Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...

All Activity

This stream auto-updates     

  1. Today
  2. Tragedi Solat Jumaat: Mohd Haziq dilaporkan maut
  3. SKMM tidak cadang tutup Facebook
  4. Mahkamah Khas Rasuah mampu percepatkan rayuan kes rasuah
  5. Bantuan bekalan air kurang berkesan
  6. Penolong Pegawai Tadbir MPHTJ didakwa pecah amanah lebih RM320,000
  7. Malanjum masih berahsia, enggan dedah pengganti
  8. Harimau Malaya seharusnya menyalahkan diri sendiri atas kegagalan melangkah ke perlawanan akhir apabila tewas dengan jaringan tunggal Faris Ramli yang membawa Singapura ke peringkat penentuan Piala Airmarine 2019, sebentar tadi.Jaringan tunggal itu hadir pada minit ke-82 selepas bekas pemain PKNS FC dan Perlis, Faris, memecah perangkap ofsaid yang dibina pertahanan negara yang diketuai Shahrul Saad selepas mendapat umpanan lolos daripada Khairul Amri Kamal. Kedua-dua pasukan mempamerkan corak berhati-hati pada awal permainan yang menambah kesuraman perlawanan yang menyaksikan Stadium Nasional, Bukit Jalil, sepi daripada sorakan dengan jumlah penonton yang terlalu kecil gara-gara harga tiket yang mahal. Begitupun, Singapura terlebih dahulu mendapat rentak dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya dalam kejohanan empat negara itu yang diwujudkan bagi tujuan menaikkan ranking skuad negara. [embedded content] Yasir Hanapi menjadi watak utama untuk mengucar-kacirkan kubu negara dengan dua percubaan awalnya dipatahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.Malaysia pula hanya mencipta satu peluang menarik dalam babak pertama menerusi Irfan Zakaria tetapi tandukan pertahanan itu daripada satu sepakan sudut, meliar. Tindakan pengendali negara, Tan Cheng Hoe -- yang ditetapkan misi ke final -- dengan mengeluarkan Norshahrul Idlan Talaha dan memasukkan Abdul Halim Saari memberikan suntikan lebih bertenaga di bahagian tengah. Ia meningkatkan peluang Malaysia untuk memenangi perlawanan tersebut di sebalik boikot yang dilancarkan 'ekor Harimau Malaya' gara-gara isu harga tiket dengan menjelmakan aksi lebih meyakinkan dalam separuh masa kedua. Namun, aksi lebih kemas itu sebaliknya gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan. Ketumpulan di jentera serangan jelas menghantui Harimau Malaya dengan ketua pasukan, Zaquan Adha Abdul Radzak, terlepas setidak-tidaknya lima peluang menarik untuk merobek gawang lawan. Untuk itu, Malaysia akan beraksi dalam penentuan ketiga bertemu Afghanistan, petang Sabtu ini sementara Singapura akan berentap dengan Oman untuk menentukan juara. "Saya beritahu kepada pemain agar jangan kelam-kabut. "Apabila menguasai bola, kami akan cuba kekalkan sambil menunggu waktu yang tepat. "Saya sudah berpesan kepada mereka bahawa dalam perlawanan antarabangsa, kami perlu memanfaatkan peluang terhidang walaupun hanya sekali. "Kami sudah melepaskan beberapa peluang menarik dalam separuh masa pertama, seterusnya saya menuntut supaya menyudahkan satu peluang yang ada dalam separuh masa kedua," ujar jurulatih Singapura, Nazri Nassir. Tambah Cheng Hoe: "Kami membuat permulaan permainan yang perlahan manakala Singapura lebih menunjukkan keazaman tinggi. "Sudah tentu kami cuba bangkit dalam separuh masa kedua dengan beraksi baik. "Namun, satu lagi kesilapan membuatkan kami dibolosi." Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  9. KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen mencadangkan kerajaan mengambil contoh pendekatan dilakukan Singapura berhubung pengambilan suntikan vaksin.Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) berkata di negara jiran itu, ibu bapa dikenakan saman jika tidak memvaksinkan anak mereka. "Selain itu, bagi mereka yang berkeluarga dan ingin memohon pas kunjungan jangka panjang ke Singapura harus juga menunjukkan bukti anak mereka telah menerima suntikan vaksin. Ini untuk menjaga kebajikan anak dan komuniti negara itu secara menyeluruh," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung titah kasih diraja pada persidangan Dewan Rakyat, di sini pada Rabu.Justeru, beliau menyarankan kerajaan meminda undang-undang sedia ada dan memperkenalkan undang-undang mandatori supaya suntikan vaksin diwajibkan. Beliau turut menekankan kepentingan untuk memberi penerangan kepada masyarakat mengenai keperluan vaksin yang bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa anak sendiri tetapi juga orang lain serta mengekang penyakit berjangkit seperti difteria dan demam campak sehingga boleh menyebabkan kematian. Sidang dewan disambung Khamis. -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  10. KUALA LUMPUR: Remaja Malaysia, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun, yang dilaporkan hilang susulan kejadian serangan ganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand disahkan maut.Memetik laporan media, perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh. Dua lagi rakyat Malaysia yang cedera iaitu Mohd Tarmizi Shuib, 46 dari Kedah dan Mohd Nazril Hisham Omar, 46, dari Kelantan juga sedang menerima rawatan di hospital. Mohd Haziq merupakan anak kepada Mohd Tarmizi.Setakat ini, pihak berkuasa New Zealand mengesahkan 50 maut dan 20 cedera dalam serangan pengganas di dua masjid di Christchurch. Pihak Astro AWANI sedang menghubungi pihak kedutaan di sana untuk mendapatkan maklumat lanjut. BERITA LANJUT MENYUSUL Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  11. admin

    AWANI Ringkas (12:00AM)

    AWANI Ringkas (12:00AM)
  12. admin

    Garret si Mat Dan 2.0

    Garret si Mat Dan 2.0
  13. KUALA LUMPUR: Tidak pernah berhasrat untuk menyembunyikan daripada masyarakat, sebaliknya, keputusan tidak menghebahkan perceraian adalah semata-mata kerana perkara itu terlalu peribadi.Itu kenyataan pelakon Vanidah Imran mengulas mengenai entri bekas suaminya, Rashidi Ishak di laman Instagram peribadinya mengenai berita perceraian mereka. Bagi Vanidah atau lebih mesra disapa Vee, perceraian yang terjadi selepas 18 tahun usia perkahwinan mereka diambil menerusi persetujuan bersama. Kata Vanidah, tidak berlaku sebarang pertengkaran antara dia dan Rashidi yang akhirnya membawa kepada keruntuhan rumah tangga mereka. Dalam masa sama, Vanidah berkata, dia sedar bahawa perceraian bukan sesuatu yang disukai di dalam agama, namun memahami bahawa perpisahan juga dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu.“Segala apa yang berlaku ada sebabnya. Demikian juga rumah tangga saya dengan Shidi. Sudah tentu perkara ini (perceraian) berlaku kerana ada sebab-sebab yang biarlah kami sahaja yang tahu. “Saya fikir adalah tidak manis untuk saya berkongsi punca perceraian kerana mendedahkan hal itu seperti membuka aib kami berdua,” kata Vanidah kepada Astro AWANI. Selama tujuh bulan bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata Mikhail Aimran, 18 dan Maryam Rashika, 15, pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir itu berkata, dia sudah mula menerima ketentuan bahawa jodohnya dengan Rashidi hanya bertahan setakat itu sahaja. Sekalipun sudah tidak bersama sebagai suami isteri selepas sah bercerai pada 9 Ogos tahun lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, namun Rashidi, kata Vanidah, masih mengambil berat dan perhatian kedua-dua permata hati mereka. “Seperti yang saya katakan, kami bercerai cara elok, tiada pergaduhan. Kata sepakat dicapai selepas perbincangan yang panjang. Demi masa depan anak-anak, kami sepakat untuk tidak bersengketa. Bahkan, saya dan Shidi akan terus bersahabat. Itu ikrar kami,” ujar Vanidah lagi. Pasangan Rashidi dan Vanidah mendirikan rumah tangga pada 2000. BACA: 'Saya bukan sama sekali Imam yang baik' - Shidi, Vanidah sah bercerai Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  14. Jiwa SME+: Lubuk emas - Menang saham bersama DDNK
  15. KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan juga Vanidah Imran akhirnya membuka mulut mengenai status rumahtangga mereka dengan mengumumkan bahawa kedua-duanya kini sudah tidak bersama lagi.Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Rashidi atau lebih dikenali sebagai Shidi di laman Instagramnya, dia dan Vanidah telah sah bercerai selepas memfailkan pembubaran perkahwinan mereka pada 9 Ogos 2018 lagi. Bagaimanapun jelas kenyataan itu, mereka telah memutuskan ikatan tersebut dengan baik dan saling hormat menghormati selepas mengharungi kehidupan bersama selama 18 tahun. Shidi juga turut memohon kemaafan kerana lambat mengumumkan status rumahtangga mereka kerana perlu menghormati perasaan kedua-dua keluarga.Beliau dengan rendah diri juga turut mengakui kelemahan yang mungkin dari dirinya sebagai pemimpin institusi kekeluargaan dan sebagai orang yang dilantik sebagai imam perlulah betanggung jawab sepenuhnya. "Dalam perkahwinan, perkongsian runtuh hanya boleh dipersalahkan oleh Imam itu. Ia mungkin atau mungkin tidak, tetapi seorang pemimpin yang hebat akan sentiasa bersinar melalui yang baik dan buruk. Saya bukan sama sekali seorang Imam yang baik," katanya dalam kapsyen tersebut. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kerana peminatnya dan juga Vanidah kerana selama ini sentiasa menyokong mereka selama ini yang membolehkan mereka mengecapi kejayaan dalam industri hiburan tanah air. Kedua-dua mereka mendirikan rumahtangga pada tahun 2000 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  16. KUALA LUMPUR: Seorang warga emas berusia 71 tahun mengalami kerugian sebanyak RM560,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan Macau Scam, Isnin lepas.Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman modus operandi yang digunakan suspek ialah dengan melakukan penipuan melalui telefon dan menyamar sebagai Pegawai Kanan Polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak. “Suspek memaklumkan mangsa mempunyai beberapa kes bungkusan melibat pos laju dan akaun pengadu terlibat dalam kegiatan jenayah pengubahan wang haram. “Mangsa berasa takut dan telah disambungkan ke beberapa talian pegawai polis. Mangsa ditawarkan bantuan dan juga telah diarah untuk pindahkan segala wang simpanan kepada akaun Pegawai Bank Negara untuk tujuan audit dan siasatan. Wang mangsa akan dikembalikan selepas siasatan selesai,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.Mengulas lanjut Risikin berkata hasil risikan polis dengan kerjasama pihak bank, seorang lelaki berusia 60 tahun ditahan ketika cuba mengeluarkan wang berjumlah RM250,000 di kaunter sebuah bank di Kuala Lumpur. Jelas beliau, penangkapan itu dibuat hasil pemantauan dan siasatan apabila suspek telah mengeluarkan sejumlah wang yang banyak pada hari sebelumnya. “Polis turut merampas satu buku akaun bank, resit transaksi pengeluaran dan wang, permohonan reman akan dibuat terhadap suspek. “Suspek merupakan pembantu di sebuah pasar malam dan Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelas beliau. Sementara itu, Risikin turut menjelaskan statistik kes penipuan Macau Scam bagi Daerah Subang Jaya melibatkan sebanyak 18 kes dengan jumlah kerugian sebanyak RM802,970.10 sejak Januari 2019 hingga kini. Manakala, sebanyak 82 kes Macau Scam melibatkan kerugian sebanyak RM 5,924,971.63 bagi tahun lepas. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  17. The Future Is Female: Female Empowerment Is No Joke
  18. BATU GAJAH: Jenazah juruteknik Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, yang meninggal dunia semalam, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Belingkor, Batu Gajah pada Rabu.Allahyarham Mohd Ruzaimi meninggal dunia semalam selepas parah dalam kemalangan di landasan dengan pesawat persendirian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada Isnin. Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah sebelum dikebumikan pada jam 5.45 petang. Ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan Allahyarham turut hadir di majlis pengebumian itu.Mohd Ruzaimi menghembuskan nafas terakhir jam 6.45 petang Selasa di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor serta meninggalkan seorang isteri Nor Azawiah Md Usuf dan empat anak berusia setahun hingga 13 tahun. BACA: Kakitangan Malaysia Airports parah kemalangan dengan pesawat persendirian BACA: Kakitangan Malaysia Airports parah kemalangan di landasan meninggal dunia Difahamkan dalam kejadian 3.20 pagi itu, Allahyarham dipercayai berada dalam Perodua Kembara milik syarikat berkenaan untuk memantau kerja penyelenggaraan di landasan. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  19. Agenda AWANI: Eksport halal: Bukan sekadar makanan & minuman
  20. Kakitangan MAHB dikebumikan di Batu Gajah
  21. GEORGE TOWN: Atlet Muay Thai muda Pulau Pinang, Muhammad Aliff Mohd Azizi, tidak menyangka penyertaan pertamanya pada Kejohanan Muay Thai Dunia ke-16 di Bangkok, Thailand, menjadi detik manis buat dirinya apabila berjaya merangkul dua pingat emas.Atlet berusia 15 tahun itu berkata penyertaan sulungnya pada kejohanan berkenaan pada mulanya hanya bertujuan untuk menimba pengalaman bersaing dalam kejohanan bertaraf dunia melibatkan peserta dari 60 negara, dan pencapaiannya itu sesuatu di luar dugaan. "Memang tidak sangka, namun berbekalkan semangat dan dorongan daripada keluarga, jurulatih dan pihak terlibat akhirnya kami berjaya sampai ke tahap ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Terdahulu, kepulangannya bersama atlet Muay Thai Pulau Pinang, Perlis, Perak dan Kedah di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, disambut Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Abu Bakar Yahya, Exco Belia dan Sukan negeri Soon Lip Chee serta wakil persatuan Muay Thai negeri-negeri tersebut.Muhammad Aliff yang bersaing dalam kategori kadet 45-48 kilogram itu, berkata cabaran dihadapinya sepanjang kejohanan bermula dari 12 hingga 20 Mac itu adalah keadaan fizikalnya jauh lebih kecil berbanding atlet negara lain yang lebih besar dan tinggi. "Namun, sokongan diberikan ayah, Mohd Azizi Bakar yang juga pegawai pengiring, jurulatih Azrol Mohammad dan rakan-rakan sepasukan akhirnya saya dapat mengekalkan fokus dan terus positif sehingga berjaya," kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Ayer Tawar, Butterworth itu. Abang kepada Muhammad Aliff, Muhammad Adam Mohd Azizi, 17, turut membawa pulang satu pingat perak dalam kategori remaja 54-57 kilogram. Sementara itu, Soon berkata kerajaan negeri kini dalam perbincangan dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk menempatkan pusat latihan Muay Thai di Titi Mukim (Butterworth) dalam masa terdekat. "Dengan adanya fasiliti di pusat latihan yang lengkap ini, diharap dapat meningkatkan lagi semangat atlet Muay Thai untuk lebih fokus seterusnya mencipta kejayaan pada masa hadapan. "Melalui kejayaan diperoleh ini juga diharap dapat membuka mata pelbagai pihak untuk sama-sama membantu meningkatkan pembangunan sukan berkenaan," katanya. -- BERNAMA Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  22. Khabar Dari Sarawak: Kisah di sebalik tarian Wek Jongan
  23. KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum masih memilih untuk menutup mulut apabila ditanya mengenai siapa yang bakal menggantinya selepas beliau bersara wajib bulan depan.Ketika memberi respon, Malanjum hanya ketawa dan enggan mengulas mengenai isu tersebut. “Soalan itu adalah soalan RM1 juta,” katanya pada pada sidang media selepas majlis pelancaran buku ‘Our Constitution’ oleh Pakar Undang-Undang perlembagaan, Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi di Auditorium Tun Mohamed Suffian Fakulti Universiti Malaya. Tambahnya, pesaraan empat hakim kanan pada tahun ini termasuk Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zahara Ibrahim, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Datuk Seri David Wong Dak Wah tidak akan menjejaskan Badan Kehakiman.“Mahkamah Atasan secara keseluruhan mempunyai 150 hakim. “Oleh itu, ia mencukupi kerana terdapat banyak hakim dan tidak akan menjejaskan Badan Kehakiman,” tambahnya. Mengulas sama ada kerajaan diberi tekanan untuk melantik Ketua Hakim Negara yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, beliau berkata ia merupakan hak istimewa Yang di-Pertuan Agong untuk menentukannya. Sementara itu, beliau turut berharap agar para hakim dapat terus mempertahankan perlembagaan negara. "Cabaran paling besar bagi kita sebagai hakim adalah untuk sentiasa mengingati bahawa asas perlembagaan ialah prinsip perundangan bukannya diperintah oleh undang-undang. "Agak menyedihkan kerana kadang-kala ada rakan sekerja yang berkata 'itu lah undang-undangnya, ikut saja lah' tanpa menyedari bahawa undang-undang itu adalah bertentangan dengan semangat prinsip perundangan. "Itu yang perlu diingatkan apabila kita melihat kepada perlembagaan dan saya berpendapat dengan cara itu kita dapat memastikan demokrasi sentiasa hidup di negara ini," tegasnya. Let's block ads! (Why?) Lihat Selanjutnya
  24. Pilihan AWANI 20 Mac: Antara Christchurch, Facebook and Malaysia Airlines
  25. Tiada bahan kimia berbahaya dikesan
  26. KPKT kaji semula pembaharuan lesen kilang proses sisa kimia
  1. Load more activity
×