti setempat yang terus dipandang sebagai penghuni negara ketiga? Ikuti bingkisan yang disediakan Asyraf Hasnan dan jurukamera, Sallehin Hussein sempena APEC 2018. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
×